Hai! Ebay sangat mengutamakan pembeli-pembeli mendapat servis khidmat pelanggan yang berkualiti daripada penjual-penjual kat eBay, daripada proses membuat tempahan sehinggalah ke proses membuat aduan kalau berlaku masalah.

Pembeli ada soalan pasal produk yang anda jual? Anda kena jawab dengan baik. Pembeli nak dapatkan update pasal penghantaran produk? Anda kena update dengan pantas. Barang tak sampai atau rosak? Kita bantu diorang dengan baik dan seadilnya.

 

Mungkin kadang-kadang berlaku jugak perkara-perkara yang tak diiingini, tapi cara kita selesaikan masalah tu dapat buatkan kita maintain status yang baik kat eBay.

 

Sebab tu lah eBay wujudkan ‘Seller Levels’ dan ‘Performance Standards’. Kebaikannya untuk kedua-dua belah pihak. Untuk bantu penjual sentiasa bersedia memberikan servis khidmat pelanggan yang berkualiti dan bantu pembeli membuat pilihan membeli daripada penjual yang boleh dipercayai.

 

4 Jenis Seller Levels Di eBay

 

Pihak eBay akan menganalisa Seller Level akaun eBay anda setiap bulan pada tarikh 20 haribulan berdasarkan sejarah jualan dan kualiti servis khidmat pelanggan yang anda berikan pada pelanggan.

 

Berdasarkan analisa tersebut, anda akan dikategorikan dalam salah satu Seller Levels  berikut;

 

  1. Top Rated Seller

Antara penjual yang terbaik kat eBay. Anda terbukti berikan servis khidmat pelanggan yang berkualiti dan capai syarat jualan minimum untuk Top Rated Seller.

 

  1. Power Seller

Yang ni jugak antara penjual yang terbaik kat eBay. Sama macam Top Rated Seller. Cuma bezanya ialah jumlah jualan minimum lebih tinggi daripada Top Rated Seller. Jadi, Power Seller ni memang powerrr dalam menjual kat eBay, huhu.

 

  1. Above Standard Seller

Ini adalah kategori ideal bagi penjual kat eBay. Penjual dalam kategori ni memenuhi keperluan Performance Standards dalam memberikan servis khidmat pelanggan yang baik.

 

  1. Below Standard Seller

Hmm…yang ini perlu dielakkan ye. Penjual dalam kategori ni tak capai satu atau lebih keperluan Performance Standards penjual eBay untuk servis khidmat pelanggan.

 

Untuk semak kategori Seller Level akaun eBay anda, anda boleh pergi ke bahagian My eBay > My Account > Seller Dashboard seperti dalam gambar kat bawah ni…

 

Kenapa Anda Perlu Dapatkan Seller Level Yang Terbaik?

 

Kalau akaun eBay anda dikategorikan sebagai Below Standard Seller, listing produk anda akan dapat ranking antara yang terbawah dalam senarai carian pembeli kat eBay. Jadi, kurang peluang atau susah untuk orang jumpa listing produk anda.

 

Tambahan lagi, anda boleh dikenakan denda sementara sebagai contoh, tidak dibenarkan menjual untuk tempoh masa tertentu. Anda jugak boleh dikenakan hukuman di ban daripada menjadi penjual kat eBay kalau anda tak perbaiki kualiti servis khidmat pelanggan anda.

 

Jadi, paling kurang pun anda kena maintainkan akaun eBay anda dalam kategori Above Standard.

 

Bagaimana Nak Jadi Top Rated Seller?

 

Anda boleh dapat kategori Top Rated Seller kalau anda memenuhi kesemua syarat berikut;

 

  • Akaun eBay anda dah aktif selama 90 hari sejak anda daftar akaun kat eBay.
  • Pernah buat 100 kali transaksi jualan kepada pembeli dari United State dengan jumlah jualan mencecah $1,000 dalam masa 12 bulan sebelum tarikh akaun eBay anda di analisa.
  • Mematuhi syarat-syarat menjual kat eBay. (eBay’s selling practices policy).
  • Memenuhi keperluan ‘Transaction Defect Rate’, ‘Cases Closed Without Seller Resolution Rate’ dan ‘Late Shipment Rate’.

 

Bagaimana Nak Jadi Power Seller?

 

Anda jugak boleh mencapai kategori Power seller kalau anda memenuhi kesemua syarat berikut;

 

  • Akaun eBay anda dah aktif selama 90 hari sejak anda daftar akaun kat eBay.
  • Mematuhi syarat-syarat menjual di eBay.
  • Dapat kekalkan feedback yang positif paling kurang 98%.
  • Pernah buat 100 kali transaksi jualan kepada pembeli dari United State dengan jumlah jualan mencecah $3,000 dalam masa 12 bulan sebelum tarikh akaun eBay anda di analisa.
  • Memenuhi keperluan ‘Transaction Defect Rate’, ‘Cases Closed Without Seller Resolution Rate’ dan ‘Late Shipment Rate’.

Macam Mana Nak Jaga Seller Level..??

 

Seller Level akaun eBay anda dipengaruhi oleh ‘Performance Standards. Performance Standards adalah ciri-ciri servis khidmat pelanggan bagi penjual kat eBay dan dinilai berdasarkan ciri-ciri berikut;

 

  1. Transaction Defect Rate

 

Anda boleh fahamkan ‘transaction defect’ sebagai ‘masalah yang timbul pada transaksi jualan’. Transaksi yang direkodkan sebagai ‘bermasalah’ ialah kalau anda sendiri yang cancelkan pembelian sebab stok dah habis atau anda buat keputusan tak nak hantar barang tersebut.

