Apa yang perlu new seller tahu untuk Belajar Bisnes Ebay?

saya mendapat banyak soalan terutamanya dari new seller yang masih belum faham macam mana proses jualan boleh terjadi di ebay.

ini antara soalan yang sering ditanya :

Bagaimana hendak bermula untuk menjual di ebay?

Berapa modal permulaan untuk berniaga di ebay?

Jika tak mahir berbahasa inggeris boleh ke berniaga di ebay?

dan banyak lagi.

ok baik. saya harap artikel kali ini membantu para peniaga ebay yang masih baru nak menceburkan diri berbisnes di ebay dapat faham dengan jelas macam mana nak bermula

Perkara Asas Sebelum Berniaga di Ebay

Untuk memulakan bisnes di ebay, anda perlu ada 5 perkara asas seperti di bawah:

1. Laptop

ini perkara paling asas yang perlu ada. cukup dengan laptop yang murah-murah je pun dah boleh, yang penting ada internet browser seperti google chrome dan mozilla firefox

saya lebih galakkan guna mozilla firefox sebabnya ianya lebih stabil. kedua, saya lebih suka guna windows 7 sebabnya ianya stabil dan boleh create banyak userwindows.

tapi takde masalah jika anda guna google chrome dan windows 7 ke atas. yang penting anda ada laptop yg boleh buat kerja untuk berniaga di ebay. windows 8, windows 10 pun masih boleh create multiple user windows untuk siapa yang ada banyak akaun ebay.

untuk anda yang masih baru nak berjinak-jinak, cukup ada 1 akaun ebay dulu. nanti kang pening kepala, steady. jangan gelojoh.hehe

2 Internet

dah ada laptop, mesti kena ada internet, untuk pemain ebay yang menggunakan multiple akaun ebay, saya sarankan untuk menggunakan internet broadband/ hotspot dari hp.

saya tak galakkan untuk guna internet strymix dan unifi / internet public. sebabnya ianya berisiko untuk anda bercampur dengan ip address yang sama pada akaun ebay orang lain.

jika anda yakin memang internet strymix di rumah atau public tu takde orang connect ebay selain diri anda sendiri, ya boleh..dipersilakan.

3. Kad debit/ Kad kredit

Di ebay, perkara ke 3 perlu anda ada ialah kad debit/ kad kredit. Kad debit boleh digunakan apa-apa shj kad asalkan ianya ada logo master/visa.

kad ini penting untuk anda daftar di paypal untuk withdraw duit ke akaun bank anda. dan tujuan ke dua adalah untuk anda bayar seller fees di ebay apabila mendapat jualan di ebay.

4. Simkad

Perkara ke 4 yang wajib anda ada ialah simkad untuk daftar no hp anda di ebay dan paypal. ebay / paypal kadang-kadang akan hantar kod / call untuk pengesahan identiti diri anda. so nak berniaga di ebay untuk new seller wajib ada no hp.

5. Modal Pusingan

Berniaga di ebay, tiada sebarang kos marketing dikeluarkan, ini kerana kita akan menggunakan sepenuhnya trafik sedia ada yang terdapat di website ebay. untuk pengetahuan anda, di ebay trafik sangat-sangat tinggi dan conversion juga sangat tinggi

jika anda mendapat 10 view shj, sudah cukup untuk membuatkan barang anda terjual di ebay. trafik yang ada di ebay kebanyakkannya adalah orang yang memang dah sedia untuk membeli, bukan seperti di facebook, yang memerlukan

Modal yang perlu anda ada adalah subjektif. bergantung pada jenis barang yang anda jual, modal utama ialah “knowledge”,

Modal kedua sebagai permulaan cukup dengan modal dalam lingkungan RM50 -RM500. sebab untuk akaun ebay yang masih baru, yang tidak ada sejarah pernah menjual barang lagi, ebay akan hold duit anda yang masuk ke dalam paypal anda.

so anda perlu dulukan duit untuk bayar barang yang anda jual kepada supplier dropship anda.

Pastikan jika anda new player yang bermain multiple akaun, simkad dan kad debit tak boleh berkongsi dengan akaun-akaun ebay anda yang lain

Apa yang perlu di buat selepas dah ada 5 perkara ini?

