Strategi bagaimana ebayer boleh tingkatkan jualan di ebay pada suku ke empat (Q4) bulan christmas setiap tahun

Hi, Kali ini saya nak kongsikan artikel tentang strategi bagaimana ebayer boleh tingkatkan jualan di ebay pada bulan christmas (Q4) !

untuk pengetahuan anda, perayaan bagi ebayer adalah pada hari christmas, sebab apa? sebab bulan christmas ni adalah bulan bagi empat pasaran utama ebay seperti di market Usa, UK, Canada dan Australia berbelanja 5-10 kali ganda lebih tinggi berbanding bulan-bulan yang lain untuk menyambut perayaan christmas.

Tambahan lagi, pada suku keempat (Q4) 2018 ni lah masanya banyak ebayer Malaysia yang mengaut keuntungan jualan kat eBay berkali ganda bagi sesiapa yang nampak peluang memandangkan Q4 juga adalah musim cuti kat negara US.

Musim cuti kat US? So what? Kenapa dengan musim cuti kat US?”

Dalam industri e-Commerce kat US pula, usahawan-usahawan lebih strategik dan merancang bisnes diorang mengikut empat musim iaitu musim bunga (spring), musim panas (summer), musim luruh (fall) dan musim sejuk (winter). Musim luruh jatuhnya dalam tempoh Q4 setiap tahun yang juga merupakan musim cuti kat US.

Q4 merupakan tempoh yang mana rakyat kat US berbelanja besar ketika musim cuti untuk membuat persediaan untuk hari-hari tertentu seperti perayaan Halloween pada bulan Oktober, perayaan Christmas pada bulan Disember, New Year dan musim bukak sekolah yang kebiasaannya bermula pada bulan Januari. Berikut adalah beberapa event yang lain dalam tempoh Q4 kat US…

Dengan mengetahui info-info penting macam ni, anda akan jadi seorang usahawan eBay yang lebih strategik, bijak dalam merancang dan lebih kehadapan berbanding seller yang lain.

Sebagai contoh, anda mungkin tak perlu jual baju sejuk dalam tempoh ni, tapi mengutamakan ‘backpack’ untuk bukak sekolah nanti ataupun hadiah dan aksesori untuk perayaan Halloween dan Christmas. Dalam tempoh Q4 ni lah masanya untuk anda tingkatkan jualan kat eBay dengan beberapa tips dan strategi.

Untung kita jadi usahawan eBay ni sebab eBay sendiri ada sediakan panduan dan tips kepada seller untuk bersedia menghadapi tempoh Q4 dan tingkatkan jualan. Dengan mengikuti tips cara menjual dalam tempoh Q4 daripada eBay ni, tak mustahil kita boleh jadi seller yang berjaya kat eBay.

Panduan Dan Tips Menjual Dari Ebay Untuk Musim Cuti Di US

Ebay sendiri ada sediakan panduan dan tips menjual dalam tempoh Q4 kepada seller berkaitan apa tindakan yang perlu diambil untuk waktu-waktu tertentu dalam tempoh Q4 dan kategori produk yang mana perlu diberi perhatian supaya seller dapat tingkatkan jualan…

Anda boleh rujuk info penuh kat link ni: panduan dan tips menjual di eBay dalam tempoh Q4 2018. Dalam artikel ini, saya akan go through beberapa point penting dan bagaimana anda boleh mencari dan mengkaji produk yang hot dalam tempoh Q4 ni.

Seperti yang anda dapat tengok pada table ‘Prepare For The Holidays’ melalui link yang saya kongsikan tadi, Ebay bahagikan tempoh Q4 kepada beberapa fasa seperti Early Holiday, Holiday Season dan Holiday Deals beserta dengan tempoh spesifik setiap fasa tersebut. Sebagai contoh, Early Holiday berlaku dalam bulan September dan October.

Info penting yang anda perlu tengok dan take note daripada table tersebut adalah di bahagian fasa (Phases) dan mindset pembeli (Your Buyer’s Mindset). Dua bahagian dapat membantu anda dalam mencari dan mengkaji produk hot.

