Kita sekarang berada kat penghujung tahun 2019. Semasa artikel ini ditulis, kita ada 40 hari sahaja lagi sebelum masuk ke tahun baru 2020. Dalam industri e-Commerce, fasa ini dinamakan suku ke empat tahunan (Fourth Quarter) atau ‘Q4’. Q4 adalah fasa 3 bulan terakhir dalam setiap tahun iaitu dari bulan October hingga ke akhir December.

Fasa Q4 jugak adalah musim cuti kat negara U.S memandangkan ada banyak banyak cuti sempena perayaan-perayaan tertentu yang berlaku dalam fasa ini. Serentak dengan fasa Q4, penduduk kat U.S jugak sedang berada dalam musim luruh (Fall) dari 23 September sehingga 22 December nanti.

Fasa Q4 merupakan tempoh dimana penduduk U.S berbelanja besar untuk membuat persediaan untuk hari-hari tertentu seperti perayaan Halloween, perayaan Christmas pada bulan Disember, menyambut tahun baru dan musim bukak sekolah. Ini lah masanya untuk seller eBay Malaysia ambil peluang tingkatkan jualan kat eBay ataupun mencari jualan pertama dengan mudah!

.

Strategi Tingkatan Jualan eBay Dalam Fasa Q4 2019!

.

Dalam artikel ni, saya akan kongsikan langkah demi langkah macam mana nak tingkatkan jualan kat eBay dalam tempoh yang berbaki 40 hari sebelum masuk ke tahun baru ni. Excited tak nak masuk tahun 2020 ni? Jangan excited sangat selagi anda tak gunakan 40 hari ni dengan sebaiknya untuk list 1 hari 1 produk hot kat eBay!

Untuk jadi seller ebay yang strategik dalam merancang dan lebih kehadapan berbanding seller lain, pertama sekali kita kena ingat dua benda iaitu penduduk U.S berada dalam musim cuti (holidays) dan musim luruh (Fall). Seterusnya, tengok kat mana kita berada sekarang dalam Fasa Q4. Caranya adalah, tengok pada tarikh hari ni dan kaji perayaan atau event apa yang akan berlaku dalam masa terdekat.

Macam mana nak tahu perayaan atau event apa yang akan berlaku dalam masa terdekat? Cara terbaik adalah dengan merujuk kepada jadual yang dibekalkan oleh pihak eBay sendiri iaitu ‘2019 HOLIDAY AND SEASONAL SELLING CALENDAR’ kat bahagian eBay Seller Center. Rujuk gambar kat bawah ni…

.

>>>Sumber Rujukan: eBay Seller Center<<<

.

Sebagai contoh, hari ni bertarikh 21 November 2019. Berdasarkan jadual yang dibekalkan oleh pihak eBay tu, ada lagi tinggal 4 fasa menjual sahaja untuk baki Fasa Q4 2019 ni iaitu Peak Holiday, Gift Giving, Last Minute Online Shopping Peak dan End Of Season Sale. Dua benda yang anda kena fokuskan untuk setiap 4 fasa menjual tu ialah tarikh ‘Peak Selling Period’ dan ‘What Buyers Want’. Tambahan kepada jadual yang dibekalkan oleh pihak eBay tu, tengok pulak tarikh-tarikh perayaan atau event penting yang akan berlaku dalam Fasa Q4 2019 seperti dalam gambar kat bawah ni…

.

Dengan adanya data-data tersebut, rujuk ringkasan yang saya buat kat bawah ni…

.

Anda baca dan isikan sendiri kat ruangan ‘What Buyers Want’ tu berdasarkan apa yang disarankan oleh eBay. Saya dah banyak tunjukkan jalan kat anda setakat ni, huhu. Pastikan anda take note ‘What Buyers Want’ tu betul-betul. Dari situ, anda boleh dapatkan idea kategori produk yang anda boleh cari.

