Macam mana nak buat bisnes secara dropship hanya dari rumah?

Artikel kali ini saya nak kongsikan satu teknik yang dipanggil “custom dropship” .Ada seribu satu teknik dropship untuk anda memulakan jualan di ebay.

tapi jarang untuk anda temui teknik yang diajar secara terperinci bila anda google. terutamanya artikel dalam bahasa melayu

so saya nak kongsikan artikel ini supaya lebih ramai membuka mata bahawa peluang untuk menjana pendapatan secara sampingan dari rumah adalah tidak lagi mustahil pada zaman sekarang ni.

anda hanya perlu ada ilmu sahaja dengan modal yang minima.

Jom tengok beberapa statistik dari terapeak seller-seller yang telah berjaya buat jualan di ebay hanya fokus pada barang “custom dropship” ni

ini adalah statistik jualan 1 jenis barang sahaja iaitu custom watch. Jualan jam ini berjaya menghasilkan sebanyak USD164k++ =  RM635K++ setahun oleh 1436 orang seller dari negara indonesia sahaja.

Orang lain boleh jual. Saya boleh jual. Anda juga boleh jual!

kelebihan bisnes dropship secara custom ni ialah kita boleh menjual mengikut trend terbaru di ebay. Apa yang sedang hangat di cari di ebay, barang tulah yang kita fokus untuk buat jualan.

Ada banyak supplier custom dropship yang boleh anda gunakan. antaranya adalah seperti di bawah:

jom tengok macam mana proses di sebalik tabir ni

 

Langkah 1: Perlu daftar akaun supplier di www.artsnow.com

 

selepas anda register, anda akan mendapat 30 hari percuma sebagai dropship reseller seperti di bawah

untuk lebih jimat anda boleh terus melanggan selama setahun ianya akan menjadi sebanyak 15USD sahaja untuk sebulan. (Dalam RM60 yuran langganan sebulan)

Terdapat beratus-ratus jenis item custom yang boleh anda pilih untuk dijual di ebay

apa yang anda perlu buat hanyalah pilih produk yang anda ingin jual, cari design yang bersesuaian dan jual di ebay. contohnya saya pilih watch seperti di bawah

harga yang ditawarkan untuk bukan ahli adalah berharga USD12.99. jika anda telah daftar menjadi reseller dengan melanggan setiap bulan, harga yang anda dapat adalah seperti di bawah

cuma USD7.99 sahaja. Pastikan anda sudah ada akaun ebay dan paypal dahulu barulah berbaloi untuk anda melanggan artsnow sebagai supplier anda. Jika anda tak tahu nak register ebay boleh rujuk di artikel yang terdahulu bertajuk Perkara Asas Belajar Bisnes Ebay- Ebay Part 15

 

Langkah 2: Kaji Demand market di ebay

nak buat kajian ni juga ada banyak cara. Saya kongsikan secara ringkas seperti di bawah:

  1. Rujuk di website ebay sendiri seperti di advance search ebay

cari item-item yang telah berjaya di jual di ebay menggunakan specific keyword  seperti “sport metal watch” jika anda memang nak jual jam ni.

2. Lihat statistik di website third party seperti di sini www.watchcount.com   

berdasarkan number of watchers yang ramai memberi gambaran bahawa jam dengan tittle volkswagen gti wheel adalah carian keyword yang tertinggi untuk item sport metal watch. Dari data seperti ni bagi kita idea untuk hanya fokus pada barang seperti ni untuk meningkatkan possibility barang kita terjual lebih tinggi.

3. Menggunakan third party Data Research berbayar seperti terapeak :

Dari data terapeak di atas, anda mampu mendapatkan data yang lebih accurate dengan cepat dan tepat. selain itu juga anda dengan mudahnya boleh filter seller dari setiap negara yang menjual item yang anda nak jual. Inilah kelebihan terapeak berbanding kaedah 1 dan 2 di atas.

Saya lebih suka menggunakan terapeak untuk buat kajian pasaran sebab ianya sangat menjimatkan masa saya untuk buat research. keduanya jika saya nak mengintai seller competitor saya dari mana-mana negara ianya lebih mudah, sebabnya jika kita menggunakan fungsi advanced search, jika competitor saya adalah seller malaysia, dan mereka meletakkan item location mereka selain dari negara malaysia, agak sukar untuk saya menjejaki akaun mereka sebab fungsi advanced search hanya mampu filter based on item location sahaja.

berbanding terapeak, ianya akan terus filter based on registered account seller tersebut. walaupun competitor saya meletakkan location item adalah china, saya mampu detect akaun competitor saya melalui terapeak.

