Hanya menjual face mask berbekalkan modal yang kecil penjual ini berjaya membuat jualan sebanyak RM8,729.75 dalam masa 7 hari!

Hi, kali ini saya nak kongsikan kepada anda bagaimana nak menjual barang barang yang trending berbekalkan modal yang kecil dan pasarkan secara online tanpa perlu membuka kedai fizikal

Baru-baru ini dunia digegarkan dengan coronavirus yang berlaku di Wuhan, negara china. Akibatnya, bukan Malaysia sahaja yang tempias terkena serangan penyakit ni, kesannya satu dunia terjejas.

Oleh kerana serangan coronavirus ni masih belum dijumpai vaksinnya, ini menyebabkan orang ramai berasa panik dan takut terkena penyakit ni.

sebagai seorang usahawan, anda perlu alert dengan situasi keadaan semasa seperti isu coronavirus ni. Bagi menyelesaikan masalah ni, langkah pencegahannya adalah memakai topeng muka / facemask untuk mengurangkan masalah jangkitan di tempat tempat umum.

So, carian topeng muka / facemask ni meningkat dengan mendadak di pasaran luar negara dan juga dalam negara. Sebabnya orang panik takut terkena jangkitan dan masing-masing nak selamatkan diri dan melindungi kaum keluarga dari terkena jangkitan ni

jom kita tengok hasil carian di ebay keyword face mask ni

bisnes modal kecil

terdapat sebanyak 37,823 carian di ebay USA 27 Jan 2020 bulan lepas mengunakan data carian Data ebay. ini menunjukkan demand topeng muka di USA meningkat dengan mendadak sebab bimbang terkena jangkitan coronavirus ni

Kita boleh lihat juga permintaan face mask / topeng muka carian di ebay menggunakan tool eBay Advanced Search meningkat secara mendadak sejak 20 jan 2020 pada bulan lepas seperti gambar di bawah

Data carian facemask ini juga selari dengan carian di google trending seperti gambar di bawah

berita kesan terkena penyakit coronavirus yang takde dijumpai lagi ubatnya menyebabkan orang ramai berasa gelisah dan takut. Hasilnya, carian facemask di seluruh dunia meningkat dengan mendadak sehinggakan penjual-penjual topeng muka ada yang ambil kesempatan menjual pada harga yang berlipat kali ganda.

Sebagai seorang usahawan, bukanlah saya nak ajar anda ambil kesempatan jual pada harga yang berlipat kali ganda, tapi saya nak tunjukkan pada anda waktu ni adalah waktu yang sesuai untuk anda “ride the trend”.

sementara demand face mask tengah ramai orang cari, ape lagi start jual dan bekalkan lah face mask pada orang yang memerlukannya…

So, kalau anda takde modal yang besar, melalui ebay anda boleh jual tanpa perlukan modal besar, modal kecil je dah cukup…

So persoalannya nak jual macam mana ni?

Ok saya kongsikan kepada anda 3 langkah mudah untuk buat jualan di ebay.

Langkah Pertama:

Senang je, anda kena ada ilmu basic la cara nak menjual kat ebay..kalau takde lagi akaun ebay boleh baca artikel lepas yang saya dah tulis kat sini. Ini memang wajib, nak jual kat ebay anda mesti kena ada akaun ebay dulu, kalau tak, takleh la nak menjual.

lepas dah buat akaun, anda kena verify akaun ebay anda dengan ebay officer dan request mintak naikkan selling limit sekali.. tujuannya untuk pastikan anda boleh menjual setiap bulan di ebay dengan limit yang tinggi. so takdelah tersekat-sekat nak menjual nanti.

Dalam bengkel Ebay Intelligence saya ada ajarkan cara nak setup akaun ebay dari basic, sehinggalah proses menjual dan proses pos barang. Part yang paling berharga sekali adalah cara nak buat research kaji ebay data dan cara nak cari sumber supplier..benda ni yang wajib anda kuasai kalau nak boost sales dan maintain sales dengan konsisten.

Langkah Kedua:

lepas dah ada akaun, anda kena tengok ebay data buat kajian sikit demand di ebay.. barang apa yang buyer nak cari. face mask tu jenis apa yang ada demand.. berapa harga di jual, dan macam mana strategi nak jual

Anda kena buat market survey sikit la untuk study sikit competitor berapa ramai, keyword yang buyer gunakan untuk cari barang ni, conversion sales through rate yg optimize, dan strategi jualan yang optimal untuk pastikan barang yg dijual cepat mendapat sambutan

semua ni boleh di analisa melalui ebay data berdasarkan historical past selling data.

bestnya bisnes ecommerce ni setiap decision yang kita nak buat tu bukan pakai agak-agak. semua ada data yg membantu kita utk buat keputusan yang jitu.. bukan lagi zaman buat bisnes nak pakai agak-agak pakai rasa-rasa. no More agak-agak, alamatnya nak gagal tu tinggi lahh.

kita boleh lihat sample data listing seperti kat bawah ni, dalam masa 24 jam 17 unit terjual. Ini menunjukkan demand di ebay masih sangat-sangat tinggi.

data macam ni lah yang kita nak untuk pastikan barang yang bakal kita jual tu cepat dapat sambutan.

bisnes modal kecil

Langkah ketiga:

Lepas dah cek data dah cukup valid untuk kita duplicate method dan strategi competitor, mulakan langkah masuk market dengan menjual barang yg buyer nak. Offer pada buyer dengan service, kualiti, product presentation yg lebih baik dari competitor.

