Salam hormat, saya dapat banyak pertanyaan dari emel bertanya soalan yang sama tentang macam mana nak buat kajian pasaran barangan yang tengah trending di ebay

ya.. saya faham. kalau anda ada soalan tu kat minda anda maknanya anda memang berminat untuk belajar macam mana nak buat duit kat ebay ni.

ucapkan tahniah buat diri anda sebab anda akan belajar sesuatu dari post artikel kali ini.

saya harap ianya akan membuka minda anda dan menjawab segala persoalan yg bermain di fikiran anda selepas  anda dah baca artikel kali ini.

Objektif post kali ini adalah :

Bila kita dah ada akaun ebay dan paypal barang apa yang kita nak jual di ebay? Kajian pe yg kita peru buat??

Secara umumnya saya boleh bahagikan kepada 2 cara :

  1. Perhatikan keadaan sekeliling rumah anda, lihat jika ada barang yg tak pakai, anda ambil gambar dan buat iklan di ebay
  2. Buat sedikit kajian pasaran di ebay berdasarkan data-data item sold yang berjaya di jual di ebay, kaji item apa yg trending dan ada demand yg tinggi kemudian anda supply

untuk cara pertama :

sesiapa shj boleh buat.. tak perlu pergi kelas, bengkel or belajar dari google, forum, youtube dan sebagainya. cara ni adalah cara konvensional. orang kata try and error. kalau item terjual ada untung, kalau tak terjual cari item lain dan try listing sehinggalah terjual.

kebaikan cara pertama ni anda tak perlu pening kepala fikir nak jual apa. belasah jelah apa yang anda nampak kat depan mata anda, try ambil gambar dan listing di ebay.

keburukannya pula, anda akan bosan dan letih sebab barang yg anda jual tu anda expect akan terjual tapi tak terjual-jual sampai sekarang.. kalau nasib anda baik, terjuallah. tu rezeki anda… kalau nasib tak baik tak terjuallah.

Untuk cara kedua :

cara kedua ni adalah cara yang lebih smart dan sistematik. Anda berfikir dahulu apa yang tengah ada demand yang tinggi di pasaran ebay sekarang. anda hanya menjual barang-barang yg ada demand shj. barang takde demand anda tak jual

Kebaikan cara kedua ni adalah ibaratnya anda adalah seperti seorang penembak sharp shooter. kalau anda iklankan 10 iklan di ebay, 70%-90% iklan anda tu memang mendapat permintaan daripada buyer.7-9 barang yg anda iklankan akan terjual. 1-3 item shj yang tak terjual

keburukannya pula, ianya memerlukan kemahiran untuk berfikir dan buat kajian pasaran yg tinggi. anda perlu ada skill macam mana nak kenalpasti barang-barang yg seperti ni.

so, dalam artikel ni, sy nak kongsikan kepada anda cara kedua ni. sebab sy nampak masih tak ramai lagi yang ada skill macam ni.

sebelum sy ceritakan prosesnya.. sy tunjukkan dulu contoh 1 jenis barang yang sedang meningkat naik di pasaran ebay

cuba lihat gambar di bawah ni.

graf di atas adalah pasaran produk yang sedang meningkat naik jualan di ebay. pasaran item ni masih baru lagi. market masih ” fresh”. bulan julai 2017 tempoh hari launching

ramai yang masih tak tau barang ni tengah ada demand yang tinggi. skill nilah yang patut anda kuasai dengan baik jika anda nak jadi ebay player yang tegar.

mari sy kongsikan sedikit analisis hasil kajiandi pasaran untuk produk ni. jika kita perhatikan hasil jualan di ebay dalam tempoh 3 bulan yang lepas tentang produk ni bermula dari 1 ogos 2017 sehingga 6 okt 2017, permintaan produk ini di pasaran ebay.com adalah semakin tinggi.

gambar di bawah menunjukkan jumlah persaingan  barangan ni di seluruh dunia hanyalah 614 orang seller sahaja. dan daripada 614 orang seller tu terdapat sebanyak 5815 iklan(listing) oleh ebay seller seluruh dunia.

jika anda perhatikan dari statistik di atas, selepas saya perincikan hasil kajian ini, 66 iklan daripada 5815 adalah seller dari malaysia ( proportion market share ebay seller malaysia 1.13% sahaja) maksudnya seller malaysia masih tak ramai lagi tau barang ni tengah trending di ebay!!

ya… itulah yang kita nak. so sebelum item ni diketahui oleh ebay seller malaysia, waktu nilah adalah waktu yang terbaik untuk kita tumpang market share untuk sama-sama makan kek yang besar ni kat pasaran Ebay USA.

