Bagaimana nak mendapatkan Roadtax Kereta Free Setiap tahun dengan Bisnes di ebay : Part 18

Salam Hormat,

artikel kali ini saya nak kongsikan kepada anda strategi bagaimana nak mendapatkan roadtax kereta free setiap tahun.

saya tahu saban tahun bagi sesiapa yang mempunyai kenderaan pasti sedikit sebanyak akan mengeluh bila nak renew roadtax kereta. walaupun ianya bukanlah renew setiap bulan, tapi bila nak renew tu terasa macam sekejap je dah setahun.

dengan bisnes di ebay, anda mampu menampung perbelanjaan roadtax kereta anda,walaupun anda merupakan newbie dalam dunia ebay. jika anda praktiskan apa yang saya ajarkan/ kongsikan ilmu ni insha Allah boleh bantu anda tampung perbelanjaan renew roadtax kereta anda secara percuma setiap tahun

so lepas ni takdelah masalah lagi nak renew roadtax kereta….

yang penting kena betul-betul planning.

ok, saya kongsikan 1 case study untuk anda apply dalam ekonomi keluarga anda..

ini adalah sale jualan selama setahun mulai bulan Okt 2016 sehinggalah Sept 2017

mana saya dapat data-data ni? saya scrape data ni daripada website ebay dan terapeak dan saya analisa menggunakan excel shj.

bukan saya buat-buat data ni ye.. ni real data. data never lies

 

seller ini berjaya buat jualan sebanyak 175 unit dalam masa setahun dengan total sales berjumlah $3537.79 = RM15,002.27 ( RATE : $1 = RM4.2406)

banyak kan? seller ni hanya menjual 1 barang sahaja.. ya 1 jenis barang sahaja dan pada 1 akaun ebay sahaja.

jom kita tengok dulu berapa sale setiap bulan dalam bentuk graf

 

sale setiap bulan takdelah banyak..cuma dalam $154.44 sehingga $414.84 sahaja setiap bulan. tapi seller ni konsisten buat jualan setiap bulan.. point yg paling penting kat sini adalah “Konsisten” aka “Istiqomah” dalam membuat jualan setiap bulan di ebay.

sebab tu dalam islam  tu diajarkan untuk beristiqomah setiap perkara kebaikan yang kita lakukan. walaupun hanyalah sedikit. sebab impactnya adalah besar. bacalah walau sepotong ayat alquran sehari sekali tapi istiqomah berbanding 1 juzuk tapi hanya sebulan sekali.. lebih malang lagi kalau tak baca langsung. ( Ingatan untuk diri saya sendiri dan rakan-rakan pembaca blog ini)

 

ini baru jualan untuk 1 item sahaja. kalau anda ada niche seperti ini dan ada 10 jenis niche yang hasilkan jualan macam ni?

minima $154.44 sebulan x 10 item = $1544.4 sebulan @RM6547, maximum $414.84 sebulan x 10 item = $4148.4@ RM17589 sebulan. banyak dah kan jadinya?

anggaran kasar jualan setiap  bulan dah boleh cecah RM6000++  sehingga RM17,000++

Jika ambil untung bersih sebulan 30% shj daripada total jualan dah boleh dapat side income antara RM1200++ sehingga RM5100++

dah cukup sangat untuk renew roadtax setiap bulan. bukan setiap tahun… 🙂

ini adalah graf unit terjual setiap bulan. setiap bulan unit terjual adalah antara 7 unit sehingga 21 unit shj.tapi ianya konsisten.. setiap bulan ada terjual.

lebih baik income kecil tapi konsisten jualan setiap bulan untuk bertahun-tahun lamanya berbanding income besar tapi jualan hanya sekali sahaja seumur hidup. kan kan kan? 🙂

ok, apa barang yg dijual ni? sy tahu..anda mesti tertanya-tanya. ok ini hanya case study shj ya. untuk anda belajar..

bukan untuk anda copy paste dan sailang harga. tujuan saya kongsikan ilmu ini adalah untuk semua orang dapat manfaatnya bersama. untuk semua orang sama-sama dapat belajar.. so sy harap takdelah orang salah tafsir terhadap tujuan saya buat artikel ni..