Sebagai contoh, dalam fasa Gift Giving, penduduk U.S mencari produk untuk dijadikan hadiah dalam kategori Toys & Hobbies, Jewelry & Watches, Consumer Electronics, Home & Garden, Cell Phones & Accessories, Computers/Tablets & Networking, Clothing, Shoes & Accessories, Unique Gifts (Art, Collectibles).

Daripada berjuta-juta produk yang ada kat Aliexpress.com tu, anda hanya perlu fokus pada produk dalam ketegori tertentu untuk fasa tertentu sahaja berdasarkan data yang kita ada tadi. Dengan adanya data-data ni, anda jadi lebih strategik dan tak perlu fikir pasal produk-produk dalam kategori yang tak berkaitan.

.

7 Langkah MUDAH DAN PANTAS Cari Produk Hot Untuk Fasa Q4 2019!

.

Matlamat kita adalah untuk tingkatkan peluang membuat jualan. Jadi, penting untuk kita tahu sesuatu produk yang terbukti ada permintaan kat eBay. Sebab tu lah kami hasilkan video panduan HDLR Method yang mengajar anda cara praktikal mencari dan mengkaji produk yang ada permintaan kat eBay menggunakan software Zik Analytic.

>>>Video panduan High Demand Low Risk (HDLR) Method<<<

Dengan panduan video panduan HDLR Method, anda tak perlu bersusah-payah meneka produk apa yang ada permintaan kat eBay. Jom kita buat contoh mencari dan mengkaji produk yang ada permintaan kat eBay menggunakan teknik yang diajarkan dalam video panduan HDLR Method. Bagi menghormati kandungan video panduan tersebut, saya hanya akan tunjukkan secara ringkas sahaja kat dalam artikel ni…

.

Langkah 1: Guna Fungsi ‘Categori Research’ Dalam Software Zik Analytic

Mula-mula sekali, masuk ke akaun Zik Analytic anda dan pergi ke bahagian ‘Category Research’…

.

Langkah 2: Pilih Kategori Produk

Pilih salah satu kategori daripada banyak-banyak kategori yang disarankan oleh eBay kat bahagian ‘What Buyers Want’ tu. Anda boleh tukar jer ke kategori lain kalau anda rasa bosan dengan sesuatu kategori tu nanti…tak ada masalah. Untuk buat contoh dalam artikel ni, saya akan fokuskan kepada kategori Toys & Hobbies.

.

Langkah 3: Tapiskan Carian Category Research

Pilih kategory Toys & Hobbies. Untuk Shipping Location, pilih China sebab kita nak cari produk hot yang dihantar dari negara China. Sebab kita pun akan dropship dari Aliexpress (China). Untuk Feedback, anda hanya tapiskan ‘Maximum Feedback’ sahaja kepada 500 sebab bagi kami, seller dengan feedback bawah 500 adalah seller baru. Jadi kita nak cari dan spy seller baru tapi pandai buat jualan kat eBay. Kemudian klik butang ‘Search’.

.

Langkah 4: Scan Seller Yang Dropship Produk Dari China

Lepas anda klik butang ‘Search’, software Zik akan keluarkan data-data produk hot dalam kategori Toys & Hobbies mengikut carian dan filter yang anda dah tetapkan. Daripada data tu, kita nak cari dan scan seller yang dropship dari China. Macam mana nak tahu seller yang dropship dari China? Anda kena tengok pada simbol bendera ‘Seller Country’ dan bandingkan dengan ‘Shipping Location’. Tengok contoh dalam gambar kat bawah ni…

.

Sudah tentu ada banyak seller dari China sendiri yang jual produk kat eBay. Tapi ada antaranya dari negara lain yang dropship China. Contoh yang saya jumpa seperti dalam gambar kat atas tu. Seller berasal dari negara Algeria dan Japan, tapi ‘Shipping Location’ dari China. Itu bermaksud seller tu buat bisnes eBay guna model bisnes dropship. Dan peluang untuk kita jumpa produk yang diorang jual tu kat Aliexpress adalah tinggi. Klik pada ‘Scan Seller’ untuk spy seller tersebut.