sebabnya anda mampu untuk menjual item ini di atas harga average price. walaupun anda letak harga yg lebih tinggi dari harga market, orang masih ramai lagi nak beli… so untung anda akan jadi besar walaupun anda hanya jual barang secara dropship sahaja.

jumlah jualan dalam masa 3 bulan ni oleh seller seluruh dunia adalah sebanyak $124K USD bersamaan dengan 8705 unit terjual!

banyak kan??

jom kita tengok berapa banyak harga item yang berjaya dijual oleh seller malaysia dan berapa ramai seller malaysia yang dah tau barang ni boleh di jual di ebay dalam tempoh 3 bulan ni

daripada 614 seller seluruh dunia hanya 4 orang seller sahaja dari malaysia. total jualan oleh seller malaysia dalam tempoh 3 bulan ni adalah sebanyak 1079.22 USD dengan sebanyak 76 unit berjaya dijual.

inilah kelebihan penggunaan terapeak jika anda pandai menganalisa dan memahami data-data yang dibekalkan oleh software ni. sebab tu pentingnya ilmu. jika takde ilmu manusia ni takkan mampu untuk pergi lebih jauh kehadapan.

wahyu yg pertama turun pun Allah perintahkan untuk Iqra (bacalah). Melalui pembacaan tulah anda akan mendapat ilmu, dan dengan ilmu itulah yang akan menyebabkan manusia untuk mampu mengenal iman dan takwa, mampu untuk melihat sesuatu itu dari pandangan yang berhikmah. golongan  orang yg berilmu adalah golongan orang-orang yg akan diangkat darjatnya beberapa darjat di sisi Tuhan.

ok kita sambung balik.

so, purata jumlah item yang berjaya dijual oleh setiap orang seller dari malaysia adalah 19 unit dalam masa 3 bulan. dengan nilai jualan oleh setiap orang sebanyak 19 unit x (14.2 +2.37) = 314.83 usd dalam masa 3 bulan.

ok paham tak maksudnya tu? maksudnya anda mudah untuk melakukan jualan di ebaylah. chances untuk item anda terjual adalah tinggi kalau anda listing barang-barang yg ada ciri-ciri macam ni.

so takdelah mengeluh lagi lepas ni cakap sy dah listing di ebay, tapi viewer sy rendah sangat…takder orang view pun.

ok caranya macam ni…

sebelum ni sy ada ceritakan kat anda tentang website 1688 kan? sila rujuk post saya di sini >>Artikel 17<<

dekat website 1688 ni anda boleh perhatikan item apa yang tengah demand di sana. anda boleh klik link di sini untuk tahu index jualan di 1688

ini adalah cara yang paling mudah untuk anda dapatkan idea item apa yang tengah trending di ebay.

so saya tengok data daripada pembelian item ni di 1688, dan saya buat kajian di ebay adakah item ni tengah ada demand yang sama tinggi seperti yang terdapat di website 1688

kebiasaanya, semua barang yg tengah trending di negara barat, china akan follow dan diorang ni mampu untuk menghasilkan item yang sama tengah trending di sana.

dari website 1688 ni saya dapati keyword “finger monkey” adalah item yang sedang meningkat naik permintaannya di 1688.

so sy pun cuba buat comparison harga di website 1688 dan juga aliexpress.

hasilnya anda nampak seperti di bawah

harga dari supplier anda boleh dapat 7.5 yuan seunit = 1.14 USD. kalau anda main simpan stok anda boleh gunakan supplier dari 1688 ni untuk beli barang dan pos sendiri atau jual di market malaysia.

ok jika anda player baru, anda boleh rujuk website aliexpress seperti di bawah. dengan menggunakan keyword finger monkey untuk buat carian. so anda boleh buat jualan secara konsep dropship dari website aliexpress ni

ramai yang mengeluh mengadu kat sy..bagitau tak boleh nak buat dropship dari aliexpress! sebab kebanyakkan barang yang dijual di ebay semuanya lebih rendah dari website di aliexpress, so macam mana nak dopship jual di ebay kalau aliexpress lagi mahal!

jawapannya mudah sahaja, cara anda memilih barang tulah yang tak kena. skill dan knowledge mencari item yg tengah trending di ebay masih belum ada.

so saya harap lepas ni lebih ramai yang nampak peluang ni dan praktiskan apa yang saya ajarkan ni.

anda cuba lihat gambar yg saya bulatkan di bawah, item yang sama dijual oleh seller di aliexpress adalah sebanyak 4.12 USD+ 1.58 USD (Kos shipping) seunit pos menggunakan epacket( shipping termurah dan terpantas untuk sampai ke USA yang ada tracking number)

jom sekarang kita tengok hasil jualan oleh antara top seller di ebay yang menjual item ni. berapa unit dia berjaya jual dan berapa harga yang dia jual jika modal dia adalah sebanyak 5.7 USD ( 4.12 + 1.58)

$15.28 x 380 unit = $5806.4 @ RM24,515 dalam masa 3 bulan sahaja! (Rate $1 = RM4.222)

berapa keuntungan bersih seller ni?

