Terdapat banyak cara berniaga di ebay. No 3 adalah ramai yang tak tahu.

Dalam artikel kali ini saya nak kongsikan pada anda 3 cara berniaga di ebay yang anda boleh praktiskan.

Ada kelebihan dan kekurangan setiap jenis model bisnes yang anda pilih. Namun, cara yang ketiga tak ramai yang praktiskan.

Jom kita tengok secara terperinci jenis-jenis cara berniaga di ebay seperti di bawah:

1. Menjual secara dropship

cara jual di ebay dropship

KELEBIHAN:


Seller yg menjual di ebay secara dropship biasanya adalah seller yang baru nak start berniaga.

Jika anda masih baru lagi dalam bidang bisnes ebay, anda boleh baca artikel asas ebay di sini.

Selain itu, anda juga boleh belajar secara intensif cara menjual di ebay di sini.

Cara pertama ini adalah salah satu cara berniaga di ebay yang paling popular dan digemari ramai.


Apa bestnya bisnes model dropship ni, 100% memang semua online. takde pening kepala nak proses barang, packing dan sebagainya.


Nak buat listing pun mudah, just guna 3rd party software untuk import je dari website supplier untuk mark up jual di ebay.

Tak perlu pening kepala nak buat photo editing dan product description.


Biasanya seller akan buat dropship dari website Aliexpress, amazon, wallmart n etc.


profit juga biasanya agak kecil.. bergantung pada competitor, niche dan harga jualan yang dijual.


KEKURANGAN:


Masalah yg dihadapi adalah bila polisi ebay bertukar, contohnya pada tahun lepas Februari 2019,

Ebay telah mengeluarkan satu polisi baru yang dipanggil sebagai ebay Speedpak policy.

Polisi ini adalah tertakluk untuk akaun ebay southeast asia yg dropship dari china.

Banyak akaun-akaun yg dah perform akan kena kacau disebabkan dah tak comply dengan ebay policy.


kesannya, akaun boleh kena reduce sellling limit, restriction, dan lebih teruk lagi account suspension.


Oleh itu, nak konsisten dan bertahan dalam jangka masa panjang tu agak sukar sikit.

Tapi ianya tak mustahil. yang penting kena terus cari jalan penyelesaian dan ada back up plan.

2. Menjual secara simpanan stok

menjual di ebay

KELEBIHAN


Seller jenis yg kedua ni biasanya mempunyai modal dan masa untuk membuat jualan di ebay.

Kebiasaannya seller jenis ni akan menjual barang-barang yg ada di pasaran tempatan.

Ada juga seller kategori ni yang import dari china dan simpan stok untuk jual di ebay.

Seller kategori ini juga biasanya lebih selesa untuk menjalankan operasi bisnes ebay hanya dari rumah

Ada juga yang beroperasi dari small office home office (SOHO).

Hanya berbekalkan kain pelekat dan secawan kopi sambil mengadap laptop untuk uruskan order yang masuk.


Apa bestnye kategori kedua ni, seller boleh control 100% proses dari start pemilihan produk untuk menjaga kualitinya,

Proses pemilihan shipping, sampailah proses menjual sehingga barang sampai ke buyer.


Profit juga agak besar, berbanding model bisnes dropship kategori pertama.


KEKURANGAN


Apabila bisnes berkembang, seller kategori ni perlu hire staff untuk bantu buat product photoshoot, editing, packing, melayan customer dan kerja-kerja lain.


biasanya kalau buat sorang-sorang memang akan kelam kabut, walaupun sales tinggi,

tapi terpaksa tampung workload yang bertambah bila sales pun dah bertambah.

Kesannya, walaupun kerja dari rumah, boleh jadi anda lebih busy dari orang yang kerja office hour.

Jadi anda tetap tak ada masa untuk bermain dengan anak-anak.

kekurangan lain adalah bila shipping cost seperti flexipax pos malaysia naik harga, ditamatkan dan sebagainya.

seller dah takde pilihan lain kecuali naikkan harga shipping or mark up harga jualan.


kalau guna express courier shipping pulak, smpai memang cepat, tapi kos agak mahal,

Jadi tak semua jenis barang yang anda boleh jual.