Sebagai contoh, tengok data seller yang saya jumpa ni. Berasal dari negara Algeria, tapi dropship produk dari China. Dalam tempoh 30 hari yang lepas, Active Listing dia ada 9 jer tuan puan! Tapi Sold Item 55 unit!!! Jumlah jualan untuk 30 hari yang lepas ialah $915 bersamaan RM3,660!!! Terang-terang lagi bersuluh, seller baru ni pandai cari dan list produk hot!

.

Kita hanya perlu spy, follow dan improve listing yang sama jer! Jom kita spy produk apa yang dia jual. Kalau seller ni mampu gegarkan pasaran US, kita pun boleh! Anda akan diajar lebih lanjut lagi berkaitan strategi intai pesaing dalam video panduan HDLR Method.

>>>Video panduan High Demand Low Risk (HDLR) Method<<<

.

Langkah 5: Spy, Follow & Improve Listing Produk Yang Terjual Lebih Dari 10 Unit Sebulan

Daripada senarai produk yang dijual oleh seller yang anda spy tu, pilih produk yang dah terjual lebih dari 10 unit untuk 30 hari yang lepas. Bagi kami dalam komuniti eBay Intelligence, produk hot ialah produk yang dah terjual lebih dari 10 unit dalam masa sebulan. Sebagai contoh, salah satu produk hot yang dijual oleh seller dari Algeria tadi ialah ‘Scale Locomotive Train’ macam dalam gambar kat bawah ni…

.

Seperti yang saya tunjukkan kat atas, produk ni memang tengah hot. Dapat 3 views setiap satu jam dan 29 watchers semasa artikel ini ditulis. Dah terjual 17 unit sejak 30 hari yang lepas dengan harga $20 seunit dengan jumlah jualan sebanyak $340 (RM1,360) hanya dari jualan 1 produk ini sahaja. Seller ini jugak menawarkan penghantaran e-Packet secara percuma.

.

Langkah 6: Cari Supplier Produk Yang Sama Di Aliexpress

Langkah seterusnya ialah kita cuba cari supplier untuk produk tersebut kat Aliexpress. Gunakan keyword yang digunakan dalam listing produk tersebut dan buat carian kat Aliexpress. Setelah membuat carian, saya jumpa Scale Locomotive Train yang sebijik macam apa yang seller tadi jual….

.

Kat Aliexpress, harga Scale Locomotive Train ni cuma  $12.90 sahaja seunit dengan penghantaran e-Packet percuma ke United States! Dan seller tadi mengaut keuntungan dengan menjual $20 seunit! Jom kita kira berapa keuntungan yang seller tadi dapat dalam masa satu bulan tu dengan hanya menjual produk ini sahaja…

.

Langkah 7: Kira Keuntungan Guna eBay Fee Calculator

.

Dengan menggunakan 2019 eBay Fee Calculator, kita dapat mengira untung sebenar sesuatu produk setelah ditolak dengan kos eBay Fee dan Paypal Fee. Keuntungan yang seller tadi dapat untuk satu unit produk Scale Locomotive Train tersebut ialah $4.22.

Seller tadi berjaya membuat jualan sebanyak 17 unit dengan untung bersih sebanyak $4.22 x 17 unit = $71.74 bersamaan RM287 dalam masa satu bulan hasil dari menjual Scale Locomotive Train ini sahaja! Ini baru untung dari satu produk dan yang paling best ialah dia hanya buat bisnes dropship daripada Aliexpress sahaja! Melalui ringkasan teknik yang diajarkan dalam video panduan HDLR Method, senang-senang jer saya dapat jumpa produk yang tengah hot dan ada permintaan kat eBay sekarang.

.

