Hi, artikel kali ini saya nak share cara dropship dari shopee malaysia untuk jual di ebay pasaran Amerika syarikat

Saya harap sahabat semua dalam keadaan sihat sejahtera serta berbahagia di kalangan orang yang tersayang.

Bertemu kembali dengan artikel saya yang mana saya banyak membongkarkan produk-produk yang tidak dijangka-jangka “meletop” di platform niaga ebay di dalam pasaran antarabangsa hanya dengan cara dropship dari shopee malaysia .

Hari ini saya ingin bongkarkan satu produk yang akan menaikkan semangat anda-anda semua untuk mula melibatkan diri dalam perniagaan online di platform ebay.

Produk hari ini ialah Hand Grasp Ascender Mountaineering Rock.

dropship shopee malaysia
Hand Grasp Ascender Mountaineering Rock.

Hand Grasp Ascender digunakan sebagai satu alat untuk menaikkan tali dalam pendakian tali tunggal menegak, seperti memanjat batu, memanjat pokok. Produk ini dipasang di dalamnya membantu meluncurkan tali dengan mudah tetapi menjepit apabila ditarik ke arah yang bertentangan.

Produk ini memberikan keselesaan yang sangat baik dan cengkaman bantuan untuk memudahkan pendakian walaupun dalam pendakian tali tunggal yang panjang. Anda boleh survey produk ini juga ada jual di shopee dan lazada

so kalau ianya ada, anda boleh buat dropship dari shopee malaysia sahaja untuk jual di ebay.

Persoalan disini, boleh jual ke produk ini di ebay? Kalau terjual pon ada untung ke? Ayuhhh kita rungkaikan segala persoalan sahabat-sahabat semua satu per satu.

Kita mulakan dengan hasil pencarian saya di google trends.

dropship shopee malaysia
Google Trends

Berdasarkan google trends, kita dapat lihat bahawa trend penduduk di dunia mencari apa-apa yang berkaitan dengan “Hand Grasp Ascender Mountaineering Rock” ini semakin hari semakin meningkat. Data di atas menunjukan data-data sepanjang setahun yang lepas dan ia memperlihatkan bahawa hampir setiap hari, jumlah pencarian berkaitan produk ini melebihi daripada 50 kali.

Ini dapat dikatakan produk ini “evergreen” kerana dalam masa setahun, trend semakin konsisten menaik. Jadi kita dah dapat 1 petunjuk bahawa produk ini sedang menjadi trending di dalam seluruh dunia.

Baiklah seterusnya saya ingin menunjukkan hasil kajian saya melalui Zik Analytic pula. untuk membuat kajian siapa lagi seller malaysia yang dah buat dropship dari shopee malaysia untuk jual di ebay USA.

Seperti yang anda semua dapat lihat, produk ini mempunyai selling through sebanyak 50% yang mana membawa maksud dalam 8 listing yang terbaik dipilih ini, sebanyak 4 produk telah terjual dalam masa sebulan. Jumlah hasil jualan kasar yang terhasil oleh produk ini adalah sebanyak USD 146.82 atau bersamaan dengan RM 587.28.

dropship shopee malaysia
Zik Analytic

Berdasarkan zik analytic juga, kita dapat melihat seller-seller yang cemerlang menjual produk ini berdasarkan peratusan yang dikeluarkan. Dari hasil analisis ini, terdapat 1 seller yang menarik perhatian saya untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian.

drophsip shopee malaysia
Seller “Modern_unicorn”

Seller yang bernama “Modern_unicorn” telah mendahului senarai seller yang berjaya menunjukkan prestasi yang baik. Seller ini telah menjual 3 produk ini dalam tempoh 30 hari kebelakangan ini dengan harga USD 45.47 atau bersamaan dengan RM 157.20.

Seterusnya kita cari ada ke supplier yang boleh kita buat dropship. Untuk proses ini, kebiasaanya saya akan mencari di platform niaga yang terkenal di Malaysia iaitu Lazada dan Shopee Malaysia untuk buat dropship.

