Ebay Part 7: Akaun baru ebay berjaya hasilkan sales USD18,279 dalam masa 10 bulan 5 hari.

Assalamualaikum semua,

seperti yang dijanjikan..kalau cukup 50 orang share di facebook.saya akan kongsikan artikel ini untuk membuka mata bagi sesiapa yg berminat nak buat bisnes di ebay. tapi nampaknya dah lebih 50 orang share. terima kasih sebab support.. insha Allah kalau anda suka dengan artikel perkongsian saya..

dari semasa ke semasa saya akan kongsikan artikel seperti ini. kalau ramai orang share lagi lepas ni saya pun lagi semangat nak spend masa dan buatkan analisis tentang ebay . 🙂

ok, ini ceritanya,

akaun ini masih baru. di buat pada 25 Jan 2016. masih berusia tak sampai setahun.

anda boleh lihat di bawah

4-wm

Sale yang berjaya di buat bermula dari 25 Jan sehingga 30 November adalah sebanyak USD18,279 bersamaan dengan RM81,323.25

mari kita lihat data analisis yang telah saya lakukan di bawah. ini adalah transaksi jualan selama 10 bulan 5 hari.

table-wm

Hari pertama hanya mampu menjual 3 item sahaja dengan jumlah jualan sebanyak USD64

barang apa yang dijual tu? ok tanpa selindung saya dedahkan untuk tujuan pembelajaran..

ini adalah barang yang di jual

8-wm

 

newbie ni listing 4 item pada bulan pertama, iaitu

  1. Studio Ghibli movie collection
  2. One punch Man Episode 1-12
  3. Dragon Ball Z movies collection
  4. Complete Series The file of Young Kindaichi Ep 1-148

Sale through rate adalah 50%. daripada 4 item yang dijual, 2 daripadanya telah berjaya dijual dengan nilai jualan sebanyak USD64 ( $45 + $19)

 

ok lah kan? baru pertama kali nak jual..takkan nak sales beratus beribu usd…

ini membuktikan bahawa, orang yang masih baru juga masih boleh membina empayar bisnes di ebay.

 

cuma perlukan kesabaran dan masa..

 

ok jom kita tengok bulan ke 2 pulak. ( 1 Feb – 29 Feb )

9wm

 

total sale $521.32. barang yang dijual sekarang ni dah menjadi 53 item. Daripada 53 item, yang berjaya di jual pada bulan Feb sebanyak 16 unit DVD. malangnya 2 item kena refund pada buyer. so item yang berjaya di jual adalah sebanyak 14 unit.

 

so sale through rate adalah sebanyak 14/53 x 100 = 26.42%

 

kat sini kita apply konsep pareto law. 20/80. Daripada seratus barang yang dijual.. yang akan sentiasa terjual adalah hanya 20% daripadanya yang menyumbang sale pada bisnes kita.

 

so bagusnya bisnes di ebay ni..kita boleh buat analisis dahulu sebelum nak jual apa. tak perlu untuk kita jual semua jenis barang.. kita cuma perlu buat research dahulu barang apa yang nak dijual..contoh macam niche ni, dia jual dvd..ok so dvd apa? Dvd studio ghibli movie collection yang banyak terjual. so tak perlulah kita invest beli dvd selain dari dvd studio ghibli movie collection

kita dapat jimat banyak duit untuk modal beli barang. nampak tak betapa pentingnya R&D ni?

 

ok jom kita tengok apa barang yang terjual 14 unit tu? barang mana yang paling banyak terjual?

ini barangnya

feb-wm

kita hanya perlu fokus top 3 sahaja. sebab barang ni yang bagi major profit untuk diri kita..

iaitu:

1.Rosario + Vampire Complete TV series season 1 & 2 terjual 4 unit bernilai $166.90

2.Studio Ghibli Movie Collection terjual 4 unit $191.96

3. Sailormoon season 1-5 complete series. terjual 3 unit bernilai $166.90

 

total sales ketiga-tiga item ni adalah sebanyak $525.76. so tak perlu jual dvd lain..kalau anda nak jual, 3 jenis dvd ni lah yang perlu anda fokus. best kan bisnes ebay ni? dapat jimat kos modal kita 🙂

 

ok now, bulan ke tiga pulak, ( 1 mac – 31 mac 2016 )

mac-wm

sale dah meningkat menjadi USD829.97. sebanyak 62 item dijual, daripada 62 item yang dijual, 38 daripadanya berjaya dijual dengan nilai transaksi sebanyak USD829.97.

