Dropship Dari Aliexpress

Dropship dari Aliexpress adalah teknik yang dah ramai ebay seller yang baru atau lama gunakan untuk buat jualan di ebay

Dropship dari Aliexpress walaupun ianya dikata mudah, tapi masih ramai lagi tak nampak peluang ini, so saya terpanggil untuk kongsikan teknik ini untuk membantu usahawan-usahawan kecil SME memulakan perniagaan dengan kos yang minima secara online tanpa menyimpan stok untuk belajar teknik betul dropship dari aliexpress.

Dropship dari Aliexpress, Bagaimana caranya?

Langkah 1 : Perlu daftar akaun secara percuma untuk buat dropship dari Aliexpress

Dropship dari Aliexpress memerlukan anda untuk daftar dulu di www.aliexpress.com dan click join free

Setelah anda mempunyai akaun aliexpress, secara automatik anda boleh membeli barang di aliexpress untuk kegunaan sendiri ataupun untuk anda jual di website ebay dengan kaedah dropship dari Aliexpress

Untuk pengetahuan anda, Aliexpress adalah website third party, bermaksud, di aliexpress terdapat ramai seller-seller yang berdaftar terutamanya seller dari negara china yang mempromosikan barang-barang mereka di aliexpress.

website aliexpress bukanlah dimiliki oleh seorang supplier, tetapi ianya adalah 1 platform untuk memasarkan segala macam produk oleh beribu supplier

kaedah bayaran adalah menggunakan kad kredit ataupun kad debit.

jangan risau aliexpress seller adalah trusted seller, diorang ni semua profesional dan jika barang anda beli tak sampai, mintak je refund semula or open case di aliexpress. Pihak aliexpress akan hold duit seller di aliexpress sehingga anda terima barang yang anda beli untuk diri sendiri ataupun untuk dropship dari aliexpress

setakat ni saya beli untuk kegunaan sendiri dan jual di ebay guna website aliexpress, tak pernah lagi kes seller tak post barang. Kalau waktu christmas barang sampai lambat dan kadang-kadang tak sampai tu pernah la. kalau bulan biasa setakat ni saya tak pernah lagi hadapi masalah seller di aliexpress menipu.

Bagaimana nak daftar sebagai dropshipper dari aliexpress?

Penjual di aliexpress telah sedia maklum, jika anda nak membuat dropship dari aliexpress untuk jual di ebay, caranya mudah sahaja. di ruangan check out setiap barangan yang anda beli, hanya perlu letakkan alamat customer yang anda berjaya jual barang di aliexpress.

tak perlu untuk anda contact seller dan maklumkan kat diorang ni anda nak jadi dropshipper. jalan jer terus, nanti dah beli letak je alamat customer.

Untuk beli kegunaan diri sendiri pula, anda letak alamat diri anda sendiri di aliexpress. semudah ABC. itu sahaja.

ok sekarang ni persoalan seterusnya macam mana nak start jual kat ebay?

Langkah 2 : Cari produk yang berpotensi di ali express untuk anda iklankan di ebay

ok merujuk post saya sebelum ini, jika anda sudah ada akaun ebay dan paypal yang sudah verified, (boleh rujuk di sini  jika masih belum ada akaun lagi) akan muncul di minda anda apa nak jual dekat akaun ebay anda.

betul tak?

kalau anda tak tahu nak jual apa di ebay, pilih sahaja barang-barang yang terdapat di aliexpress yang terlintas di fikiran anda dan dapatkan supplier di aliexpress untuk anda iklankan di ebay

ok sebagai contoh saya bagi casestudy barang ini

Flippin pancake atau bahasa mudahnya alat nak buat lempeng la

so cari barang ini di aliexpress, dah hasil dari carian terdapat sebanyak 297 iklan yang menjual barang ini. Anda hanya perlu pilih mana-mana iklan barang ini yang terdapat di aliexpress untuk dapatkan gambar yang sesuai

tak perlu untuk anda beli dahulu.dapatkan gambar je dulu

contohnya saya memilih supplier ini

harga datang adalah sebanyak USD3.57 dan kos shipping yang dikenakan adalah free shipping. saya memilih supplier ini sebabnya seller ni ada history banyak order yang telah dibuat oleh buyer yang sebelum ini.

biasanya ramai orang order dengan seller ni, dia ada history feedback yang banyak, so dari situ kita dapat baca macam mana kualiti barang dia dari feedback buyer yang lepas

so, lepas dah dapat barang apa yang nak jual maklumat yang perlu anda dapatkan adalah berapa harga dia jual, berapa kos shipping, berapa lama tempoh sampai ke USA, dan gambar-gambar yang menarik untuk anda copy dan upload di akaun ebay anda

so anda perlu kira berapa harga nak jual dengan melihat pesaing-pesaing anda di ebay untuk dapatkan berapa harga yang boleh di jual.

anda perlu kira berapa fees yang akan ditanggung oleh anda setelah barang yang anda iklankan ini terjual di ebay. jangan sampai rugi la. nanti kang tak dapat untung.hehe

ok, paham tak setakat ni?

