Hai! Lama saya tak menulis untuk berkongsi sesuatu berkaitan bisnes eBay kat blog mamabaryani.com ni. InsyaAllah, saya akan berkongsi dengan lebih konsisten untuk minggu-minggu akan datang.

Beli eBook panduan eBay Intelligence untuk belajar buat bisnes eBay adalah salah satu pelaburan ilmu yang terbaik yang saya pernah buat. Lepas belajar sekali dan faham tentang proses buat bisnes ebay, segalanya jadi mudah.

Kalau anda masih ingat, secara umumnya hanya ada 3 langkah berbisnes kat eBay seperti yang diajar dalam eBook panduan eBay Intelligence iaitu buat kajian produk yang ada permintaan tinggi, buat iklan (listing) produk kat eBay dan proses order

Buat kajian dan listing produk yang ada permintaan tinggi tu lah ikhtiar kita untuk menjana pendapatan secara online melalui marketplace eBay. Kalau kita tertanya-tanya kenapa kita tak berjaya macam usahawan eBay yang lain, tengok balik ikhtiar kita.

Berapa banyak listing produk yang kita dah buat? Kita buat listing produk ikut syok sendiri atau berdasarkan data yang ada permintaan tinggi? Apa-apa pun, jangan risau. Itu normal. Dalam setiap ikhtiar mencari rezeki, pasti ada cabarannya…

.

Cabaran Buat Bisnes eBay

.

Cabaran utama usahawan eBay adalah tak konsisten buat listing produk kat eBay. Ada yang mula-mula dah semangat listing produk tapi produk tak pernah terjual, jadi dia slow-slow give up dan abaikan bisnes eBay. Ada jugak yang dah beli eBook, tapi lepas setahun masih lagi tak pernah buat listing produk. Punca utamanya ialah tak tahu produk apa yang nak diiklankan.

Sebab tu lah kunci kejayaan bisnes eBay yang perlu kita tekankan kat sini ialah buat kajian produk yang ada permintaan tinggi. Semakin banyak kita buat listing produk yang ada permintaan tinggi, semakin tinggi peluang kita untuk buat jualan kat eBay.

Bagi semua yang dah join komuniti eBay Intelligence kami, sepatutnya mencari produk yang ada permintaan tinggi bukan lagi menjadi satu masalah memandangkan kami sentiasa membantu anda dengan melancarkan panduan buat kajian produk yang relevan dari masa ke semasa.

Yang terbaru, kami lancarkan panduan High Demand Low Risk (HDLR) Method. Ini adalah panduan membuat kajian produk dan mencari niche yang berpotensi yang ada ciri-ciri permintaan tinggi, tak berisiko untuk diiklankan kat eBay, kurang persaingan dan bagaimana nak cari suppliernya.

.

.

Hasil dari student kami yang dah apply teknik dan strategi dalam HDLR Method ni agak memberangsangkan. Kalau usahawan eBay yang dah berpengalaman buat jualan dengan conversion rate yang tinggi, kita tak pelik. Ada asasnya sebab dia dah ada pengalaman.

Tapi kalau usahawan eBay yang newbie pun boleh buat jualan dengan conversion rate yang tinggi, mesti ada teknik dan strategi yang kita jugak boleh ikut dan buat. Jumlah listing produk ada 30, 30 produk yang dah terjual. Itu pelik. Ada sesuatu senjata yang dia gunakan. Apa senjata yang rahsia sangat tu? Dalam panduan HDLR ada diajarkan teknik dan strateginya.

.

Jom Kita Mula Konsisten Iklankan Produk Yang Ada Permintaan Tinggi Kat eBay!

.

Macam biasa, dalam artikel ni saya akan belanja anda satu cara yang saya sendiri buat untuk cari dan listkan produk kat eBay. Apa yang kita perlukan hanyalah keyword untuk kita buat kajian. Keyword ni boleh datang dari mana-mana pun sekeliling kita. Mungkin ia adalah dari hobi dan minat anda sendiri, niche yang anda tahu, produk yang anda tahu atau sesuatu produk yang anda dapat dari pembacaan kat internet.

Memandangkan sekarang ni kat negara U.S baru jer masuk musim summer atau musim panas, saya terfikir nak cari produk yang ada permintaan tinggi untuk musim panas. Jadi, saya hanya Google sahaja ‘summer products 2019’ untuk dapatkan idea. Dalam salah satu artikel yang saya baca, salah satu produk yang disarankan ialah ice cream maker. Jadi, saya akan gunakan keyword ‘ice cream maker’ sebagai contoh.

Melalui video panduan HDLR Method, kita kenalpasti niche atau produk yang ada permintaan menggunakan software Zik Analytic. Jadi, saya hanya perlu masukkan keyword ‘ice cream maker’ tadi kat bahagian Product Research dalam software Zik Analytic

.

.

