Hai semua, sebenarnya ramai yang diam-diam taknak bagitau kat mana supplier dia dapat barang murah-murah.. tak perlu pergi ke china pun. Pernah dengar tak pasal 1688, taobao dan aliexpress ?

Better beli jer online. kalau anda ke china, kos lagi tinggi. sampai sana belum tentu anda boleh jumpa barang yang anda nak cari kalau pergi sendiri pertama kali. sebab terlampau besar market sana

ok? so saya ajar shopping secara online jer. takyah g china. ramai tahu tentang taobao.. tapi tak ramai yang tahu tentang 1688.com.

apa bezanya? taoabao bahasa mandarin. tapi harganya laagi mahal dari di 1688. untuk pengetahuan anda, 1688 dikenali juga sebagai alibaba china. tapi anda boleh beli barang serendah MOQ 1. dan ada juga yang ditetapkan minimum MOQ 3 unit.

anda boleh refer table kat bawah ni untuk lebih mudah faham.

1688-taobao-aliexpress

ok harap anda faham bezanya. so sekarang sy tunjuk case study beli barang di 1688.com menggunakan agent. ni website dia www.taobaoagent.com.my ( saya tak dapat apa-apa untung, just recommend sebab service dia bagus)

lepas sy dah buat research barang yg berpotensi untuk di jual di ebay. saya pun outsource lah ke website china cari produk. barang ni memang takder dekat aliexpress. so memang sedaplah kalau nak jual kat ebay. kurang persaingan. hehehe

ok anda boleh refer kat bawah harganya

ni harga di taobao.com

taobao-furminator-wm

yang ni pulak harga di 1688.com

bisnes-ebay-1688

2wm

nampak tak bezanya? ada barang kadang-kadang tak boleh jumpa kat taobao dan aliexpress tapi masih boleh kita jumpa kat 1688 dengan harga jauh lebih murah

saya contact agent tu melalui emel jer

kalau tak tau bagi jer link dan gambar dan detail apa barang kita nak kat dia, nanti dia tolong carikan dan confirmkan dengan kita.

lepas barang dah jumpa dan kita dah confirmkan nanti dia bagitau kita semula harga berapa untuk shipping dan pos ke malaysia

3-wm

saya dah confirm order dengan agent ni pada 28 okt 2016. selepas 3 hari, dia bagitau barang dah sampai warehouse dan mintak sy bank in lagi RM14 untuk shipping cost to malaysia

4wm

so total kos se unit adalah RM105.30 + RM14 = RM23.86 sahaja

murah kan???

disebabkan sy memang nak barang ni. dan sy takde akaun alipay yang dah verify so terpaksa pakai agent untuk tolong belikan barang kat 1688.

pada 3 nov barang selamat sampai di rumah sy.

order bayar ke agent 28 okt 2016 —> barang sampai warehouse 31 okt 2016—> barang sampai malaysia depan pintu rumah 3 nov 2016 ( 7 hari jer)

5wm

5-1wm

dengan kos harga 1 barang RM23.86. MURAHHHHH.

OK so what? jual la bro. tukar jadi duit.

tak caya? hehe.. mai sini wa buktikan.

tengok ni. seller ni seller malaysia. akaun masih baru tahun 2016.

bisnes-jual-di-ebay

dalam masa 3 bulan dia dah berjaya jual sebanyak sales USD2073.20. bersamaan dengan RM9208. Profit bersih anggaran saya kira adalah 55% iaitu RM5064.40

bisnes-jual-di-ebay

untung kan? inilah kehidupan realiti seorang pedagang di ebay…

tujuan artikel ni nak membuka mata anda untuk berdagang lah di ebay. tak rugi pun..anda boleh buat sambilan jer. takyah benti kerja dulu.. buat part time jer.

busuk-busuk pun anda simpan duit kat paypal. hujung tahun boleh ada RM10K- RM20K. boleh la bawak anak bini mak ayah pergi bercuti jalan-jalan..

