Kepentingan Kajian Pasaran menggunakan Terapeak untuk membuat jualan di ebay

saya ucapkan selamat tahun baru 2018 dan selamat meninggalkan tahun 2017! sama ada anda sudah berjaya capai matlamat/ target 2017 atau belum capai, anda telah pun berada di tahun 2018

hidup perlu diteruskan, masa akan terus meninggalkan kita jika kita tidak buat sesuatu yang bermakna pada tahun ini.

saya nak cerita sedikit sejarah tentang terapeak dan ebay….

Pada penghujung tahun 2017, 13 December 2017,  company ebay telah mengumumkan untuk membeli syarikat terapeak untuk bergabung dengan seller hub mereka.

Terapeak telah ditubuhkan pada tahun 2004 oleh dua orang ebay power seller di Canada. Tujuan penubuhan syarikat database ebay ini adalah untuk membantu para penjual di ebay mengoptimumkan jualan mereka pada titik maksimum.

Kenapa ebay sanggup beli syarikat terapeak ni?

Penting sangat ke syarikat Terapeak ni?

jawapannya sudah tentulah sangat penting!!!

sebabnya Terapeak mempunyai fungsi menganalisis data jualan di ebay untuk seluruh negara yang ada di dunia ni!

ya! di dunia ni! tapi tak perlu la saya nak cakap dalam skop yang terlalu besar. Tujuan saya buat artikel ni adalah untuk bagi panduan kepada anda dan tunjukkan kepada anda betapa pentingnya market research ni

sampaikan ebay sendiri yang dah mempunyai capital dan future earning yang terjamin pun masih tidak pandang sinis kepada syarikat terapeak. walaupun terapeak hanyalah company yang kecil sahaja berbanding ebay. Sedangkan terapeak adalah jauh lebih muda dari usia ebay itu sendiri.

Sebab ebay tau, terapeak ada segala rahsia data jualan dari ebay yang perlu ebay lindungi dan miliki…

sebab itulah ebay menawarkan kepada terapeak untuk bergabung bersatu untuk kebaikan pada masa akan datang.

apetah lagi kita ni yang memang takde pape. betapa kerdilnya kita…

ok, berbalik semula kepada tajuk kepentingan membuat kajian pasaran di ebay ini ialah kita perlu mempunyai asas dan sebab yang kukuh sebelum membuat keputusan untuk membuat jualan di ebay.

mudahnya cakap macam ni, let say anda ada modal RM10,000. anda nak memulakan perniagaan di ebay,

saya pasti persoalan yang akan muncul di fikiran anda, Produk apa yang patut anda invest untuk anda beli dan jual semula di ebay.

betul tak?

di sini terapeak memainkan peranannya…..

takkan anda nak hentam kromo pakai try and error beli jer sebarang produk then try try jual di ebay?

ada untung ambil…. takde untung produk simpan bawah bantal bagi sedara mara….

tak optimumlah bisnes anda kalau macam tu!

So, terapeak lah yang akan bantu anda sediakan Research report produk-produk yang berpotensi untuk anda invest.

Terapeak akan memberikan data-data seperti berikut

  1. Jenis produk yang ada demand yang tinggi di ebay
  2. Keyword yang optimum untuk digunakan di iklan anda yang mudah buyer cari
  3. Harga yang kompetetif untuk anda jual di pasaran
  4. Kategori jualan yang optimum
  5. Negara mana yang mempunyai demand yang tinggi

dan banyak lagi……

dari data-data seperti inilah yang membantu anda untuk membuat keputusan laburkan duit Rm10 ribu anda untuk beli barang yang sesuai…

barulah anda ada asas yang kukuh. takdelah masalah barang dah listing tapi takde sambutan dari pembeli….

saya cakap dan cerita kepada anda adalah berdasarkan pengalaman saya.. untuk membantu anda membina halatuju dan tunjukkan jalan yang pintas untuk membuat jualan di ebay. so anda takkan terhantuk dan mengalami kerugian seperti saya.. yang terpaksa try and error sebelum jumpa jalan yang betul

ini saya kongsikan kepada anda hasil experimen saya bagaimana saya membuat jualan di ebay dengan modal RM1500 saya invest untuk beli barang hasil dari kajian menggunakan terapeak.

Hasilnya memang lumayan! saya berjaya buat jualan dalam masa 1 malam sahaja lebih 30 unit item terjual di ebay!!

