Ebay Part 4: Sales ebayer Malaysia Jan-Nov 2016 RM107386!!

Assalamualaikum & Hai semua..kabare?

 

hujung minggu ni saya ada free sikit. saya buat research sikit tentang sorang seller malaysia ni yang dah makan duit hasil dari ebay setiap bulan dan bertahun-tahun lamanya dia makan.

mengikut data dari terapeak, Sales dia ni start dari Januari 2016 sampai 16 Nov 2016 adalah sebanyak USD24290!

banyak tak? dalam usd angka memang nampak macam tak beso…cuba hang convert dalam Ringgit. jom kita convert. kalau ikut currency terkini sekarang rate USD 1 = MYR 4.41650

 

currency-edit

 

so dalam MYR adalah sebanyak RM107386.4!!  dalam tempoh 10 bulan 16 hari sahaja.. so average sebulan sales part time dia ni adalah sebanyak RM10738!!

 

OK KE TAK OK??

OK sangat la kan.. ok jom kita selidik lagi berapa jumlah sales dia setiap bulan secara terperinci!

 

artikel-4

ok nampak tak nampak tak? sales dia setiap bulan adalah sebanyak lebih dari seribu USD in average.

nak bagi nampak lagi kita tengok histogram kat bawah ni

 

artikel-4-1

 

start dari bulan januari dia dapat lebih RM6K. bulan oktober pulak mencanak jadi 5k. bersamaan dengan RM22500++ kalau kita amek untung bersih dia sebanyak 35% sahaja bersamaan dengan RM7800++. ini adalah data yang realistik.

 

bukan data yang saya ceduk dan buat-buat or saje jer ada-adakan cerita ni.. kelebihan bisnes ebay ni adalah kita boleh kaji siapa seller-seller yang dari negara kita sendiri menjual di ebay secara visible.

 

Alhamdulillah , Allah kurniakan saya kelebihan membuat research, dan kebetulan pula, memang saya bergelumang dengan aktiviti harian mencari data dan membuat analisa untuk kajian PhD math saya. so saya kongsikan sekelumit ilmu saya mengkaji barang hot di ebay buat sesiapa yg nak buat bisnes secara part time sahaja tapi boleh mendatangkan hasil yang lumayan…

 

maklumlah semua harga barang naik..minyak naik USD naik tapi gaji jer tak naik-naik.

 

ye..ye…saya tahu anda mesti akan tertanya-tanya soalan seperti ni

siapa seller ni?

barang apa yang dia jual tu?

kat mana nak dapat barang ni?

macam mana nak buat dropship macam dia ni?

 

betul ke tak? hehe….

 

maaf saya tak boleh dedahkan siapa dia dan barang apa yang di jual. untuk menjaga privacy jualan dia dan untuk keselamatan diri saya.kang nanti dia datang mama baryani house carik saya mati saya. hehehehehe

 

kalau anda nak, datang jumpa saya, ilmu ni terlalu ekslusif untuk saya dedahkan. Alang-alang anda nak belajar, baik belajar sampai dapat hasil USD setiap hari. insha Allah saya boleh ceritakan…tapi bukan siapa seller ni dan barang apa yang dia jual. tapi lebih dari tu. saya ajarkan anda macam mana nak pancing ikan. bukan saya ajar macam mana nak makan ikan.

 

sekian….daaaa

8 Comments

  • Fizree

    Reply Reply 19/11/2016

    As salam. Saya buat ebay pun dah lama.. tapi sebulan 100 sahaja. Tu pun ada bulan tak ada. Huhuhu. Pergi seminar eBay ni pun dah banyak. Kebanyakan hanya ajar basic… Harap ada blog ni ada ilmu yang boleh saya perolehi.. amin

    • zulariffin

      Reply Reply 21/11/2016

      wasalam, ok tu tuan. tinggal gilap jer lagi tu..seminar ajar basic. balik kena terus buat insha Allah nampak jalannya..apa-apa pun bila dah sampai masanya insha Allah rezeki tak ke mana..

  • Zee Man

    Reply Reply 19/11/2016

    Memang torbaik boh! I like.

    • zulariffin

      Reply Reply 21/11/2016

      hiihi. ebay bisnes pasif trafik. tak perlu buat marketing 🙂

  • Helmin

    Reply Reply 21/11/2016

    Terbaik Tuan! Mcm mana nak start ni? Teruja dah ni. Huhu

    • zulariffin

      Reply Reply 21/11/2016

      kena create akaun and develop feedback dulu tuan.lepas tu baru boleh henjut..ada step2nya 🙂

  • Amir Mazlan

    Reply Reply 23/11/2016

    salam tuan..

    sekarang ni kalau nak pos produk ke luar negara, contohnya t-shirt, pakai pos atau servis apa yer?

    last sekali saya ikut perkembangan ebay ni, waktu tu kecoh dengan polisi baru pos malaysia yang tak lagi benarkan produk yang nak dihantar ke luar negara di-declare sebagai dokumen (lupa plak nama servis dia).

    memang masa tu ramai seller yang terpaksa cancel order sebab kos pos naik berkali-kali ganda..

    • zulariffin

      Reply Reply 28/11/2016

      wasalam tuan, pos malaysia service yang paling murah dan terbaik ialah flexipax.

      tuan boleh pakai flexipax kalau barang bawah 2kg..

Leave A Response

* Denotes Required Field