Kali ini saya nak kongsikan 3 tips strategi menjual di ebay untuk panduan anda
Tips ini sesuai untuk new seller di ebay mempelajari teknik menjual di ebay bagi mengurangkan risiko barang tidak mendapat permintaan di pasaran luar negara.
Saya pasti serba sedikit anda mesti dah mula tertarik dengan peluang untuk menceburi bisnes online. Pelbagai contoh telahpun ditunjukkan bahawa ramai seller dari Malaysia mampu menembusi ke pasaran negara asing, terutamanya ke Amerika Syarikat.
Persoalannya sekarang, bagaimana anda ingin memastikan bahawa produk yang anda ingin jual di ebay mempunyai potensi yang sama untuk tembus ke pasaran negara asing?
Di sini saya ingin memberikan beberapa tips cara menjual di ebay yang berkesan supaya produk anda sentiasa mempunyai keperluan dan seterusnya meningkatkan peluang anda untuk tembus ke pasaran negara asing.
- Buat kajian produk yang anda ingin jual
Ramai yang pandang enteng dan tidak mengambil perhatian tentang kajian produk. Ramai yang tidak tahu sebenarnya kajian sebelum menjual adalah salah satu langkah yang paling penting sebelum anda mula menjual.
Ramai seller yang baru suka mengikut gerak hati atau firasat mereka apabila menjual di ebay. Mereka selalunya fikir dunia bisnes ini senang, mudah, indah selalunya, namun hakikatnya adalah sebaliknya.
Sepatutnya, anda perlu kaji terlebih dahulu, sama ada produk anda mempunyai keperluan yang tinggi atau tidak di luar negara.
Pada artikel sebelum ini, saya masih ingat lagi saya pernah kongsikan bahawa terdapat seorang seller dari Kedah berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM4400++ hanya dengan menjual kepingan meruap jenama Ridsect.
Seller ini bijak kerana beliau telahpun melakukan kajian yang cukup terperinci sebelum menjual.
Pernahkah anda ambil tahu tentang produk racun serangga? Semestinya tidak kan? Saya pun tidak pernah ada niat nak ambil tahu pun.
Tetapi di situlah adanya peluang yang terbuka dengan luas, dan seller ini terus menyambar peluang tersebut. Sekiranya anda merujuk kepada kajian soal selidik yang dilakukan di Amerika Syarikat melalui seller yang menjual di ebay,
ramai berpendapat bahawa produk racun serangga di Amerika Syarikat tidak dapat menghalang atau membunuh nyamuk dengan berkesan.
Mereka lebih cenderung kepada produk racun serangga dari negara lain, terutamanya dari Asia. Hal ini demikian kerana populasi nyamuk di Asia adalah jauh lebih tinggi dari negara Barat seperti Amerika Syarikat dan lain-lain.
Oleh yang demikian, kebanyakkan kajian tentang produk racun dan penghalau nyamuk dilakukan di negara Asia dan secara tidak langsung, produk racun serangga kursusnya nyamuk dari negara Asia kebiasaannya jauh lagi berkesan jika dibandingkan dengan produk dari negara Barat dan Eropah.
Jadi, kajian tentang produk adalah sangat penting untuk pastikan produk yang anda jual di ebay mampu bersaing di pasaran negara asing.
- Jual produk tempatan ke negara asing
Sekali lagi saya ambil produk Ridsect sebagai contoh. Ridsect merupakan produk tempatan yang berdaftar di bawah syarikat S. C. Johnson & Son.
Maknanya, produk Ridsect ini hanya boleh diimport dari negara kita, sekali gus dapat menjamin produk yang anda jual di ebay semestinya akan sentiasa mempunyai keperluan, sama ada keperluannya yang tinggi ataupun rendah, itu sahaja.
Syarikat S. C. Johnson & Son pula merupakan syarikat multinasional yang berpusat di Amerika Syarikat. Dari segi jenama orang Amerika Syarikat semestinya akan yakin dengan produk Ridsect dan sekali gus mampu menarik minat mereka untuk mencuba produk Ridsect.
- Tetapkan harga yang kompetitif
Setelah anda telah mengenal pasti produk apa yang anda ingin jual di ebay, langkah yang seterusnya ialah anda perlu menetapkan harga yang kompetitif.
Tetapkan harga mengikut kadar harga di pasaran negara yang anda ingin tembusi. Ambil produk Ridsect sebagai contoh sekali lagi, sekiranya anda ingin menembusi ke pasaran Amerika Syarikat, pastikan anda bandingkan dengan harga produk racun nyamuk dari Amerika Syarikat terlebih dahulu.
Jangan pula ambil harga tempatan dan terus tukar ke mata wang Amerika Syarikat, anda pun nak untung juga kan? Harga sepinggan nasi goreng di sini semestinya tidak sama dengan di Amerika Syarikat betul tak?
Konsep yang sama juga anda harus praktikkan untuk bisnes online. Berbalik kepada contoh produk Ridsect, seller ini menjual kepingan meruap Ridsect dengan harga USD 14.00, bersamaan dengan RM 56.00.
Sekiranya anda membeli kepingan meruap Ridsect di kedai runcit, harga satu kotak kepingan meruap ini baru RM10.50.
Tetapi disebabkan harga normal untuk produk racun serangga di Amerika Syarikat adalah sedemikian (dalam lingkungan USD 7.00 ke USD 13.00), seller ini pun berani meletakkan harga yang lebih kurang sama ataupun tinggi sedikit bagi menampung kos penghantaran produk ke Amerika Syarikat.
Apa yang saya boleh simpulkan untuk perkongsian pada hari ini adalah betapa pentingnya melakukan kajian sebelum anda memulakan bisnes online untuk mengelakkan kerugian berlaku dan juga memastikan produk anda sentiasa laris di pasaran.
Saya berharap tips-tips yang saya kongsi hari ini mampu membuka minda anda semua dan sekali gus mampu membantu anda memilih produk yang sesuai untuk dijual online.
Sekian sahaja perkongsian saya pada hari ini, semoga hari anda sentiasa cerah dan indah.
Anda berminat untuk belajar bisnes ebay? Jom belajar dengan Dr. Zul Ariffin di sini.