Langkah 3 : Listing di Akaun ebay secara format Buy it now or Auction

ni saya tunjuk antara seller yang berjaya jual barang ni secara buy it now

Harga datang baru USD3.57 jer

macam mana nak kira untung bersih anda dapat?

boleh gunakan website ni Ebay Profit Calculator

so seller ni punya sale adalah 9.95 x 39 unit = USD388.05 = RM1666++

Profit bersih seller ni dapat ialah 4.8 x 39 unit = USD187.2 =RM804++

Margin profit dia 48% untung atas angin macam tu jer.

takde simpan barang, orang tak tahu pun dia buat bisnes di ebay, dan yang paling best boleh buat benda ni secara part time jer

Langkah 4 : Place order barang yang terjual di aliexpress

setelah barang yang anda iklankan di ebay terjual, terus cepat-cepat buka website aliexpress dan cari semula supplier yang telah anda ambil gambar dari dia untuk place order

Proses order biasanya mengambil masa 1-3 hari, selepas siap order, dapatkan tracking number jika ada dan upload di akaun ebay anda.

itulah yang kebanyakkan seller malaysia buat untuk menjual di ebay

bisnes secara dropship, dengan kos yang paling minima, dan takde mengeluarkan sebarang kos marketing seperti fb ads, instagram ads, penat melayan karenah whatsapp dengan pelanggan, pm pm pm facebook last last krik..krik..krik

kat ebay, customer bayar je terus dan jarang dia tanya bila nak pos barang dan sebagainya.

semuanya ebay dah tolong uruskan.

tugas anda cuma proses order secepat mungkin di aliexpress bila barang terjual kat aliexpress.

Mudah kan?

so saya harap perkongsian yang simple ini membuka minda dan mata anda untuk berikan peluang pada diri anda sendiri untuk mencuba sesuatu yang baru

tak salah pun untuk mencuba. kalau bisnes jenis ini sesuai dengan jiwa anda, cubalah praktiskan apa yang sy dah kongsikan ni, saya tak mintak apaa-apa royalti pun, anda buat anda dapatlah income tambahan,

kalau tak jadi, atleast anda dapat ilmu ni secara percuma dan tahu macam mana orang malaysia yang buat dropship kat ebay ni beroleh keuntungan

kalau dah baca artikel ni jangan lah semua sibuk listing barang ni kat ebay ye. nanti kang masing-masing sibuk buang harga sampai takleh nak jual barang ni..last-last saya jugak yang dipersalahkan sebab pesaing di ebay ni semakin bertambah.

terutamanya “otai-otai ebay” lah yang marah. ape nak takut, setiap manusia ni kan Allah memang dah janji dijamin rezekinya, jangan takut pesaing, ebay tu luas pasarannya, 😉

ada beratus ribu produk di aliexpress. pilih je mana barang nak jual, kalau tak pandai pilih buatlah research sikit study barang-barang yang telah terjual oleh seller-seller ebay

kalau tak tau nak buat research, gali lagi ilmu, belajar belajar dan terus belajar. mana ada benda mudah nak dapat kan.

mesti kena usaha. anda belajar sampai degree, master dan PhD pun bila dah dapat sijil bukan terus bulan-bulan dapat gaji kan,

kena kerja tiap-tiap bulan baru dapat gaji, waktu mula kerja tu pun kena belajar lagi, sebab waktu belajar nak dapatkan sijil tu kebanyakkannya takde praktiskan pun waktu dah bekerja

normal beb. tu lumrah alam. lumrah kehidupan sekarang,

ok lah, setakat tu je perkongsian saya kali ni, kalau anda nak belajar lebih lanjut macam mana nak buat research kat ebay ni, nak listing kat ebay cara betul, saya ada sediakan panduan yang 99% lengkap untuk anda laburkan

boleh dapatkan di sini,

>>Panduan Ebay Intelligence<<<

Zul Ariffin Maarof

Ebay Intelligence Academy

Level 3, 33B Jalan Universiti 4

Taman Universiti Parit Raja

86400 Batu Pahat

Johor

    138 replies to "Cara Nak Berniaga di Ebay Secara Dropship dari Aliexpress: Part 16"

    • Amir Mazlan

      yang saya penah cuba web ‘abang’ dia, alibaba..power giler dia punya sistem..

      hari tu saya ada survey satu produk..just tengok-tengok gitu jer.
      langsung saya tak contact dia punya owner, tinggalkan komen atau sebagainya.

      tapi tau-tau jer, dapat emel dia bagi sebut harga, berapa minimum order, jenis produk dan lain-lain..