1. Create akaun gmail

sebelum nak daftar di ebay, anda perlu ada akaun emel yang baru. saya galakkan gunakan gmail sebabnya ianya mudah, selain dari gmail, yahoo pun boleh. takde masalah. yang penting anda gunakan akaun emel yang awam, bukan dari company anda bekerja atau tempat belajar anda.

nanti dah habis belajar atau dah tak kerja ianya susah pada masa akan datang

2. Daftar di www.ebay.com.my

Dah ada emel, anda perlu daftar di ebay.com.my untuk buat akaun menggunakan emel yang baru anda create di step satu. kenapa kena daftar di ebay.com.my?

kalau daftar di ebay.com tak boleh ke?

walaupun anda daftar di ebay.com, jika ip address anda (broadband) yang digunakan adalah server dari Malaysia, anda tetap akan redirect ke ebay malaysia.

nanti dah ada akaun ebay malaysia nak menjual di ebay.com (USA) log in je gunakan ebay ID / emel anda daftar tu di ebay.com

3. Daftar di www.paypal.com/my

ini langkah ke 3 yang perlu anda buat sebelum berniaga di ebay. anda wajib ada akaun paypal untuk membuat transaksi jual dan beli di platform ebay. Anda perlu sign up akaun paypal cukup hanya dengan memilih “Buy with Paypal” untuk ada akaun paypal yang basic.

akaun type ini sudah cukup untuk anda memulakan bisnes ebay dari rumah sahaja.

3.Link akaun ebay & Paypal

setelah selesai daftar akaun ebay dan paypal, anda perlu link kan akaun ebay dan paypal anda yang baru create tadi.

baru boleh anda menggunakan akaun ebay anda untuk berniaga dan paypal untuk menerima wang bayaran atas setiap jualan yang berjaya anda buat di ebay.

4.Verify akaun paypal dan update seller fees (create ebay seller account)

Langkah seterusnya anda perlu verify akaun paypal anda. nak verify paypal akaun ada 2 cara,

1. submit document yang diperlukan ke paypal

2. Tolak RM10 dari akaun bank masuk ke dalam akaun paypal anda

saya sarankan guna cara ke 2 kerana ianya lebih mudah.

selepas selesai verify paypal, anda perlu create ebay seller account dengan cara pergi ke akaun ebay anda dan update automatic ebay seller fees.

selepas selesai ke dua-dua perkara ini baru anda boleh memulakan bisnes di ebay

Nota :

verify paypal : Cas RM10

update ebay seller fees : Cas RM3

  1. pastikan dah buat activation of international online purchase
  2. Dah Activate overseas purchase

Anda boleh update di atm machine/ online bank in / call customer service bank

ok, ini adalah perkara yang paling asas untuk anda memulakan bisnes di ebay. anda perlu melakukan ke semua perkara di atas. selepas itu, baru anda boleh memulakan bisnes di ebay

banyak lagi yang perlu anda belajar, terutamanya topik :

1. bagaimana nak cari supplier

2. Bagaimana nak membuat kajian produk

3. Bagaimana nak membuat iklan di ebay secara optimize

4. dan banyak lagi.

Bila waktu yang terbaik untuk anda

memulakan bisnes di ebay?

waktu terbaik adalah 10 tahun dahulu. tapi mustahil untuk anda undurkan masa

waktu ke dua terbaik untuk memulakan bisnes di ebay, adalah sekarang!

so 5 tahun, 10 tahun akan datang anda tidak akan menyesal lagi sebab telah memulakan langkah membina bisnes di ebay waktu sekarang!

saya taknak terlalu mengaburi mata anda dengan duit. sebabnya tujuan artikel saya ini adalah untuk berkongsi  ilmu dan memberi kesedaran kepada anda peri pentingnya kita perlu ada bisnes sendiri.

dengan gaji yang tak naik-naik. dengan kos sara hidup yg semakin meningkat setiap bulan, dengan hutang yang tak habis-habis lagi nak bayar, agak mustahil untuk anda dapat selesaikan semua masalah ini dalam masa 2 tahun-5 tahun kecuali anda jadi boss untuk diri anda sendiri, generate sendiri berapa gaji yang anda nak setiap bulan, tentukan sendiri berapa income yang perlu anda dapat tiap-tiap bulan

senang kata anda perlu jadi BOSS!

ini adalah antara akaun ebay yang dah lama saya tinggal tanpa perlu untuk saya monitor setiap hari. ianya memberikan pendapatan yang pasif kat saya setiap bulan. walaupun tak banyak, tapi cukup untuk tampung kehidupan saya sebagai seorang pelajar dan cukuplah untuk buktikan yang apa saya ajar ini adalah real dan proven case study.

bukan saya reka-reka cerita atau omong-omong kosong.

apa yang saya ajarkan di blog ini adalah sepenuhnya proven case study untuk anda pun turut belajar,

jika anda ada modal, kat bisnes mana yang perlu anda laburkan??

jawapannya adalah dekat diri sendiri! iaitu belajar mencari ilmu, dengan ilmu hidup anda akan jadi lebih baik dari semalam. dengan ilmu juga akan meningkatkan kualiti hidup anda, skill anda, dan skill mencari duit anda,

jika saya boleh, anda pun boleh, sesiapa pun boleh. tidak ada apa-apa perbezaan antara kita.

saya cabar diri anda, untuk buktikan tahun 2017 adalah tahun untuk anda memulakan bisnes online ebay anda

Only sky is the limit!

saya harap apa yang saya kongsikan dalam artikel ini akan membuka minda dan memberikan sedikit inspirasi untuk bantu anda tambah pendapatan sampingan.