 

Untuk elakkan akaun eBay anda dikategorikan sebagai Below Standard Seller, anda perlu kekalkan keperluan Transaction Defect Rate seperti dalam gambar kat bawah ni…

 

 

(Kalau anda nak maintain dalam kategori Above Standard Seller, lihat pada keperluan ‘All Sellers’. Kalau anda target nak jadi Top Rated Seller, lihat pada keperluan eBay Top Rated Seller.)

 

  1. Cases Closed Without Seller Resolution Rate

 

Cara yang mudah untuk anda faham ‘Cases Closed Without Seller Resolution’ adalah anda tak dapat nak selesaikan sendiri masalah yang timbul dari transaksi jualan antara anda dan pembeli. Sebagai contoh, masalah pelanggan tak terima barang yang mereka beli atau masalah pelanggan terima barang tak sama seperti apa yang anda tunjukkan pada listing produk.

 

Pembeli tak berpuas hati dengan cara anda menyelesaikan masalah jadi mereka memohon supaya pihak eBay atau Paypal review masalah tersebut. Jika anda didapati bertanggungjawab tapi tak dapat nak selesaikan masalah tersebut dengan cara memberi partial refund, full-refund atau sebagainya, ia akan direkodkan sebagai Cases Closed Without Seller Resolution.

 

Untuk elakkan akaun eBay anda dikategorikan sebagai Below Standard Seller, anda perlu kekalkan keperluan Cases Closed Without Seller Resolution Rate seperti dalam gambar kat bawah ni…

 

 

(Kalau anda nak maintain dalam kategori Above Standard Seller, lihat pada keperluan ‘All Sellers’. Kalau anda target nak jadi Top Rated Seller, lihat pada keperluan eBay Top Rated Seller.)

  1. Late Shipment Rate

 

Penghantaran yang lambat direkodkan apabila;

  • Data tracking number menunjukkan barang dipos selepas tempoh handling time yang telah anda tetapkan.
  • Data tracking number menunjukkan barang sampai selepas dari tempoh anggaran pengahantaran.
  • Pembeli komfemkan barang sampai selepas dari tempoh anggaran pengahantaran.

 

Untuk elakkan akaun eBay anda dikategorikan sebagai Below Standard Seller, anda perlu kekalkan keperluan Late Shipment Rate seperti dalam gambar kat bawah ni…

Kalau Late Shipment Rate anda lebih 10% dari jumlah keseluruhan jualan, eBay akan hadkan pilihan servis penghantaran yang available untuk anda supaya pembeli dapat terima barang mereka dalam tempoh anggaran masa penghantaran.

 

Anda jugak perlulah kekalkan keperluan Tracking Uploaded On Time seperti dalam gambar kat bawah ni…

 

Kesimpulan eBay Seller Levels Dan Performance Standards

 

Semakin ramai orang tahu barang yang kita jual, semakin tinggi peluang untuk kita buat jualan, InsayAllah. Seller Level yang tinggi seperti Top Rated Seller dan Power Seller memudahkan listing produk anda dapat ranking antara yang teratas dalam senarai carian pembeli kat eBay. Ini memudahkan listing produk anda dilihat lebih banyak orang.

 

Mungkin ambil masa sikit untuk kita capai Top Rated Seller atau Power Seller. Sementara tu, kita hanya perlu pastikan akaun eBay kita maintain dalam kategori Above Standard Seller dan elakkan jatuh ke dalam kategori Below Standard Seller.

 

Kalau ini berlaku, bukan sahaje susah listing produk kita nak dijumpai orang tapi jugak kita mungkin akan dikenakan denda tidak boleh menjual di eBay untuk tempoh sementara atau selamanya.

 

Jadi, eloklah kalau anda dah tahu jenis-jenis Seller Levels kat eBay dan keperluan-keperluan Performance Standards yang saya tunjukkan pada anda dalam artikel ni supaya anda boleh semak tahap servis khidmat pelanggan anda kat eBay dan tambah baik dari semasa ke semasa.

di bawah ni saya kongsikan pada anda salah satu akaun saya yang berjaya mendapat anugerah top rated seller + power seller.

 

 

Jika saya boleh, tidak ada bezanya dengan anda juga, anda juga pasti boleh mendapatkan level power seller + top rated seller!

Nak belajar bisnes ebay?

>>>Dapatkan Panduan Ebay Intelligence di SINI<<<

 

Semoga bermanfaat!!

 

Yang Benar

 

Dr. Zul Ariffin Maarof & Asyraf Farouq

-Ebay Intelligence Academy-


    2 replies to "Part 25: Kenali jenis seller level di ebay yang wajib anda tahu"

    • Khairul Hafiz

      Assalamualaikum tuan
      Saya berminat untuk menjadi seller baru di ebay. Saya sudah membaca beberapa guide dari blog tuan,namun masih buntu bagaimana untuk memulakan bisnes ebay ini.Saya harap tuan dapat membantu saya.
      Terima Kasih

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam tuan, ya boleh.. sy ada buat bengkel sehari untuk new seller belajar buat bisnes di ebay website dari kosong tuan. boleh rujuk jadual kelas di sini mamabaryani.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.