Setiap usahawan eBay yang baru perlukan satu flow proses langkah demi langkah yang jelas untuk buat kajian dan cari produk hot dengan mudah untuk buat dropship online aliexpress.

Sejak kami lancarkan video panduan High Demand Low Risk (HDLR) Method, kami kerap guna software Zik Analytic untuk buat kajian produk hot kat eBay. Ada 4 cara buat kajian produk hot untuk bisnes eBay guna software Zik Analytic iaitu Category Research, Niche Research, Competitor Research dan Product Research.

Kalau ikutkan, teknik dan strategi ni ada macam-macam. Tapi terus terang saya bagitahu anda, buat bisnes eBay ni, kalau anda tahu 1 teknik sahaja buat kajian dan cari produk hot, itu sudah cukup.

Yang penting anda kena jelas dengan flow prosesnya dan praktik, praktik, praktik, praktikkan sampai anda berjaya buat listing produk berkali-kali.

.

Lebih baik anda tahu 1 teknik & strategi dan buat berkali-kali, daripada tahu macam-macam teknik & strategi tapi akhirnya serabut tak tahu nak mula dari mana.

Asyraf Farouq

.

Dalam video panduan High Demand Low Risk (HDLR) tu, kami fokus pada mengajar anda cara buat kajian guna kaedah Category Research dan Competitor Research.

Cara terbaik dan efisien untuk buat kajian dan cari produk hot kat eBay ialah guna kaedah Competitor Research. Sebabnya? Kita hanya perlu spy & follow sahaja apa produk hot yang pesaing kita iklankan dan cuba buat lebih baik.

.

>>>Video panduan High Demand Low Risk (HDLR) Method<<<

.

Teknik Cari Pesaing Yang Dropship Produk Dari Aliexpress

.

Dalam artikel ni, saya akan belanja anda 1 cara praktikal macam mana nak cari seller atau pesaing kita yang dropship dari Aliexpress dengan mudah, efisien dan komfem jumpa hanya dengan menggunakan software Zik Analytic . Jom ikut saya buat langkah-langkah berikut…

.

  • 1. Masuk ke akaun software Zik Analytic anda. Pastikan anda dah install plug-in Zik Booster pada Google Chrome anda seperti yang diajar dalam video panduan HDLR Method.
  • 2. Klik pada ‘Product Research’.
  • 3. Sebelum membuat carian, tukar filter carian daripada ‘eBay’ ke ‘Aliexpress’, tick pada ‘e-Packet’ untuk Shipping Type dan filter Sale Date Range kepada ‘30 Days’ untuk spesifikkan carian.

.

dropship online express

.

Kenapa kita kena tukar filter carian kepada ‘Aliexpress’? Sebabnya, kita nak cari produk yang paling banyak terjual kat Aliexpress dalam apa sahaja niche dengan menggunakan apa-apa sahaja keyword. Kemudian, kita nak tengok siapa seller yang jual produk dari Aliexpress tu kat eBay.

.

Kalau kita jumpa seller yang bukan dari negara China jual produk Aliexpress tu kat eBay, sudah tentulah seller tu jugak dropship produk dari Aliexpress ke eBay! Dan sesuai untuk dijadikan pesaing kita, huhu.

.

Matlamat kita ialah mencari seller yang bukan dari negara China, tapi menjual produk dari Aliexpress kat eBay. Itu tandanya seller tu dropship produk dari Aliexpress ke eBay yang juga merupakan pesaing kita.

Asyraf Farouq

.

Okay, jom sambung langkah seterusnya…

  • 4. Masukkan apa sahaja keyword yang terlintas kat fikiran anda kat bahagian carian kemudian klik ‘Search’. Sebagai contoh, saya masukkan keyword ‘men sunglasses’.
  • 5. software Zik Analytic akan mencari, menganalisa dan memberi anda data semua produk berkaitan keyword tersebut daripada berjuta-juta produk yang ada kat Aliexpress.

.

dropship online express

.

Apa yang kita nak fokuskan pada halaman tersebut ialah senarai hot selling products untuk keyword ‘men sunglasses’ tersebut. Scroll sedikit ke bawah untuk lihat senarai hot selling products. Simbol graf yang saya highlightkan dalam kotak warna merah seperti dalam gambar kat bawah ni ialah fungsi ‘Scan On eBay’. Fungsinya adalah untuk mencari sesuatu produk yang sama dari Aliexpress tu kat eBay.

.

dropship online express

.