Jika anda nak belajar bagaimana nak hasilkan duit online secara separuh masa/ sepenuh masa dengan modal yang sangat-sangat rendah. ebay adalah jawapannya!

Jika anda nak belajar ilmu ebay secara proven case study yang lebih lengkap, saya sarankan untuk dapatkan ebook panduan ebay di sini

>>>Panduan Ebay Intelligence<<

Yang Benar,

Zul Ariffin Maarof

CEO Ebay Intelligence Academy

    155 replies to "Perkara Asas Belajar Bisnes Ebay – Ebay Part 15"

    • Siti

      Alhamdulillah, saya dah beli e-book tuan. Memang sangat-sangat membantu dan lebih terperinci. Harap tuan dapat adakan bengkel ebay di lembah klang lagi.

      • zulariffin

        Alhamdulillah. ya boleh insha Allah bengkel terdekat pada 20mei di batu pahat dan di lembah klang/KL akan dibuat minggu ke 2 hari raya puan

        • Hana

          Saya berminat nak sertai bengkel ebay.. mcm mana cara nak sertainya.. 012-6906374..hana

          • Zul Ariffin

            ya boleh sertai daftar di sini ye puan. mamabaryani.com/ebay pakej D

        • Zulkhairi

          Assalm tuan saya ada masalh pembelian eBook dlm web, blh saya dptkn no tuan utk saya hantar resit pembelian. Ni no wasapa saya 0139912105

          • Zul Ariffin

            wasalam tuan, sudah terima download link dan join group ye?

    • khalilah

      salam..

      Sy br nak mula buat bisnes ebay..dah buka akaun ebay dan paypal
      Dah servay brg utk jual n dah mula nk buat jualan..tp kenapa xlepas ya..
      Saya rs verify akaun paypal tu ada mslh..
      Sy kurang faham camna nk verify paypal tu..
      Boleh bantu saya?

      • zulariffin

        wasalam, puan listing di ebay.com or ebay.com.my ye?

        nak listing perlu guna listing yg biasa, kalau puan termasuk ke bulk listing mmg akan ada masalah puan. cuba click switch listing to advance listing

    • Amir Mazlan

      salam tuan..

      utk akaun baru, bila dapat sale, bayaran kita tak dapat terus ke paypal, tapi ebay akan hold dulu?

      berapa lama yer ebay akan hold bayaran?

    • Ima

      Saya nak pay online untuk pakej b tapi tak boleh. Boleh bantu saya

      • Zul Ariffin

        Boleh puan..whatsap sy di 016 2322 119 untuk sy bantu..

    • noname

      Salam tuan. Yg part verified account tu & link account paypal serta ebay tu sy kurang jelas. Buka acc ebay pun xde seller fee

      • Zul Ariffin

        wslm tuan, lepas create akaun ebay kena klik bhgian financial info dan update automatic payment guna kad debit/kad kredit. then pergi bhgian paypal dashboard linkkan dgn akaun paypal dan verify pypal dlu . lepas tu bru bole buat jualan tuan

    • bib

      salam.aktif lg ke ?

      • Zul Ariffin

        wslm ya aktif lg puan

        • Najiha

          Salam, saya ingin beli pakej b, tapi saya nak tahu cara untuk akses selepas pembayaran

          • Zul Ariffin

            salam puan, nanti selepas pembelian puan akan terima link akses untuk download dan join group support fb. boleh dapatkan di sini ye mamabaryani.com/ebay pakej B boleh buat bayaran secara online

    • Amar

      Tahun 2019 masih ada kelas lagi ke?

      • Zul Ariffin

        ya ada lagi tuan boleh rujuk jadual kelas di sini ye mamabaryani.com/ebay pakej C dan D

    • Dalina

      Salam tuan tahun 2019 ada buat tak bengkel ebay ni kalau ade boleh saya tau .

      • Zul Ariffin

        salam puan ya masih ada lagi. boleh rujuk jadual kelas di sini ye mamabaryani.com/ebay pakej D dan C

    • Mohtar

      Masih ada ke ebook ni?

      • Zul Ariffin

        ya ada lagi tuan bole dapatkan di sini mamabaryani.com/ebay

    • Aisyah

      Salam saya nak tanya skrg kalau buat business ebay nii still boleh dpt mcm yg encik tunjuk tu ker?

    • Zilla

      Assalmualaikum tuan.. Boleh sy daptkan details utk join belajr jual beli di ebay

    • Shazrul shafiq

      Salam tuan zul.. Macam mana saya nak join business ebay ni..

