Belajar cara memulakan perniagaan bisnes online tanpa modal dengan menggunakan platform ebay

Merujuk post saya sebelum ini di Part 15 : Perkara asas belajar bisnes ebay, untuk memulakan bisnes online tanpa modal adalah anda perlu mempunyai akaun ebay  dan paypal, dan anda perlu menguasai 4 ilmu iaitu:

  1. Kaedah membuat Kajian Produk
  2. Mencari Sumber Supplier yg murah
  3. Membuat Iklan di ebay
  4. Proses Order

saya terangkan serba ringkas untuk anda dapat mudah paham prosesnya dengan baik untuk belajar cara jual di ebay

Langkah 1: Kaedah membuat Kajian Produk

cara jual di ebay
cara jual di ebay

ini adalah persoalan utama yang sering bermain di fikiran new seller.

Persoalan barang apa yang nak dijual, adakah ada permintaan dan sebagainya.

Cara nak buat research ni kalau anda dah tahu mesti anda terkejut sebab tak sangka sebenarnya banyak benda yang boleh dijual di ebay ni

cara yg paling simple nak buat jualan, ialah anda perhatikan dalam rumah anda, barang apa yang tak dipakai lagi, so kalau ada just ambil gambar dan iklankan di ebay.

Kaedah kedua kalau anda masih takde idea nak jual ape, just pergi je kat shopping complex, kedai runcit, jualan gudang yang terdekat dan perhatikan apa barang yang ada dijual kat sana. inilah cara jual di ebay dengan teknik paling santai-santai jer.

jika ada barang yg menarik perhatian, anda cuba buat carian di ebay, ada tak orang jual kat ebay, kalau ada anda boleh beli satu dulu dan try buat iklan kat ebay.

jom kita tengok beberapa contoh :

cara jual di ebay
cara jual di ebay

Tiger balm ni boleh dapat kat kedai-kedai runcit, harga datang baru berapa ringgit je,

kalau anda beli borong, dapat jauh lagi murah kan. jadi tak perlu pening kepala nak pikir macam mana cara nak jual di ebay ni.

contoh barang ke 2

cara jual di ebay
cara jual di ebay

harga datang sebotol baru RM15 or USD3.52, harga seller ni jual USD12.99. Dah terjual sebanyak 193 unit

193 x 12.99 = USD2507.07 = RM10682.02! banyak tuuu. kan? jual durex play jer

cara jual di ebay
cara jual di ebay

ok, so dah tau sikit-sikit try lah buat latihan, ni waktu nak raya ni sape yang dah ada isteri tu mesti isteri ajak jalan cari shopping sikit-sikit untuk raya..

so sementara anda teman shopping tu buat market survey sikit. tengok apa barang yang anda jumpa tu then bukak hp search kat ebay ada tak jual barang yg anda tengah tengok tu

kalau ada, simpan data tu, balik rumah buat analisis sikit.senang jer kan sebenarnya nak buat bisnes online tanpa modal ni.

modal anda cumalah ilmu sahaja. iaitu ilmu untuk mengenalpasti barang apa yang boleh dijual di ebay

alright, tu kaedah cuba-cuba..orang panggil kaedah konvensional, kaedah yang terpelajar sikit anda buat analisis gunakan the past historical selling of data dari ebay sama ada secara manual ataupun menggunakan software

kalau secara manual anda kena scrape data dari ebay then masukkan dalam excel dan analisis berapa harga jualan purata, berapa unit terjual sebulan, berapa ramai competitor dan sebagainya. Anda boleh juga pergi ke website ebay dan lihat apa item yang telah terjual menggunakan advanced search ebay

leceh sikit la kalau buat manual..so jangan buang masa, gunakan segala apa sumber yang dah sedia ada seperti website terapeak.com. Website terapeak ni akan bantu anda buat analisa barang terjual dan bagi anda keputusan patut atau tak patut untuk anda jual barang anda dah jumpa tu

dalam Panduan ebay intelligence saya ada kongsikan 3 video tutorial macam mana nak buat kajian pasaran menggunakan terapeak ni secara santai tapi menyengat