  • 6. Pilih mana-mana sahaja produk men sunglasses secara rawak, dan klik pada simbol graf ‘Scan On eBay’. software Zik Analytic akan bagi anda data berkaitan produk men sunglasses tu kalau ada dijual kat eBay. Kemungkinan anda akan dapati tak ada data yang ditunjukkan kat tab data eBay tu macam dalam gambar kat bawah ni…

.

dropship online express

.

  • 7. Kalau tak ada data yang ditunjukkan pada kali pertama carian, apa yang anda perlu buat ialah pilih ‘China’ untuk Shipping Location, pilih ‘All Listings’ untuk Listing Type, pilih ’30 Days untuk Sale Date Range dan cuba pendekkan keyword title produk kat bahagian carian sikit demi sedikit (ikut kesesuaian) sehingga anda dapat senarai data berkaitan keyword title produk tu…

.

dropship online express

.

  • 8. Tick pada semua senarai produk hasil carian tu dan klik butang ‘ Zik selection ’. Zik akan menganalisa dan memberi anda data berkaitan semua produk yang anda tick tadi.

.

dropship online dari aliexpress

.

Seperti yang anda dapat tengok pada gambar kat atas, ada 9 seller yang bersaing menjual produk men sunglasses yang sama kat ebay dan sebanyak 2 unit yang telah terjual sejak 30 hari yang lepas. Namun begitu, data ini tak penting untuk kita buat masa sekarang.

.

Walaupun anda tengok tak ada satu pun produk tu yang terjual, tak apa, abaikan dulu.. Perlu saya ingatkan balik pada anda matlamat kita adalah untuk mencari seller atau pesaing yang dropship online dari Aliexpress. Iaitu seller yang bukan dari negara China tapi menjual produk dari Aliexpress kat ebay. Langkah seterusnya, scroll sedikit ke bawah untuk tengok data senarai 9 produk men sunglases tu..

.

  • 9. Tengok pada negara seller kat bawah setiap nama seller dan tengok pada Item Location kat bahagian yang saya highlightkan dalam gambar kat bawah ni…

.

dropship online dari aliexpress

Seperti yang anda dapat tengok pada gambar kat atas, data yang saya dapat ialah, ada seller yang berasal dari negara Spain, U.K, France, Jordan, Morocco, India dan Indonesia yang menjual produk men sunglasses yang sama dari Aliexpress. Buktinya? Cer tengok pada bahagian Item Location, semuanya daripada China!

Sekarang, kita dah capai matlamat dan jumpa beberapa seller atau pesaing yang dropship online dari Aliexpress melalui langkah-langkah yang saya tunjukkan tadi. Apa yang kita perlu buat seterusnya ialah…

.

  • 10. Spy setiap seller tu dengan klik pada simbol ‘Scan Seller’ sebagai strategi untuk mengintai ebay seller dropship online dari aliexpress
  • 11. Tengok pada data setiap seller tu seperti Sell Through Rate (STR), Successful Listing Rate (SLR), Feedback Score dan Sale Earnings untuk dapatkan gambaran samaada seller tu perform atau tidak.
  • 12. Apa yang penting ialah kita nak spy listing produk setiap seller yang terjual lebih dari 10 unit dalam masa 30 hari. Sebab benchmark kita untuk produk hot kat eBay ialah yang dah terjual 10 lebih dari 10 unit dalam masa 30 hari. Itulah produk yang berpotensi untuk kita iklankan jugak kat ebay.
  • 13. Ulang balik buat ikut langkah dari nombor 6 untuk pilih mana-mana produk men sunglasses yang lain.
  • 14. Kalau anda dah bosan buat kajian guna keyword yang sama seperti ‘men sunglasses’ tadi, ulang balik buat ikut langkah dari nombor 4 dan masukkan apa sahaja keyword lain yang terlintas kat fikiran anda.

.

Sekarang anda dah nampak kan, betapa luasnya kajian yang anda boleh buat hanya bermula dengan satu keyword sahaja. Perlu saya ingatkan anda sekali lagi, tujuan artikel ini adalah untuk mengajar anda mencari seller atau pesaing yang TERBUTI dropship produk dari Aliexpress. Jadi saya tunjukkan secara ringkas langkah-langkahnya untuk mencapai matlamat tersebut.