    • imran

      tuan, sy dah buka akaun paypal dan ebay tapi akaun sy suspended,,atau kena dapatkan code confirm debit card dulu bru boleh link dengan ebay????atau macamana..2 hari dah sy buat..tapi bila update produk..akaun kena suspended..please tolong…

      • Zul Ariffin

        ok xpe tuan, xde masalah.suspended tu utk verify akaun tuan je..just click je help and contact sign in di ebay.com.my dlu nnti live chat dengan ebay tanya berkenaan account suspension

    • Izzaty

      Assalamualaikum tuan. Saya izzaty dari terengganu. Nak belajar bagaimana nak mula bisnes dengan ebay step by step. Saya belajar tak tinggi, jadinya sy x berapa nak faham sangat bab international ni 😅 harap tuan dapat tolong saya ye. Terima kasih tuan

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam puan, ya boleh insha Allah.. boleh follow blog dan fb sy ye

    • Syameerah ismail

      Sy da beli ebook tapi tersalah masuk email. Mcm mne ye?

    • Najmi

      Assalamulaikum prof, saya nk belajar pakej B tapi tak tahu mcm mne nk akses pakej tersebut selepas buat bayaran. Boleh bagitahu saya segera?

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam tuan, sudah terima link download di emel ke belum ye.. kalau perlukan bantuan urgent boleh wasap or call sy di 0162322119

    • maizatul

      assalammualaikum. kalau nak daftar ebay tu nak kena download apps atau daftar di google ea ? sebab sy daftar di apps tak ada keluar yg seller fees tu

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam puan, nk dftr boleh terus dftr di ebay.com.my puan

    • Zati

      Saya berminat nak buat ebay bisnes ni, tapi sy tak nak pos barang boleh ke?

    • HAZLIZATI MISLAN

      Saya berminat nak buat ebay bisnes ni, tapi sy tak nak pos barang boleh ke?

      • Zul Ariffin

        ya boleh puan, lebih sesuai buat bisnes secara dropship

    • jais

      assalamualaikum…mcm mn cara nk link ebay ngan paypal?

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam, kena log in ke akaun ebay baru boleh linkkan ebay dengan paypal tuan

    • Azlin

      Adakah peserta bengkel perlu ada akaun ebay dan paypal sebelum join bengkel tuan. Brpkah kos yang dikenakan utk join bengkel dan dimana.

      • Zul Ariffin

        takde akuan ebay lgi pn xpe puan..takde masalah dalam bengkel nnti sy akan ajarkan cara macam mana nak buka akaun dari zero sehingga proses order.nnti lepas bengkel baru buat akaun pn boleh

    • Khairun Nisaa

      Assalamualaikum,nak beli pakej b boleh guna online banking tak? Dekat situ tulis ATM ja

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam puan ya boleh puan takde masalah.. boleh guna online bankin takde masalah nanti puan lampirkan je slip bayaran or screenshot bukti bayaran di sistem ye

    • Noor

      Assalam tuan,

      saya ada buat akaun ebay dan paypal..dh berjaya linked keduanya..dh berjaya listing item..tapi tiba-tiba akaun kena suspended…then, saya xde kna bayar yang seller fees tu…saya ada tertinggal step ke?boleh saya dapatkan nama fb tuan?

      • Zul Ariffin

        wslm puan, nama fb sy zul ariffin maarof. boleh click help n contact sign in di ebay.com.my dan click live chat ye puan mntak ebay reinstate dulu akaun

    • siti khadijah bt che mat

      sngt2 berminat utk joint ebay seller…kos sara hidup tinggi..gaji xnaik2..

    • saidalih

      Assalamualaikum tuan,sy berminat mengenai biz ebay..Tuan boleh tunjuk ajar tak?Baru nak bermula..

    • Umona

      Saya nak mula bisnes tp saya menetap di mesir camne tu ya??

      • Zul Ariffin

        ye boleh tuan takde masalah. asalkan tuan ada internet dan laptop di mana mana shj boleh buat bisnes ebay

    • faizal

      ini step ke berapa tuan??
      Nota :

      verify paypal : Cas RM10

      update ebay seller fees : Cas RM3

      pastikan dah buat activation of international online purchase
      Dah Activate overseas purchase
      Anda boleh update di atm machine/ online bank in / call customer service bank

      • Zul Ariffin

        ini step selepas akaun dah siap create. nnti lepas verify akaun ebay dan paypal terus mntak naikkan limit dulu tuan

    • noor azlina

      assalam , saya ada msukkan 1 barang di ebay.com tapi kenapa saya tidak boleh tambah lg barang ya?? adakah kena tnggu sebulan kemudian baru saya boleh tmbah brg?
      boleh advise ka?

      • Zul Ariffin

        wslm puan, better request mintak naikkan limit dan kuantiti item di listing puan tu setkan ubah maximum buat 2 kuantiti je dulu. bila terjual nnti baru update listing tmbah kuantiti

    • Sal

      Assalamualaikum..enck masih aktif ke? Nak tanya, kenapa bile sy klik list item, page ebay akan tutup..dan bila saya masuk semula ke ebay..barang tu masih dalam draft…mohon penjelasan..terima kasih..

