Jualan minyak lintah ini adalah bermula dari Jun 2019 sehingga Mei 2020

Artikel kali ini saya nak kongsikan kepada anda sedikit statistik berkenaan dengan jualan produk tempatan iaitu minyak lintah

Siapa sangka seller Malaysia mampu menjual produk kebanggaan tempatan iaitu niche yang boleh dikatakan “evergreen” di pasaran Malaysia

Sebenarnya Di USA juga mendapat permintaan yang tinggi setiap bulan. Ramai pengguna di sana sudah mula sedar bahawa penggunaan bahan organik adalah lebih baik berbanding produk yang berunsur bahan kimia

kenyataan ini diterjemahkan hasil daripada data jualan minyak lintah gunung hijau dalam tempoh 1 tahun yang lepas bermula dari artikel ini ditulis.

Jom kita tengok sedikit statistik jualan minyak lintah oleh ebay seller Malaysia bermula dari bulan Jun 2019 sehinggalah April 2020

minyak lintah gunung hijau

Mengikut data statistik di atas, bermula pada bulan Jun 2019 sehinggalah bulan April 2020, purata jumlah terjual setiap bulan adalah sebanyak 309 unit.

Pada bulan Jun 2019, minyak lintah gunung hijau telah terjual sebanyak 257 unit oleh 39 orang ebay seller dari Malaysia. Jualan tertinggi minyak lintah adalah pada bulan Oktober iaitu sebanyak 413 unit oleh 52 orang ebay seller Malaysia di pasaran ebay USA

Bulan Oktober adalah pada season Q4, iaitu buyer di sana cenderung untuk shopping lebih banyak bagi meraikan sambutan perayaan Christmas yang akan tiba pada bulan Disember.

Kita dapat lihat dari graf di atas jumlah minyak lintah semakin meningkat bermula pada bulan Sept sehinggalah bulan Desember.

Purata jumlah ebay seller yang menjual minyak lintah gunung hijau pula adalah sebanyak 43 orang seller dari Malaysia.

Sebenarnya hampir 80% penjual minyak lintah di pasaran ebay USA adalah dari negara Malaysia.

Data ini menunjukkan jumlah competitor bagi minyak lintah ni adalah tidak berapa sengit berbanding jumlah potential buyer di ebay adalah seramai 183 juta pada season Q4 2019 yang lepas.

minyak lintah gunung

kita dapat lihat lebih jelas bilangan unit minyak lintah terjual oleh ebay seller Malaysia seperti di bawah

Jumlah yang menjual juga tidak ramai, anda boleh rujuk jumlah seller Malaysia setiap bulan yang menjual minyak lintah gunung hijau di pasaran ebay USA seperti di bawah

Oleh kerana produk ini hanya ada di Malaysia, ini memberikan kelebihan kepada ebay seller Malaysia untuk menguasai jualan minyak lintah di pasaran ebay USA.

Berbanding produk-produk lain, seller Malaysia terpaksa bersaing dengan seller luar negara, terutamanya seller dari China dan seller dari negara USA sendiri.

Harga purata kos penghantaran adalah sebanyak $3.47 dollar. Anda boleh lihat harga purata shipping charge yang dikenakan oleh ebay seller malaysia setiap bulan seperti graf di bawah

minyak lintah gunung hijau

harga pada bulan jan 2020 semakin meningkat ini kerana perubahan kos postage yang berlaku di Malaysia terutamanya Pos Malaysia. Dan pada bulan Mac dan April 2020, rata-rata kebanyakan seller pos menggunakan DHL sewaktu musim Covid19

ini seiring dengan harga jualan produk minyak lintah gunung hijau juga ada perubahan pada bulan Jan 2020 dan ke atas. Rata-rata seller menjual pada harga yang agak tinggi sedikit.

Anda boleh lihat data seperti di bawah

minyak lintah gunung

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, berdasarkan data-data di atas minyak lintah gunung hijau boleh dikategorikan sebagai produk yang sentiasa evergreen dan mendapat permintaan di pasaran luar.

So amat-amatlah rugi jika anda tak mulakan langkah meneroka pasaran luar terutamanya pasaran Amerika Syarikat.

Platform terbaik dan mudah untuk pasarkan produk-produk tempatan adalah seperti platform Ebay dan Amazon.

Ini kerana di ebay dan Amazon adalah merupakan ecommerce utama di USA bagi pembeli mendapatkan barang-barang keperluan.

So, kedua-dua website ini mempunyai jumlah pelawat yang tinggi setiap bulan. So rugilah kalau anda tak pasarkan produk di website ni seperti menjual minyak lintah gunung hijau ni.