    • abby

      kalau nk buat listing dkt ebay..kite nak kene buat listing dkt ebay.com ke atau ebay.com.my? tang ni komfius sikit..hehe..mohon tunjuk ajar sifu zul

      • Zul Ariffin

        klu nak jual di usa kena listing di ebay.com klu jual di ebay.com.my hanya akan dipaparkan di ebay malaysia shj puan

        • haris

          Salam. utk register di ebay.com perlu alamat dan contact di US. pening jgk ni hehe

          • Zul Ariffin

            wslm, tak perlu tuan, guna alamat sama macam dalam ic je pn dah ok..nnt sign in je di ebay.com untuk jual di ebay usa

        • Faizal

          Salam.. Tuan boleh ke kalu kita jual kt ebay selain USA.. Cth Australia ke atau New Zealand

          • Zul Ariffin

            wslm, boleh tuan..xde mslh. sign in je ke marketplace yg tuan nak jual

    • ipfan.info

      saya mau berjualan online (bukan jual dropship), tapi cari distributor yg murah dengan minimum quantity yg sedikit (partai kecil) susah bgt kadang harga dari distributor di banding harga grosir dari seller tokopedia lebih murah harga grosir seller toped dengan minimum quantity 6-12 pcs, kalo mau dpt harga murah bgt dr distributor quantity nya harus super banyak (partai besar) yg modalnya hrs gede bgt, gmn ya cara dapetin distributor yg harganya di bawah seller toped tp quantity tdk partai besar? soalnya mau berjualan di market place seperti tokopedia

    • Yana

      Sama la bp juga
      Byar maybank tak ley ke…

      • Zul Ariffin

        boleh puan, nnti attach je screenshot or slip sbgai bukti bayaran ye

    • Estherits Leo Joseph

      Saya nak tanya kalau dropship dri shopee untuk jual kat ebay boleh tak?

      • Zul Ariffin

        boleh.. tapi kena contact seller shopee tu pastikan ada stok. bila barang dah terjual di ebay, baru beli dari seller shopee pos ke alamat tuan, then proses order pos ke customer luar negara

        • rara

          Salam nak tanya, boleh tak kalau seller shopee dri china yg post terus ke luar negara? tak boleh buat macam dropship kat aliexpress ke just send alamat customer kat usa? sorry kurang faham

          • Zul Ariffin

            wslm, klu bole deal dgn direct seller di china utk die tlg poskan boleh puan takde masalah..

    • Bretryan Jepsson

      macam mana nak tau kalau item saya jual tu kat ebay usa or malaysia?

      • Zul Ariffin

        klu tuan listing di ebay.com maknanya jual di ebay usa. klu listing di ebay.com.my akan jual di ebay malaysia. so kena sign in ebay.com dlu kalau nak jual di market usa

        • Zul

          Saya ada barang sendiri untuk dijual ke luar negara…adakah saya boleh menjual melalui ebay???…jika ada macam mana saya nak buat???…

          • Zul Ariffin

            boleh tuan takde masalah, just ambil gmbar produk nak jual, dan iklankan di ebay. dah terjual proses segera..

    • Fadzillah Binti Mohd Ruslee

      Tuan nak tanya,klau jual produk dari sistem MLM boleh ke tuan?contoh mcm sy distributor produk dari syarikat bumiputra..Produk jenis makanan tambahan,produk kesihatan dan kecantikan.

      • Zul Ariffin

        salam puan, ya boleh takde masalah.. yg penting tak violate ebay policy puan

    • Shah

      Assalamualaikum…saya nak belajar buat jualan di ebay ni tp kelas di selangor ada tak….t kasih

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam tuan, kelas terdekat pada 22 jun 2019 ini sy buat di bangi. boleh rujuk di sini ye mamabaryani.com.

    • Farizan Othman

      paypal boleh draw ke maybank lagi ke?

    • Farizan Othman

      ?