    • ali hanafiah

      Salam,
      saya nak jual barang ke pasaran luar negara, adalah perlu daftar ebay.com atau ebay.com.my

      • Zul Ariffin

        wslm tuan, reg di ebay.com.my nanti sign in di ebay.com utk jual ke pasaran usa tuan

    • MUhammad omar

      assalamualaikum..saye nk tanye kalau kite nk jual di ebay.com memang kne pkai address di US ke?maksud saye kene pkai fake address la ke?

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam tuan, tak perlu reg fake address usa tuan. guna shj address malaysia tuan yg didaftarkan dalam ic.. boleh takde masalah

    • Razif

      Assalam tuan… untk toup ke dlm acc paypal perlu ada kad kredit dan rhb ya… ada cara alternatif lain ke?

      • Zul Ariffin

        wasalam tuan, tak perlu topup..plug in je kad debit/kredit ke akaun paypal dan verify paypal. nanti bila duit tak cukup baki di paypal akan deduct terus di akaun bank tuan

    • Azwani Ab Rahman

      Assalamualaikum…akaun sy juga baru kena suspen sebentar tadi. Sy baru dalam proses nk update automatic payment method. Berulang-ulang kali klik link “Add or update automatic payment method”, dia tetap akan keluar page ‘Not A Seller’s Account’. Berkali-kali saya cuba, last2 acc kena suspen.

      Apa yg harus sy buat untuk dapatkan semula acc sy?

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam tuan, sign in di ebay.com.my click help&contact>account>selling limit restriction> live chat ebay submit document utk reinstate semula..

        contact ebay submit document :
        1. POI (proof of identity) etc ic
        2. POA(proof of address) etc lesen/statement bank/credit card statement/ utility bill
        3. POM(proof of merchandise) etc resit/ invoice

        pastikan info di POI POA mesti match sama dgn info yg daftar di ebay tuan

    • Abdul Latif bin ibrahim

      Salam tuan..kalau buat dekat hanset macam Mana ya boleh ke

      • Zul Ariffin

        wslm tuan, better ada laptop tuan. hp tak berapa sesuai

    • dayana

      deduct RM10 tu sama jgk ke dgn beli kod 4digit tu??..actually sy dh bnyk kali try and kne suspend..bila sy baca entry encik ni bru sy faham kne buat bayaran dlu ke paypal bru boleh buat jual beli..dan sy juga alami masalah yg sama..bila sy klik utk buat one time payment tu dy trus tulis only for seller..sy xterlalu mahir dgn ebay dan paypal tp sy serious mmg nk cuba berniaga dan menambah pendapatan keluarga..harap encik dpt membantu serba sikit..semoga rezeki encik makin bertambah dan sentiasa mengalir seperti sungai..

      • Zul Ariffin

        aminn trima kasih puan doakan sy. smoga puan juga bertambah rezeki aminnn. 4 digit kod paypal tu dpt dari akaun bank biasanya akan dapat sms or ada tulis di description yg cas rm10 di online banking. boleh guna kod tu utk verify akaun. klu masih lgi tak boleh nk verify puan call paypal or emel ke bhagian customer support utk mntak tlg semakkan error ye

    • Firdaus

      salam tuan.saya dah ade sume akaun..problem bile nak link paypal die suruh register yang baru.apa masalah ye tuan?

      • Zul Ariffin

        wasalam tuan, ada error tu tuan.. nanti cuba tuan clearkan cookies or try guna browser lain.. kalau masih lgi masalah yg sama, tuan contact customer support paypal utk dapatkan bantuan linkkan akaun ye

    • Sakinahsalsabilla

      Salam,akaun saya Masih Salam proses pendaftaran tapi kena suspend..Bila Buka akaun setting..
      Dia suruh view your account information and review your invoice
      Saya cuba bukak tapi kena block

      • Zul Ariffin

        wslm puan, siapkan dokumen ni utk appeal case puan dan reinstate smula akaun ye

        1. proof of identity ( ic)
        2. proof of address ( lesen/statement bank/ statement kredit card)
        3. proof of merchandise ( invoice or resit )

        nanti puan sign in di ebay.com.my click help and contact > account> selling limit restriction> contact us > live chat deal dgn customer support ebay utk bantu reinstate akaun puan smula

    • Nor

      Assalamualaikum Tuan,
      Maaf mengganggu..sy nak tya..kalau sy tak ada kad kredit , boleh tak sy hanya pakai kad debit ,contoh mcm kad Maybank untuk paypal jual ke international market?Sy ada listing 12 brg , di dashboard semua ok..bila saya browse semula dlm ebay, tak jumpa pulak listing sy tu..
      Terima kasih kerana membantu..semoga murah rezeki tuan..