ada jugak yg cakap, saya buat artikel ni tujuannya untuk jual Ebook Panduan Ebay, Untuk pengetahuan anda tujuan panduan ini dibuat adalah untuk mereka yang berminat nak belajar ebay secara serius dan untuk dapatkan ilmu yang lebih lagi. siapa yg ada duit dan nak invest pada knowledge yang sy kongsikan boleh dapatkan Ebook Panduan Ebay Intelligence  tanpa apa-apa paksaan..sebabnya anda takkan rugi apa-apa pun.. sebab apa yg sy kongsikan saya percaya kalau anda praktiskan ilmu yg anda perolehi, anda boleh gunakan ilmu tu sampai bila-bila.. malahan semakin bertambah dan takkan berkurang..

kalau anda beli dan plan nak simpan buat pekasam.. nasihat sy better jangan belilah. sebab anda akan rugi..ilmu yg anda dapat nanti pun lama-lama berkarat sebab kita tak praktiskannya..

siapa yang hanya nak baca artikel di blog sy ni taknak beli pun boleh.. takde masalah..

sebabnya untuk pengetahuan anda, untuk menghasilkan artikel seperti ini perlukan kerja-kerja penganalisaan data, buat prediction future income, outsourcing the best supplier, forwarder dan banyak lagi. yang makan masa sehingga 3-4 jam untuk hasilkan sebuah artikel… apetah lagi untuk menghasilkan sebuah panduan yg lebih lengkap yang mencecah hampir 200 muka surat.

 

so alang-alang saya nak share, biar sy share sampai sy rasa puas hati.. so anda dapat manfaatnya tanpa berselindung. Hasilnya sy dapat banyak feedback daripada pembaca blog yg dah berjaya buat sales yg pertama di ebay selepas baca artikel dari blog ni shj. Alhamdulillah… ini baru shj baca dari blog, belum lagi baca dari Ebook Panduan Ebay Intelligence  atau  hadir ke Bengkel Ebay Intelligence. Insha Allah lebih banyak ilmu yg anda akan dapat belajar.. niat sy menulis blog ni hanyalah untuk berkongsi ilmu bila saya ada waktu lapang, sebab passion saya adalah mengajar dan berkongsi ilmu..mudah-mudahan saya dapat saham akhirat nanti hasil dari penulisan di blog ni. 🙂

ok kita sambung balik, macam mana nak buat macam ni?

Nak hasilkan income macam ni caranya mudah sahaja jika dah tahu.

 

Langkah 1 : Anda perlukan Tools Terapeak @ Advanced Search ebay

Terapeak :

tujuan tools ni adalah untuk anda buat research.. cari item apa yang konsisten boleh terjual di ebay. sya nak ulas topik ni agak panjang. Insha Allah akan datang sy akan buat 1 artikel khas cara-cara nak guna terapeak shj,

kenapa terapeak? sebab ianya memang bagus… sy bukanlah authorised terapeak agent ataupun reseller, tapi saya recommend terapeak dari kacamata seorang pengguna yg telah dapat banyak manfaat dari penggunaan tools ni.

tapi ianya kena bayar lah. mahal sikit setahun dalam RM600++ tapi ianya bagus untuk anda punya bisnes di ebay. pada saya RM600 tu masih murah lagi berbanding bisnes offline yg nak kena bayar sewa kedai bulan-bulan. dan tools terapeak ni tak wajib pun.. anda ada modal lebih boleh beli, takde modal tak beli pun takpe. yg penting  anda tahu macam mana nak optimumkan penggunaan terapeak ni. kalau tak tau guna..tapi anda dah subcribe tu membazir namanya, sebabnya anda tak gunakannya seoptimum mungkin

so pandangan saya..sebelum anda nak subcribe tu, belajar dulu godek-godek selama 7 hari free trial yang dia bagi tu. lepas 7 hari kalau anda dah mahir guna, bolehlah sambung subcribe sebulan dulu. kalau lepas sebulan anda rasa memang terapeak ni berguna untuk anda, bolehlah subcribe terus untuk setahun.. untuk jimat sikit.sebab langganan bulan-bulan lagi mahal berbanding langganan untuk terus setahun.

ok sebagai alternatif lain, anda boleh juga gunakan ebay advanced search, ianya percuma dan POWERFULL juga.