    • Zul

      Jika sya ada product sndiri mcm mna hendak jual???…

      • Zul Ariffin

        pastikan dah buat akaun ebay dlu, then prosesnya sama macam dropship tuan, cuma tuan kena pos barang sendiri bila dah terjual

    • Zul

      Jika sya hendak menjual brang sndiri ke market luar melalui ebay mcm mna ya???…

      • Zul Ariffin

        bole tuan, xde masalah just sign in ke ebay marketplace yg tuan nak target dan buat listing di dalam akaun tuan. pastikan dah ambil gmbar produk skurang2 kurangnye 3 sudut

    • Zila

      Nak tanya saya ade barng sendiri nk jual so camner ye

      • Zul Ariffin

        utk brg sendiri kena ambil gmbar dlu, upload di ebay store tuan dan buat listing tuan. sign in di ebay.com utk market usa

    • farhan

      hye, nk tanya. kalau saya da copy produk dr alixpress dan da diiklan di ebay. then, ada org yg nk beli produk saya di ebay tu. pastu saya kene pegi kt page di alixpress yg saya copy tu tuk place order kan… then . payment cane ye. saya perlu keluarkan duit saya dahulu ke untuk order item tu atau mcm mana ya.

      • Zul Ariffin

        hye tuan, utk item dropship dari ae, tuan kena bayar guna kad debit or kredit dulu. nnt bru pindahkan duit dari paypal ke akaun bank

        • Aiman

          saya masih kurang faham bahagian ni. So, buyer dari USA beli dan duit masuk ke paypal kita. kemudian guna duit buyer USA itu untuk beli barang dari AliExpress. begitu ke?

          • Zul Ariffin

            bukan tuan, buyer usa bayar masuk ke paypal tuan, nanti duit akan kena hold 21 hari dulu. tuan kena dulukan duit tuan guna kad debit or kredit kad utk bayar ke supplier dulu. bila akaun dah establish ada DSR di ebay baru akaun paypal tuan tak kena hold duit dan duit akan instant. then bru bole guna duit tu utk byaar supplier

            • Regina

              DSR tu apa ya?

            • Zul Ariffin

              detail seller rating puan

    • irmelda

      salam…saya baru nak try berniaga kat ebay, cuma masih x paham sgt mcm mana nak mula..ada e-book yang senang dipahami bagi new beginner spt saya?

      • Zul Ariffin

        salam ya boleh puan, boleh rujuk di sini mamabaryani.com/ebay

    • Syazani othman

      Aslm, bri nk tnye, sy x menjual lagi or x membeli pon lgi di ebay, tpi kenapa account sy diblok?

    • Mohd adib

      Assalamualaikum, Tuan, adakah boleh/sesuai Kita menggunakan akaun simpanan Kita sebagai akaun Yang linked dengan akaun PayPal bagi perjalanan pernuagaan eBay, atau,mungkinkah compulsory bagi Kita mewujudkan akaun semasa bagi tujuan pernuagaan tersebut?

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam tuan ya boleh guna akaun saving bank biasa tuan takde masalah. nnti bila bisnes ebay dah berkembang baru buat akaun semasa yg lebih teratur

    • syahmi

      assalam tuan..ada buat klas di batu pahat tak?

      • Zul Ariffin

        wasalam tuan ya ada, tp sy dah pindah office di muar, sy buat di muar tuan. boleh rujuk jadual kelas di sini ye mamabaryani.com/ebay pakej C utk kelas di muar

    • ERZA AZNINI

      salam, tuan, apa yang saya faham, aliexpress akan uruskan shipping, then kita place order dekat aliexpress tapi letak alamat customer yang dekat ebay tu ya?
      kiranya, kita bayar guna duit sendiri dekat aliexpress tu la ?

      • Zul Ariffin

        ye betul tuan. kena dulukan duit bayar ke aliexpress dulu.duit buyer akan masuk ke paypal tuan nnti boleh withdraw ke akaun bank

    • gbang

      aslkm…. Sales Tax apa maksud nya.. knp tiada negara malaysia

      • Zul Ariffin

        wslm, sales tax akan dikenakan utk state di usa tuan. mlysia belum ada lgi

    • azha

      sale tax tu kene kenapa takde negara malaysia

    • Shadatul Nadia

      Salam..saya di perlis dan jauh untuk menghadiri bengkel..nak tanya pakej b tu sesuai ke untuk saya betul2 faham dari a sampai z untuk saya mulakan bisnes di ebay ini..dan ada tak sesiapa yang saya boleh tanya directly jika saya tidak faham sesuatu perkara selepas saya membeli pakej ni..

      • Zul Ariffin

        wslm puan, ya pakej B tu sesuai utk newbie.. jika ada masalah puan boleh direct call sy utk urusan urgent or post di group support utk dapatkn bantuan..

