Warga emas mampu hasilkan jualan di pasaran USA

Assalamualaikum dan hai, 🙂

Artikel kali ni saya nak share kepada anda satu video rakaman sesi tutorial antara saya dan seorang warga emas berusia 60 tahun.

Apa yang istimewanya kisah ni adalah beliau adalah seorang newbie yang memang zero knowledge tentang bisnes ebay

saya panggil beliau kak laili je.. dia datang belajar dengan saya pada bulan december 2019. Bulan mac 2020 baru habis sesi personal coaching dia dengan saya yang terakhir.

Sedikit latar belakang akak ni, dia asal dari bangi, peniaga kuih untuk dia jual hantar ke sekolah-sekolah. Kak laili ni memang langsung tak pernah tau bisnes online, ni kali pertama baru nak belajar-belajar jual secara online ke pasaran USA.

Dia cakap kat saya, dia nak cuba jual barang ke pasaran antarabangsa, terutamanya pasaran Amerika syarikat. Bersungguh-sungguh dia datang dan mintak tunjuk ajar..

dia tanya saya, boleh tak dia nak jual kuih export ke USA, saya kata kat dia..tak semua benda kita boleh jual. Macam mana cara nak jual kat pasaran sana, kita mesti kena buat kajian dulu,

bestnya bisnes ebay ni, dah tak perlu pakai agak-agak apa yang laku keras kat sana..so tak buang masa dan tak habis modal dekat simpan stok dan barang yang tak laku tak terjual

semuanya ada data untuk dianalisa.. dah siap semua ebay sediakan, kita kena pandai analisa dan faham ebay data tu je dulu. So saya ajarkan dia cara buat market research yang proper..

atas kesungguhan dan komitmen yang dia tunjukkan, saya terus aturkan satu program khusus untuk dia, memang banyak benda nak kena belajar..lagi-lagi bila memang zero knowledge tentang bisnes online. 

saya pecahkan modul kepada 3 perkara seperti di bawah

  • Modul Pertama : Fundamental Ebay Paypal Algorithm
  • Modul Kedua : Ebay data analisis
  • Modul Ketiga : Strategi menjual

So saya tak bagi sekaligus, takut dia pening kepala, saya bagi task dan ajar sikit-sikit, saya cakap kat dia, walaupun sikit, tapi yang penting setiap kali dia jumpa saya, assigment yang saya bagi dia mesti kena siapkan.

Sekurang-kurangnya, walaupun belajar lambat..tapi progress mesti ada setiap kali jumpa.So selepas 3 bulan, Alhamdulillah hampir kesemua modul yang saya ajarkan dia dapat praktiskan dengan baik..

Akhirnya impian dia untuk  buka kedai online di pasaran USA telah tercapai, dia berjaya dapat pelanggan yang pertama dari Amerika Syarikat!

ini adalah screenshot jualan dia untuk kali pertama

Memang sangat excited dia call saya ucapkan terima kasih berkali-kali. Alhamdulillah.. saya pun tumpang happy sebab akhirnya dia berjaya buat jualan pertama di ebay

Selepas satu barang terjual, barang yang kedua, ketiga dan seterusnya terus terjual.

The key to success is focus on goals, not obstacles

Walaupun usianya dah pun mencecah umur 60 tahun, tapi dia tak menjadikan umur sebagai penghalang untuk dia capai kejayaan

kalau anda tengok orangnya pun memang tak nampak umur 60 tahun, mungkin sebab dia berfikiran positif dan mungkin jiwa dan semangatnya macam orang muda.hehehe..

Ni gambar saya dengan dia waktu kali pertama jumpa di starbuck muar pada bulan december 2019, kali kedua saya dah tak amek gambar dah,

tak nampak muka tua kan? tapi dia ni dah kira pangkat mak saya ni, hahaha..

sy kongsikan video yang berdurasi hampir 60 minit kat bawah ni untuk anda pun boleh turut sama-sama belajar..

video ni adalah rakaman antara saya dan dia untuk bantu dia proses order dia kali pertama dan kedua, jemput tonton video di bawah

Video Cara pos barang di ebay dan case study proses order

Semoga video ini membantu anda memahami bisnes ebay dengan lebih baik dan memberikan anda idea apa itu bisnes di ebay

Jika anda nak belajar lebih lanjut, boleh juga dapatkan panduan ebay intelligence di sini

Panduan Ebay Intelligence

Selamat menonton!

Jumpa lagi di artikel yang lain, insha Allah saya akan kongsikan lebih banyak info-info ebay yang sangat bermanfaat untuk anda

Salam Kejayaan dari saya

Dr Zul Ariffin Maarof

-Ebay Intelligence Academy-


Dr. Zul Ariffin
Dr. Zul Ariffin

Dr. Zul Ariffin Maarof adalah pengasas website mamabaryani.com. Ditubuhkan pada tahun 2016. Berkelulusan PhD dalam bidang Matematik. Berpengalaman melatih lebih 5000 usahawan dan pelajar IPT berniaga di ebay. Beliau berjaya mencapai jualan online 7 angka pada usia 29 tahun dan bergelar Doktor Falsafah pada usia 30 tahun. Merupakan anggota "Think tank academy" kerajaan negeri dalam membangunkan modul keusahawanan Pelajar IPT dan Usahawan online.

    6 replies to "Case Study newbie ebay buat sales RM1170.96 dalam masa 7 hari"

    • Cape

      Salam Tuan,

      Saya baru nak cuba2 eBay ni. Paypal yang kita guna tu personal information akan nampak oleh buyer. So it’s ok diorang nampak details tu? or nak letak selain actual info?

      • Zul Ariffin

        Wslm tuan, xde masalah tuan.. nak lebih baik, better tuan dftr ebay dan paypal as a business akaun

        • Cape

          Ok maklum, so boleh lah guna yang paypal personal dlu buat sementara ni. kalau daftar ebay & paypal biz akaun kena ada daftar SSM kan?

    • Cape

      Soalan lain,
      1. Model perniagaan ebay ini adakah halal mengikut syariah? mksud saya dibolehkan dalam islam.
      2. merujuk perkara no.1, keuntung berganda itu adakah dibenarkan dlm islam. cth barang USD 1.00. Kita jual USD 4.00. maka (denggan angapan usd 1 = rm 4). RM 16.00 – Rm 4.00 = untung RM 12 (3 x ganda).

      maaf hanya untuk mendapat pencerahan & tambahan ilmu shj.
      Terima kasih.

    • Mohamed Ghazali Abdul Rahim

      Tuan zul kalau nak beli ebook ebay berapa harga

      • Zul Ariffin

        ebook rm197 shj tuan boleh rujuk di sini ye mamabaryani.com/ebaypower

Leave a Reply

Your email address will not be published.