Barang-barang tertentu atau jualan secara bulk order sahaja baru boleh cover cost shipping.

Jadi kesannya, anda akan mengurangkan jumlah potential prospect sebab harga anda offer lebih tinggi berbanding seller-seller yang lain.

3. Menjual dengan cara menyewa warehouse

cara berniaga di ebay

KELEBIHAN


Biasanya jenis yg ketiga ni seller yg ada modal, ada pengalaman berniaga di ebay dan seller yang ada sifat nak kembangkan bisnes ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Kelebihan seller jenis ni dia dapat menyelesaikan isu tak cukup kakitangan untuk menguruskan order.

Sebab semua urusan order di ebay akan diuruskan sepenuhnya oleh warehouse team.

Pengurusan bisnes di ebay juga jadi lebih sistematik dan tersusun.

Seller hanya perlu fokus membuat R&D dan terus memikirkan cara bagaimana hendak mengembangkan bisnes ke tahap yang lebih tinggi

Tambahan pula, apabila anda menggunakan service fulfillment warehouse seperti ini.

Kos shipping juga akan jadi lebih murah dan barang anda juga akan dapat sampai cepat ke customer

dan apa yang lebih best, buyer di sana cenderung untuk membeli pada seller local sebab barang sudah ready ada di USA.

saya tunjukkan contoh seperti di bawah adalah barang yang berat di bawah 220 gram untuk hantar di dalam USA shj.

Dengan hanya mengambil masa 2 hari untuk “handling time” barang sampai ke customer hanya mengambil masa 7 hari sahaja dengan kos shipping cuma $6.19 shj.

Berbanding jika anda menggunakan perkhidmatan pos dari Malaysia,

jika anda menggunakan flexipax dengan berat barang bawah 150 gram kos shipping termasuk tracking number adalah mencecah $7.5

dan mengambil masa 2-3 minggu untuk sampai ke USA.

Jika anda praktiskan model bisnes ketiga ini, Jika seller malaysia menjual pada harga $20 dan ambil masa 3 minggu untuk sampai.

tapi anda boleh jual pada harga $20 dan ambil masa 7 hari sahaja untuk sampai ke alamat buyer

Sudah tentu sales anda akan meningkat 200% sehingga 500%!

KEKURANGAN

Pastinya mesti ada kekurangan juga, apa kekurangannya adalah anda memerlukan modal yang besar untuk bermula.

Sebabnya kalau anda hantar stok 10-20 unit ke warehouse, kos per unit anda akan jadi besar dan anda sukar untuk compete harga oleh seller lain.

Kesimpulan

Merancanglah perjalanan bisnes ebay anda sehingga anda mampu menyewa warehouse di negara yang anda nak pasarkan produk untuk dijual.

Biar bermula secara kecil-kecilan. tapi apa yang penting anda perlu konsisten dan terus berkembang.

bukanlah hari ini berniaga di ebay dengan model yang sama, lagi 10 tahun, masih lagi berniaga di takuk yang lama.

Selamat berniaga!

>>Belajar bisnes ebay secara intensif Di SINI<<< (opens in a new tab)">>>>Belajar bisnes ebay secara intensif Di SINI<<<

    16 replies to "3 Cara berniaga di ebay yang anda perlu tahu"

    • Saya minat

    • Artami

      Boleh tunjuk ajar cara berniaga di ebay tak.

    • Azie

      Ada kelas online tak

    • nazli

      saya berminat

      • Dr. Zul Ariffin

        boleh tuan, sy doakan smoga bisnes tuan yg diceburi akan maju dan dpermudahkan urusan harian aamiinn

    • Norzamira

      Boleh saya tahu jadual bengkel untuk pakej C? Berapa kali kelas ye

      • Dr. Zul Ariffin

        kelas untuk one to one by progress puan, dalam tempoh 2 bulan 2-3 kali kelas. utk bengkel pulak setiap bulan

    • MUHAMMAD SYAFIQ BIN SABRI

      masih ada ka kursus

      • Dr. Zul Ariffin

        ya masih ada lagi tuan. boleh rujuk di sini ya mamabaryani.com/ebaypower

Leave a Reply

Your email address will not be published.