Langkah 2 : Mencari sumber supplier yang murah

cara jual di ebay
cara jual di ebay

bila dah tau demand, sekarang ni anda cuba cari pula supplier yang termurah di pasaran. jika anda ada modal besar dan yakin barang tu boleh pergi jauh berdasarkan data-data kajian yang anda dah analisa menggunakan terapeak macam yang sy ajar dalam Panduan ebay intelligence tu, so jangan takut-takut untuk start invest sikit duit beli produk dari supplier

mana nak dapat supplier? saya ada kongsikan pada artikel yang lepas pada Artikel part 14, Artikel 6 dan anda juga boleh cari supplier dari sumber yang anda tau.

jangan pening-peningkan diri anda, kalau tak jumpa supplier, tengok je kat kedai runcit ada tak jual barang tu, tengok kat mydin, tesco, jusco, watson, guardian atau mana-mana shj yg ada jual barang yg anda nak. kalau jumpa harga memang lagi murah dari anda nampak kat ebay, ada profit, jalan jer. itulah supplier anda, tak semestinya supplier tu mesti kena harga paling rendah seminima yang mungkin, nanti bila dah start jual pelan-pelan cari lagi sumber yang lebih murah.

yang penting anda jual kat ebay ni ada progress. anda belajar something.Tak perlu tunggu sampai dapat harga yang betul-betul murah. kalau tak sy percaya smpai bila-bila anda takkan start-start menjual di ebay

kalau takut nak beli banyak, beli je 1 2 dulu sebagai stok. nanti bila dah dapat rentak dan dah yakin hasil kajian anda tu memang betul ada demand boleh jual kat ebay, baru start pam modal lagi besar untuk tambah stock

ni orang kata cara smart berniaga. modal seminima mungkin dan profit semaksima mungkin. baru namanya anda berniaga dengan kos yg paling minima

Langkah 3 : Membuat Iklan di ebay

cara jual di ebay
cara jual di ebay

so bila anda dah tau ada demand, lepas tu dah ada supplier, dah beli satu dua stock untuk jual, ape lagi, amek gambar lawa-lawa untuk buat iklan kat ebay la.

kalau camera canggih-canggih takde pun takpe. kalau takde lighting box pun takper. takde masalah. jangan bebankan fikiran anda untuk kena ada semua benda dulu sampai lengkap, yang penting progress.

guna jer apa yang anda ada dulu. nanti dah ada sale masuk or dah ada bajet baru start upgrade barang-barang keperluan bisnes anda pelan-pelan.

ok bila dah ada gambar yang memuaskan, buka akaun ebay anda dan buat iklan untuk try jual barang jualan anda tu secara auction atau buy it now. kalau barang tak terjual, takde kerugian apa-apa pun.. kalau terjual anda dapat profit.

ok senang kan?

ebay dah tolong carikan buyer untuk anda.. dah siap iklan tunggu je sampai listing anda tamat. sementara tunggu tu anda boleh fokus buat kerja lain pulak..

Langkah 4 : Proses Order

cara jual di ebay
cara jual di ebay

Congatulation your ebay item sold!

You receive a payment!

itu adalah emel yang pertama anda akan terima apabila anda punya barang berjaya terjual.Kalau barang ni adalah barang yang pertama anda berjaya jual di ebay, ucapkan syabas untuk diri anda!

akhirnya usaha anda telah nampak hasil. jangan fikir dulu berapa profit yang anda dapat, walaupun tak besar pada awalnya, tapi apa yang lebih penting dah dah tau algorithm ebay. Anda dapat paham macam mana nak jual kat ebay ni. Apa yang lebih penting anda dah ada ilmu berniaga di ebay.

Langkah terakhir ialah proses order bila anda dah dapat buyer dari jualan anda di ebay.

peringkat ni anda perlu belajar macam mana nak pos barang anda ke customer, kenalpasti shipping company  mana yang terbaik dan termurah. saya cadangkan anda gunakan pos malaysia flexipax, sebab kosnya sangat murah. dengan harga RM8 + RM4.6(tracking number) anda dah boleh hantar barang sampai ke USA.

dah selesai hantar barang, upload tracking number ke dalam akaun paypal anda dan akaun ebay anda untuk bagi update pada buyer.

mudah kan?