“bini anda pun tanya..abang tiba-tiba ada duit nak bercuti ni duit dari mana bang?

duit ebay…waktu sayang tido.abang tido lewat ngadap laptop.ni lah hasilnya…hehehe”

ok? termotivasi tak nak buat bisnes kat ebay?

dah ada idea tak nak niaga apa?

hopefully saya dah berjaya membuka minda anda untuk memulakan bisnes secara kecil-kecilan dari rumah dengan modal yang minima dan risiko yang rendah. Anda boleh belajar sendiri.. takde masalah. tapi kalau anda perlukan kepantasan dan “proven result” belajarlah dengan orang yang dah pernah melalui jalan yang anda nak lalui..

Anda perlukan panduan bisnes ebay yang comprehensive?

Dapatkan panduan ebay intelligence di sini

>>>Panduan Ebay Intelligence<<<

Yang Benar

Zul Ariffin Maarof

    20 replies to "Case study 1688 Taobao dan Aliexpress"

    • Ismail

      Salam…biasanya barang yang kita jual sendiri…hantar dari malaysia guna courier apa ye?

      • zulariffin

        wasalam, guna flexipax pos malaysia. murah

    • Alin

      Assalamualaikum. Utk mendaftar dan listing produk bg newbie mcm saya kena keluarkan modal utk apa2 fee kepada ebay ke? Atau bila dah start terjual br dikenakan fee?

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam utk dftr takde kena apa apa bayaran. bila barang dah terjual baru ebay cas 10% fees pada sales. pastikan tak ambil apa apa feature tambahan untuk listing bru free takde bayar apa apa

    • Azim

      Salam bos.. Agent shipping ni diorang boleh post untuk dropship order tak?
      Maksud saya pos byk alamat tapi kos shipping international combined sekali?..

      • Zul Ariffin

        wslm bos ye boleh takde masalah kena maklumkan kat agen shipping utk repack smula tp biasanya ada extra cas

    • Hafiz Ibrahim

      Assalam bos..kita jual scara dropship tp ebay block akaun sb dia nk kan detail supplier sbgai proof..contoh dia nk invoice atau apa2 doc..camne tu boss

      • Zul Ariffin

        wasalam.. untuk first listing better tuan jual barang fizikal yang ada resit contoh beli buku di popular dan tuan buat listing di ebay. nanti lepas selling limit increase nak jual dropship baru boleh takde masalah tuan

    • An

      Salam tuan.. kalau nak buat 2nd listing brg dropship boleh ke tuan..dan account saya dah increase limit?

    • ct

      as salam tuan zul…

      klu sy bli buku panduan eBay ni, klu sy ada soalan mau tnya, mcm mana la…utk membantu sy dr semasa ke semasa 😊

      tqvm

      • Zul Ariffin

        wslm puan.. boleh post di group or call sy klu urusan urgent puan..

    • Annie Johannna Ahmad

      Salam Tuan,

      Baca blog Tuan pun dah banyak knowledege yg saya dapat. Apatah lagi kalau saya dapat ebook dan join seminar. Lagi banyak ilmu yang saya perolehi. Terima kasih Tuan…

      • Zul Ariffin

        wasalam Alhamdulillah sama sama puan..terima kasih sudi singgah ke blog sy 🙂

    • EB

      saya berminat membeli ebook B melalui online bankin.

      • Zul Ariffin

        ya boleh tuan, bole buat pembelian di sini mamabaryani.com/ebay nanti tuan attached kan skali slip payment..

    • Mohamad zulhisham

      Salam tuan. Saya nak tanye. Kalau beli dekat 1688 memang kena pakai Alipay ke? Ke ade payment lain?

      • Zul Ariffin

        wslm tuan, ya tuan, kena ada alipay. klu tuan takde boleh ambil service dari 3rd party compny..nnt org lain akan bayarkan bagi pihak tuan

    • adam

      kalau beli dari 1688, then terus shipping ke alamat buyer boleh ke tuan? atau ship ke malaysia dulu lagi bagus.

      Tuan prefer yang mana?

      • Dr. Zul Ariffin

        dulu sy terus hantar ke warehouse usa. skrg ni sy transit ke mlysia dlu tuan. tax dari china terus ke usa agak tinggi skrg ni

Leave a Reply

Your email address will not be published.