Saya kongsikan hasil pencarian saya.

dropship shopee malaysia
Lazada

Gambar di atas menunjukan seorang seller di Lazada menjual produk yang sama dengan harga RM 85.46 setiap satu. Wahhh bagi saya agak mahal sebenarnya.

Dan kalau kita nak jadikan ini sebagai supplier kita, margin keuntungan kita akan jadi tersangatlah kecik.

Seterusnya saya kongsikan seller daripada shopee pula.

dropship shopee malaysia
Shopee

Berdasarkan seller shopee ini, beliau menjual produk yang sama tetapi dengan harga yang sangat menarik. Beliau menjual dengan harga hanya RM40.76.

Yess!! Saya dah jumpa supplier yang baik untuk produk ini.

Ayuhhh kita mula kira keuntungan yang kita dapat sekiranya kita nak buat dropship produk ini di ebay.

Sebelum itu saya ingin tunjukkan cas tambahan yang perlu untuk kita sediakan sekiranya ktia ingin terlibat dengan ebay iaitu ebay fees dan paypal fees.

Berdasarkan calculator di atas, jumlah extra cas yang perlu disediakan oleh pihak seller di ebay bagi produk ini ialah sebanyak USD 6.17 atau bersamaan dengan RM 24.68.

Seterusnya saya akan kongsikan pengiraan anggaran keuntungan kasar bagi sorang seller yang ingin menjual produk ini di ebay dan membuat perbandingan antara ketiga tiga platform meniaga online yang terkenal ini.

Harga barang yang dijual di ebay adalah pada harga RM157.20 dan caj tambahan dikenakan sebanyak RM24.68, maka harga jualan sebenar adalah  sebanyak RM132.52 manakala seller di lazada menjual dengan harga RM85.46 dan seller di shopee pada harga RM40.76.

dropship shopee malaysia
Perbandingan antara platform

Dengan mengganggap harga paling murah iaitu harga di shopee sebagai harga kos seunit produk ini, jumlah keuntungan kasar bagi seller di lazada sebanyak RM44.70, manakala keuntungan kasar di ebay sebanyak RM91.76.

Anda tak perlu beli banyak-banyak dulu, cukup hanya bila dapat order di ebay, baru anda buat belian di shopee. ini dinamakan separa dropship dari shopee malaysia.

Selepas membuat pengiraan peratusan, saya mendapati bahawa dengan menjual produk yang sama di ebay kita dapat menjana peratus keuntungan sebanyak 225.12% lebih daripada keuntungan yang kita dapat sekiranya kita menjual di shopee.

Oleh itu, ayuh sahabat-sahabat sekali. Ayuhh bangkit untuk berjaya.

Peluang untuk menambah pendapatan kita dengan mudah sudah terbuka didepan kita semua.

Kita hanya perlukan sedikit usaha dalam misi untuk mencapai keselesaan dalam kehidupan seharian kita.

Tiada ilmu? Tiada sokongan? Tiada kemahiran?

Jangan malu jangan segan, dapatkan panduan ebay intelligence di sini untuk dapatkan support group dan kelas revision

Semoga dengan usaha kita, kita berjaya memberikan kebahagiaan berganda buat keluarga tercinta.

    4 replies to "Rahsia produk dropship shopee Malaysia jual di Ebay"

    • rozie

      assalamualaikum
      salam perkenalan.
      terima kasih diatas ilmu ebay yang dikongsikan.Saya ingin bertanya website ebay mana yang sis meniaga yea?saya kurang paham hal ni.Link sya sertakan dibawah ini betul ?

      https://www.ebay.com.my/

      terima kasih.

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam puan, website di ebay.com puan, ebay.com.my tu utk market mlysia

    • and rahim zubir

      Hi
      Sya nk beljar lgpon sya zero bolt ajar saya

Leave a Reply

Your email address will not be published.