cara memulakan perniagaan sendiri secara dropship online hanya dari rumah?

Artikel kali ini saya nak kongsikan satu teknik cara memulakan perniagaan sendiri dengan membuat  “custom dropship”  .Ada seribu satu teknik dropship untuk anda memulakan jualan di ebay.

tapi jarang untuk anda temui teknik yang diajar secara terperinci bila anda google. terutamanya artikel dalam bahasa melayu

so saya nak kongsikan artikel ini supaya lebih ramai membuka mata bahawa peluang untuk menjana pendapatan secara sampingan dari rumah bagi kaedah sebenar cara memulakan perniagaan sendiri dengan modal yang rendah adalah tidak lagi mustahil pada zaman sekarang ni.

anda hanya perlu ada ilmu sahaja dengan modal yang minima.

Jom tengok beberapa statistik dari terapeak seller-seller yang telah berjaya buat jualan di ebay hanya fokus pada barang “custom dropship” ni

cara memulakan perniagaan sendiri

ini adalah statistik jualan 1 jenis barang sahaja iaitu custom watch. Jualan jam ini berjaya menghasilkan sebanyak USD164k++ =  RM635K++ setahun oleh 1436 orang seller dari negara indonesia sahaja.

Orang lain boleh jual. Saya boleh jual. Anda juga boleh jual!

Cara memulakan perniagaan sendiri ni anda boleh mulakan dengan bisnes model secara dropship iaitu jual barang custom.

Kelebihan barang custom ni kita boleh menjual mengikut trend terbaru di ebay.

Apa yang sedang hangat di cari di ebay, barang tulah yang kita fokus untuk buat jualan.

Ada banyak supplier custom dropship yang boleh anda gunakan. antaranya adalah seperti di bawah:

jom tengok macam mana proses di sebalik tabir ni

Langkah 1: Perlu daftar akaun supplier di www.artsnow.com

cara memulakan perniagaan sendiri

selepas anda register, anda akan mendapat 30 hari percuma sebagai dropship reseller seperti di bawah

cara memulakan perniagaan sendiri

untuk lebih jimat anda boleh terus melanggan selama setahun ianya akan menjadi sebanyak 15USD sahaja untuk sebulan. (Dalam RM60 yuran langganan sebulan)

Mudahkan nak mulakan perniagaan sendiri?

tak perlu modal besar-besar..bisnes secara dropship dulu pun boleh.

Terdapat beratus-ratus jenis item custom yang boleh anda pilih untuk dijual di ebay

cara memulakan perniagaan sendiri

apa yang anda perlu buat hanyalah pilih produk yang anda ingin jual, cari design yang bersesuaian dan jual di ebay. contohnya saya pilih watch seperti di bawah

cara memulakan perniagaan sendiri

harga yang ditawarkan untuk bukan ahli adalah berharga USD12.99. jika anda telah daftar menjadi reseller dengan melanggan setiap bulan, harga yang anda dapat adalah seperti di bawah

cara memulakan perniagaan sendiri

cuma USD7.99 sahaja. Pastikan anda sudah ada akaun ebay dan paypal dahulu barulah berbaloi untuk anda melanggan artsnow sebagai supplier anda.

Jika anda tak tahu nak memulakan perniagaan sendiri dengan berniaga di ebay

Anda boleh register ebay dengan cara rujuk di artikel kat sini dulu Perkara Asas Belajar Bisnes Ebay- Ebay Part 15. 

Langkah 2: Kaji Demand market di ebay

Sebelum anda mulakan perniagaan sendiri dengan menjual di ebay ni.

Anda perlu belajar buat kajian pasaran.

kajian ni juga ada banyak cara. Saya kongsikan secara ringkas seperti di bawah:

Rujuk di website ebay sendiri seperti di advance search ebay

cara memulakan perniagaan sendiri

cari item-item yang telah berjaya di jual di ebay menggunakan specific keyword  seperti “sport metal watch” jika anda memang nak jual jam ni.

