Cara buat duit online di ebay dengan menjual produk kosmetik dari Malaysia
Artikel kali ini saya nak kongsikan cara buat duit online hanya dari rumah jual di pasaran ebay produk yang berasaskan kosmetik yang bernama ‘24k collagen mask face’ atau saya akan panggil sebagai ‘face mask’.
Saya mulakan dengan menunjukkan hasil penyelidikan saya daripada google trends.
Dengan menggunakan kata kunci “24k Gold Collagen Mask”, hasil daripada google trend menunjukkan bahawa hasil pencarian di google trend berkaitan produk ini sangat baik dan ini menunjukkan bahawa cara buat duit online untuk produk ini sedang hangat di pasaran. Ini adalah peluang untuk kita buat jualan daripada produk ini.
Seterusnya saya bentangkan hasil dapatan saya melalui ‘zik’ analytic.
Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di atas, bagi produk ini, sell through dalam masa 30 hari kebelakangan ini adalah sebanyak 410.2%. woww! Banyak tuu.
Sell through ini adalah daripada bilangan sold item per bilangan listing yang dibuat di e-Bay dalam tempoh 30 hari ini. Untuk produk ini, sebanyak 98 listing telah dibuat oleh sellers di seluruh dunia. Dan daripada 98 listing ini, sebanyak 402 item telah dijual.
Jadi setelah dibuat pengiraan ringkas, saya mendapati produk ini telah berjaya terjual hampir 13 unit sehari. Dan jumlah hasil jualan kasar direkodkan sbanyak USD 2428.42 atau bersamaan dengan RM9713.68.
Baiklah seterusnya saya akan membuat perbandingan untuk mencari supplier yang saya boleh dapat harga yang paling berbaloi untuk saya buat listing di e-Bay.
Yang pertama : lazada. Saya telah menjumpai satu seller yang menjual produk ini berharga rm4.21 sehelai.
Seterusnya saya terus mencari di shopee pula. Dan hasil pencarian saya di shopee, saya menjumpai seorang seller menjual produk ini dengan harga rm2.99 sehelai sahaja. Dan berdasarkan gambar di atas kita dapat lihat bahawa seller ini telah berjaya menjual 143 unit.
Ini menunjukkan bahawa seller ini merupakan seorang trusted seller dan kita boleh jadikan seller ini sebagai supplier kepada produk ini sekiranya kita ingin membuat listing di ebay nanti.
Seterusnya saya kemukakan contoh seorang seller yang telah menjual produk ini di e-Bay.
Seorang seller bernama ‘GURPS1305’ telah menjual produk ini dengan harga GBP 0.99 atau bersamaan USD 6.23 atau bersamaan dengan rm24.92. Daripada sini kita dapat lihat bahawa harga yang dijual di ebay jauh lagi mahal daripada lazada dan shopee.
Sebelum saya meneruskan perbandingan di ketiga tiga platform, saya ingin menunjukkan cas tambahan yang dikenalah oleh seller di ebay untuk ebay dan paypal fee.
Berdasarkan gambar di atas kita dapat lihat bahawa dengan menjual produk ini dengan harga USD6.23, seller ini dikenakan sebanyak u=USD0.62 (ebay fee) dan USD0.48 (paypal fee). Untuk caj tambahan saja seller ini telah dikenakan caj sebanyak USD1.1 atau bersamaan dengan RM4.40.
Baiklah seterusnya saya ingin menunjukkn perbandingan yang saya lakukan antara ketiga tiga platform meniaga online yang terkenal ini.
Harga barang yang dijual di ebay adalah pada harga rm24.92 dan caj tambahan dikenakan sebanyak rm4.40, maka harga jualan sebenar adalah sebanyak rm20.52.
Seller dilazada menjual dengan harga rm4.21 manakala seller di shopee pada harga rm2.99.
Dengan mengganggap harga paling murah iaitu harga di shopee sebagai harga kos seunit produk ini, jumlah keuntungan kasar bagi seller di lazada sebanyak rm1.22, manakala keuntungan kasar di ebay sebanyak rm17.53.
Selepas membuat pengiraan peratusan, saya mendapati bahawa dengan menjual produk yang sama di ebay kita dapat menjana peratus keuntungan sebanyak 586.29% lebih daripada keuntungan yang kita dapat sekiranya kita menjual di shopee dan lazada.
Tapi persoalan sekarang adakah orang yang nak membeli produk ini di ebay dengan harga yang begitu mahal?
Mari saya tunjukkan.
Berdasarkan gambar di atas kita dapat melihat seorang seller ini telah menjual produk ini dengan harga USD6.23 dengan jumlah jualan setakat pada hari ini adalah sebanyak 2450 unit. Hasil daripada produk ini sahaja seller ini telah mendapat hasil jualan sebanyak USD15263.5 atau bersamaan dengan RM61054. Okalah kan? Alhamdulillah.
Hanya dengan 1 produk ini seller ini telah berjaya membuat hasil jualan hampir dengan gaji seorang guru di malaysia selama setahun.
Semoga kita berjumpa di artikel yang seterusnya untuk saya mengupas produk lain yang lebih meletopp di pasaran ebay.
Akhir kalam, selamat maju jaya dan selamat beramal.
>>Panduan Ebay Intelligence<<< (opens in a new tab)">>>>Panduan Ebay Intelligence<<<
16 replies to "Cara buat duit online dengan jual produk kosmetik"
Bagaimana dengan post barang? Guna platform apa tuan?
utk pos barang klau bawah 2kg boleh guna dhl ecommerce or flexipax post malaysia tuan, utk 2kg ke atas better guna express service
Ni dh termasuk kos pos ke
belum termasuk kos postage skali tuan
Salam tuan. nk tanya klo kite order brg dari seller shoppee tu pastu suruh die pos ke alamat customer ebay boleh ke?
wslm, klu seller tu boleh tlg poskan xde mslh tuan, boleh deal dgn seller shopee tuan tu
Salam Tuan, blh sy tau apa beza Web2ship dgn flexpax post? Sbb tdi sy ada tgok video YouTube Tuan mengenai shipping di Web2ship.
web2ship 3rd party service yg offer..flexipax pulak mmg dari pos mlysia puan. web2ship ada bnyak courier..boleh pilih mana2 yg sesuai
Better include kos pos dalam harga ke? atau tak perlu include?
ikut data pattern puan, klu include dlm harga jual lg bnyak sales better buat gitu..tgok jenis barang, kena study data dlu
kalau saya ambil pakej A kalau nak pergi kelas kemudian kena bayar sama juga ke 350
klu nak g kelas kemudian just tmbah topup harga yg kurang shj puan
mcmana ye kita nak check samada boleh ke tak brg yg kita nak htr dengan menggunakan perkhidmatan pos laju
klu brg tu dimension kecik dan ringan bwh 2kg boleh pos guna flexipax pos malaysia tuan.boleh rujuk eziemall untuk cek rate n beli parcel..
sekarang pergantungan operasi flexipax dari pos malaysia. ada pilihan lain yang practikal dan murah tak selain DHL express?
boleh gunakan web2ship atau dhl ecommerce puan