Hi, salam sejahtera semua. Nama saya Desmond. Apa khabar semua? Tanpa membazirkan masa, jom kita terus ke agenda utama kita pada hari ni. Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa bisnes secara online menjadi semakin popular hari kian hari.

Sekiranya anda ingin terjebak dengan bisnes online, semestinya anda akan mempunyai satu persoalan, platform manakah yang seharusnya saya pakai untuk memulakan kerjaya bisnes online?

Baik. Pernah anda dengar pasal eBay atau tidak?

eBay merupakan salah satu platform bisnes online yang paling terkenal di seluruh pelosok dunia. eBay merupakan salah satu platform online yang terawal dan sehingga hari ini, lebih dari 180 juta pengguna yang aktif membeli belah di eBay.

bisnes online
bisnes online tanpa modal

Banyak kan? Ya. Ini bermakna sekiranya anda menjual sesuatu produk di eBay, kadar dan peluang untuk penjualan adalah sangat tinggi kerana produk anda mempunyai potensi untuk didedahkan kepada 180 juta pengguna di seluruh dunia.

inilah kehebatan bisnes online. Anda tak perlu keluar dari rumah pun boleh jual ke seluruh dunia

Pemasaran efektif merupakan salah satu faktor yang penting sekiranya anda ingin berjaya dalam bidang bisnes online. dan eBay sememangnya mampu memenuhi faktor yang disebut tadi. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua, apa kelebihan menjual di eBay.

1. Tahap kepercayaan yang tinggi

bisnes online

Miltan Kumar Mishra, seorang penganalisa bisnes yang agak terkenal dengan publikasi jurnal berkaitan bisnes, telah melakukan satu uji kaji di mana beliau mendapati bahawa ramai pembeli berasa selamat dan selesa membeli dari eBay berbanding dengan platform yang lain.

Kelebihan ini sekali gus dapat menjamin produk anda mempunyai peluang yang cerah untuk dijual kerana pembeli lebih cenderung untuk membeli belah di eBay.

Banyak pelanggan ebay yang setia dan tetap suka membeli di eBay kerana eBay menawarkan perlindungan yang baik kepada pelanggan untuk menggelakkan pernipuan berlaku dan juga memastikan para pelanggan menerima layanan yang terbaik.

Oleh kerana eBay sudahpun terkenal dan mempunyai tahap kepercayaan yang sangat tinggi, anda tidak perlu bekerja keras untuk memujuk dan menyakinkan pelanggan sekiranya nak menjual produk anda.

2. Jangkauan antarabangsa

bisnes online

Seperti yang saya terangkan tadi, eBay merupakan satu platform bisnes online yang sudahpun terkenal di seluruh dunia. eBay melancarkan program “Global Shipping” bagi memudahkan para penjual untuk membuat penghantaran produk secara global.

Penjual boleh menghantar produk yang ingin dijual kepada gudang eBay yang terletak di Kentucky, Amerika Syarikat dan ebay akan menguruskan proses penghantaran yang seterusnya.

Anda tidak perlu bersusah payah mengisi borang kastam dan melakukan kerja kerja dokumentasi lain yang rumit. Anda cuma perlu sahkan produk yang anda ingin jual dan hantar ke gedung eBay. Senang betul tak?

3. Boleh menetapkan harga ataupun menjual produk secara pembidaan

bisnes online
bisnes online

eBay mula terkenal disebabkan proses lelongan yang sistematik dan sehingga hari ini, masih lagi kekal sebagai platform yang paling terkenal dalam lelongan barang.

Apabila anda menjual sesuatu produk di eBay, anda boleh memilih sama ada nak tetapkan harga barang yang anda ingin jual, ataupun boleh memilih untuk membuat lelongan. Sekiranya anda menjual sesuatu yang biasa sahaja, langkah terbaik semestinya memilih untuk mengekalkan harga yang cukup daya saing.

Sekiranya anda ingin menjual barang yang nadir ataupun “rare”, anda boleh lelong barang tersebut dan mempunyai peluang untuk meningkatkan harga jualan anda melalui bidaan. Anda juga boleh mengehadkan harga minimum supaya harga bidaan sentiasa lebih daripada harga minimum.

4. Flexibiliti

bisnes online

Salah satu kelebihan utama sekiranya anda menjual di eBay ialah kebebasan untuk melakukan apa yang kamu nak pada “online store” anda sendiri.

Anda juga mempunyai kebebasan untuk menetapkan polisi anda yang tersendiri dan juga menetapkan kos penghantaran. Anda juga boleh memilih untuk tidak membenarkan sebarang pemgembalian produk setelah dijual.

Anda juga boleh menggunakan gambar yang ditangkap sendiri dan menambah butiran berkaitan produk yang ada ingin jual supaya informasi tentang produk anda adalah tepat.

5. Sesuai untuk perniagaan secara kecil kecilan

bisnes online
bisnes online

Anda tidak perlu membayar sewa, insuran, dan lain lain bil sekiranya menjual di eBay. Jadi, hasil jualan anda boleh terus masuk ke poket anda sendiri.

Melalui eBay, anda boleh menjual produk di mana sahaja anda berada. Anda tidak perlu menyewa kedai untuk menjual produk anda, segala proses penjualan hanya di hujung jari anda sahaja.

6. Pengiklanan dan kempen secara cepat dan meluas

bisnes online

Bukan setiap orang mampu belanja berjuta juta bagi kempen dan iklan untuk membina reputasi dan pengiktirafan produk. Tiada caj tambahan sekiranya anda ingin menjual di eBay.

eBay mengambil bayaran ataupun yuran melalui harga jualan produk anda. Sekiranya anda hanya menjual satu produk, anda tidak perlu membayar caj langganan bulanan. Penarafan dan maklum balas dari para pembeli sahaja sudah cukup untuk membina reputasi anda di eBay.

eBay akan “menganugerahkan” bintang kepada penjual yang mempunyai banyak maklum balas dan penarafan yang tinggi dan sekali gus dapat membuat iklan dan kempen untuk produk anda secara efektif sepenuhnya dengan cara bisnes online sahaja.

bisnes online

Sebenarnya banyak lagi kelebihan menjual melalui eBay. Saya cuma menekankan beberapa kelebihan yang penting di sini. Sekian sahaja perkongsian saya pada hari ini.

Saya akan kongsi lagi info berkaitan eBay pada masa terdekat. Semoga hari anda sentiasa cerah dan indah.

Anda berminat untuk belajar bisnes ebay? Jom belajar dengan Dr. Zul Ariffin di sini

>>>Belajar Bisnes Ebay : Bengkel Ebay Intelligence<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.