Kesimpulan

so sebagai kesimpulan, apa yang saya nak kongsikan untuk anda jika masih belum pernah buat jualan kat ebay lagi, bermulalah dari sekarang. sebab kos nak buka akaun ebay adalah sangat-sangat rendah tapi customer yang anda bakal dapat adalah seluruh dunia.

tak rugi untuk anda spend masa sikit sehari 2-3 jam untuk belajar proses buat jualan di ebay. apa yang penting adalah dah ada ilmu cepat-cepat take action

lepas baca artikel ni buatlah dulu apa yang anda mampu. yang penting ada progress.

percayalah cakap saya, bisnes di internet ni, bahagian yang paling susah adalah nak dapatkan trafik buyer, ramai newbie yang fail sebab tak pandai tarik trafik untuk buat jualan, tapi di ebay masalah utama yang dihadapi oleh newbie ni ebay dah bantu selesaikan.

Waktu mula-mula anda berniaga memang takkan nampak sangat profitnya.. sebab akaun ebay anda belum cukup matang, akaun ebay anda belum cukup kuat untuk bagi anda duit yang banyak

anda perlu ada mindset yang betul, ni bukan skim cepat kaya, hari ni masuk buat pelaburan, esok lusa dah nak dapat untung.

kalau anda tanam pokok sawit, setahun dua baru dapat raih income nya. modal nak tanam pokok sawit pun berapa kosnya? boleh ke tanam tepi rumah or dalam pasu?

tak boleh kan? at least kena beli tanah seekar dua, lepas tu kena beli benih sawit, kasi baja, upah orang jaga, sampailah pokok tu membesar dan boleh kutip hasil. kos nak beli tanah seekar je dah telan kos RM50 ribu- RM100 ribu

belum lagi kos-kos yang lain..

berbanding dengan bisnes ebay ni, modal anda cuma buka akaun ebay kena cas RM3 untuk update automatic seller fees, dan cas kedua adalah nak verify paypal RM10. total kos adalah RM3 shj.

modal selebihnya adalah modal ilmu dan juga modal nak beli barang untuk jual kat ebay. dalam artikel yang lepas pun saya ada kongsikan macam mana cara jual di ebay dengan modal yang sangat-sangat minima.

Start small, end big bro

ok akhir kata, renungi kata kata pujangga kat bawah ni:

Akaun ebay adalah aset maya yang sangat berharga. Hari ini anda jaga akaun ebay anda, hari esok akaun ebay akan tambah duit poket dan akaun bank anda

saya ucapkan good luck and all the best!

Zul Ariffin Maarof

Ebay Intelligence Academy

    50 replies to "Cara jual di ebay secara langkah demi langkah"

    • wadi

      salam tuan..nak tanya bila sda bengkel ebay lagi

      • Zul Ariffin

        wslm tuan, setiap bulan ada bengkel di bangi tuan, boleh rujuk jadual di sini mamabaryani.com/ebay

    • zul

      salam, blh tak bg tau cara nk link acc paypal mcm mna tuan

      • Zul Ariffin

        wslm tuan, pastikan dah aktifkan kad oversea withdrawal dan international online purchase dan ada baki at least rm50. bru bole aktifkan tuan

        • nur amalina

          Saya da masuk card. then kena buat apa dengan paypal tu? mana nak cari withdrawal and international online purchase tu?

          • Zul Ariffin

            dah masukkan kad puan kena verify paypal request 4 digit kod.. nnti akan dapat sms or bole semak di bank transaksi utk dptkan 4 digit kod. dah masukkan ke paypal akaun baru siap verify..utk withdrawal and online international purchase tu puan bole aktifkan call customer hotline bank or boleh buat di atm machine

    • pakmansan

      Salam tuan,saya Dr Penang,bengkel sebelah utara ada tak tuan,alamat office kat bangi Ada tak tuan or tarikh upcoming bengkel

      • Zul Ariffin

        wslm tuan, tarikh terdekat pada 22 jun ini di bangi tuan, di penang takde lg..di bangi sy buat di bilik seminar olive house seksyen 9 tuan. info lanjut jadual bengkel boleh rujuk di sini tuan ye mamabaryani.com

    • Kahar

      Blh bagi tunjuk ajar tak tentang eBay .?