2. Lihat statistik di website third party seperti di watchcount.com   

Selain itu, anda juga boleh memulakan perniagaan sendiri di ebay ni dengan cara merujuk dari website watchcount.com untuk dapatkan idea demand di ebay

cara memulakan perniagaan sendiri
cara memulakan perniagaan sendiri

berdasarkan number of watchers yang ramai memberi gambaran bahawa jam dengan tittle volkswagen gti wheel adalah carian keyword yang tertinggi untuk item sport metal watch.

Dari data seperti ni bagi kita idea untuk hanya fokus pada barang seperti ni untuk meningkatkan possibility barang kita terjual lebih tinggi.

3. Menggunakan third party Data Research berbayar seperti terapeak :

cara memulakan perniagaan sendiri

Dari data terapeak di atas, anda mampu mendapatkan data yang lebih accurate dengan cepat dan tepat. selain itu juga anda dengan mudahnya boleh filter seller dari setiap negara yang menjual item yang anda nak jual. Inilah kelebihan terapeak berbanding kaedah 1 dan 2 di atas.

Saya lebih suka menggunakan terapeak untuk buat kajian pasaran sebab ianya sangat menjimatkan masa saya untuk buat research dan cara cepat memulakan perniagaan sendiri.

keduanya jika saya nak mengintai seller competitor saya dari mana-mana negara ianya lebih mudah, sebabnya jika kita menggunakan fungsi advanced search, jika competitor saya adalah seller malaysia, dan mereka meletakkan item location mereka selain dari negara malaysia, agak sukar untuk saya menjejaki akaun mereka sebab fungsi advanced search hanya mampu filter based on item location sahaja.

berbanding terapeak, ianya akan terus filter based on registered account seller tersebut. walaupun competitor saya meletakkan location item adalah china, saya mampu detect akaun competitor saya melalui terapeak.

4. Menggunakan ebay trend website seperti explore.ebay.com

cara membuat kajian pasaran

di website ni anda dapat tahu apa item terkini yang sedang hot di ebay yg mendapat carian keyword tertinggi dan sedang trending di ebay.

Langkah 3 : Design dan listing di ebay

setelah mendapat idea dan bukti jualan yang tinggi berdasarkan data yang anda kumpul, bermulalah peringkat yang seterusnya untuk anda buat listing di akaun anda pulak

dropship artsnow

jika anda tak pandai photoshop tak menjadi masalah. artsnow telah menyediakan template mereka sendiri.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah cari gambar background yang sesuai dan upload di website artsnow sahaja.

Pastikan image size yang anda upload tu mestilah mengikut spesifikasi yang diperlukan oleh artsnow seperti gambar di atas

Ini adalah contoh barang yang telah di iklan kan di ebay menggunakan supplier artsnow.

cara jual di ebay

Jika anda pandai photoshop, dah tentulah menjadi kelebihan untuk anda edit gambar display anda jadi lebih cantik dan unik seperti di bawah

belajar bisnes ebay
bela

harga juga anda boleh jual lebih tinggi dan meningkatkan lagi potensi untuk bakal pembeli membeli melalui anda.

ebay fees calculator

seperti seller di atas dia berjaya membuat jualan sebanyak 95 unit dengan untung bersih sebanyak $5.29 x 95 unit = $502.55 = RM1949.64 hanya dengan menjual 1 jenis jam ini sahaja.

jika di listing seller ni terdapat 1000 listing dan kita kira secara kasar sebulan hanya 20% sahaja terjual bermakna:

20% x 1000 = 200 unit x $5.29 (net profit) = $1058 = RM4k++ SEBULAN

ianya adalah bersamaan dengan kos sara hidup sebuah family secara purata di Malaysia!

Kesimpulan

Ok! saya harap anda sedikit sebanyak telah menyedari potensi bisnes ebay ini dan start take action untuk ambil peluang ini.