Anda boleh gunakan software tool ni

total profit bersih setelah ditolak semua kos penghantaran, kos item, kos yuran ebay dan paypal ialah

$7.31 x 380 unit = $2777.8 @ RM11,726.80 dalam masa 3 bulan. saya percaya keuntungan seller ni lebih tinggi lagi daripada apa yang dianggarkan ni sebab seller ni adalah seller dari negara china

jika anda perhatikan harga yang dijual oleh seller china ni adalah harga yang lebih tinggi dari average price oleh seller global. ( rujuk semula post di atas)

jika seller china boleh jual lagi tinggi, diorang ni masih tak buang harga lagi, ni maknanya market ni masih ramai lagi yang tak tahu… dah sudah tentunya dengan mudah mengaut keuntungan yang besar hasil dari jualan item seperti ni

so kesimpulannya anda boleh buat kajian item-item yang lain dengan menggunakan cara yang saya tunjukkan ni. Dh terbuktikan yang kajian untuk carik barang trending nie penting dan ini, cuma contoh yang saya tunjukkan dalam kategori mainan. anda boleh keep on playing data-data dalam kategori yang berlainan pulak

janganlah ikut sebiji sebiji apa yang saya bagi contoh ni yer. rajin sikit. buat latihan sikit. jangan malas-malas. takkan nak semua disuapkan….

nanti semua orang jual barang yg sama, dah macam budak-budak..cikgu cakap A, anak murid pun tulis A, copy teknik saya ajarkan ni, dah cuba ubah tengok item-item yang lain pulak.. okay?

inilah antara teknik-teknik yang saya ajarkan sewaktu bengkel ebay intelligence, dan juga di dalam Panduan Ebay Intelligence saya fokuskan kepada kemahiran mencari item yang latest dan terkini. saya ajarkan cara macam mana anda nak mengoptimumkan penggunaan terapeak dan website 1688 untuk anda mendapatkan keuntungan yg besar dan juga strategi dari A to Z untuk anda memulakan bisnes di ebay dari kosong jika anda merupakan seorang newbie.

Teknik telah pun saya kongsikan, ilmu telah pun saya sampaikan, pancing saya dah bagi.. tinggal anda sahaja sama ada nak menggunakan pancing yg dah saya bagi untuk memancing ikan di lubuk ebay ataupun tak.

tak semestinya lepas anda baca artikel ni anda terus jadi pandai… terus boleh buat jualan. anda perlu praktis. praktis. praktis dan praktis sehinggalah anda mahir. jika anda bertindak sekarang, praktis dari sekarang dengan konsisten selama 2 jam sehari untuk tempoh sebulan, saya percaya anda mampu kuasai skill yang sya ajarkan ni.

sebelum saya menutup tirai, renungkan kata-kata di bawah

Insan yang Kerdil

Zul Ariffin Maarof

Ebay Intelligence Academy

Dari newbie kepada newbie

    5 replies to "Teknik membuat kajian pasaran barang trending"

    • Amir Mazlan

      dalam ramai-ramai ebayer yang saya jumpa, rasanya tuan sorang jer yang tak kedekut untuk kongsi apa produk dan niche hot kat ebay.

      yang lain-lain biasanya diorang tak kisah share general info tentang ebay, tapi bab produk dan niche memang diorang berahsia betul 🙂

    • rafidah

      Salam,nak tanya bila ada bengkel lagi..pasal ebay

    • Anuar

      Assalamualaikum Saudara Zul Ariffin.. saya berminat untuk menjual barang2 di ebay,.. bagaimana caranya yer..Saudara masih lagi menjalankan bengkel bagaimana menjual barang di ebay?

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam tuan, ya saya masih menganjurkan lagi bengkel ebay, untuk join kelas boleh rujuk jadual di sini ye tuan mamabaryani.com/ebaypower

Leave a Reply

Your email address will not be published.