    • Shafeq

      Assalam Tuan Zul. Maaf menganggu. Tuan Zul , saya baru register akaun baru di ebay.com. Lepas tu tergodek2 n tertekan utk listing hehe

      Pastu tak lama dpt email kena suspended. Macam mane nak dapat balik akaun saya ye Tuan ?

      Moga Allah memberkati dan meluaskan rezeki Tuan 😊

      • Zul Ariffin

        wslm tuan, sign in ebay.com.my click help&contact> account> selling limit restriction and suspension > pergi bawah skali klik live chat dan chat dgn ebay mntak reinstate dokumen tuan.

        nanti provide ic lesen dan invoice pastikan dokumen mesti match dgn apa yg daftar di ebay

        • Maizura

          Salam. Saya nak tanya., akaun saya pun suspended. Bila contact ebay suruh provide ic ,lesen dan credit card info. Black out no card.

          Betul ke tuan?

          • Zul Ariffin

            ye betul puan provide je dokumen yg dimintak pastikan match dgn info yg dftr di ebay

    • Leez

      Salam
      Nak tnya, sy dh buka paypal dan ebay acc. Tp bila list brg nak jual, knpa dia asyik keluar ni?
      looks like there’s a problem with this listing.
      Attention!
      Thank you for participating in global trade on eBay. In order to begin selling your items outside of Malaysia, you will need to get verified.

      You have 2 options:
      – PayPal Verification
      or
      – Manual Verification

      PayPal Verification:

      1) Sign up or log in to your PayPal account.
      2) Authorise PayPal to make a US$1.95 charge to your credit card.
      3) Get an Expanded Use Code from your credit card statement.
      4) Enter the Expanded Use Code into your PayPal account.
      5) Link your Verified PayPal account to your eBay account.
      Terima kasih.

      • Zul Ariffin

        salam, tuan kena verify akaun paypal dulu sblum listing di ebay tuan. aktifkan kad debit/kredit dlu bru boleh verify. better nak mudah call paypal or emel ke customer support bhgian paypal ye tuan

      • Jh smart

        Mcm mna nak bayr melalui aliexpress atau alibaba?
        Sbb sye mmg ade acc ebay dah..tpi nak tmbh ilmh lgi..hihi..nk try yg baru pula…
        Blh tau cra pmbyrn di aliexprezz?..guna paypal ke dan juga byran ikut matawang dolar gak ke.

        • Zul Ariffin

          nak bayar boleh guna paypal or guna kad debit/kad kredit.. klu guna paypal ada cas sikit. better guna kad. ye bayar dalam dollar juga tuan

    • naa

      Salam tuan..sy newbie.jika saya jual item sbg dropship aliexpress,bila ade yg beli brg sy jual tu..duit customer byr melalui paypal tu ebay akan hold dlu beberapa hari? Jadi sy kena guna modal sy dlu lah utk place order di aliexpress,

      • Zul Ariffin

        wslm puan, ya ebay akan hold di paypal puan selama 21 hari dan sehingga buyer takde complain. klu complain duit bole kena hold lg. pastikan bina dulu dsr (detail seller rating) di ebay duit baru instant biasanya

    • Norman mohd toha

      Salam, untuk detail information tentang program/bengkel siapa person yg boleh saya hubungi utk dapat lebih maklumat. Tq

      • Zul Ariffin

        wasalam tuan, boleh terus hubungi saya di 0162322119 or daftar terus di mamabaryani.com/ebay

    • Aiman

      Saya masih kurang faham proses bayarannya. Adakah buyer USA akan beli dan duit masuk ke paypal kita. Kemudian kita guna duit buyer USA di paypal kita tu untuk membeli barang dari AliExpress. Contoh harga AE $5. Di ebay kita jual $10. Bila buyer USA bayar kita $10 di paypal. Kemudian hasil $10 kita hanya guna $5 untuk beli di AE. Dari situ kita sudah dapat untung $5. Begitu ke?

    • Khadijah

      Utk bisnes ni..klau x de lap top ..bleh guna handphone x

      • Zul Ariffin

        better guna laptop puan. utk hp lebih sesuai beli barang shj

    • Rissha

      Assalamualaikum Tuan, saya nak tnya.. kalau kita dropship aliexpress mcmana kita nak set kos shipping yer? kalau dropship melalui taobao atau 1688 boleh ke?

      • Zul Ariffin

        walaikumsalam.. dropship dari AE boleh buat kiraan guna sini ye https://finalfeecalc.com/ . taobao dan 1688 takde support utk dropship ke international market. panjang sikit prosesnya tuan. kena deal dgn 2nd warehouse utk international shipping

    • Solehah

      Saya ingin mencuba tapi bila buat listing mcm mne nk isikan di ruangan shipping?

