Pembongkaran Kisah yang jarang didedahkan kepada orang awam..

Salam hormat, apa kabar? Artikel kali ini saya nak kongsikan kepada anda strategi seorang seller Malaysia yang konsisten dan berjaya menghasilkan jualan selama setahun di ebay.

Seller ini tiada banyak pesaing, Dari 4 orang seller, dia sorang je dari Malaysia yang conquer jual barang ni. dan sales dia adalah konsisten setiap bulan tanpa ada sebarang masalah dengan polisi ebay

Mari kita lihat sedikit statistik jualan seller ni dalam tempoh setahun iaitu dari Oktober 2017 sehingga Oktober 2018 ( 12 okt 2018, setakat artikel ini di tulis)

Kita dapat lihat purata jualan seller ini setiap bulan adalah sebanyak USD4966.26 @ RM20,609.99 dengan purata unit terjual sebanyak 438 unit sebulan!

wow banyak tu!! dan apa yang paling penting sales ni adalah konsisten sehingga menjadikan seller ni mendapat Top Rated Seller + Power Seller!

 

Nak menghasilkan jualan yang pertama adalah mudah!

saya percaya follower blog saya dah ramai yg berjaya buat jualan yg pertama di ebay

Tapi nak menghasilkan jualan 4 angka- 5 angka dengan konsisten setiap bulan selama bertahun-tahun tanpa ada sebarang masalah dengan polisi yang dikenakan oleh ebay terhadap seller adalah bukan sesuatu yang mudah!

Di mana level jualan anda sekarang?

saya boleh bahagikan ebay seller ni ada 3 jenis:

  1. Berjaya hit 4 angka – 5 angka sebulan kemudian bulan depannya krik..krik..
  2. Berjaya hit 4 angka- 5 angka setiap bulan tapi menggunakan akaun yang berbeza setiap bulan (hit and run)
  3. Berjaya hit 4 angka sehingga 7 angka setiap bulan dengan konsisten hanya menggunakan akaun ebay yang sama

Jika anda berada pada tahap #1 dan #2 bermakna ada sesuatu yang perlu anda perbaiki.. kerana anda tidak akan mampu bertahan lama dalam bisnes ebay dan suatu hari nanti anda akan berasa sangat penat dan letih kerana terpaksa menghadap pelbagai karenah dan polisi ebay yang sentiasa berubah mengikut masa

Jika anda tidak berada dalam 3 jenis seller di atas, bermakna anda baru nak bermula dan belajar membuat jualan di ebay dengan konsisten. Jangan risau.. ianya masih belum terlambat lagi untuk start the engine. 

rajin-rajinkan baca blog saya je.. ramai yang dah berjaya buat jualan pertama hanya dengan baca melalui blog ni, panduan ebay intelligence dan juga bengkel ebay intelligence 🙂

ok, mari kita sambung tengok statistik jualan seller ni melalui graf

graph-hasil-jualan-ebay

Kita boleh nampak dari graf ni sales ebay seller ni bukanlah sentiasa naik je.. memang ada bulan sales die banyak, dan ada bulan sales die sikit..

tapi paling sikit pun adalah $4062 @ RM16,857.30 sebulan pada bulan Sept 2018 . $2099 pada bulan oktober belum sampai sebulan lagi.. so kita tak amek kiralah ye.

Bagaimana Ebay seller ini berjaya menghasilkan jualan 6 angka setahun dengan konsisten hanya melalui platform ebay shj ………

Jom kita tengok sikit statistik unit terjual setiap bulan oleh seller ni

graph-barang-jualan-setahun-ebay

kita dapat lihat dari graf di atas secara keseluruhan walaupun jualannya semakin menurun, tapi hasil dari jualan produk ni masih lagi memberikan keuntungan 4 angka sehingga 5 angka hanya melalui jualan online sahaja.

Sebab itu, kerajaan Malaysia nak mengenakan cukai jualan online terhadap seller di Malaysia. Sebab mereka dah tau, online seller ni memang buat duit giler-giler punya sebenarnya

So, anda nampak tak potensi bisnes online ni?

potensi bisnes online ni sangat-sangat tinggi. kalau kena dengan strategi yang betul. Hasil jualan melalui online boleh jadi lebih dahsyat berbanding sales offline.. dan kosnya adalah sangat-sangat rendah..