Anda dah dapat jimat banyak kos pengiklanan untuk mendapatkan pelanggan dari luar negara.

Jika anda tak tahu nak mulakan bisnes ebay, saya recommend anda dapatkan Panduan Ebay Intelligence bagi mempercepatkan proses pembelajaran anda untuk mulakan langkah menjadi usahawan Ebay.

Bila anda dah mula menjual produk ini di akaun ebay anda, ianya akan memberikan pendapatan pasif kepada anda setiap bulan tanpa menganggu kerja rutin harian anda

Hanya tunggu je ebay carikan pelanggan untuk anda, bila dah dapat order segera proses dan pos ke buyer. Jangan tunggu lama-lama

Buyer di ebay juga tidak cerewet macam buyer di Malaysia, mereka dah biasa membeli sejak dari tahun 1995 lagi sewaktu website ebay ditubuhkan.

So bila masalah barang lambat sampai, tidak akan menjadi persoalan utama. Jarang saya dapat complain dari buyer yang merungut nak dapatkan barang selepas je buat bayaran.

Anda boleh berniaga dengan tenang tanpa risau masalah complain barang cop seller scammer sebab lambat hantar.

kedua, bila anda menjual di ebay USA, urusniaga juga dilakukan dalam matawang USD. berbanding anda berniaga di shopee, urusniaga adalah dalam matawang ringgit Malaysia.

So rugilah kalau tak start bisnes ebay ni kalau anda dah tahu dan nampak peluang ni. Tak salah mencuba, kosnya pun sangat-sangat rendah berbanding bisnes offline.

Jadi apa tunggu lagi, jom jual minyak lintah gunung hijau!

Semoga artikel ini membuka minda anda untuk memulakan perniagaan bisnes online anda

    16 replies to "Minyak lintah Gunung Hijau terjual sebanyak RM201,739.06 di ebay USA"

    • Arina

      Salam Tuan,
      Saya berminat nak daftar kelas tuan di Bangi. Boleh tolong guidekan macam mana ye caranya?

      • Zul Ariffin

        salam puan, ya boleh.. daftar di sini ye mamabaryani.com/ebaypower

    • afiq

      salam tuan,kelas masih boleh dibooking seperti biasa berdasarkan situasi semasa covid 19 di malaysia?

      • Zul Ariffin

        salam tuan, ya masih boleh booking tuan untuk kelas bulan jun or julai.. boleh booking di sini ye mamabaryani.com/ebaypower

    • Zharif

      Salam Dr, blh sy thu mcm mne jadual kls skarang ni utk di bangi. Dsbbkan covid19 adakah kita akn buat kls online ataupun blh hdir ke kls mcm biasa ?
      Terima Kasih

      • Zul Ariffin

        salam tuan, utk waktu pkp ni kelas sy jalankan secara one to one secara online coaching.. selepas habis pkp baru kelas akan dijalankan smula tuan

    • Yaya

      Dr. Dhl ecommerce atau flexipack lepas dak nk post minyak? Atau dr recommend guna apa.

      • Zul Ariffin

        ya dhl ecommerce boleh tuan, flexipax dgn dhl ecommerce kosnya dah lebih kurang skrg..better guna dhl ecommerce or dftr di 3rd party courier service sperti web2ship.com

    • Hadi

      Salam Dr. Ada risiko kena suspend tak kalau first time buat akaun terus listing produk minyak ni?

      • Zul Ariffin

        wslm, akaun baru better verify dlu dengan ebay.. then listing brg yg betul2 comply ebay policy, insha Allah xde masalah lepas tu nak jual brg liquid..

    • Nana

      Tuan, kalau sekarang jual di ebay, masih boleh ship ke US macam biasa ke? Sebab US kan tengah teruk dengan Covid-19. Shipping / postage masih berjalan macam biasa ke?

      • Zul Ariffin

        ya boleh lgi takde masalah..tp better ship guna express courier shipping

    • Saad Bin Harman Shah Raniri

      Assalamualaikum Tuan

      Saya nak join pakej D

      Tapi saya cuma ada Rm 400 sekarang

      Bolehkah saya bayar ansur-ansur

      Saya masih belajar

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam tuan, boleh contact sy di 0162322119

    • Farid

      Saya nak tanya, dulu saya ada beli panduan tuan. Adakah panduan tu masih relevan?

      • Dr. Zul Ariffin

        ya masih relevan lgi tuan, better join bengkel dan kelas revision setiap bulan untuk dapatkan update terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published.