    • Solehah Salim

      Saya ingin mencuba tpi bile nk buat listing nk isi ruangan shipping mcm mne ye?

    • sal mh

      assalamualaikum tuan,
      saya dah buat akaun ebay dan paypal, paypal pon dan verify. saya dah cuba list barang di ebay tetapi barang tu xde keluar pon dalam menu sell saya. sy juga telah menerima email supplemetary user agrement confirmation. Adakah bila kita listkan barang kita perlu menunggu beberapa hari untuk barang tersebut masuk dalam akaun kita?

    • Azrul

      Salam. Saya telah buat pembelian ebook dari 22/6. Sehingga hari ini saya masih belum terima. Minta tuan respond

      • Zul Ariffin

        salam tuan, boleh bagi emel tuan register di borang order or order number? sy cuba cari guna emel 786azrullurza@gmail.com takde masuk dalam rekod pulak.. tuan beli pakej yg mana ye tuan? wasap or call sy 0162322119 ye

    • thuraya

      salam tuan,
      kalau kite jadi dropship dari aliexpress,
      bila ada customer nak beli dari usa,
      barang yang dari aliexpress tu akan diposkan pada kite dahulu kemudian kite poskan kepada customer atau aliexpress akan poskan direct kepada customer?

      • Zul Ariffin

        salam puan, barang nanti akan terus diposkan ke buyer di usa puan. duit shj yg akan puan terima di akaun paypal puan..

    • MUhammad omar

      assalamualaikum saye nk tanye bahagian shipping kene pilih (ship your item) atau (local pickup) dalam ebay.com?

    • Hi…
      saya nak tya, sy baru nak try jual Ebay nie tp mcmane kita nak letak price ye?
      harga utk barang tue…
      *cth sy beli nescafe harga rm10 n nak jual berapa?

      • Zul Ariffin

        ok puan boleh rujuk calculator ni utk semak ebay dan paypal fees. https://finalfeecalc.com/ cek juga berapa harga kos shipping ikut size dan dimension boleh rujuk di sini utk courier shipping yg boleh puan gunakan https://www.eziemall.com/international . buat juga carian di ebay seller malaysia jual harga berapa utk nescafe yg puan nak jual tu utk tau competitor price. then baru puan buat listing di akaun puan..

    • Sid Wedolasercut

      saya plan nak jual tempeyek dlm ebay international.. bole ke tuan ? 😛

    • Sf

      Assalam, macam mana cara nak buat email paypal

    • siti

      selepas selesai verify paypal, anda perlu create ebay seller account dengan cara pergi ke akaun ebay anda dan update automatic ebay seller fees.

      bagaimana nk update automatic ebay seller fee? adakah di section my account – Link your existing PayPal account to save time when you buy items – click pada ‘link my paypal account’?

      • Zul Ariffin

        Salam, di bahagian financial information puan. skrg ni nk create akaun seller utk automatic payment method puan kena buat first listing dulu ye.dah buat baru bole create seller account

    • SITI

      tuan sy berminat utk buat dropship dr aliexpress ke ebay.. adakah ebook tuan yg bernilai rm197 sudah lengkap menerangkan cara step by step.. ?kerana sy tidak faham di langkah 3 berdasarkan penerangan tuan di atas

      dan klau kerja 8 jam tidak boleh bawa hp adakah susah kerana tidak dpt follow up customer dgn cepat?

      terima kasih

    • Normah

      Salam..tuan,blh tlg sy sebab akaun sy kene suspended..sy dh clik kat help tu tp xjmpa pon live chat nk mntak diorg reinstate akaun tu..skrg sy xtau nk buat apa

      • Zul Ariffin

        salam puan, sign in di ebay.com.my click help&contact > account> selling limit restriction > live chat. nnti kat bahagian bawah skali ada button live chat puan. cuba tgok dulu ye

    • Zack_nasir

      Salam tuan,
      Saya newbie,ada beberapa soalan nak tnya
      1. Adakah saya perlu create account baru untuk setiap ebay (uk,us,sg & etc).
      2. Saya dah create acct ebay/paypal, pernah kne suspend dan dah diaktifkan termasuk increase selling limit oleh ebay malaysia.mslh yg saya hadap skrg,bile dah create info brg yg nak dijual,ble part list item,transaction failed “supercharge selling limit” dan ebay srh fill up doc lagi..cmne nak buat tu tuan? Terima kasih.

