Hai dan salam! Kita masih lagi dalam mood Fasa Q4 2020 dan semakin hampir dengan tarikh perayaan Christmas dan Boxing Day akan datang iaitu pada 25 December dan 26 December 2020! Sebelum ni saya dah pun tunjukkan kat anda 7 langkah mudah dan pantas cari produk hot untuk Fasa Q4 2020. Anda boleh baca artikel tu melalui link kat bawah ni…

>>>7 Langkah Mudah Dan Pantas Cari Produk Hot Untuk Fasa Q4 2019<<<

.

Dalam artikel tu, saya ada terangkan kenapa fasa Q4 setiap tahun adalah peluang besar untuk seller eBay Malaysia tingkatkan jualan kat eBay ataupun mencari jualan pertama dengan mudah. Saya jugak tunjukkan macam mana kita nak gunakan sebaiknya  ‘2020 HOLIDAY AND SEASONAL SELLING CALENDAR’ yang dibekalkan oleh pihak eBay sendiri dalam strategi cari produk hot tu.

Strategi yang saya kongsikan dalam artikel sebelum ni sebenarnya adalah ringkasan kepada teknik Category Research seperti yang diajar dalam Bengkel ebay Intelligence. Untuk artikel kali ni, saya nak kongsikan satu lagi strategi buat kajian produk hot untuk Fasa Q4 2020 guna teknik Produk Research dan Competitor Research yang di ajar di dalam bengkel.

.

7 Langkah Strategi ‘LAST MINUTE’ Buat Kajian Produk Hot Untuk Fasa Q4 2020!

.

Kalau kita rujuk ringkasan jadual yang saya buat dalam artikel sebelum ni, kita sekarang berada dalam tempoh ‘Last Minute Online Shopping Peak’. Tempoh ini adalah dari tarikh 10 December sehingga 21 December 2020.

Tempoh waktu ni adalah tempoh kemuncak penduduk United State membeli-belah sebagai persedian terakhir untuk mereka menyambut perayan Christmas, Boxing Day dan musim sejuk (Winter).

.

Berdasarkan data dari eBay sendiri, diorang membeli-belah barang-barang dalam kategori Toys, Camera Accessories, Fashion Accessories, Handbags, Winter Fashion Accessories, Fragrances, Makeup Palettes & Kits, Cell Phone & Tablet Accessories, Unique Gifts, Stocking Stuffers, Pet Gifts.

Sekarang, saya nak tunjukkan kat anda langkah-langkah macam mana kita nak cari produk hot dengan data-data yang kita ada setakat ni…

.

Langkah 1: Gabungkan Keywords Untuk Last Minute Online Shopping Peak!

Berikut adalah senarai keywords daripada data Kategori dan Perayaan/Musim yang kita ada setakat ni. Apa yang anda perlu buat ialah gabungkan salah satu keyword Kategori dan keyword Perayaan/Musim dengan perkataan ‘For’ ditengah-tengah supaya menjadi satu ayat. Rujuk gambar kat bawah ni…

.

Sebagai contoh, saya nak gabungkan keywords‘Fashion Accessories For Winter’. Keywords ni saya akan gunakan dalam langkah seterusnya nanti. Anda boleh gabungkan apa-apa keywords yang anda nak.

Ada banyak idea kat sini. Contohnya, ‘Fashion Acessories For Christmas’, ‘Pet Gift For Christmas’, ‘Toys For Boxing Day’ dan sebagainya. Apa yang kita nak buat dengan keywords ni? Jom tengok langkah seterusnya…

.

Langkah 2: Buat Carian Di Google Dan Dapatkan Keyword Produk!

Dalam artikel ni, saya akan buat contoh guna keywords ‘Fashion Accessories For Winter 2019’. Gunakan keywords tu untuk buat carian kat Google. Tujuan kita buat carian kat Google ialah untuk dapatkan idea KEYWORD PRODUK.

.

Apa yang anda perlu buat ialah baca secara pantas sahaja artikel-artikel daripada hasil carian kat Google tu. Anda kena ingat, tujuan kita hanyalah untuk dapatkan idea KEYWORD PRODUK sahaja untuk kita buat kajian produk hot guna software research nanti.

.

Sebagai contoh, dalam salah satu laman web hasil carian kat Google tadi, saya jumpa dua keyword produk iaitu ‘Waist Cinching Belts” dan ‘Punk Chokers’. Untuk contoh dalam artikel ni, saya akan gunakan keyword produk ‘Punk Chokers’.

.

Langkah 3: Gunakan Fungsi ‘Product Research’ Dan ‘Scan Seller’ Dalam Software Research!

Langkah seterusya, masuk ke akaun software research anda dan pergi ke fungsi Product Research.

Buat carian guna keyword produk. Sebagai contoh saya guna keyword ‘Punk Chokers’. Pastikan anda tapis carian untuk platform eBay dan Shipping Location dari China. Kita nak kaji ada tak produk berkaitan Punk Chokers yang dijual kat eBay dan dihantar dari negara China. Sebab kita nak dropship produk dari Aliexpress. Kemudian klik ‘Search’.

.

Lepas anda klik ‘Search’, software Zik akan keluarkan data senarai produk yang dijual kat eBay berdasarkan carian anda. Tick semua senarai produk tersebut, dan klik butang ‘Zik Selection’. Software Zik Analytic akan mencari, menganalisa dan memberi anda data semua produk berkaitan keyword tersebut.