 

Successful rate adalah sebanyak 38/62 x 100% = 61.29%

ok dah nampak tak gamenya?

so kita tengok barang apa yang dijual sebanyak 38 item tu? ni dia….terbongkar habis

mac-sale-wm

Top 4 adalah movie :

  1. IP Man 3 Box Set
  2. Dragon Ball 18 movies in `
  3. Anime Fullmetal Alchemist Brotherhood ep 1-64
  4. Attack on titan live action the movie Part 1 & 2

Total jualan daripada ke empat dvd ini adalah sebanyak USD337.96

ok? faham tak apa yang saya nak kongsikan?

kesemua data ini adalah data real, bukan tipu-tipu punya.. saya dapat daripada terapeak. anda boleh google apa itu terapeak.

 

so, cukuplah 3 bulan awal ye. at least anda nampak gambarannya.

1-wm

2wm

kita tengok keseluruhan daripada graf kat atas ni..sales semakin naik mencanak-canak. mula-mula anda belajar buat listing dulu..kemudian dah pandai belajar kenal barang apa nak jual..makin lama makin pandai, belajar menguruskan order pulak.. biarlah pelan-pelan.so anda mampu menguruskan dengan baik

 

kesimpulan yang boleh di buat ialah kalau anda nak jual, buat analisis dulu barang yang anda nak jual tu. masukkan keyword barang anda ada tu dalam terapeak.tengok ada tak demand.

 

kalau ada 2 characteristic seperti ini :

  1. velocity
  2. vero

anda boleh teruskan menjual… velocity adalah dalam masa sebulan berapa banyak item anda terjual. kalau lebih 10 barang terjual dalam masa sebulan, dah cukup bagus lah tu.. vero pulak adalah copyright / branded item. anda kena elakkan barang yang vero, kalau anda jual barang vero..tak lamalah jawabnya bisnes ebay anda.

tu yang jadi suspend memanjang jer….

kita nak niaga lama bang. bukan sehari dua.

 

ok, saya kongsikan artikel ni, saya dah test jugak praktiskan barang ni laju ke tak.

apa yang saya kongsikan adalah apa yang saya buat..walk the talk. proven case study.

 

saya hanya fokus pada 1 barang sahaja..iaitu studio ghibli collection

ini antara gambar-gambar yang masih saya simpan…

 

10wm

 

saya beli 50 unit DVD studio ghibli. waktu mula-mula kecik besar jugaklah hati ni nak beli takut tak terjual kan.

tapi saya berpegang pada data yang telah saya analisis. barang ni memang laku keras. so dengan hati yang penuh tawakal sy pun invest lah duit beli dvd ni…

 

ni antara barang yang saya post setiap hari

12wm

 

12wm-11

 

 

kadang-kadang 6 unit sehari..kadang kadang 2 unit..ok lah. hasil dari dvd ni saya kira-kira dapat untung dalam RM2500++. modal saya RM1k. dalam masa 1 bulan setengah saya ambil masa untuk jual ke semua dvd ni…

ok tak? boleh lah.. duit hobi hasil jual barang kat ebay. so dari anda ngadap main fesbuk baik anda main ebay.masuk jugak duit.hihihi

 

best tak bisnes kat ebay ni? saya bukanlah sifu.. saya adalah newbie dan selama-lamanya newbie. supervisor saya yang dah bergelar Profesor pun saya tak pernah dengar dia gelarkan diri dia sifu. apetah lagi saya ni yang memang takde apa-apa..

so artikel ini ditujukan dari newbie untuk newbie.. 😉

ok ni saya tunjukkan sikit hasil dari analisis kajian saya mencari barang-barang hot seperti yang saya ajar.. nilah hasilnya.. Dari salah satu akaun ebay saya.sebagai motivasi untuk anda. ni adalah sales untuk 31 hari sahaja.

 

akaun ni pun masih baru..tak sampai setahun lagi. tapi kalau anda fokus, dah di izinkan Allah rezeki anda memang dah sampai..insha Allah boleh buat sales macam ni

13wm

5dec-2016wm

 

kat mana nak dapat supplier DVD tu? antaranya saya dapatkan di sini. http://vcddvd88.com/

(bukan saya punya website, tak dapat apa-apa untung pun promote bisnes dia, just share info)

 

ok? saya doakan artikel ini dapat membuka mata anda untuk menceburkan diri bisnes kat ebay…

suka artikel ni? share lah yer.. bukan senang nak hasilkan artikel yang berkualiti macam ni, memerlukan masa 2-3 jam untuk kumpul semua data yang real and proven. sebelum blog ni kena hack oleh orang yang kita tak tahu..sampaikan dan sebarkanlah ilmu ini, at least dapat pahala sebarkan perkara kebaikan.

good luck!

 

wasalam

Zul Ariffin Maarof

 

 

 

 

Leave A Response

* Denotes Required Field