ok artikel kali ini ayat agak skema iaitu modal kecik bole jana profit di ebay berganda ganda..heheehe

( sebenarnya ini artikel untuk thevocket, tapi takpelah saya publish jer dulu sini )

cerita ni pasal macam mana daun kering pun boleh buat duit.

selamat membaca geng

Pada zaman kegawatan ekonomi dan harga barang yang sentiasa naik, ramai yang ingin mencari pendapatan tambahan. Tapi masih ramai yang masih tak tahu nak berniaga terutamanya berniaga online.

Tetapi masalah peniaga online ini adalah menarik trafik ke website untuk membuat jualan. Kekangan utama peniaga online adalah menarik trafik. Jika menggunakan facebook ads memang boleh mendapatkan trafik, tetapi memakan kos yang tinggi apabila telah ramai pesaing menjual produk yang sama

Ebay telah menyelesaikan masalah peniaga yang tak pandai membuat sales”

Saya kongsikan beberapa barang yang boleh di jual di ebay ketika ekonomi gawat. Dengan modal yang rendah, anda masih boleh membuat jualan di ebay jika kena caranya.

Kita mulakan dengan modal RM8. apa yang anda boleh jual?

  1. Daun Ketapang

1wm

Ini adalah ebay seller dari Malaysia,

sama seperti anda juga masih tinggal di Malaysia tetapi menikmati pendapatan dalam usd. Dia menjual daun ketapang atau dalam Bahasa inggeris namanya catappa leave atau indian leave dan nama saintifiknya adalah Terminalia Catappa leave.

Dengan modal RM8 buat beli pos flexipax anda dah mampu membuat jualan sebanyak USD5.75 seunit.

Mari kita buat kira-kira sedikit

Modal  pos : RM8 ( $1.8)

Sale seunit : RM25.60 ( $5.75)

Ebay fees : $0.58

Paypal fees : $0.47

Untung bersih seunit : $5.75 – $1.8 – $0.58 – $0.47 = $2.90 ( RM12.92)

Dengan menggunakan tukaran matawang pada $1 = RM4.4541

Seller ebay ni dalam diam-diam telah Berjaya menjual sebanyak 76 unit.

Keuntungan hasil dari jualan ini adalah RM12.92 X 76 unit = RM981.92!

OK lah kan? Dengan modal seunit RM8 sahaja, anda sekarang dah Berjaya menghasilkan untung bersih sebanyak RM981.92!

Kat mana nak dapatkan pokok ni? Apa orang putih buat dengan daun ni?

Habitat asal pokok ketapang adalah dari asia tenggara, pokok ketapang biasanya boleh ditemui di tepi pantai dan juga di tepi highway. Pokok ini jarang mendapat perhatian di Malaysia oleh kerana ramai yang tak tahu khasiatnya. Pokok ini hidup subur di tempat yang berpasir

Kebiasaanya di pantai-pantai pokok ini digunakan sebagai mencantikkan landskap dan tempat teduhan.kegunaan daun pokok ketapang kebiasaanya adalah untuk mengubati penyakit sendi oleh orang-orang lama.

Tetapi orang putih menggunakan daun ketapang untuk diletakkan di dalam aquarium. Fungsi daun ketapang ini adalah untuk mengawal PH air dan menyerap sebarang bahan kimia yang terkandung dalam akuarium.Ada juga yang menggunakan daun ini untuk menggalakkan pembiakan udang.

Oleh kerana di negara barat pokok ini tidak boleh hidup di kawasan bermusim, daun ketapang menjadi permintaan tinggi di sana walaupun kita boleh dapat di negara Malaysia secara percuma sahaja.

ni daunnya bagi siapa yang tak kenal lagi macam mana rupa daun ketapang ni waktu belum kering

daunketapangwm

ni pokoknya pulak..

dulu waktu saya duduk kolej dalam utm, saya duduk kat kolej 9 & 10, dekat tepi-tepi kolej ada tanam pokok ni..saya peratikan jer pokok ni…

dalam ati cakap apa aku nak buat dengan pokok ni.ko tunggu! aku buat research pasal kau. hahaha

saya kutip daun ni sampai abang kolej tegur ” woi kau kutip daun tu buat apa? kau nak buat jual tempe ye? patutlah dah kaya!”

saya sengih dan buat bodoh jer…dalam hati cakap,

” ko tak tau..kat oversea orang beli daun kering ni, kalau kau tau mesti kau yang kutip dulu and jual.tak sempat gugur daun ni dah abes licin.kalau kau nampak post artikel ni kau baru tau peluang kalo buat bisnes ebay. tapi kau dah terlambat bang. aku dah generate beribu income dari daun kering ni sajer untuk buat bayar duit sewa kolej.selamat duit biasiswa aku.kahkahkah”

800px-yosripokokketapang1

2.Tongkat Ali

seller-jana-profit-di-ebay

Di Malaysia, Tongkat ali serbuk boleh didapati dengan mudah daripada pembekal-pembekal tempatan sama-ada secara online dan juga offline.