Dengan strategi yang betul, anda mampu melakukan jualan seperti ini.

kajian-pasaran-ebay-

kepentingan-analisis-barang-market-ebay

Hasil dari jualan ini saya berjaya buat jualan sebanyak RM9098.59! Hampir mencecah 5 angka! dengan keuntungan bersih 45% dari hasil jualan dalam masa yang singkat…

saya hanya buat kerja ini secara part time sahaja.. di bilik rumah saya yang dipanggil sebagai office kecik. hehehe…

yang lebih penting bukan office canggih manggih, tapi kecantikan duit masuk berdesup tu lebih penting… betul tak? 🙂

Jika anda tak berjaya lagi nak menggandakan duit anda dalam skala yang kecil, jangan bermimpi untuk mampu untuk menggandakan duit dalam skala yang besar.

jika tidak, anda pasti akan mengalami kerugian yang sangat besar.. bukan untung yang besar.

Ok bagaimana nak buat ni? result saya dah tunjukkan, tapi tekniknya macam mana ni??

senang sahaja……

Langkah pertama : Bina fundamental yang kuat

Anda perlu ada akaun ebay dan paypal dahulu. Jika anda tidak ada, macam mana nak buat jualan di ebay?

Anda perlu ada DSR di ebay dan proven history… di paypal juga sama. anda perlu lengkapkan segala dokumen yang perlu supaya pada masa akan datang apabila duit menderu masuk anda sudah tidak ada masalah lagi. Dalam Panduan ebay intelligence saya ada ajarkan teknik ini lebih lanjut. Di bengkel ebay intelligence juga saya akan ajarkan cara macam mana strategi untuk anda membina fundamental yang kuat.

Langkah Kedua : Produk yang Bagus dan berpotensi untuk di jual

Di sinilah terapeak memainkan peranan.. anda perlu ada akaun terapeak untuk membantu tugasan kerja market research anda mengenalpasti barang yang mampu untuk berikan pulangan yang optimum.

Dari hasil data kajian di terapeak akan membantu untuk anda membuat keputusan barang yang patut anda beli. Jika anda masih baru lagi… jangan terlalu berani. saya cadangkan anda try lah dalam skala yang kecil dulu.

invest dulu beli dalam modal RM1000-RM5000, tengok macam mana pegi jualan produk anda tu… belajar dulu apa masalah yang akan muncul. sebabnya on paper takkan sama dengan real situation…

dari pengalaman menjual dalam skala yang kecil lah yang akan membantu untuk anda membuat jualan yang lebih berskala besar.

Langkah ketiga : Supplier yang Reliable dan Kompetetif

kenapa saya tak cakap murah? sebabnya… murah sahaja bukanlah indikator / kayu pengukur yang utama… jika murah tapi barang tak berkualiti buat apa kan? lebih baik anda ada barang yang mencakupi dalam segenap aspek.

yang lebih penting adalah adakah barang yang anda nak jual itu mempunyai track record yang baik dari sejarah jualan yang anda dapat dari kajian pasaran yang telah anda buat pada langkah ke dua di atas.

itu lebih utama untuk jangka masa panjang. jika anda dapat untung tapi akaun anda tak mampu untuk bertahan lama disebabkan dapat negatif feedback dari pembeli anda tak gunalah… sia-sia sahajalah kita berniaga…

tujuan kita berniaga ni adalah untuk beri pulangan dalam jangka masa panjang. barulah berbaloi-baloi bang oi

Supplier anda boleh jadi import dari china dan boleh jadi juga hanya dari Supplier yang ada di tanah air kita sendiri.. barang-barang local juga tidak kurang hebatnya… ada banyak yang boleh anda jual. cuma mungkin anda perasan ataupun tidak. itu sahaja…..

dalam Bengkel ebay intelligence juga saya ada sentuh topik ini dan berikan beberapa contoh barang yang boleh anda jual yang boleh didapati di pasaran tempatan…

Langkah ke Empat : Shipping provider yang efektif dan userfriendly

Perkara ini sangat-sangat penting. Sebabnya kita membuat jualan secara online, logistic company yang kita pilih untuk hantar barang yang kita jual ke customer mestilah mempunyai rate yang murah dan juga cepat sampai ke alamat customer kita

kalau lambat habislah kita….

anda perlu pilih shipping company yang terbaik untuk membantu menghantar barang jualan anda dengan selamat. ada banyak company yang anda boleh gunakan. Antaranya adalah

  1. Pos Malaysia ( Pakej Flexipax)
  2. Singapore Post
  3. DHL Global
  4. UPS shipping courier
  5. Fedex
  6. Aramex
  7. Skynet

dan banyak lagi… Pastikan anda buat kajian dahulu setiap company seperti di atas.. untuk anda buat sedikit calculation  kos shipping yang patut anda kenakan terhadap pembeli anda.