Namun begitu, persoalan seterusnya yang kita perlu fikirkan ialah apakah benchmark atau ciri-ciri pesaing yang bagus untuk kita spy & follow? Persoalan ni mungkin dah terlintas kat fikiran anda tadi semasa anda membaca artikel ni, kan? Itu bagus, maknanya anda dah faham asas Competitor Research dan sudah bersedia untuk tapis seller atau pesaing yang bagus dan power pulak.

Jangan risau, sebab saya akan menjawab persoalan tu dalam artikel seterusnya nanti. Buat masa sekarang, kalau anda berminat nak belajar lebih mendalam dan lebih serius buat bisnes kat eBay bersama Dr. Zul, boleh lah datang ke Bengkel Ebay Intelligence yang beliau anjurkan setiap bulan melalui link kat bawah ni..

.

>>>Bengkel Ebay Intelligence<<<

.

    25 replies to "Strategi 5 angka Dropship Aliexpress"

    • NUR AMALINA

      software zik analytic tu berbayar ke?

      • Asyraf Farouq

        Ya, betul sis…berbayar.

        Kami kat dalam group komuniti eBay Intelligence ada yang berkongsi akaun Zik. Sis boleh terus bertanya pasal akaun Zik kat dalam group 🙂

        Kalau dah pandai menjual kat eBay, terus dapatkan panduan HDLR Method sahaja untuk join group.

        Kalau belum mula bereBay, boleh dapatkan eBook atau hadir ke kelas Tuan Zul 🙂

    • syed

      saya confius cara listing….
      kalau kita dropship dari ali express
      item location kita nak letak malaysia ka china
      city kita nak letak apa

      pastu kena active domestic shiping pilih
      yg mana ya
      international shiping pun boleh explain sikit x

      • Asyraf Farouq

        Salam bos Syed,

        Untuk soalan teknikal, boleh terus tanya kat dalam group ye 🙂

    • Jeff

      Salam boss… Sy pernah beli ebook boss yg harga rm200 hari tu.. Since sy hp sy dah hilang dna tukar no baru.. Sy mcm dah out dr group.. Boleh add semula ke? Email sy sam.alias79@gmail.com

      • Zul Ariffin

        wslm boss ,, ya boleh.. boss dah ada dalam group fb ke belum ye?

        • Aimi Fakhri

          Tuan boleh add sy dalam group baru. Sy belum dapat invitation lagi untuk group baru. Sy ada request haritu

    • Mohd Yussri Bin Md Said

      As’salam..nk tnya..minggu nie di muar ade x kelas?

    • Shahrudin Husin

      Salam tuan..sekarang limit item saya lepas send dokumen jadi 100 dan Value RM8,400..kalau nanti saya subscribe store pakej basic akan dapat 250 listing kan..berapa max limit value nanti ? ke unlimited value ?
      Terima kasih

      • Zul Ariffin

        ye betul tuan, 250 listing store tu dpt free smpai 250 listing tanpa kena bayar insertion fees. max value selling masih lgi rm8400 sebulan kalau tuan tak mntak naikkan limit lgi skali

    • mohd zamili bin mahamad ghazi

      slm 24 ogos ni buat kt bangi kn?

    • Aisyahhamjah

      Kenapa kene guna epacket?

      • Zul Ariffin

        sebab harganya lebih murah dan peratus nak sampai tinggi puan

    • S. Juliha

      Hi..maaf ya.. sy nk tanya.. kenapa sy xboleh sign in ebay.. sy baru daftar, lepas je bape minit sy xboleh nk sign in.. xboleh sign in guna email yg sama ke.. maaf sy newbie xtau ape2..

      • Zul Ariffin

        hi, puan click help and contact emel or live chat ebay customer support mintak semakkan status akaun puan dulu ye

    • Muzzafaizal

      Salam tuan..sy dh beli ebok tuan dan dh pm tuan kat fb utk join support group…blh tuan check messenger tuan sbb tuan blm approved sy utk join grp fb

    • […] >>>Langkah demi langkah teknik cari pesaing yang komfem dropship produk dari Aliexpress<<< […]

    • Henry

      Hi Zul,

      Kalau kita Malaysian dropship kat ebay pakai Aliexpress supplier shipping method yang kita boleh pakai ialah China Post registered air mail dan ePacket sahaja betul tak?

      • Zul Ariffin

        Hi ye betul.. nak jual yang comply dengan ebay polisi kena jual item bawah usd5 baru boleh lepas tanpa ada masalah polisi

    • […] >>>Langkah demi langkah teknik cari pesaing yang komfem dropship produk dari Aliexpress<<< […]

Leave a Reply

Your email address will not be published.