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam puan, ya boleh puan pastikan kad debit tu dah aktifkan dulu international online purchase dan oversea withdrawal.. apa ebay id puan? sy bantu semakkan dan bagi advise

      • Nursakinahsalsabilla

        Saya nak tanya’barang apa ye yg tak lepas klu shipping international?Kalau saya Jual makanan dlm bentuk liquid boleh lepas tak?

        • Zul Ariffin

          liquid tak boleh puan, prohibited item klu guna flexipax international.kena guna dhl

    • Siti Noor Haslinda Jabar

      Hi, Berapa harga ebook yg tuan jual ye?

      • Zul Ariffin

        Hi puan rm197 shj utk pakej B dan rm97 utk pakej A boleh dapatkan di sini ye mamabaryani.com/ebay

        • Hasyyati

          Apa beza pakej A n B

          • Zul Ariffin

            pakej A : ebook shj . pakej B ada ebook+group support fb+ complete tool ebook yg lain. boleh dapatkan di sini ye mamabaryani.com/ebay

    • […] Kalau anda tak ada lagi akaun ebay, anda boleh rujuk artikel di sini perkara asas yang perlu ada untuk menjual di ebay […]

    • yellow shoes

      salam tuan. saya dah hampir 2 tahun tak bekerja sebab menjaga orang tua saya sakit (lumpuh) dan sepanjang 2 tahun ni sy gunakan duit simpanan sahaja sampai nak dekat habis dah pun. Saya ingin belajar cara berniaga online di ebay tetapi zero knowledge. sekadar membaca di page tuan dan beberapa page lain, baru beberapa hari mula baca..tak ada hands on experience lagi. kalau saya buka saja ebay account & paypal tanpa beli apa2 rujukan, tuan rasa boleh jual apa2 ke?

      • Zul Ariffin

        wslm tuan, ya boleh tuan.. takde masalah. boleh try n error dan rujuk melalui bahan bacaan di dalam blog ni pun boleh..sy doakan semoga tuan berjaya dan dipermudahkan urusan.aminnn

    • Mohd Erwan

      Assalamualaikum Tuan,
      Saya nak bertanya. Kos yang eBay dan Paypal cas kita perlu masukkan dalam harga jualan kita sekali ke atau pihak eBay dan Paypal akan top up automatik dari harga kita. Terima kasih

    • man

      Assalam tuan

      Nak tanya bila acc e bay suspend & mereka nak minta salinan proof identiti seperti ic or password bergambar color.memang wajib kena bagi ke?

      Ade cara lain kalau tak nak bagi?

      Terima kasih tuan

      • Zul Ariffin

        wslm tuan, ya memang itu prosesnya tuan.provide je dokumen yg diminta pastkan match dgn info yg dftr di ebay

    • Zara

      Boleh saya tahu jika nak pos barang courier apa yang sesuai dlm eBay international?? Berapa Kos perlu ada sebelum mula jual barang.??tq

      • Zul Ariffin

        boleh gunakan flexipax international. kos shipping berat 150g rm13 shj.boleh dapatkan di pos malaysia

    • Sya

      Salam bgaimana nk dapatkan panduan eBay ni

      • Zul Ariffin

        wslm puan boleh dapatkan di sini ye mamabaryani.com/ebay

    • Nur Sakinah salsabilla

      Salam,saya baru nak jual..saya nak tanya,caj eBay dan paypal untuk sekali jual 1item berapa percent ye
      Yg saya tahu paypal caj wajib rm2 utk setiap item kan?
      Diorang ikut caj currency negara ke?misalnya saya jual dlm usd diorang akan caj tolak pakai usd kan’ berapa percent ye?

      • Zul Ariffin

        wslm, nak senang kira ambil total cas ebay +paypal 15% puan. boleh gunakan calculator ni utk rujukan.. finalfeecalc.com

        • Nursakinahsalsabilla

          Untuk buat research guna terapeak kena subcribe kan..berapa ye sebulan..?dan selain dari terapeak ade tak options lain utk research ebay market ?

    • Sakinahsalsabilla

      Salam,saya baru nak jual..saya nak tanya,caj eBay dan paypal untuk sekali jual 1item berapa percent ye
      Yg saya tahu paypal caj wajib rm2 utk setiap item kan?
      Diorang ikut caj currency negara ke?misalnya saya jual dlm usd diorang akan caj tolak pakai usd kan’ berapa percent ye?

    • Mohamed Ishahmudin bin Maidin

      Salam tuan boleh saya dapatkan panduan ebook tuan saya masih baru lagi baru start nak belajar harap tuan boleh bantu saya Terima kasih

    • […] post saya sebelum ini, jika anda sudah ada akaun ebay dan paypal yang sudah verified, (boleh rujuk di sini  jika masih belum ada akaun lagi) akan muncul di minda anda apa nak jual dekat akaun ebay […]

    • Azrul As

      Salam tuan. Kalau bsn, kalau dah aktifkan debit card tu maknanya dah automatik aktif untuk both online purchase & oversea transaction ke, atau online purchase kena aktifkan lain, oversea trasaction kena aktifkan lain. Maknyanya dua2 tu asing2 cara aktifkannya. ?