Pastikan juga ianya mestilah kompetetif. Anda mampu tawarkan harga yang mampu bersaing dengan ebay seller yang lain.

4 komponen ini jika anda dapat kuasai dengan baik, anda adalah KING di pasaran jualan ebay. Jika anda mampu menguasai kesemua komponen ini, tidak ada masalah lagi bagi anda untuk membuat jualan di ebay dengan konsisten.

ya… ilmu anda sudah ada, at least sedikit ilmu, tapi dalam bisnes, ilmu sahaja tidak mencukupi… anda perlu praktiskan untuk dapatkan hasil. Jika anda sekadar tahu sahaja.. tapi tidak bertindak sia-sialah sahaja… sekadar mampu menceritakan potensi bisnes di ebay kepada orang yang anda kenal..

apa yang lebih penting sekarang ni adalah anda bertindak dan mula praktiskan apa yang anda tahu.. sebabnya dengan ilmu+ Praktis +Pengalaman = $$$$

sekurang-kurangnya duit perbelanjaan harian anda sudah lepas… target dulu untuk selesaikan masalah kewangan yang kecil-kecil dulu. seperti perbelanjaan susu anak, masalah kad kredit, bayaran installment kereta, bil telefon/ internet dan sebagainya…

dengan kejayaan mencapai target yang kecil dahulu anda akan merasa semangat untuk mencapai target yang lebih besar. Apabila pengalaman dan skill anda telah terbentuk kelak bolehlah anda start target untuk lepas beli rumah/ tanah/ kereta dan sebagainya…

Jika anda nak belajar lebih terperinci saya ada anjurkan Bengkel ebay intelligence pada tarikh yang terdekat.

semua modul langkah di atas, saya akan ajarkan kepada anda dengan lebih terperinci. Ya..ini adalah Bengkel, bukan seminar, Anda perlu buat sekali… saya taknak anda hanya mendengar dan balik sudah lupa..

anda perlu praktiskan apa yang informasi saya kongsikan. barulah anda mampu catch up dengan lebih baik.

bagi peserta Alumni Bengkel ebay intelligence yang ingin repeat kelas. saya bagi ianya secara PERCUMA start tahun 2018 ini.. boleh maklumkan saya awal. sebab seat adalah sangat-sangat limited..bergantung kepada kekosongan.

Anda boleh dapatkan info Lanjut di SINI

Yang Benar

Zul Ariffin Maarof

    11 replies to "Kepentingan kajian ebay data"

    • Amir Mazlan

      terapeak ni kalau baru nak mula, elok ambik pakej yang mana satu yer tuan?

      • zulariffin

        kalau baru nak mula tuan boleh try sebulan dua dulu.. jika tuan dah ada modal dan dah dapat return terus subcribe untuk data setahun untuk long term tuan

    • ab

      kenapa saya buat listing ..die guna currency RM? kenapa bukan UsD ye

      • Zul Ariffin

        kena listing di ebay.com tu puan. listing di ebay.com.my mmg display ringgit utk market mlysia shj

    • Siti Aluza

      Saya berminat tuk menghadiri bengkel ebay. Mcmana caranya?

      • Zul Ariffin

        ya boleh kak.. akak settlekan dulu submit document utk naikkan selling limit ye. jumpa nanti kak di kl. 🙂

    • nor

      assalam Tuan, tuan ada berkongsi mengenai ebay di Fb?sekiranya ada..apa FB nya Tuan?

      • Zul Ariffin

        wslm ya ada puan ni nama fb sy zul ariffin maarof

    • Sarina

      Assalam tuan..saya berminat untuk menghadiri menghadiri bengkel eBay..tapi saya tak Ada account eBay lagi.

      • Zul Ariffin

        wasalam puan, takpe takde masalah..dah lepas bengkel nanti baru buat akaun puan. tu lebih baik. blajar dulu prosesnya

    • Mohd Afendi

      Interested.

Leave a Reply

Your email address will not be published.