Dalam artikel ini saya hanya kongsikan salah satu cara nak memulakan perniagaan sendiri dengan kos yang rendah.

Ada banyak cara lain yang boleh anda lakukan juga.

Ini adalah satu cara saya membantu anda untuk meningkatkan pendapatan tambahan anda

Jalan telah saya tunjukkan. Selebihnya ialah bergantung pada kemahuan anda sendiri.

Teknik yg saya ajarkan ni adalah 1 daripada 1001 teknik yang ada di ebay.

Ada pelbagai lagi teknik dropship yang lain perlu anda pelajari untuk meningkatkan skill buat duit anda.

Jika anda nak belajar lebih mendalam cara memulakan perniagaan sendiri melalui platform ebay. Klik link di bawah:

>>>Bengkel Ebay Intelligence<<<

    21 replies to "Cara memulakan perniagaan sendiri jual dari rumah"

    • Liyana R

      Salam tuan,

      Saya baca posting pasal e-bay dri blog tuan ni dari memula sekali.

      Baru bercadang untuk buat bisnes online kecil-kecilan dan sedang Google untuk mencari idea bisnes apa nak buat. Tup tup kua page tuan. Memang ohsem la.
      Saya baca satu persatu dan nampak tuan memang tak kedekut ilmu. Semoga Allah merahmati tuan.

      Apa-apa pun saya berminat untuk join bengkel tuan 1 hari nanti bila ada kelapangan dan rezeki.
      Nanti saya cuba beli e-book tuan untuk study dulu. Thank you for your great sharing! 🙂

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam puan, sy doakan semoga puan berjaya bina bisnes puan sendiri di ebay secara simpan stok suatu hari nanti.. aminn.ya boleh.. insha Allah sebulan sekali saya akan anjurkan bengkel.boleh rujuk di blog ni untuk update tarikh seterusnya.. sama-sama puan:)

    • Babet

      Tq tuan..info yang menarik. Kalau nak promosi item yang dijual macam mana tuan?

      • Zul Ariffin

        sama sama tuan semoga bermanfaat.. nak promosi item dijual di ebay ke tu tuan?

    • Amir Mazlan

      tuan..nanti ebay chop kita langgar copyright tak, contohnya kalau guna gambar batman tu?

    • bib

      salam…kat mana sy bole menyertai bengkel tuan ini?

      • Zul Ariffin

        wasalam puan boleh daftar di sini utk bengkel ye mamabaryani.com/ebay

    • Nabila amin

      Boleh guide saya mcm mne nk start online business x?berminat sgt nk try tp xtau dru mne nk mula

      • Zul Ariffin

        ye boleh puan.. follow baca artikel di blog ni ye. puan kena buka akaun ebay dlu

    • Syuhada

      Assalammualaikum.saya nam tnya.okey.kita beli brg di website supplier,then customer di ebay bayar kt kita.Saya x faham cara transaksi duit dri customer ebay pada kita,dan kita pada supplier.😅

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam puan, die jadi gini, puan dapat order di ebay, puan place order di website supplier mntak supplier hantarkan ke alamat buyer dgn cara masukkan info customer dari ebay ke supplier. duit akan terima di akaun paypal puan. bayar ke supplier puan kena bayar guna kad kredit or debit biasanya. akaun baru kena hold dulu 21 hari nnti bila dah ada dsr dan history dah ada duit akan dapat terus instant

        • siti

          Assalam tuan,

          maknanya untuk akaun baru ebay kita kena keluar modal dulu sementara tunggu 21 hari kan..Adakah selepas 21 hari duit dari buyer akan masuk directly ke akaun paypal kita?. Mohon pencerahan..