      Kalau nak pos barang yang takde saiz flexipack yang kita nak, boleh tak kita bubgkus sendiri guna plastik sampul kita, then mintak beli form flexipack? Harga dia kira harga timbang ke mcmmana?

      • Zul Ariffin

        wslm tuan, kalau dah aktifkan kad debit online purchase dan oversea withdrawal dah boleh guna utk online transaction di ebay dan paypal tuan. kena buat dua2 tu asing2.. klu size dimension tak muat, kena tambah harga.. biasanya agak mahal sikit nnti jadinya, pilihan alternatif lain tuan boleh gunakan service dari webs2ship utk pos barang slain dari flexipax

    • intan

      Salam….

      saya nak join ebay boleh tau dengan lebih detail…
      0139458615

      • Zul Ariffin

        wslm puan, ya boleh.. jemput daftar di sini ye puan, mamabaryani.com/ebay pakej C atau D. boleh juga wasap or call sy di 0162322119 ya

    • linda

      hai..macam mana nak update abay seller fees?yg kena cas rm3 tu xclear.

      • Zul Ariffin

        hi puan, boleh click di bahagian section financial tab, click di setup automatic payment method..

    • Mohd Ramadhan Bin Abd Wahab

      As salam.. tuan sy nk mencuba bisness d ebay.. mcm mn sy nk buat… budak baru mencari rezeki d tepian..

    • Nursakinah Salsabila

      Salam..mcmane step utk naikkan limit selling ebay dan paypal

      • Zul Ariffin

        wslm, selling limit di ebay boleh live chat or submit document di ebay menggunakan button help& contact di ebay puan, kena submit dokumen ic/lesen dan statement bank/utility bank utk dapat naikkan limit

    • Nursakinah Salsabila

      Utk outomatic payment method Kita wajib letak ke debit@kredit card ke tak payah utk seller fee..sebab kat seller hub akaun saya ada task suruh update automatic payment Method nie.ebay tak boleh potong ke dari paypal setiap kali sold.dan utk one time payment saya tak berapa nak faham,harap beri sedikit pencerahan..tq

    • solehah ezani

      mcm mne nk update ebay seller fees yg bayar 3 inggit tuu….xjumpe ..

    • Ahmad Ridwan Osman

      3.Link akaun ebay & Paypal
      setelah selesai daftar akaun ebay dan paypal, anda perlu link kan akaun ebay dan paypal anda yang baru create tadi

      cam mana nak link kan akaun ebay dan pay pal

      • Zul Ariffin

        salam tuan, kalau dah daftar paypal melalui ebay automatik akaun ebay tuan akan link dgn paypal..just check pastikan dah link melalui my ebay account under section paypal dashboard ye

    • Nursakinahsalsabilla

      Salam,saya dh pos barang sampai Negara buyer tapi kena held dgn custom..dan duit dlm PayPal Masih on hold..sye dh email kat buyer tapi Masih takde response..Jadi mcm mane ye nak solve problem nie dan cairkan hold payment Tue..

    • Aisyah

      Salam saya nak tnya kenapa paypal saya tk boleh link dgn credit card yer? Saya sebelum ni ada buat acc paypal tpi saya guna email personal jadi saya deactive acc paypal tu sbb saya bru teringat kene buat acc email bru. Jadi saya buat acc email bru dan daftar paypal lagi sekali tapi bila nak link kan credit card dia ckp ada masalah. Macam mana eh tu harap tuan dpt tolong 😊

    • Wan

      Tak perlu daftar syarikat kan. Kita beli produk dan jual sahaja.

      • Zul Ariffin

        betul puan, hanya menggunakan akaun individu.. xperlu dftr syarikat utk start menjual

    • faizah daud

      salam untuk jualan di ebay.com kenapa saya dah siap lit item. akan keluar shipping cost tu yer…macam mana nak isi shipping cost sedangkan kita tak tahu pon lagi costumer yg nak beli tu dari negara mana.

      • Zul Ariffin

        wslm puan, ya memang kena isi dulu siap2..waktu listing tu puan kena estimate berapa berat item dan dapatkan kos shipping dari kurier shipping utk masukkan ke dalam info listing. dari kurier shipping dah ada maklumat yg diberikan utk negara-negara yg kita nak pos

    • Najiha Adzhar

      Salam tuan,
      Sy ada listing brg di dashboard semua ok..bila saya browse semula dlm ebay, tak jumpa pulak listing sy tu.. Kenapa ya?

      • Zul Ariffin

        wslm puan, boleh search smula di ebay search platform ebay yang puan listing tu. kalau list di ebay malaysia memang akan kluar di ebay malaysia shj puan

    • intan

      assalamualaikum tuan. boleh kalau kita jual produk sendiri? tidak perlu menjadi dropship.