 

di bahagian advanced search anda boleh search item menggunakan keyword yg anda target dan filter item yg sold shaja dan adjust lokasi item yang anda nak…

so dari situ anda akan dapat idea apa item yg dijual oleh ebay seller yg lebih dahulu dari anda.

lepas anda dapat idea dari sinilah nanti anda boleh kembangkan penganalisaan data yang anda dapat tu untuk anda gunakan di terapeak. untuk anda kaji ciri-ciri seperti di bawah:

  • Berapa Average price yg telah dijual oleh ebay seller for the previous 3 months up to 3 years?
  • Berapa unit item telah dijual setiap bulan?
  • Adakah item ni dikategorikan sebagai niche avergreen or trending item?
  • Adakah item ini dikategorikan sebagai Low risk, medium risk or high risk item?
  • Berapa ramai competitor yang menjual item yg sama di ebay?
  • Adalah kita mampu untuk mendapatkan supplier yang sama dan mampu untuk compete dengan existing seller?

dan banyak lagi… sebab tu research ni sangat-sangat penting. sy ulang research ni sangat-sangat penting untuk anda memulakan bisnes di ebay. sebab trafik telah sedia ada di ebay, ebay dah bantu kita carikan trafik secara percuma sahaja tanpa anda perlu keluarkan modal untuk buat pengiklanan seperti di social media platform seperti facebook.

ok? ini adalah skill yg pertama anda kena kuasai jika nak belajar cara-cara nak dapatkan roadtax percuma setiap tahun. saya ada ajarkan semua strategi ini di dalam Bengkel Ebay Intelligence . anda akan belajar sehari suntuk bersama saya untuk kuasai skill ini dengan baik. jika tak paham boleh angkat tangan dan terus tanya direct…tanya sampai paham. So anda dah ada jalan “shortcut” untuk kuasai skill ini tanpa perlu buat “try and error”

Langkah 2 : Cari Supplier & Forwarder yang terbaik

selepas anda dah yakin dan telah terjawab segala persoalan seperti di atas, topik ni adalah yg paling penting sekali.. iaitu untuk dapatkan supplier di ebay

ada banyak sumber supplier dan ada banyak kaedah cara nak buat jualan di ebay. Sumber yang boleh anda guna pakai adalah seperti di bawah

www.aliexpress.com

www.taobao.com

www.1688.com

 

dan banyak lagi sebenarnya…..ini pun dah cukup yang penting anda pandai pilih barang apa yang nak dijual….

 

dari website supplier ni lah anda boleh dapatkan supplier secara dropship or secara pukal(simpan stok beli borong)

sudah tentu borong lebih untung..tapi dropship boleh mulakan dengan modal yg sangat rendah.. tanpa anda perlu tanggung risiko barang tak terjual disebabkan skill membuat kajian pasaran masih belum mahir.

Langkah 3 : Buat iklan di ebay

ok selepas dah ada supplier, apa lagi.. anda dah boleh start menjual dan listing di akaun ebay anda lah. nak listing pun jangan gelojoh terus listing sekali 10 listing.. listing dulu 1 sahaja dulu tengok hasilnya.. lepas ke tak. ebay kacau tak. nanti lepas listing ending kalau tak berjaya anda boleh re-adjust semula iklan anda..

jika terjual, proses order dan relist semula.. ulang-ulang ulang sampailah duit anda berkepuk-kepuk dekat paypal. tu diaaa.

macam tu je caranya nak buat duit kat ebay. daripada anda invest duit ke skim cepat kaya, baik anda invest duit simpanan anda untuk diri anda sendiri.. buat modal menuntut ilmu dan juga buat modal untuk beli barang untuk jual kat ebay.. anda boleh control 100% business flow anda.