 

Ok, berbalik semula pada cerita seller ni tadi, macam mana dia buat jualan ni? 

Apa strategi yang dia gunakan?

produk apa yang dia jual?

saya tahu..anda pasti tertanya-tanya..

jom kita tengok produk jualannya

Seller ni jual Loctite threadlocker ambil dari china dan simpan stok

Kita tengok salah satu listing seller ni, dia berjaya buat jualan terkumpul untuk jenis Loctite 243 ni sebanyak 1803 unit iaitu sebanyak 1803 x $9.02 = $16,263.06 atau bersamaan dengan RM67,491.70!

Cuma jual baru 1 jenis item je..

dari mana dia dapat suppliernya?

Anda boleh dapatkan dari sumber website china seperti di 1688.com

contohnya harga yang saya dapat adalah seperti di bawah

lactite-jualan-market-ebay-usa

Harga datang baru 8.5 yuan sahaja.. bersamaan dengan RM5.10 @ $1.23 usd sahaja.

murah kan??

kos postage dari china anggaran kasar dalam RM2.5 seunit dan kos postage ke luar negara dari Malaysia menggunakan flexipax size XS international ialah RM8 + Tracking number RM4.60 ( so total kos ialah RM15.40)

total kos produk + total kos shipping = RM5.10 + RM15.40 (RM20.50) @ $4.95 usd

so anggaran profit bersih seunit hasil dari jualan produk ni adalah $2.61 @ RM10.84 seperti kiraan di bawah setelah ditolak kos ebay fees dan paypal fees.

calculator-calculate-jualan-market-ebay

So maknanya anggaran profit bersih seller ni ambil adalah bersamaan dengan 28.94% dari kos produk ni..

maksudnya di sini, anggaran jualan sebulan seller ni adalah USD4966.26 sebulan dan kira kira 28.94 peratus dari jualan adalah profit bersih income dia..

so, kira-kira incomenya sebulan adalah dalam RM5900++ hasil dari jual loctite ini sahaja..

Untung ke rugi?

Jika anda ada bisnes seperti ini, yang memberikan anda cash flow setiap bulan sebanyak RM5900++, saya percaya ianya sudah lebih dari cukup untuk menanggung “cost of living” hidup kat Malaysia..

tujuan saya tulis artikel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia bahawa peluang perniagaan secara online ni telah terbuka luas dan banyak peluang-peluang yang ada seperti berniaga di ebay ini yang kita boleh manfaatkan..

sebab apa?

sebab kos untuk anda memulakan perniagaan di ebay adalah sangat- sangat rendah, dan potensi untuk anda mendapatkan pendapatan tambahan adalah sangat-sangat besar..

Strategi menghasilkan Jualan yang pertama di ebay

Ok sekarang anda dah tahu kan potensi bisnes ebay ni sangat tinggi?

sekarang saya nak kongsikan pada anda strategi macam mana nak buat jualan di ebay

1. Persiapan mental dan fizikal 

ramai orang yang nak duit dan results.. tapi tak ramai yang sanggup nak berusaha untuk menghasilkan pendapatan yang banyak dan berkat

perkara pertama yang anda perlu persiapkan adalah mental dan fizikal anda dahulu.

Apa yang nak disiapkan tu? mental aku tak siap lagi ke??

bukan..bukan itu maksud saya

Nak buat bisnes ni, anda perlu persiapkan minda anda bahawa, buat bisnes ni bukan nak kejar untung semata-mata.. sebab bila anda hanya fokuskan pada duit sahaja, bila anda dah buat tapi takde results, anda akan kecewa dan terus tinggalkan dah taknak buat lagi

so, mesti kena ada minda yang betul, iaitu kena sentiasa belajar, tuntut ilmu, tajamkan skill dan praktis praktis praktis sampai jadi..