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam puan ya boleh..takde masalah asalkan barang nak jual tu tak melanggar polisi ebay puan

    • a.afandy

      asslamulaikum tuan,

      Nak tanye pasal bengkel ebay untuk tahun 2020. Bulan january 2020 ada tak? Kalau ada saya nak menyertai lah. Saya ni merancang untuk pencen pada 2020. Pengetahuan saya pasal ebay ini terlalu sedikit & cuma pernah berurusan membeli barangan dari ebay sahaja.

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam tuan, ya tuan bulan januari sudah ada jadualnya.. pada 18 dan 25 jan ada di buat di bangi tuan, boleh daftar di sini ye mamabaryani.com/ebay pakej D

    • Noraini

      Assalamu’alaikum..tuan..sy minat nak mencuba bisnes ebay..tp sy perlu bantuan dan tunjuk ajar dari tuan .. boleh tuan bagi nmbr phone ..

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam puan ya boleh ini no hp sy 0162322119

    • Nik Faqrul

      Adakah tahun 2020 masih belum terlambat??

      • Zul Ariffin

        ya masih belum terlambat tuan, better late than never 😉

    • […] cara nak menjual kat ebay..kalau takde lagi akaun ebay boleh baca artikel lepas yang saya dah tulis kat sini. Ini memang wajib, nak jual kat ebay anda mesti kena ada akaun ebay dulu, kalau tak, takleh la nak […]

    • nurlela

      Assalammualaikum Tuan,
      Saya masih belum hadir bengkel. boleh anak sy yg hadir?

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam puan, boleh puan xde masalah.. boleh daftar di sini ye mamabaryani.com/ebay

    • Zainuri Tahir

      SALAM EN ZUL….SAYA BERMINAT NK JOIN EBAY…SERIUS NK BELAJAR STEP DGN EN ZUL..

      • Zul Ariffin

        wasalam tuan, ya boleh tuan insha Allah.. tuan dah ada akaun ebay dan paypal?

    • […] nak menjual kat ebay..kalau takde lagi akaun ebay boleh baca artikel lepas yang saya dah tulis kat sini. Ini memang wajib, nak jual kat ebay anda mesti kena ada akaun ebay dulu, kalau tak, takleh la nak […]

    • Venu

      Hi tuan, ada tak class ebay kat area seremban,nilai,kl,pj? Boleh sy contact tuan utk mengetahui info terperinci mengenai kelas ebay?

      • Zul Ariffin

        HI tuan, kelas terdekat pada 29 mac di bangi dan 21 mac di muar tuan, ya boleh.. boleh hubungi saya di 016 2322 119

    • […] post saya sebelum ini, jika anda sudah ada akaun ebay dan paypal yang sudah verified, (boleh rujuk di sini  jika masih belum ada akaun lagi) akan muncul di minda anda apa nak jual dekat akaun ebay […]

    • […] Jika anda belum ada akaun lagi, boleh baca artikel perkara asas yang perlu ada sebelum mulakan bisnes ebay […]

    • wani

      assalamualaikum Dr Zul, sy berminat untuk joint bengkel yg bakal diadakan. disebabkan sy newbie, mengikut cadangan Dr, digalakkan ambil pakej C @ D. boleh ke Dr bagi anggaran modal yg diperlukan termasuk hadir ke bengkel dan modal untuk mulakan bisnes ebay.

      • Dr. Zul Ariffin

        waalaikumsalam puan wani.. modal allocate untuk jual barang dalam rm100-rm500 dah memadai dah. pakej yg sesuai utk newbie pakej C..

    • […] post saya sebelum ini, jika anda sudah ada akaun ebay dan paypal yang sudah verified, (boleh rujuk di sini  jika masih belum ada akaun lagi) akan muncul di minda anda apa nak jual dekat akaun ebay […]

    • […] Kalau anda tak ada lagi akaun ebay, anda boleh rujuk artikel di sini perkara asas yang perlu ada untuk menjual di ebay […]

    • […] Anda boleh register ebay dengan cara rujuk di artikel kat sini dulu Perkara Asas Belajar Bisnes Ebay- Ebay Part 15.  […]

    • […] Langkah 1 : Daftar akaun ebay, paypal dan shopee dahulu. untuk daftar akaun ebay boleh rujuk di sini : >>>Perkara Asas belajar bisnes ebay<<< […]

    • […] nak menjual kat ebay..kalau takde lagi akaun ebay boleh baca artikel lepas yang saya dah tulis kat sini. Ini memang wajib, nak jual kat ebay anda mesti kena ada akaun ebay dulu, kalau tak, takleh la nak […]

    • […] Jika anda belum ada akaun lagi, boleh baca artikel perkara asas yang perlu ada sebelum mulakan bisnes ebay […]

    • […] Jika anda masih baru lagi dalam bidang bisnes ebay, anda boleh baca artikel asas ebay di sini. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published.