    • Syazani othman

      Salam tuan, boleh sy dptkan no whatsap tuan utk sy belajar..

    • Rosnina

      Assalam… saya baru nk iklan produk saya kt eBay kproses pertama kena buka acc ka
      Tq

      • Zul Ariffin

        wasalam ye betul puan, kena buka dan verify akaun ebay dan paypal dlu.. lepas tu request naikkan limit baru boleh menjual

    • Wani

      Assalamualaikum tuan nk tya boleh ke berjual di eBay guna hand phone shj?

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalma puan, better guna laptop utk menjual . di hp lebih sesuai utk jadi buyer shj puan

    • Saminah

      Assalamualaikum..
      Macam mane saya nak belajar detail cara2 nak jual barang kat ebay

    • razali ramli

      1 akaun hanya boleh jual 1 jenis barang sahaja ke?

      • Zul Ariffin

        1 akaun bole jual banyak barang tuan, slagi tak limit reach lagi. 1 akaun yg baru selling limit by default adalah 10 listing 500usd. tuan kena request naikkan limit dulu

    • razali ramli

      jika dah boleh buka akaun paypal, dan dah boleh mula menjual, makna nya kad oversea withdrawal dan international online purchase kita dah aktif lah kan?? minta tunjuk ajar sifu.

      • Zul Ariffin

        kalau dah buka akaun paypal dan paypal dah berjaya verified baru cnfirm kad tu dah aktifkan utk oversea withdrawal dan international online purchase tuan

    • tieyshopee

      blh bg tunjuk ajar mcm mne saya nk buat juaaln dkt ebay ni

      • Zul Ariffin

        ye boleh tuan insha Allah. kena buat akaun dulu baru boleh menjual tuan

    • Leen

      Kalau guna packaging sendiri boleh ke? Kena bayar berapa pos?

    • MOHD FARID SAAT

      salam tuan..nak tanya…bila kita letak harga rmxxx,,,buyer luar akan tengok rm@usd..depend pada negara diorg ke mcm mne?

      • Zul Ariffin

        wslm tuan, klu currency dlm rm maknanya tuan listing di ebay.com.my ebay malaysia. klu tuan nak listing di market usd perlu sign in di ebay.com dan transaksi akan berlaku dalam usd. boleh rujuk sini ye utk info basic ebay https://sellercentre.ebay.com.my/

    • Razif

      Assalam tuan.. sy baru 1mgu buka aaun ebay… baru je letak produk nk jual akaun dh kena blok kenapa ye?

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam tuan, akaun tuan lepas create mesti buat step ni.
        1. verify paypal, link paypal dgn ebay
        2. buat first listing follow best selling practises rujuk sini sellercentre.ebay.com.my
        3. setup automatic payment method.
        4. request higher selling limit

        kalau akaun dah suspended/block/flag kena reinstate smula click sign in ebay.com.my click help&contact> account>selling limit restriction > live chat.

        contact ebay submit document :
        1. POI (proof of identity) etc ic
        2. POA(proof of address) etc lesen/statement bank/credit card statement/ utility bill
        3. POM(proof of merchandise) etc resit/ invoice

        pastikan info di POI POA mesti match sama dgn info yg daftar di ebay tuan

    • wan

      salam tuan, nak mintak tips untuk letak harga dlm usd? blh ke

    • Azali

      Salam tuan.sya berminat nk biz ebay dn sknag O knowledge. Tlg emailkn jadul kelas basic utk thn ini dinegeri johor. Sya org johor x mampu hadir kelas yg jauh utk permulaan. Email sya azali7579@gmail.com
      Terima kasih

      • Zul Ariffin

        salam tuan, untuk jadual kelas di muar dan bangi tuan boleh rujuk di sini ye mamabaryani.com/ebay pakej C dan D

        pakej C : kelas di muar
        pakej D : kelas di bangi

    • Nia

      Salam en Zul, boleh ke kita buat/submit listing  walaupun akaun Paypal kita belum linked dengan akaun bank kita?