 

ok. tu adalah strateginya secara teori. sekarang ni saya tunjukkan kepada anda, contohnya pulak…. sy dulu belajar kat universiti kalau lecturer tak tunjukkan teori dan example saya susah nak paham. so sebab tu saya punya style, saya ajar teori dulu kemudian tunjuk example seller yg telah berjaya duplicate/ praktiskan step kat atas tu dengan baik..

untuk anda mudah hadam dan paham

ok anda cuba tengok seller ni punya iklan dulu seperti kat bawah

ini adalah item dia yang telah berjaya dijual. harga jualan adalah $25.99

 

walaupun sales average di ebay di jual adalah jauh lebih rendah. tapi seller ni berjaya buat jualan sebanyak 175 unit dalam masa setahun. Fuh!!!! satu pencapaian yang boleh dibanggakan kan? sebagai income tambahan.. duit geli-geli orang panggil

 

so faktor harga, bukanlah faktor utama untuk potential buyer kita tengok untuk buat keputusan sebelum membeli.. data daripada contoh case study ni dah buktikan pun.

ok kat mana supplier?

 

anda boleh tengok supplier yang saya dapat seperti kat bawah ni..

ini adalah supplier untuk harga Box dan accesorries iaitu 7 yuan 1 unit

yang ni pulak adalah untuk harga cermin matanya..

so total kosnya yg saya dapat  untuk seunit adalah 7 yuan(cermin) + 7 yuan (box+Aksesori) + 5 yuan (shipping ) untuk hantar ke Malaysia

barang ni saya simpan stok..

so total kos adalah = 19 yuan @ RM12 @ USD2.9

saya simpan stok kat rumah dan ambil gambar sendiri. ini adalah photo studio lighting Box yang sy gunakan untuk ambil gambar di SOHO sy. anda pun boleh setup satu di rumah. benda ni wajib ada jika anda serius nak buat bisnes online di rumah. Barulah income masuk tu serius…..

lepas dah ada gambar yang superb barulah boleh listing di ebay..

Tools lain yang anda kena ada jika anda menjual secara simpan stok adalah Penimbang digital seperti di bawah. untuk anda buat anggaran berapa kos berat parcel anda..

 

ok sekarang kita dah tau harga supplier, harga shipping, mari kita kira berapa profit bersih jualan item seller ni

profit bersih adalah $14.54 USD.  bermakna margin adalah 55.94%!

 

item berjaya jual sebanyak 175 unit, so $14.54 x 175 unit = $2544.5 @ RM10782+++ setahun.

 

nilai terkumpul duit bersih setahun adalah RM10k+++. nilai yg cukup besar berbanding simpan duit di ASB dengan modal yang sangat-sangat minima.

sebenarnya lebih dari cukup untuk anda renew roadtax kenderaan anda. so kesimpulannya saya harap anda dah terbuka minda untuk start belajar buat bisnes kat ebay ni

orang kata ebay ni makin susah tak macam dulu-dulu. Pandangan saya ianya akan jadi susah kalau kita langgar polisi ebay. Kemudahan sekarang dah makin senang, internet dah makin laju, online bank in dah makin banyak. macam cendawan tumbuh….

so apalagi nak berdalih kan. kalau orang lain boleh, kenapa tidak kita?

ini adalah bukti apa yang saya cakap dan kongsikan pada anda, dalam masa yang sama adalah apa yang saya sendiri buat. anda boleh tengok screenshot anugerah dari ebay bagi pada akaun saya. iaitu Power Seller + Top Rated Seller

tak perlu untuk sy tunjuk screenshot paypal dan duit yg banyak-banyak pun.. apa yang lebih penting adalah ilmu yang anda dapat. Manfaat yang anda perolehi dari perkongsian saya ni.

ok akhir kata renungkan kata-kata motivasi ini

 

ok, adios!

 

Zul Ariffin Maarof

-Ebay Intelligence Academy-

Leave A Response

* Denotes Required Field