Hai semua, maaf dah lama tak update blog ni….ok saya nak ceritakan kisah bagaimana seorang yg  takde knowledge langsung tentang ebay. Sekarang dia dah power seller. Dari newbie ebay jadi power seller bronze level.

cuma ambil masa setahun jer. tu pun dia ada give up sekejap. tapi selepas saya follow up dan tarik dia semula ke landasan asal. akhirnya selepas setahun dia berjaya dapat status power seller.

ok anda baca sendiri isi hati dia semasa dia masih lagi seorang  newbie ebay kat bawah ni..

Saya mula menceburkan diri dalam eBay ini start April 2015.
Dimana pada masa itu menyertai kelas eBay di Johor Bahru.

Kelas ini mengajar dari basic sehingga larh bole listing di eBay.
Akaun eBay saya sekarang ini telah dibuka semasa kelas tersebut dan
sehingga kini saya menggunakan akaun ini as my first akaun ini.

Akaun ini telah melalui saat susah senang dimana saya juga mengalami pelbagai
cabaran semasa hendak memulakan perniagaan kecil kecilan di eBay ini.

Selepas menyertai kelas tersebut, jujur saya katakan disini saya tidak praktikkan
apa yang telah diajar. Hampir lebih kurang 4-5 bulan jugak lah saya tidak melakukan
apa apa aktiviti di eBay sehingga lah follow up yang telah dibuat oleh
Sifu Zul 

Saya tidak melakukan apa-apa aktiviti disebabkan
faktor tidak tahu apa yang hendak dijual di eBay. Atas bimbingan dan motivasi yang
diberikan oleh sifu saya ni lah yang membuatkan saya mula untuk mencari barang/
research produk dan mulakan listing yang pertama.

Dari situ lah ia nyer bermula dimana semangat untuk
bereBay ini datang. Selepas 5 bulan baru larh saya mula listing di eBay dan alhamdulillah
saya berjaya menjual satu barang di eBay.

Selepas berjaya jual satu, satu lagi terjual
dan peningkatan itu berterusan sehingga larh sekarang dimana akaun saya yang
berusia setahun ini telah mendapat status ebay power seller bronze level.

Rezeki itu hanya datang dari Allah yang Maha Berkuasa. Tetapi tanpa usaha
rezeki tidak akan datang dengan sendiri nyer. Saya bereBay ini hanya larh
part-time sahaja. saya pun masih student lagi sekarang ni.

“Dalam masa setahun, saya jadi power seller dan akaun ebay saya mencapai  bronze level”

Alhamdulillah hasil dari income part time ni  dapat bantu  saya bayar bil-bil saya dan memenuhi sedikit
keperluan dan kehendak harian saya. Dan bagi sesiapa yang ingin memulakan bisnes,
saya sarankan kamu semua bermulalah dengan eBay dropshipping ni.

Memang byk karenah pelanggan yang terpaksa kita layan, tetapi ianya sangat berbaloi. Sebagai ebay seller, anda tidak perlu
membeli dahulu barang, sebalik nyer menunggu buyer beli dahulu baru kita beli barang tersebut.

Erti kata lain tidak perlu menyimpan stok yang banyak, yang belom pasti akan terjual.
Bisnes sampingan seperti ini adalah sangat terbaik setakat ini. Memang pada awal permulaan
anda akan rasa susah, tetapi apabila anda sudah lama dalam industri ini ianya menjadi sangat
mudah.

Anda list barang dan tinggal sahaja tanpa perlukan marketing yang hebat-hebat.
Ikut step yang telah diajar dalam panduan yg di kongsi oleh guru saya ni InsyaAllah boleh menambah pendapatan anda. Kalau saya yg newbie di ebay pon boleh jd power seller dengan bronze level akaun, anda pon boleh.
Yang penting kita istiqamah dalam melakukan nyer. selebihnya tawakkal lah. insha Allah akan membuahkan hasil

Sekian,
-Dari eBayer yang from Zero Knowledge.-

ebay-power-seller-bronze-levelt
estimoni-watermark

dia cakap kat saya dengan yuran seminar yang dikenakan tu sangatlah kecil berbanding nilai yang dia dapat sekarang ni. setiap bulan sekarang ni dia dah ada side income yang konsisten.Dari newbie di ebay kepada bronze level seller di ebay. Alhamdulillah. saya pun tumpang gembira dan bangga dengan pencapaian dia.

maknanya, apa yang saya ajar kat dia tu adalah proven method. bukan saya je yg boleh buat duit kat ebay ni. orang yg memang zero knowledge pun boleh. yang penting nak seribu daya taknak seribu buaya..kahkahkah.

nah, saya tunjukkan sikit screenshot hari ni duit dari paypal. untuk motivasi anda. ebay masih relevan lagi sampai bila-bila. Mulakan dari hari ini walaupun org lain panggil kita newbie ebay ataupun noobie kubis..so jangan risau. ni buktinya 🙂

paypal-transaksi-watermark-1

paypal-transaksi-watermark-2

itu kisah 2016.. 2018 macam mana? masih relevan lagikah bisnes ebay ni?

ya masih relevan lagi sampai bila-bila… boleh lihat screenshot di bawah bukti transaksi tahun 2018..

ebay-power-seller-bronze-level

Masing masing boleh lihat potensi dia dari seorang newbie ebay dan akhirnya dia achieve akaun ebay sebagai power seller yg ad bronze level

sekian tu jer nak cerita….

Anda nak belajar ebay? dapatkan panduan ebay intelligence di sini

>>>Panduan Ebay Intelligence<<<

    4 replies to "Newbie ebay sekarang jadi power seller"

    • nurzhatul

      To learn new skill of life

    • Supriaty ibrahim

      Cmne nk pc?

      • zulariffin

        boleh whatsapp sy di 016 2322 119 utk info lanjut..

    • […] dengan modul yang telah dirancang khusus selama 3 bulan. yang telah melahirkan power seller ( boleh rujuk di sini testimoni) […]

Leave a Reply

Your email address will not be published.