Teknik buat editing gambar | cara jual barang di ebay

Salam & Hi, artikel kali ini saya nak kongsikan pada anda teknik mudah untuk cara jual barang di ebay iaitu teknik editing gambar listing/ iklan di akaun ebay anda

teknik ni sangat penting untuk pastikan akaun ebay anda sentiasa mematuhi peraturan yang ebay telah tetapkan

berikut adalah peralatan yang diperlukan:

  • Camera Handphone / Camera DSLR
  • Manilakad putih/ background putih
  • Lampu pencahayaan yang cukup
  • microsoft power point

Semua peralatan ini anda boleh dapatkan dengan mudah sama ada beli di shopee ataupun beli di kedai berdekatan dengan rumah anda

contoh mini studio lighting yang saya gunakan di bawah untuk saya ambil gambar produk yang saya nak jual di ebay

jual barang di ebay
studio lighting product

lepas anda dah ada studio lighting, anda perlu ambil gambar produk kalau boleh sebanyak 12 keping gambar dari pelbagai sudut yang berbeza

ini sangat penting untuk pastikan anda boleh gunakan semaksima mungkin ruangan gambar yang telah ebay sediakan di bahagian listing.

Ianya juga untuk pastikan barang yang anda jual di ebay tu berpotensi untuk terjual dan mendapat perhatian dari buyer.

Jika anda seller newbie, salah satu kriteria mengisi gambar listing dengan semaksima mungkin akan mematuhi polisi ebay yang di panggil sebagai “best selling practises”.

So, kemungkinan untuk akaun ebay kena suspend or restriction adalah rendah berbanding anda buat kerja cincai je.

saya ada buatkan tutorial dalam bentuk video untuk anda lebih mudah faham, boleh tonton video tu di sini

Selamat menonton! jangan lupa subscribes ye 🙂

>>Belajar bisnes ebay & Join Bengkel ebay di sini<<< (opens in a new tab)">>>>Belajar bisnes ebay & Join Bengkel ebay di sini<<<


Dr. Zul Ariffin
Dr. Zul Ariffin

Dr. Zul Ariffin adalah pengasas website mamabaryani.com. Ditubuhkan pada tahun 2016. Berkelulusan PhD dalam bidang Matematik. Berpengalaman melatih lebih 5000 usahawan dan pelajar IPT berniaga di ebay. Beliau berjaya mencapai jualan online 7 angka pada usia 29 tahun dan bergelar Doktor Falsafah pada usia 30 tahun. Merupakan anggota "Think tank academy" kerajaan negeri dalam membangunkan modul keusahawanan Pelajar IPT dan Usahawan online.

Leave a Reply

Your email address will not be published.