Sekarang Giliran Anda Untuk Follow 7 Langkah Ini Dan Tingkatkan Jualan Kat eBay!

Okay, tadi saya dah tunjukkan macam mana kita nak gunakan panduan dan tips menjual dalam Fasa Q4 2019 dari eBay dan gabungkan dengan ringkasan teknik yang diajar dalam video panduan HDLR Method. Itu baru satu contoh yang sempat saya tunjukkan kat anda dalam artikel ni. Ada banyak lagi kategori yang anda boleh terokai sendiri.

Saya harap artikel ni dapat bantu anda sebagai usahawan eBay untuk tingkatkan jualan dalam Fasa Q4 2019 yang berbaki 40 hari sahaja lagi. Anda jugak akan jadi seller yang lebih strategik, bijak dalam merancang dan lebih kehadapan berbanding seller lain dengan 7 langkah yang saya kongsikan dalam artikel ni. Kalau anda berminat nak belajar lebih mendalam dan lebih serius buat bisnes kat eBay bersama Tuan Zul, boleh lah datang ke Bengkel Ebay Intelligence yang beliau anjurkan setiap bulan melalui link kat bawah ni…

>>>Bengkel Ebay Intelligence<<<

    12 replies to "Strategi Tingkatkan Jualan eBay Fasa Q4"

    • Henry

      Hi, i am doing dropshipping from Aliexpress to Ebay too. And i am Malaysian, due to SpeedPak policy we wont be able to use any of aliexpress shipping options. May i know how we can still dropshipping from Aliexpress?

      • Zul Ariffin

        Hi, yes you cannot use epacket to ship from china if your ebay account is registered from malaysia, other option is you can filter ship from usa using aliexpress tool and change the location item in USA in your listing setting to comply with the ebay policy

    • siti

      hai tuan…saya baru berjinak nak jual di ebay…sy tidak faham guna speedpack di malaysia ada service speedpack ke spt pos laju…sy dr malaysia..ebay berdaftar di ebay malaysia …kalu sy nk poa brg dr malaysia ke luar negara nak guna pos apa ye…flexipack blh ke atau wajib guna speedpack

      • Zul Ariffin

        hi puan, kalau pos dari malaysia boleh gunakan flexipax pos malaysia atau gunakan web2ship, malaysia takde speedpack puan, speedpack cuma dari china shj service courrier dari sana

    • Hafiz Azman

      Fuh. Macam best je tengok orang buat ebay ni. Tapi tak berani nak main sebab tak reti. Takut hangus je duit. Huhu

      • Zul Ariffin

        ebay risiko tak berapa besar tuan, kalau tersalah langkah pun tak serugi macam main saham, so utk elakkan kerugian boleh jual dulu barang2 yang modal rendah untuk belajar proses jual beli..

    • ken

      Hi , kalau saya nak buat multiple account ebay boleh guna satu account paypal atau kena buat dua account paypal juga baru boleh?

      • Zul Ariffin

        hi, better asingkan tuan. buat akaun paypal yg lain guna info yg lain juga

    • Lernify

      Baru jumpa artikel tuan ni pasal Ebay.. BTW, kalau tuan ada release panduan baru, if nak gunakan channel sendiri macam Facebook Ads ke Ecommerce sendiri bagaimana pula tuan..

      • Zul Ariffin

        salam tuan, nnti tuan daftar sbgai affiliate ye.. insha Allah sy akan maklumkan akan datang

    • Puwa

      Hi tuan, saya baru buat business di ebay. Saya nak tahu courier service yang mana paling murah untuk hantar barang ke luar negara. Saya check dengan poslaju disini, dia bagi harga RM172 untuk 550g ke USA.

      • Zul Ariffin

        hi, paling murah flexipax pos mlysia, tp skrg digantung start 3 ogos 2020 haritu.. pilihan lain utk economy shipping boleh gunakan dhl ecommerce puan

Leave a Reply

Your email address will not be published.