Seperti yang anda dapat tengok, pada fasa Early Holiday iaitu pada bulan September dan October, pengguna mencari produk yang berkaitan dengan musim luruh (fall) dan dah mula mencari produk yang boleh dijadikan hadiah. Kategori produk yang perlu difokuskan adalah Toys & Hobbies, Fashion dan Technology.

Daripada berjuta-juta produk yang ada kat Aliexpress.com tu, anda hanya perlu fokus pada produk dalam ketegori toys & hobbies, fashion dan technology sahaje. Dengan mengetahui info ni, anda jadi lebih strategik dan tak perlu fikir pasal produk-produk dalam kategori yang tak berkaitan.

Persoalan seterusnya yang anda perlu fikirkan adalah, “Produk ape yang aku patut pilih dalam kategori ni?”. Ada banyak produk kat Aliexpress yang boleh anda dropship ke US dalam kategori-kategori tersebut, tapi yang mana satu?

Antara sebab usahawan eBay masih belum dapat jualan yang konsisten ialah listkan produk yang tak ada permintaan atau boleh juga saya cakap, pilih produk syok sendiri. Pilih produk yang menarik pada hati sendiri tapi tak fikirkan apa produk yang pasaran inginkan.

Jom Bersedia Untuk Bulan Christmas (Q4) 2018 Dan Tingkatkan Jualan!

Matlamat kita adalah untuk tingkatkan peluang membuat jualan.

Jadi, penting untuk kita tahu sesuatu produk yang terbukti ada permintaan kat eBay. Sebab tu lah kami hasilkan video panduan BPERIM yang mengajar anda cara praktikal mencari dan mengkaji produk yang ada permintaan kat eBay berdasarkan data yang tepat menggunakan software Terapeak.

Dengan panduan video panduan BPERIM , anda tak perlu bersusah-payah meneka produk apa yang ada permintaan kat eBay.

Jom kita buat contoh mencari dan mengkaji produk yang ada permintaan kat eBay menggunakan teknik yang diajarkan dalam video panduan BPERIM . Bagi menghormati kandungan video panduan tersebut, saya hanya akan tunjukkan secara ringkas kat dalam artikel ni…

Dengan panduan dan tips yang dibekalkan eBay tadi, saya perlu mencari produk yang ada permintaan dalam kategori toys & hobbies, fashion atau technology. Mudah! Untuk buat contoh dalam artikel ni, saya akan fokuskan kepada kategori Toys & Hobbies.

Melalui video panduan BPERIM  yang pertama, iaitu kenalpasti niche atau produk yang ada permintaan menggunakan software Terapeak, saya dapati ‘Foldable Selfie Drone’ adalah salah satu produk yang tengah hot kat eBay dalam kategori Toys & Hobbies.

Dalam masa 2 bulan daripada 4 Julai sehingga 2 September 2018, sebanyak 33 seller kat eBay menjual foldable selfie drone dengan purata harga $42.42 dan sebanyak 182 unit telah terjual dalam tempoh ini dengan jumlah jualan $7,720.11.

Apa yang kita dapat tengok daripada graf trend jualan foldable selfie drone ni ialah, jualan semakin meningkat di penghujung bulan Ogos. Dengan data ini, kita dapat jangkakan penjualan foldable selfie drone ni akan meningkat dalam tempoh Q4 sempena musim cuti kat US.

Tak cukup dengan tu, kita akan terus mengkaji lagi. Melalui video kedua teknik video panduan BPERIM iaitu strategi intai pesaing, saya dapat tahu foldable selfie drone seperti dalam gambar kat bawah ni adalah antara yang tengah hot kat eBay sekarang…

Produk tersebut mendapat 3 views setiap satu jam semasa artikel ini ditulis, dah terjual sebanyak 17 unit dalam masa satu bulan dan dijual dengan harga $42.29 ke $44.99. Benchmark kami untuk produk yang tengah hot adalah sesuatu produk tu mestilah dah terjual lebih dari 10 unit dalam masa sebulan

Ini adalah hasil jualan daripada seorang seller sahaje. Apa yang menarik pasal seller ni ialah, dia merupakan new seller yang baru sahaje 6 bulan berniaga kat eBay. Tapi dia dah mampu ‘gegarkan’ pasaran US!