Anda kena ada passion yang tinggi. sanggup kerja 24 jam untuk capai impian anda, sanggup tinggalkan semua perkara yang tak produktif. 

dari passion dan semangat yang tinggi saya percaya pasti anda akan berjaya buat jualan yang pertama dan konsisten

2. Berani mencuba dan bersikap independent

perkara yang kedua ialah nak jadi businessman businesswoman ni kena berani gagal, berani invest dan berani cuba sesuatu yang anda tak pernah cuba sebelum ni, 

kalau anda tak berani nak laburkan walaupun seribu ringgit untuk mencuba sesuatu yang baru, macam mana anda nak dapat income yang besar?

so anda kena berani untuk invest.. invest pada ilmu, invest pada produk untuk simpan stok, dan invest pada apa sahaja keperluan yang boleh tajamkan skill dan kembangkan bisnes anda.

anda juga perlu ada sikap independent iaitu tak perlu nak disuruh baru nak buat. sebab sekarang anda bukan lagi pekerja.. anda adalah boss bagi diri anda sendiri, kalau anda takde sikap independent, nak kena ketuk baru nak buat, macam mana dengan hala tuju company anda bila dah makin membesar nanti?

3. Leverage @ outsource tugasan bisnes anda

setiap orang hanya ada 24 jam sahaja. mana mungkin anda mampu untuk buat semua perkara dalam satu hari.. 

anda kena berani outsource kerja-kerja yang anda rasa tak perlu untuk anda tahu dengan mendalam atau kerja-kerja yang remeh.

beli masa orang lain untuk capai objektif hala tuju company anda..

4. Sentiasa menuntut ilmu dan bina networking

Bila anda buat bisnes, setiap hari anda akan belajar benda yang baru. lagi-lagi bila melibatkan bisnes teknologi. ada je yang kita takkan tahu..

so anda tak boleh bersikap konon-kononnya dah tahu semuanya, bisnes yang tak sanggup nak laburkan duit dan masa untuk explore benda baru lama-lama akan lingkup seperti Kodak dan Toys R.

walaupun company telah membesar dan berjaya conquer dunia, kalau taknak explore apa demand and supply dan ilmu baru pasti akan ditinggalkan oleh pesaing dan orang lain..

keduanya, perlu sentiasa bernetworking atau bersilaturrahim, dari kawan-kawan yang sama bisnes dan sesiapa sahaja. sebab kita takkan tahu mungkin suatu hari nanti dia akan jadi business partner dan pelanggan kita.

 

ok, cukup lah tu .

saya pun rasa dah panjang sangat. 

semoga perkongsian artikel ini memberi manfaat untuk anda dan dapat bantu kembangkan bisnes anda  Aminn Insha Allah

Pokok pangkalnya, anda dah tahu sekarang ni, mestilah kena take action. sekadar tahu sahaja, anda takkan dapat hasilnya,

sama sahaja seperti orang yang tak baca artikel ni. kena segera usahakan dan berani untuk take action, better slow than never

cuba lihat sikit pembaca  blog dan alumni ebay intelligence academy di bawah untuk motivasi anda

 

top-seller-hasilkan-jualan-ebay

 

Anda nak belajar bisnes ebay?

jemput join bengkel ebay intelligence pada 27 oktober 2018 ini di bangi 

>>>Bengkel Ebay Intelligence (Pakej D)<<<

Yang Benar,

Dr. Zul Ariffin Maarof

-Ebay Intelligence Academy-

    1 Response to "Case study jualan RM267,929.81 di ebay"

    • Amir Mazlan

      ni yang best baca blog mamabaryani..last-last mesti tak lokek untuk kongsi sama produk apa yang dijual.

      nak tanya satu perkara tuan..katakan la saya minat nak bisnes kat ebay cara dropship melalui web taobao atau 1688.

      walaupun tak perlu simpan stok, saya tetap jugak kena keluarkan modal kan?

      maksudnya, bila dah dapat buyer, saya perlu guna modal sendiri dulu untuk beli produk, pos kepada buyer, lepas barang dah selamat sampai, baru duit masuk ke ac paypal saya?

      atau duit daripada buyer tu terus masuk ke ac saya sebaik saja dia order kat ebay, dan duit tu saya boleh rolling untuk beli produk dan pos kepada buyer? maknanya boleh terus start biz kat ebay tanpa sebarang modal..

Leave a Reply

Your email address will not be published.