Melalui teknik dari strategi yang diajar untuk mencari produk yang ada permintaan tinggi, saya dapati ‘Ice Cream Maker’ seperti dalam gambar kat bawah ni adalah salah satu produk yang tengah hot kat eBay sekarang untuk musim panas…

.

.

Dalam masa 30 hari sehingga 25 Jun 2019, hanya ada 2 seller sahaja kat eBay yang menjual Ice Cream Maker ni yang menghantar dari negara China. Seller ini berjaya menjual sebanyak 20 unit dalam tempoh sebulan dan dijual dengan harga $15.59 seunit dengan jumlah jualan lebih kurang $312. Benchmark kami untuk produk yang tengah hot adalah sesuatu produk tu mestilah dah terjual lebih dari 10 unit dalam masa sebulan.

Ini bermaksud, seller ni pandai pilih dan listing produk yang ada permintaan untuk dijual kat pasaran US. Jadi, kita boleh jadikan seller ni sebagai pesaing dan cuba buat listing macam yang dia buat. Konsepnya, kalau pesaing kita yang gunakan model bisnes yang sama mampu buat jualan kat pasaran U.S, maksudnya kita pun boleh!

Langkah seterusnya ialah mencari pembekal produk (supplier) untuk Ice Cream Maker ni kat Aliexpress.com. Daripada kajian saya, saya jumpa produk yang sebijik macam apa yang seller tadi jual dengan harga yang lebih murah…

.

.

Kat Aliexpress, harga ‘Ice Cream Maker’ ni cuma  $10.92 sahaja. Dan seller tadi mengaut keuntungan dengan menjual $15.59 seunit! Wow! Jom kita kira berapa keuntungan yang seller tadi dapat dalam masa satu bulan tu dengan hanya menjual produk ini sahaja…

.

.

Dengan menggunakan 2019 eBay Fee Calculator, kita dapat mengira untung sebenar sesuatu produk setelah ditolak dengan kos eBay Fee dan Paypal Fee. Keuntungan yang seller tadi dapat untuk satu unit produk ‘Ice Cream Maker’ tersebut ialah $2.71.

Sikit ke banyak untung tu? Kalau anda cakap untung $2.71 (RM11.50) seunit tu sikit, ingat balik…anda buat bisnes ni secara dropship dan online dari laptop jer. Dan itu baru dari satu produk, huhu.

Seller tadi berjaya membuat jualan sebanyak 20 unit dengan untung bersih sebanyak $2.71 x 20 unit = $54.2 = RM230  dalam masa satu bulan dengan menjual ice crem maker ni sahaja! Ini baru untung dari satu produk dan yang paling best ialah hanya buat bisnes dropship daripada Aliexpress jer!

Melalui teknik yang diajarkan dalam video panduan HDLR, saya tak perlu berteka-teki memilih produk untuk diiklankan kat eBay. Saya membuat kajian berdasarkan data produk yang tengah hot dan ada permintaan kat eBay sekarang. Sekarang giliran anda pulak untuk cuba buat langkah-langkah yang saya buat tadi untuk dapatkan jualan pertama anda!

Kalau anda berminat nak belajar lebih mendalam dan lebih serius buat bisnes kat eBay bersama Tuan Zul, boleh lah datang ke Bengkel Ebay Intelligence yang beliau anjurkan setiap bulan melalui link ini…

>>>Bengkel Ebay Intelligence<<<


Asyraf Farouq
Asyraf Farouq

Asyraf Farouq merupakan penulis di blognya Asyraf Farouq Dot Com (asyraffarouq.com). Kini, beliau fokus mengusahakan bisnes dropship e-Commerce dan bisnes eBay. Menjadi penulis artikel di mamabaryani.com adalah projek terbaru beliau untuk berkongsi ilmu bisnes eBay melalui penulisan. Beliau kagum dengan teknologi hari ini yang memudahkan orang memulakan bisnes tanpa perlu ada produk sendiri!

    2 replies to "Kunci Kejayaan Bisnes Ebay: Kepentingan “bijak” menganalisis data ebay untuk menghasilkan jualan yang tinggi!"

    • Nash

      Assalamualaikum tuan. Saya setuju sangat dengan tuan. Bijak menganalisis data akan meningkatkan jualan kita secara konsisten. Ramai newbi yg saya rasa mampu untuk setup akaun ebay..kerana ianya teknikal dan problem yg timbul semasa proses setup tu boleh diselesaikan.

      Tapi ramai yg stuck dalam mencari high demand produk untuk listing dalam ebay. Ianya memerlukan skill dan kemampuan utk membaca data yg ada dalam ebay.

      Ada antara mereka ini yg hampir-hampir give up atau dah give up. Mungkin di pihak tuan ada cara penyelesaian tentang soal ini yang InshaAllah akan membantu ramai lagi ebay players..especially sahabat-sahabat seagama dgn kita utk berjaya dlm ebay.

    • Azali

      Assalam tuan.mohon jadual kelas dkawasan Batu Pahat@ yg berhampiran

Leave a Reply

Your email address will not be published.