Gambar kat bawah ni adalah contoh data yang saya dapat. Sekali pandang, data memang tak memberangsangkan. Tak ada produk berkaitan keyword Punk Chokers yang terjual lebih dari 10 unit dalam masa 30 hari. Paling tinggi pun 3 unit sahaja. Tapi tak apa, kajian tak terhenti setakat ini sahaja. Kita baca data betul-betul lagi…

.

Data berharga seterusnya yang saya dapat daripada hasil carian ini ialah saya dapat senarai seller yang dropship dari China. Macam mana nak tahu seller yang dropship dari China? Anda kena tengok pada simbol bendera ‘Seller Country’ dan bandingkan dengan ‘Shipping Location’.

Seperti dalam gambar kat atas tu, seller berasal dari negara Rusia, India, Spain dan Lithuania tapi ‘Shipping Location’ dari China. Itu bermaksud seller tu buat bisnes eBay guna model bisnes dropship. Dan peluang untuk kita jumpa produk yang diorang jual tu kat Aliexpress adalah tinggi. Klik pada ‘Scan Seller’ untuk spy seller tersebut.

.

Langkah 4: Spy, Follow & Improve Listing Produk Yang Terjual Lebih Dari 10 Unit Sebulan

Apa yang anda perlu buat ialah scan setiap seller yang dropship dari China. Untuk setiap seller yang anda scan tu, tengok pada senarai produk yang dah terjual lebih dari 10 unit dalam tempoh 30 hari. Penanda aras kami untuk produk hot ialah produk yang dah terjual lebih dari 10 unit dalam masa sebulan. Sebagai contoh, salah satu produk hot yang saya jumpa ialah ‘Necklaces Bohemian Pendant’ macam dalam gambar kat bawah ni…

.

Seperti yang saya tunjukkan kat atas, produk ni dah terjual sebanyak 10 unit dalam tempoh 30 hari dengan harga $9.58 seunit dengan jumlah jualan sebanyak $95.80 (RM383). Seller ini jugak menawarkan penghantaran secara percuma menggunakan servis Economy Shipping.

Kalau kita tengok pada tempoh penghantaran produk dari seller ni, ia mengambil masa paling cepat pun 28 hari dari China untuk sampai ke United States. Paling lambat 70 hari! Agak-agak lah! Haha. Ini kelemahan seller ni. Terang-terang dia gunakan servis shipping percuma dari China yang lambat sampai dan tak ada tracking number! Tapi boleh terjual jugak.

Sebab tu saya selalu ingatkan anda supaya Spy, Follow & IMPROVElisting produk dari competitor. Bukan hanya sekadar spy & follow sahaja. Dari kelemahan seller tu, saya boleh tukarkan kepada peluang untuk saya beat listing dia. Saya boleh tawarkan penghantaran e-Packet yang lebih cepat. Kebiasaannya ambil masa 14 hari sahaja tempoh penghantaran.

.

Langkah 5: Cari Supplier Produk Yang Sama Di Aliexpress

Langkah seterusnya ialah kita cuba cari supplier untuk produk tersebut kat Aliexpress. Gunakan keyword yang digunakan dalam listing produk tersebut dan buat carian kat Aliexpress. Setelah membuat carian, saya jumpa Necklaces Bohemian Pendant yang sama macam apa yang seller tadi jual…

.

Kat Aliexpress, harga Necklaces Bohemian Pendant ni cuma  $4.72 sahaja seunit dengan penghantaran percuma ke United States menggunakan servis Economy Shipping. Tapi tak ada tracking number! Dan seller tadi mengaut keuntungan dengan menjual $9.58 seunit! Jom kita kira berapa keuntungan yang seller tadi dapat dalam masa satu bulan tu dengan hanya menjual produk ini sahaja…

.

Langkah 7: Kira Keuntungan Guna eBay Fee Calculator

.

.

Dengan menggunakan 2019 eBay Fee Calculator, kita dapat mengira gambaran untung sesuatu produk setelah ditolak dengan kos eBay Fee dan Paypal Fee. Keuntungan yang seller tadi dapat untuk satu unit produk Necklaces Bohemian Pendant tersebut ialah $3.32.

Seller tadi berjaya membuat jualan sebanyak 10 unit dengan untung bersih sebanyak $3.32 x 10 unit = $33.20 bersamaan RM133 dalam masa satu bulan hasil dari menjual produk ini sahaja! Ini baru untung dari satu produk dan yang paling best ialah dia hanya buat bisnes dropship daripada Aliexpress sahaja!

.

Sekarang Giliran Anda Untuk Follow 7 Langkah Buat Kajian Produk Hot ‘LAST MINIT’ Untuk Fasa Q4 2019 ni!

.

Ada dua benda berharga yang anda boleh belajar dari artikel ni. Pertama, anda dah tengok bagaimana saya tukarkan idea keywords yang kita dapat dari pembacaan kat internet kepada peluang mencari produk hot. Kedua, anda dah tengok macam mana saya spy listing pesaing, jumpa kelemahan dan merancang macam mana nak perbaiki listing tu jadi lebih baik. Gunakan konsep Spy, Follow & Improve!

Saya harap artikel ni dapat bantu anda tingkatkan jualan dalam Fasa Q4 2019 ni. Anda jugak akan jadi seller yang lebih strategik, bijak dalam merancang dan lebih kehadapan berbanding seller lain dengan 7 langkah yang saya kongsikan dalam artikel ni. Kalau anda berminat nak belajar lebih mendalam dan lebih serius buat bisnes kat eBay bersama Tuan Zul, boleh lah datang ke Bengkel Ebay Intelligence yang beliau anjurkan setiap bulan melalui link kat bawah ni…

>>>Bengkel Ebay Intelligence<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.