Ebay Part 8: Modal RM8 seunit jana profit RM981.92!

ok artikel kali ini ayat agak skema..heheehe

( sebenarnya ini artikel untuk thevocket, tapi takpelah saya publish jer dulu sini )

cerita ni pasal macam mana daun kering pun boleh buat duit.

 

selamat membaca geng

 

Pada zaman kegawatan ekonomi dan harga barang yang sentiasa naik, ramai yang ingin mencari pendapatan tambahan. Tapi masih ramai yang masih tak tahu nak berniaga terutamanya berniaga online.

Tetapi masalah peniaga online ini adalah menarik trafik ke website untuk membuat jualan. Kekangan utama peniaga online adalah menarik trafik. Jika menggunakan facebook ads memang boleh mendapatkan trafik, tetapi memakan kos yang tinggi apabila telah ramai pesaing menjual produk yang sama

 

“Ebay telah menyelesaikan masalah peniaga yang tak pandai membuat sales”

 

Saya kongsikan beberapa barang yang boleh di jual di ebay ketika ekonomi gawat. Dengan modal yang rendah, anda masih boleh membuat jualan di ebay jika kena caranya.

 

Kita mulakan dengan modal RM8. apa yang anda boleh jual?

  1. Daun Ketapang

1wm

 

Ini adalah ebay seller dari Malaysia,

sama seperti anda juga masih tinggal di Malaysia tetapi menikmati pendapatan dalam usd. Dia menjual daun ketapang atau dalam Bahasa inggeris namanya catappa leave atau indian leave dan nama saintifiknya adalah Terminalia Catappa leave.

 

Dengan modal RM8 buat beli pos flexipax anda dah mampu membuat jualan sebanyak USD5.75 seunit.

 

Mari kita buat kira-kira sedikit

Modal  pos : RM8 ( $1.8)

Sale seunit : RM25.60 ( $5.75)

Ebay fees : $0.58

Paypal fees : $0.47

Untung bersih seunit : $5.75 – $1.8 – $0.58 – $0.47 = $2.90 ( RM12.92)

Dengan menggunakan tukaran matawang pada $1 = RM4.4541

 

Seller ebay ni dalam diam-diam telah Berjaya menjual sebanyak 76 unit.

Keuntungan hasil dari jualan ini adalah RM12.92 X 76 unit = RM981.92!

 

OK lah kan? Dengan modal seunit RM8 sahaja, anda sekarang dah Berjaya menghasilkan untung bersih sebanyak RM981.92!

 

Kat mana nak dapatkan pokok ni? Apa orang putih buat dengan daun ni?

 

Habitat asal pokok ketapang adalah dari asia tenggara, pokok ketapang biasanya boleh ditemui di tepi pantai dan juga di tepi highway. Pokok ini jarang mendapat perhatian di Malaysia oleh kerana ramai yang tak tahu khasiatnya. Pokok ini hidup subur di tempat yang berpasir

 

Kebiasaanya di pantai-pantai pokok ini digunakan sebagai mencantikkan landskap dan tempat teduhan.kegunaan daun pokok ketapang kebiasaanya adalah untuk mengubati penyakit sendi oleh orang-orang lama.

 

Tetapi orang putih menggunakan daun ketapang untuk diletakkan di dalam aquarium. Fungsi daun ketapang ini adalah untuk mengawal PH air dan menyerap sebarang bahan kimia yang terkandung dalam akuarium.Ada juga yang menggunakan daun ini untuk menggalakkan pembiakan udang.

 

Oleh kerana di negara barat pokok ini tidak boleh hidup di kawasan bermusim, daun ketapang menjadi permintaan tinggi di sana walaupun kita boleh dapat di negara Malaysia secara percuma sahaja.

ni daunnya bagi siapa yang tak kenal lagi macam mana rupa daun ketapang ni waktu belum kering

daunketapangwm

ni pokoknya pulak..

 

dulu waktu saya duduk kolej dalam utm, saya duduk kat kolej 9 & 10, dekat tepi-tepi kolej ada tanam pokok ni..saya peratikan jer pokok ni…

 

dalam ati cakap apa aku nak buat dengan pokok ni.ko tunggu! aku buat research pasal kau. hahaha

saya kutip daun ni sampai abang kolej tegur ” woi kau kutip daun tu buat apa? kau nak buat jual tempe ye? patutlah dah kaya!”

saya sengih dan buat bodoh jer…dalam hati cakap,

” ko tak tau..kat oversea orang beli daun kering ni, kalau kau tau mesti kau yang kutip dulu and jual.tak sempat gugur daun ni dah abes licin.kalau kau nampak post artikel ni kau baru tau.. tapi kau dah terlambat bang. aku dah generate beribu income dari daun kering ni sajer untuk buat bayar duit sewa kolej.selamat duit biasiswa aku.kahkahkah”

 

800px-yosripokokketapang1

2.Tongkat Ali

2wm

Di Malaysia, Tongkat ali serbuk boleh didapati dengan mudah daripada pembekal-pembekal tempatan sama-ada secara online dan juga offline.

1 oz = 28.35 gram

Jika anda lihat di bawah adalah penjual online. Dia menjual serbuk tongkat ali dengan berat 200 gram berharga RM25 sahaja

 

2-1

Dengan modal RM3.54/ oz, seller ebay ini berjaya menjual dengan harga $9.95 per oz sebanyak 504 unit!

Mari kita buat kira-kira sedikit

Modal 1 oz serbuk tongkat Ali : $0.8

Modal pos : $1.8

Jualan 1 oz : $9.95

Customer bayar pos : $2.55

Yuran ebay : $1.25

Yuran paypal : $0.66

Keuntungan bersih se unit : $9.95+$2.55-$0.80-$1.80-$1.25-$0.66 = $7.99 @RM35.54

 

Seller ebay ini Berjaya menjual sebanyak 504 unit bersamaan dengan RM35.54 X 504 = RM17,912.16!

 

hanya menjual serbuk tongkat ali sahaja anda sudah mampu meraih pendapatan sebanyak RM17,912.16 secara sampingan sahaja.

Silap hari bulan anda mungkin boleh meninggalkan pekerjaan utama anda dan menjadikan bisnes di ebay ini sebagai sumber pendapatan utama anda.

 

Sebenarnya banyak barang-barang sumber alam di Malaysia ini yang mempunyai permintaan tinggi di luar negara sana. Kalau tidak, tak mungkinlah ketika zaman kesultanan melayu Melaka penjajah sanggup merantau ke Melaka untuk mendapatkan rempah ratus di tanah melayu.

Anda boleh jadikan idea ini sebagai bisnes yang mudah di buat di ebay!

 

Selamat mencuba!

Zul Ariffin Maarof

PhD Matematik

Dr ebay. kahkahkah ganti Dr Azizan Osman.opss

PS : kalau SV aku baca mesti marah sebab orang suruh buat research PhD kau buat research ebay. sambil-sambil jer.huhuhuhu

 

2 Comments

  • Marwiyah

    Reply Reply 24/01/2017

    Bos, saya nak belajar ebay…ada kelas hujung minggu tak?

    • zulariffin

      Reply Reply 31/01/2017

      ada, boleh whatsapp assistant sy di 013 242 2297 (Dr ina) untuk booking pada 25 feb ini di office ZAC Consultancy di batu pahat

Leave A Response

* Denotes Required Field