4. Menggunakan ebay trend website seperti explore.ebay.com

di website ni anda dapat tahu apa item terkini yang sedang hot di ebay yg mendapat carian keyword tertinggi dan sedang trending di ebay.

 

Langkah 3 : Design dan listing di ebay

setelah mendapat idea dan bukti jualan yang tinggi berdasarkan data yang anda kumpul, bermulalah peringkat yang seterusnya untuk anda buat listing di akaun anda pulak

jika anda tak pandai photoshop tak menjadi masalah. artsnow telah menyediakan template mereka sendiri. apa yang anda perlu lakukan hanyalah cari gambar background yang sesuai dan upload di website artsnow sahaja. pastikan image size yang anda upload tu mestilah mengikut spesifikasi yang diperlukan oleh artsnow seperti gambar di atas

Ini adalah contoh barang yang telah di iklan kan di ebay menggunakan supplier artsnow.

Jika anda pandai photoshop, dah tentulah menjadi kelebihan untuk anda edit gambar display anda jadi lebih cantik dan unik seperti di bawah

harga juga anda boleh jual lebih tinggi dan meningkatkan lagi potensi untuk bakal pembeli membeli melalui anda.

seperti seller di atas dia berjaya membuat jualan sebanyak 95 unit dengan untung bersih sebanyak $5.29 x 95 unit = $502.55 = RM1949.64 hanya dengan menjual 1 jenis jam ini sahaja.

jika di listing seller ni terdapat 1000 listing dan kita kira secara kasar sebulan hanya 20% sahaja terjual bermakna:

20% x 1000 = 200 unit x $5.29 (net profit) = $1058 = RM4k++ SEBULAN

ianya adalah bersamaan dengan kos sara hidup sebuah family secara purata di Malaysia!

 

Kesimpulan

Ok! saya harap anda sedikit sebanyak telah menyedari potensi bisnes ebay ini dan start take action untuk ambil peluang ini. Daripada kita menghabiskan masa scroll facebook tengok newsfeed apa yang orang lain buat, tengok youtube, dan sebagainya,

lebih baik jika kita fokus pada produktiviti yang membantu meningkatkan ekonomi keluarga kita. Saya hanya berkongsi ilmu dan pengalaman saya sebagai seorang ebayer,blogger dan seorang pengajar.

Ini adalah satu cara saya membantu anda untuk meningkatkan pendapatan tambahan anda

Jalan telah saya tunjukkan. Selebihnya ialah bergantung pada kemahuan anda sendiri.

Teknik yg saya ajarkan ni adalah 1 daripada 1001 teknik yang ada di ebay. Ada pelbagai lagi teknik dropship yang lain perlu anda pelajari untuk meningkatkan skill buat duit anda.

Jika anda nak belajar lebih mendalam dan lebih serius buat bisnes di ebay. Boleh datang ke

>>>Bengkel Ebay Intelligence<<<

Saya kongsikan testimoni terbaru  (Mac 2018) beberapa Alumni Bengkel ebay intelligence dan Pembeli Panduan ebook ebay intelligence seperti di bawah:

 

Telah ramai yang dari Zero kini telah berjaya menjana pendapatan sebulan sebanyak 500USD-1500USD walaupun pada permulaanya langsung tak tahu apa-apa.

Insha Allah lebih banyak teknik dan skill yang akan anda pelajari. Jumpa anda di Bengkel Ebay intelligence!

Zul Ariffin Maarof

-Ebay Intelligence Academy-


    4 replies to "Part 23: Rahsia Bisnes dropship dari rumah"

    • Liyana R

      Salam tuan,

      Saya baca posting pasal e-bay dri blog tuan ni dari memula sekali.

      Baru bercadang untuk buat bisnes online kecil-kecilan dan sedang Google untuk mencari idea bisnes apa nak buat. Tup tup kua page tuan. Memang ohsem la.
      Saya baca satu persatu dan nampak tuan memang tak kedekut ilmu. Semoga Allah merahmati tuan.

      Apa-apa pun saya berminat untuk join bengkel tuan 1 hari nanti bila ada kelapangan dan rezeki.
      Nanti saya cuba beli e-book tuan untuk study dulu. Thank you for your great sharing! 🙂

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam puan, sy doakan semoga puan berjaya bina bisnes puan sendiri di ebay secara simpan stok suatu hari nanti.. aminn.ya boleh.. insha Allah sebulan sekali saya akan anjurkan bengkel.boleh rujuk di blog ni untuk update tarikh seterusnya.. sama-sama puan:)

    • Babet

      Tq tuan..info yang menarik. Kalau nak promosi item yang dijual macam mana tuan?

      • Zul Ariffin

        sama sama tuan semoga bermanfaat.. nak promosi item dijual di ebay ke tu tuan?

Leave a Reply

Your email address will not be published.