          • Zul Ariffin

            wslm puan, ye betul perlukan modal dulu utk bayar supplier dan kos shipping. lepas akaun dah ada history menjual dan ada feedback duit dah tak hold lg akan instant

    • Mohd Shahfiq

      Assalamualaikum tuan.
      Terima kasih di atas tunjuk ajar tuan.
      Saya masih lagi belajar untuk memahami bisnes ini.
      Ada beberapa perkara saya tidak faham iaitu :
      1) Kenapa website ebay berlainan daripada contoh yang tuan berikan. Adakah kerana saya buka di phone.
      2) Kenapa saya tak dapat nak verify paypal & Ebay account?
      3) Kenapa website myebay, tiada butang account untuk link ebay & paypal akaun?

      Terima kasih.

      Harap tuan dapat berikan ulasan.

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam tuan,

        1. depends pada features di different platform tuan. better nak jual di ebay tuan guna laptop lebih mudah utk kerja editing
        2. nak verify tuan boleh call paypal direct di customer support or live chat dgn ebay malaysia utk minta bantuan verify account. pastikan kad bank tuan dah aktifkan international online purchase dan oversea withdrawal dulu
        3. boleh click di myebay>account> paypal dashboard

        utk basic ebay tuan boleh go through this guide https://sellercentre.ebay.com.my/

    • liza ghani

      Assalamualaikum…saya berumur 39 thn…ssh utk sy cr kerja walaupun sy berpengalaman…tgk fb cr kerja…kemudian terbaca..jual barang speedmart di ebay…saya x mampu nk hadiri kelas…saya pun x de laptop…cuma ade hp yg biase shj…sgt berminat nk ubah hdp dgn buat bisnes di ebay…sdh 2 bln sy cr keje x dpt…selepas ditnggal suami…blh sy tau…brp kos tuk mula dr buka akaun ebay…smpi lah jual brg…paypal sy da ade…

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam puan, nak buat bisnes ebay mesti kena ada laptop juga puan, modal tak besar.. dalam rm100-rm200 dah cukup dah bergantung pada modal barang yg puan akan jual

    • md ubaidillah

      salam…tuan zul ariffin,sy brmnat untk blja selok belok ttng bniaga di ebay sy brbesar hati skre tuan ingn share cara2 dn kaedah berniaga diebay…
      byk artikel yg sy baca ttng ebay mmg mnarik pdptannye…tp sy xthu bgaimana ingin mula
      hrp tuan dpt bantu sy…trime kseh

    • Nurrul

      Assalamualaikum Tuan, saya follow blog tuan dari awal lg, berminat dan bersemangat untuk mulakan bisness ni. walau belom start ape2.. Cuma sy de selangkah dengan buka ebay, tapi baru shj daftar email dan password, belom lg yg pergi my register and secret question dan pay pal semua tu. Soalan sy, nnt kalau sy nak register sy guna nama akaun yg sy dh mulakan tu kan? X bole nk register akaun baru kan? Yg kedua peringkat permulaan dia ada limit listing, sy x faham ape mksudnya listing, item cth kalau sy jual pensil A, sy ada 1000 batang, so kira 1 listing atau 1000 tu dh kira 1000 listing pastu kalau saya ada produk lain x bole dh masukkn ye. Maaf sy super blur
      😂

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam puan, terima kasih sudi singgah ke blog sy.. 🙂 utk register ebay puan kena guna nama sebenar atau daftar guna nama compny lebih baik. utk akaun baru mmg dikenakan selling limit, maksudnya klau baru dftr biasanya limit adalah 10 listing(iklan yang boleh dibuat di ebay) dan 500usd.

        contoh, klau ada jual pensil A 1000 batang, 1 listing dan quantity tak boleh letak 1000 batang sbab 1000 batang tu consider sbgai lebih dari limit. bila dah request selling limit baru boleh letak quantiti yang tinggi. bilangan limit adalah dikenakan berdasarkan jumlah quantiti dan listing buy it now format..

        diharap penjelasan yang diberikan dapat difahami 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.