      • Zul Ariffin

        wslm tuan,
        1. 1 orang klu nak jual pada 3 country,better buat 3 akaun under 1 nama, create di ebay.com.my then sign in di 3 marketplace yg berbeza (uk,usa,au)
        2. ape maksud tuan supercharge selling limit tu?

        • Zack

          Maksudnya..pihak ebay suruh submit lg doc untuk increase limit..sedangkan saya dah dpt approval dr ebay malaysia..

          • Zul Ariffin

            kalau dah dapat naik selling limit dah boleh start listing masukkan item yg tuan nak jual.. nanti tuan semak di dashboard or cek inbox berapa limit dapat ye

        • Zack

          Sy pun xberape paham sgt tuan…tp bile baca balik..mcm srh submit doc lg je.

    • Zack

      Salam tuan,
      Saya newbie,ada beberapa soalan nak tnya
      1. Adakah saya perlu create account baru untuk setiap ebay (uk,us,sg & etc).
      2. Sy ada mslh ttg list item,sy dah update semua info utk brg nak dijual,tp ebay failed “ supercharge selling limit sedangkan ebay Malaysia dah increase limit smpai 100 item.cmne nak buat tuan.

      • Zul Ariffin

        salam tuan,
        1. tak perlu tuan, just guna 1 akaun then tuan boleh sign in di mana2 marketplace utk tuan pasarkan produk tuan
        2. automatic payment method utk seller akaun tuan dah setup ke blum tuan? boleh bagi screenshot tak?

    • Abdul Hannan

      Salam
      Kalau iklan brg di ebay.com dgn alie press kena bayar ke?
      Kalau nk pos ke luar negara kurier apa yg sesuai dan murah?

      • Zul Ariffin

        salam tuan, tak perlu byar.. bila barang terjual di ebay baru bayar fees ke ebay dan paypal tuan. boleh rujuk calculator ni utk kira net profit finalfeecalc.com

        kalau barang fizikal tuan boleh gunakan flexipax international pos malaysia. tu yg paling murah utk hantar ke luar negara

    • Afiq

      Tuan nk no boleh wasap

    • Firdaus Tanjung

      Assalamualaikum.
      Dari entry ni, saya faham sbg dropship aliexpress ke ebay. Shipping & handling disediakan oleh aliexpress. Cumanya saya musykil bahagian final resit ke customer. Adakah customer akn dpt 2 resit; 1 dari ebay (pihak saya) dan 1 lagi dari aliexpress (semestinya disertakan dalam kotak/parcel hantaran). Saya tkut customer akan marah or tk puas hati jika tahu trdapat perbezaan harga dripda company berlainan. Saya juga pernah terbaca artikel lain yg mengatakan policy ebay xbg buat dropship seperti ini. (https://www.google.com/amp/s/www.oberlo.com/blog/ebay-dropshipping/amp). Mohon pencerahan tuan. Terima kasih 🙂

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam tuan, ya betul.. shipping and handling akan diuruskan oleh aliexpress. buyer akan terima barang dari aliexpress biasanya dalam bentuk blank parcel shj tuan, takde resit or harga dari supplier tuan. kalau tuan nak lebih faham tuan boleh try order 1 2 barang dari aliexpress ke alamat tuan untuk dapatkan gambaran yg jelas parcel dan item yang customer akan terima

        isu dropship ni dah lama tuan.. ebay masih benarkan dropship, yg penting tuan ada seller agreement dgn supplier dan jaga customer service dgn customer.. insha Allah takde masalah.

        klau tuan baru nak buat akaun, sy cdangkan utk first listing pastikan tuan list barang fizikal yang ada resit utk provide document as a proof of merchandise (P.O.M) kepada ebay utk appeal case klu akaun suspend or mntak naikkan selling limit. prosesnya akan jadi lebih mudah

        • Firdaus Tanjung

          Ok faham. Terima kasih tuan tnjuk ajar. 🙂

        • Alin

          Assalamualaikum tuan. Ada 2 soalan.
          1. Tentang seller agreement. Macam mana cara nak dptkan seller agreement dengan supplier? Sebabnya di ruangan atas tuan jelaskan bahawa kita hanya perlu letak alamat & contact buyer ebay di ruangan check out AE kan, tak perlu inform pada seller AE untuk jadi dropship. Mohon penjelasan tuan.