      Situasi dia macam ni; akaun Paypal ada, tapi belum ‘link’ kan dgn akaun Paypal. So, possible tak sesuatu listing tu untuk berjaya disubmit walaupun paypal belum link ke acc bank? Kos item dgn kos pos item nanti kita guna duit sendiri dulu.

      Buyer still boleh buat payment ke akaun Paypal kita kan?, cuma kita je belum boleh withdraw duit dari Paypal sebab kita belum link kad debit/credit kita dgn paypal, gitu ke?

      So kalau betul buyer dah bayar masuk ke akaun paypal kita, ebay fees tu akan automatic terdeduct sendiri dari akaun paypal kita tu ye? Bukan dari debit/kredit kad kita?

      Boleh kan kalau kita biar je duit dalam akaun paypal walaupun belum link dengan akaun bank?

      Thank you in advance.

      • Zul Ariffin

        wslm puan, kena linkkan dulu akaun ebay dan paypal dan kena verify dulu akuan paypal baru boleh menjual.. tak masukkan akaun bank dlm paypal dulu takpe. yg pnting kad debit or kredit dah plug in dalam paypal dulu dan dah verify akaun paypal dan dah linkkan dengan ebay..

    • Hisam

      Salam tuan . Nak tanya .. macam ni kalau harga barang kita list 12usd+5 kos penghantaran.. adakah coatumer akan bayar 17 usd

      • Zul Ariffin

        wslm tuan, ya tuan, tuan boleh masukkan 12usd di bahagian selling price dan 5 usd di shipping cost atau gabungkan jadi selling price 17usd dan shipping cas 0 usd..

    • Nurul Hasnimi

      Assalamualaikum tuan..sy dah linkkan paypal dan ebay..step seterusny nak verify paypal, sy tak tahu macam mana.boleh minta tunjuk ajar?boleh sy dapatkan no whtspp tuan untuk sy belajar?

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam puan, boleh click di bahagian dalam ebay di bahagian paypal dashboard click button verified.nnti akan keluar popup new tab akaun paypal puan, request kod dan baru boleh update

    • Nohshahrizan Abu Noh

      Assalammulaikum Tuan Zul,

      Saya berminat untuk menjadi penjual dalam ebay…tapi saya 0 knowledge..harap tuan dapat membantu…

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam tuan shahrizan, ya boleh tuan.. xde masalah, jemput baca blog artikel2 di mamabaryani.com ye.. insha Allah banyak ilmu yang tuan boleh belajar tntang ebay di blog ni

    • azamiah

      saya masih baru…saya cuba ikut steps yang en zul berikan…sangat bagus..cuma saya kurang faham tentang pengaktifan kad di atm untuk pembayaran antarabangsa

      • Zul Ariffin

        utk aktifkan kad, puan boleh aktifkan secara online or klau nak mudah call no di belakang kad atm tu pun boleh puan.. nak verify paypal kad kena aktifkan dulu sebab biasanya bank akan blok utk transaksi ke luar negara

    • ruslan

      Salam bos.. ada jual ebook ker..tunjukkan gambar dan keterangan step by step secara trperinci ini cara nak buat bisnes ini..

      • Zul Ariffin

        wslm boss ye ada.. step by step utk new seller nak start setup akaun shingga nak proses order boss..boleh dapatkan di sini mamabaryani.com/ebay

    • Zali

      Terima kasih tuan diatas perkongsian Ilmu..semoga bermanfaat

    • Amirul

      Assalammualaikum tuan. Nk bertanya sedikit, as a buyer kalau barang yang ingin dibeli tu tiada shipping international boleh ke kita request kpd seller utk shipping ke Malaysia?

      • Dr. Zul Ariffin

        waalaikumsalam tuan, biasanya klu kes mcm ni sy akan guna 3rd party warehouse service utk ship ke malaysia tuan.. lgi mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published.