Tupperware Malaysia berjaya dijual sebanyak $58,593(RM233,169) setahun di market eBay Australia

Jom lihat statistik jualan tupperware Malaysia di market ebay setiap bulan oleh seller ni

jualan tupperware malaysia

Dengan purata jualan sebulan sebanyak $4882.75 (RM19,409.11 sebulan), seller ni berjaya buat jualan dengan konsisten hanya fokus kepada barang keluaran tupperware Malaysia sahaja.

Jika saya ambil 35% profit dari jualan sahaja seller ni dah ada gaji sebanyak RM6793.19 sebulan!

Untuk makluman anda, ini adalah data dari seorang seller sahaja di ebay dan saya hanya fokuskan pada market ebay australia sahaja.

kalau saya campurkan dengan sales dari market ebay negara lain dan jualan oleh semua ebay seller tupperware Malaysia jualannya adalah mencecah lebih 1 juta USD!

Jom tengok sikit statistik jualan dari individual seller ni untuk rujukan dan pembelajaran anda

jualan tupperware malaysia

total barang yang berjaya di jual adalah sebanyak 2084 transaksi dengan jumlah iklan sebanyak 1801 listing. Purata harga jualan adalah sebanyak $28.12

Dari mana saya dapat statistik jualan yang sebegitu detail macam ni?

dah tentulah saya dapatkan daripada sumber yang sah iaitu data dari ebay sendiri.

Apa yang bagusnya data yang kita dapat ni?

bagusnya kita akan dapat buat jualan tupperware malaysia dengan cara yang lebih baik dari seller ini dan dapat jimatkan kos untuk invest beli produk mana yang betul-betul ada demand tinggi dari market Australia.

kalau seller ni perlu memperuntukkan masa untuk listing sebanyak 1801 listing, kita tak perlu untuk peruntukkan waktu yg banyak untuk listing sebanyak itu, just fokuskan pada top produk yang seller ni jual jer

produk apa yang paling laku oleh seller ni?

antara produk-produk tupperware Malaysia, list di bawah ni adalah demand yang paling tinggi

jualan tupperware malaysia

So tak perlu untuk fokus jual barang yang takde demand selain daripada Top list di atas ni

setiap bulan seller ni menjual lebih dari 94 unit tupperware malaysia. Boleh tengok data bilangan unit terjual di bawah

jualan tupperware malaysia

Dari data seperti ni jugak kita dapat tau berapa harga jual, harga shipping yang patut kita cas pada bakal customer kita untuk compete dengan competitor kita.

so takdelah anda pakai tembak je untuk buat jualan di ebay seperti cara menjual tupperware malaysia ni. Dari data yg anda dapat ni anda dapat belajar strategi nak menjual dan tambah baik apa kelemahan yang seller ni ada.

Ok? saya harap anda dapat belajar sesuatu dari artikel kali ni. saya  suka buat analisis data menggunakan ebay data ni sebabnya saya dapat tau barang apa yang patut saya beli secara borong dan jual dengan optimum seperti data jualan tupperware malaysia ni.

ebay data ni jika anda pandai menggunakannya memang ianya sangat-sangat membantu..

Mulai tahun 2020, terapeak ni dah duduk bawah ebay seller hub bawah seksyen research. Anda boleh explore terapeak di sini

atau anda boleh juga tonton video kegunaan terapeak di sini

kegunaan fungsi ni kita boleh tau berapa sales setiap bulan dan apa top produk seller tu yang boleh melonjakkan sales mereka.

Kesimpulannya

tak kira apa jenis barang yang anda nak jual, pastikan anda mestilah ada solid reason kenapa anda nak jual produk tu, sama contoh seperti data jualan tupperware malaysia ni.

pastikan anda buat kajian pasaran berdasarkan data-data jualan yang lepas di ebay. Seperti kes data jualan tupperware malaysia ni,

Bila kita tahu ianya ada demand, So barulah sales anda tu akan melonjak naik dan anda dapat jimatkan banyak masa wang dan tenaga sebelum buat sesuatu.

Hari ni anda buat bisnes ebay, esoknya memang mustahil untuk anda dapat hasil yang sama macam seller ni. ianya memerlukan masa, kesungguhan dan kesabaran yang tinggi untuk hasilkan pendapatan yang lumayan di ebay.

Anda perlu terus lakukan usaha ini secara konsisten untuk membina tapak perniagaan di market ebay. Saya percaya jika anda berjaya konsisten dan fokus untuk buat bisnes ebay ni dengan bersungguh-sungguh, pengalaman yang anda lalui itu akan membantu anda buat jualan yang semakin banyak.

dan tak mustahil suatu hari nanti pendapatan online anda lebih besar dari pendapatan anda sekarang ni!

>>>Belajar Bisnes Ebay Di Sini<<<

    12 replies to "Jualan Tupperware Malaysia 6 angka di ebay"

    • Salwa

      Tuan saya nk tya bagaimana nak bg response kpd customer di eBay dgn segera seandainya waktu Balik kerja baru blh bkk laptop di rumah? Adakah Ada tempoh masa tertentu untuk mengelakkan dpt title yg xbagus di eBay

      • Zul Ariffin

        buyer di sana mmg dah terdidik utk beli online, slagi puan buat proses order tak lebih dari handling time yg puan tetapkan still ok takde masalah

    • mcmane kita nak letak harga ye?

      • Zul Ariffin

        boleh gunakan finalfeecalc.com utk estimate profit puan. cek juga berapa harga competitor utk pastikan harga kita competitive

    • Qaireen

      Salam tuan..selain kt ebay usa..kite blh gak jual brg kt ebay australia ye..
      So time nk jual kt ebay australia..kite kn buka ebay.com.au la ye..
      Btol ke?
      So kene main harga psrn kt sane plak kan..

      • Zul Ariffin

        wslm puan, ye betul..puan boleh jual kat mana2 marketplace. cntoh nk jual di australia sign in di ebay usa. so payment dpt dalam australian dollar

    • Dira

      Tuan Zul, relevankah utk user yang account ebay suspended utk dapatkan ni?

      • Zul Ariffin

        ya masih relevan puan, akaun suspend nanti boleh rujuk di group cara nak reinstate smula akaun..

    • Nurrul

      Salam Tuan, nak tanya selagi kita x register akaun ebay.. Kita mmg x bole pegi ebay usa, uk, au ke… Sbb bila sy buka ebay. Com.. Ttp jugak harga barang keluar harga malaysia.. RM.

      • Zul Ariffin

        wslm puan,nak menjual atau membeli mesti kena register akaun dulu puan, nanti bila puan nak menjual baru sign in di marketplace ebay yang kita nak pasarkan..

    • Fauzi

      Salam Dr. Zul,
      Macam mana nak dapatkan video BPERIM di atas, Saya cuba masukkan email tapi error unable to handle request.

      Dan juga nak tanya adakah masih relevant ebook & video2 dalam panduan pakej A dan B.

      Wasalam.

      • Zul Ariffin

        salam tuan, better rujuk panduan HDLR untuk rujukan terkini tuan, ya masih relevan lgi..ebook dan video juga sedang dikemaskini utk versi tahun 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published.