1 oz = 28.35 gram

Jika anda lihat di bawah adalah penjual online. Dia menjual serbuk tongkat ali dengan berat 200 gram berharga RM25 sahaja

buat-bisnes-ebay-online

Dengan modal RM3.54/ oz, seller ebay ini berjaya menjual dengan harga $9.95 per oz sebanyak 504 unit!

Mari kita buat kira-kira sedikit

Modal 1 oz serbuk tongkat Ali : $0.8

Modal pos : $1.8

Jualan 1 oz : $9.95

Customer bayar pos : $2.55

Yuran ebay : $1.25

Yuran paypal : $0.66

Keuntungan bersih se unit : $9.95+$2.55-$0.80-$1.80-$1.25-$0.66 = $7.99 @RM35.54

Seller ebay ini Berjaya menjual sebanyak 504 unit bersamaan dengan RM35.54 X 504 = RM17,912.16!

 

hanya menjual serbuk tongkat ali sahaja anda sudah mampu meraih pendapatan sebanyak RM17,912.16 secara sampingan sahaja.

Silap hari bulan anda mungkin boleh meninggalkan pekerjaan utama anda dan menjadikan bisnes di ebay ini sebagai sumber pendapatan utama anda.

Sebenarnya banyak barang-barang sumber alam di Malaysia ini yang mempunyai permintaan tinggi di luar negara sanadan boleh jana profit di ebay. Kalau tidak, tak mungkinlah ketika zaman kesultanan melayu Melaka penjajah sanggup merantau ke Melaka untuk mendapatkan rempah ratus di tanah melayu.

Anda boleh jadikan idea ini sebagai bisnes yang mudah di buat di ebay!

Selamat mencuba!

>>>Bengkel Ebay Intelligence<<<

    12 replies to "Berniaga di ebay dengan hanya Modal RM8"

    • Marwiyah

      Bos, saya nak belajar ebay…ada kelas hujung minggu tak?

      • zulariffin

        ada, boleh whatsapp assistant sy di 013 242 2297 (Dr ina) untuk booking pada 25 feb ini di office ZAC Consultancy di batu pahat

        • Aliff

          skrg dah 2019. Masih buat lagi ke. Kalau buat. Nak blajar. But still worth it tak kalau buat.

          • Zul Ariffin

            ya masih buat lgi tuan, boleh rujuk di sini ye mamabaryani.com/ebaypower untuk jadual kelas. ya masih berbaloi lagi tuan utk buat ebay, lgi2 waktu skrg ni org lebih cenderung utk shopping secara online

    • Wani

      Macam mana nak kira yuran PayPal dan yuran ebay?

      • Zul Ariffin

        utk estimate kos ebay dan paypal salah satu caranya boleh gunakan finalfeecalc.com puan

    • Mariyati

      Saya just mau Tanya mcmana nak pastikan yg kita jual barang ke negara mana? Kita pilih sendiri ke? Atau outomatik org2 luar negara tu nampak apa yg kita jual d akaun eBay kita? Mohon pencerahan… Tq

      • Dr. Zul Ariffin

        salam puan, ada 4 market utama, USA,UK, Australia dan Canada yg menggunakan medium english sbgai bahasa utama. Kita yg tentukan nak jual di market mana. contoh klu decide nak jual di market USA, kena listing di ebay.com. dan jika nak jual skali ke smua negara dgn transaksi dalam usd, boleh accept international shipping di setting listing. so smua buyer dari mana-mana negara boleh beli

    • Azmah Asmuni

      Salam tuan..
      Masih buat bengkel lagi. Online? Saya berminat untuk join

      • Dr. Zul Ariffin

        wasalam tuan, ya masih buat lgi tuan..boleh rujuk link kat sini ye mamabaryani.com/ebaypower

    • wan mohammad hafiz

      Assalamualaikum tuan..saya nak belajar jual di ebay tuan..bleh sye wassap?

Leave a Reply

Your email address will not be published.