          2. Apa fungsi Shop Master? Adakah tools ini penting dlm proses dropshipping?

          • Zul Ariffin

            waalaikumsalam,
            1. seller agreement klu jual dari AE memang takde..sbab AE bukan dropshipping program, dia ecommerce. kena deal dgn compny yg bukan ecommerce bru valid utk dptkan dropshipping seller agreement..
            2. shopmaster 3rd party software puan, lebih kepada software utk mudah buat listing, manage order, n etc dgn lebih pantas

    • Adam maira

      Salam tuan. Akàun eBay saya kena suspended..mcm mana nak buat ya..sblm ni saya dah Ada Akàun eBay dah kena suspended. Then sy buka akaun baru pun kena suspended. Mohon bantuan tuan.tq

      • Zul Ariffin

        wslm tuan, click di help and contact sign in ebay.com.my > account>selling limit restriction > contact us > live chat ebay

        provide document yg ebay nak utk appeal smula

        • Maizura Abdul Samad

          Salam akaun saya pun suspended. Saya contact ebay. Dia suruh provide document ic, lesen dn credit card info. Betul la process ni.

          • Zul Ariffin

            wasalam ye betul puan memang itu prosesnya, provide je document yg diminta pastikan match dgn info yg dftr di ebay

    • AZLIAN BIN SAN

      assalam mulaikum tuan, klu buat dropship kat Ali ke Ebay, pernah tak ada masalah tracking number.. contoh customer demand tracking number tapi, tracking number takda..incase terjadi, apa nak buat?

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam tuan, takde masalah aliexpress memang ada prvide tracking number..pastikan guna tracking number yg ad di courier shipping aliexpress

    • Aisyah

      Assalamualaikum tuan. Kalau nak jual dekat ebay ni, shipping fee dia macam mana ye ?

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam puan, shipping fees buyer yg tanggung. mark up skali dalam harga jualan ataupun letak di shipping cost di ruangan listing yg disediakan. boleh guna flexipax international

    • Yaz

      Assalamualaikum tuan zul abg nk bertanya adakah perlu naikn selling limits dahulu..sebelum menjual brg2 di ebay atau bgimna

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam ye bang better naikkan selling limit dlu.. lepas setup akaun ebay dan paypal dan dah verify better request naikkan limit

    • Taufiq

      Salam tuan. Sy ada brng yg nk di jual. Tp mcm mna proses pos tu. Boleh ka guna pos jnt? Maaf. Newbie.

      Boleh x suggest courier apa yg digunakan?

      • Zul Ariffin

        wslm tuan, barang berapa kg tu tuan? kalau bawah 2kg dan dimension tak besar boleh gunakan flexipax international..kalau atas 2kg boleh gunakan aramex, ups or dhl ecommerce or dhl express

        • Nazri

          Salam tuan nak tanya?
          Saya nak tanya saya berminat buat jualan utk market uk, saya terus register akaun ebay uk bkn alaun ebay malaysia, masalah yg saya hadapi bila saya listing barang di ebay uk, saya tak boleh post listing saya kerana ebay mintak saya masukkan poskod uk dan jenis courier yg takda q pon courier company saya kenal@ mungkin courier company dari uk, so apa yg harus saya buay ya

          • Zul Ariffin

            wslm tuan, kena update akaun tuan sbgai akaun ebay malaysia dlu, kemudian baru boleh buat listing di ebay uk smula

    • Fad

      Salam tuan.boleh saya dpt kn email tuan tak?

    • Elsa salsabila

      Sa, a mau join jadi dropshop

      • Zul Ariffin

        ya boleh puan, jemput baca artikel-artikel yg latest utk cara dropship dari aliexpress dan shopee ye puan

    • Dixon

      Salam tuan,
      Nak tanya kalau saya buat dropship dari AliExpress ke eBay, adakah seller AliExpress akan include invoice/bill harga sebenar dalam pakej untuk customer saya? Bagaimana cara untuk contact seller AlieExpress nak bagitau jangan masukkan apa-apa detail dalam pakej?
      Terima kasih tuan

      • Zul Ariffin

        salam tuan, biasanya dropshipper dari aliexpress tiada masalah, buyer takkan dapat tau siapa yg pos, seller di aliexpress akan pos blank parcel dari sender.. so buyer takkan tau brg tu adalah dropship

    • Mrezaf83

      Salam tuan, bole tak gune ipad je tuk bisnes ebay, saya ade ipad je stakat ni tu pon dpt free lucky draw huhu

      • Zul Ariffin

        wasalam tuan, sbaiknnya guna laptop tuan lebih sesuai utk buat kerja-kerja listing editing dan product research

    • leeza

      Salam,

      Nak tanya ade system ke dalam aliexpress untuk identify yg kita sedang dropship brg utk dijual di ebay?

      Terima kasih

      • Zul Ariffin

        wslm, sistem payment biasa puan.. just konsepnya tlg orderkan bila buyer bayar brg kita listing di ebay, n place order di aliexpress..

Leave a Reply

Your email address will not be published.