Ini bermaksud, new seller ni pandai pilih produk yang ada permintaan untuk dijual kat pasaran US. Jadi, kita boleh jadikan new seller ni sebagai pesaing dan intai produk apa yang dia jual. Konsepnya, kalau new seller ni mampu gegarkan pasaran US, kita pun boleh! Anda akan diajar lebih lanjut lagi berkaitan strategi intai pesaing dalam video panduan BPERIM .

Langkah seterusnya ialah mencari pembekal produk (supplier) untuk foldable selfie drone ni kat Aliexpress.com. Melalui video ketiga video panduan BPERIM iaitu teknik pilih barang kat Aliexpress, saya jumpa foldable selfie drone yang sebijik macam apa yang new seller tadi jual….

Kat Aliexpress, harga foldable selfie drone ni cuma  $29.99 sahaja! Dan new seller tadi mengaut keuntungan dengan menjual paling minimum $42.29 untuk satu unit! Wow! Jom kita kira berapa keuntungan yang new seller tadi dapat dalam masa satu bulan tu dengan hanya menjual produk ini sahaja…

Dengan menggunakan 2018 eBay Fee Calculator, kita dapat mengira untung sebenar sesuatu produk setelah ditolak dengan kos eBay Fee dan Paypal Fee. Keuntungan yang new seller tadi dapat untuk satu unit produk foldable selfie drone tersebut ialah $6.54.

New seller tadi berjaya membuat jualan sebanyak 17 unit dengan untung bersih sebanyak $6.54 x 17 unit = $111.18 = RM444.72  dalam masa satu bulan dengan menjual foldable selfie drone ini sahaje! Ini baru untung dari satu produk dan yang paling best ialah hanya buat bisnes dropship daripada Aliexpress sahaje!

Melalui teknik yang diajarkan dalam video panduan BPERIM , senang-senang jer saya dapat jumpa produk yang tengah hot dan ada permintaan kat eBay sekarang.

 

Sekarang Giliran Anda untuk duplicate strategi ini dan hasilkan pendapatan online pertama anda!

Okay, tadi saya dah tunjukkan macam mana kita nak gunakan panduan dan tips menjual dalam tempoh Q4 dari eBay dan gabungkan dengan teknik yang diajar dalam video panduan Blue Print Ebay Research Method (BPERIM). Itu baru satu contoh yang sempat saya tunjukkan kat anda dalam artikel ni. Ada banyak lagi kategori yang anda boleh terokai.

Pastikan anda take note point-point penting daripada panduan dan tips dari eBay macam yang saya tunjukkan kat anda pada awal artikel ni. Ada beberapa lagi fasa yang anda perlu tengok seperti Holiday Season, Holiday Deals, Last Minute Holiday Hustle dan Post Holiday. Semua ni perancangan untuk 3 bulan yang akan datang!

Sekarang giliran anda pulak buat sendiri selebihnya!

Saya harap artikel ni dapat bantu anda sebagai usahawan eBay untuk tingkatkan jualan dalam tempoh Q4 2018 ataupun bantu anda untuk dapatkan jualan yang pertama. Anda jugak akan jadi seller yang lebih strategik, bijak dalam merancang dan lebih kehadapan berbanding seller lain dengan info yang saya kongsikan dalam artikel ni.

Kalau anda berminat nak belajar lebih mendalam dan lebih serius buat bisnes kat eBay bersama saya, boleh lah datang ke Bengkel Ebay Intelligence yang saya anjurkan setiap bulan di sini.

>>>Bengkel Ebay Intelligence<<<

Semoga bermanfaat!

Penyunting & Penulis

Dr. Zul Ariffin Maarof & Asyraf Farouq

-Ebay Intelligence Academy-

    2 replies to "Strategi tingkatkan jualan di ebay pada bulan Christmas"

    • Antony

      Saya berminat tapi tak tau cara daftar sebagai agen jualan online

      • Zul Ariffin

        boleh tuan, kena dftr buka akaun dulu.. kemudian baru boleh buat jualan

Leave a Reply

Your email address will not be published.