Insha Allah kalau research anda dah bagus, strategi jualan dah betul. memang cepat je nak terjual..

trafik kat ebay tu dah sedia ada.. tinggal kita jelah nak fikirkan macam mana nak buat buyer lebih suka beli melalui kita.

Ok sekarang jom tengok sikit case study seller yang berjaya ride the trend jual face mask ni kat ebay

Seller ni seller baru lagi, feedback masih kosong lagi.. tapi berjaya buat jualan dalam masa 7 hari berjaya jual 100 kotak face mask 100% menggunakan platform ebay tanpa run sebarang iklan berbayar.

cuma cabarannya ialah anda kena dapatkan harga dari supplier yang terbaik, so kena rajin buat market survey.. harga 1 kota 3-ply yang mengandungi 50 pieces face mask hanyalah dalam lingkungan harga RM20- RM40.

Tapi waktu musim coronavirus ni macam yang sy bagitau tadi ada ramai seller yang ambil kesempatan jual pada harga yang berlipat kali ganda untuk mengaut keuntungan.

Ada yang jual 50pieces mencecah RM100 sekotak. sebab demand memang tengah sangat-sangat tinggi.

kat mana nak dapat supplier? senang je.. anda boleh dapatkan di kedai-kedai farmasi, shopping complex, shopee, lazada, watson, guardian dan tempat-tempat yang lain

kena buat comparison harga sikit la lepas dah dapat data kat ebay ni.

bila dah dapat harga dari supplier dah boleh beli dulu 1 sample, test buat listing dekat akaun ebay anda, kalau kena dengan teknik yang betul, insha Allah barang akan cepat terjual

artikel ini hanyalah memberi pendedahan kepada anda untuk alert dengan isu-isu terkini dan belajar macam mana dengan isu semasa boleh memberi peluang kepada anda untuk menjana keuntungan

UPDATE: Artikel ini ditulis pada bulan februari 2020 berdasarkan data jualan pada bulan Jan sehingga feb 2020. Tetapi pada awal bulan Mac Ebay dan Amazon telah mengeluarkan larangan untuk menjual facemask kepada semua seller di kedua-dua marketplace ni.

So, JANGAN JUAL Face mask di ebay jika anda baca artikel ini pada bulan Mac 2020 dan ke atas. ini kerana ebay dan amazon telah melarang untuk membuat jualan face mask dan hand sanitiser atas isu memanipulasi dan mengambil kesempatan isu virus covid-19. Jika anda jual juga risiko untuk akaun anda kena remove listing/suspended/restriction adalah tinggi.

Kesimpulan

So, apa kesimpulan yang anda dapat belajar dari artikel kali ni?

anda kena sentiasa alert dengan perubahan dan permintaan di sekeliling kita. kena fikirkan kalau berlaku sesuatu masalah, apa solution yang boleh kita bantu.

Dengan menggunakan teknik dalam artikel ini, anda boleh tahu macam mana nak buat research untuk melihat trending item dan demand yang terkini di ebay.. Apa yang penting skill research anda mesti kena asah untuk sentiasa mampu bersaing di pasaran global.

Tidak semestinya saya kongsikan niche face mask anda kena jual barang ni, tapi teknik dan strategi buat research tu yang anda kena pelajari.

Oleh itu, apabila anda dah mahir buat research, dari situlah usahawan menjana pendapatan, iaitu dengan cara provide solution dengan membekalkan/ pasarkan produk jualan kita di ebay.. as in return, dapatlah sedikit gaji hasil kerjanya.

kedua, anda kena ada platform untuk pasarkan produk yang dijual.. cabaran paling utama untuk membuat jualan secara online adalah membawa trafik masuk ke website jualan.

anda kena ada banyak skill untuk tarik traffic, seperti skill copywriting, storytelling, closing, email marketing, facebook ads, SEO, google Adwords, content marketing dan banyak lagi.

so, kalau anda takde lagi skill untuk tarik traffic ni, jalan paling mudah nak buat bisnes modal kecil ni, tumpang pada traffic yang dah sedia ada seperti di lazada, shopee dan ebay

saya lebih recommend untuk anda fokus kat platform ebay lah..sebab kalau anda letak effort 1 jam untuk buat iklan di shopee, sama dengan effort 1 jam buat iklan di ebay, tapi di ebay anda akan dapat output 4 kali ganda disebabkan tukaran matawang USD ke ringgit Malaysia.

saya kongsikan sikit salah seorang pelajar bengkel saya pada bulan december 2019 yang lepas sebagai motivasi untuk anda

pelajar ni sebelum datang kelas memang zero.. dalam bengkel saya tekankan pada teknik nak analisa ebay data dan kenalpasti barang-barang yang boleh comply dengan ebay policy.. untuk pastikan menjadi ebay seller selama-lamanya.

So dapatlah diwariskan kepada cucu cicit.

hasilnya memang owesome, walaupun zero, Alhamdulillah berjaya buat jualan. Nak belajar bisnes ebay?

>>>Bengkel Ebay Intelligence<<<

    2 replies to "Case study jualan RM8,729.75 di ebay"

    • ijan

      salam Dr Zul,

      nak tanya, link utk pembelian ebook ebay tu x boleh buka,sy cuba nak beli tp website xboleh buka.

      • Zul Ariffin

        wasalam tuan, ya utk billing order website sy tengah upgrade 2-3 hari ni.. untuk sementara ni pembelian boleh direct contact sy di zulariffinmaarof@gmail.com or 0162322119 ye tuan

Leave a Reply

Your email address will not be published.