Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sahabat-sahabat.

Saya doakan kita semua dalam keadaan baik dan sejahtera.

Baiklah pada artikel saya kali ini, saya akan membongkarkan satu produk yang laris dijual di pasaran ebay.

Satu produk yang kita boleh dapatkan di pasaran berhampiran kita.

Di artikel ini juga, saya akan kongsikan berbandingan keuntungan bersih satu unit produk berkenaan dalam beberapa medium perniaagan.

Produk yang saya akan kongsikan pada kali ini ialah “Tic Tac Mint Candy” atau lebih mudah dipanggil gula-gula Tic Tac.

Gula-gula Tic Tac

Gambar di atas, di ambil dari salah sebuah pasaraya disekitar rumah saya.

Baiklah sekarang saya akan kongsikan seller-seller yang menjual produk ini di platform perniagaan online iaitu shopee, lazada dan ebay.

Platform 1: Shopee

Shopee

Seorang seller telah menjual gula-gula Tic Tac yang mempunyai berat 14.5g dengan harga RM26.00 bagi 1 kotak yang mempunyai 12 pek.

Platform 2: Lazada

Lazada

Seterusnya seorang seller menjual produk gula-gula Tic Tac ini di platform Lazada. Seller ini menjual gula-gula Tic Tac ini dengan berat dan kuantiti yang sama iaitu 12pek dalam 1 kotak yang mempunyai 14.5g setiap satu.

Seller ini telah menjual RM25.00 iaitu RM1.00 atau 4% lebih murah berbanding seller di Shopee.

Platform 3: Ebay

Ebay

Seterusnya di platform ebay. Seller ini menjual produk yang sama tetapi dengan harga USD16.99 atau bersamaan RM70.64 untuk 1 kotak yang mempunyai 12 pek dengan berat 14.5g setiap pek.

Perbandingan antara Platform

Berdasarkan perkongsian ketiga-tiga seller ini, saya akan kemukakan perbandingan untuk setiap seller bagi 3 platform yang berbeza.

Sebelum itu, saya ingin menunjukkan pengiraan cas tambahan yang dikenakan oleh seller-seller ini selepas mengenepikan kos penghantaran.

Bagi seller di lazada dan shopee, TIADA cas tambahan dikenakan tetapi untuk seller di ebay, terdapat cas tambahan dikenakan kepada seller iaitu fee untuk ebay dan paypal.

Ebay & Paypal Fee

Berdasarkan pengiraan di atas, seller ebay ini dikenakan cas tambahan iaitu USD1.7 (ebay fee) dan USD0.79 (Paypal fee). Jumlah yang dikenakan ialah USD2.49 @ RM9.96.

Keuntungan seunit

Berdasarkan jadual di atas, dengan menganggap harga seunit bagi produk ini adalah sama dengan harga yang paling minimum bersamaan dengan harga shopee.

Harga keuntungan tambahan yang dihasilkan oleh seller ebay ialah sebanyak RM35.68 atau bersamaan dengan 142.72% berbanding seller di Shopee.

Wauuuu… alhamdulillah. sekali lagi terbukti bahawa platform ebay ini mampu memberi keuntungan hampir 142% lebih daripada platform shopee dan lazada.

Tetapi…

Saya pasti ada antara sahabat-sahabat akan bertanya, “ada ke orang nak beli mahal mcm tu”..

Jawapannya… sudah pasti ADA…!!!

Baiklah saya tunjukkan bukti-buktinya. Bukti-bukti yang bakal saya kongsikan adalah dari seller ebay yang sama iaitu 4cmerchadise.

Seller ebay: 4cmerchandise

Tic Tac Mint Evolution Mints terjual sebanyak 31 units
Tic Tac Frosty Mints terjual sebanyak 13 units
Tic Tac Freshmint Fresh Mints terjual sebanyak 9 units
Tic Tac Fruit Adventure Mints terjual sebanyak 6 units
Tic Tac Wintergreen Mints terjual sebanyak 9 units
Tic Tac Orange Mints terjual sebanyak 4 units
Tic Tac Gum Freshmint Mints terjual sebanyak 8 units

Untuk seller ini, banyak lagi jenis-jenis gula-gula Tic Tac yang dijual. Saya telah kumpulkan semua produk ini yang telah terjual oleh seller ini bagi memudahkan kita untuk melihat sejauh mana produk ini mampu memberikan hasil jualan yang sangat memberangsangkan.

Sebanyak 136 unit gula-gula Tic Tac telah terjual oleh seller ebay ini

Berdasarkan pengiraan di atas, jumlah keselurahan hasil jualan yang berjaya dihasilkan oleh seller ini adalah sebanyak RM9242.56.

.

Jadi secara kesimpulannya, produk gula-gula Tic Tac ini telah terbukti boleh dijual di platform niaga ebay.

Bukan sahaja boleh dijual, malah produk yang boleh kita dapati di sekeliling kita ini mampu menghasilkan hasil jualan melebihi RM9000++ dengan hanya beberapa bulan sahaja.

So, apa tunggu apa lagi?

Antara perkara yang terpenting untuk berniaga adalah kita kena tahu produk apa yang kita nak dijual.

Dan untuk mengetahui produk apa yang ingin dijual, kita memerlukan pengetahuan yang baik untuk membuat product research.

Mungkin ada yang sudah mengetahui dan ada juga yang masih belum mengetahui teknik yang AWESOME ini.

Jadi dikesempatan ini saya ingin mengajak mana-mana sahabat yang ingin belajar/ingin menambah ilmu tentang teknik product research marilah kita hadir ke seminar ebay yang akan dijalankan tidak lama lagi.

So jangan malu jangan segan. ayuhhhh.. pm admin.

Semoga kita dapat berkenalan di seminar ebay yang seterusnya.

Akhir kalam dari saya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    8 replies to "Macam mana nak kaya dengan hanya menjual Gula-Gula."

    • Nurdina

      Salam, saya berminat nak belajar

    • Ika zira azizan

      Salam sya berminat nak belajar..

      • Dr. Zul Ariffin

        wslm ya boleh puan, jmput singgah n baca artikel di mamabaryani.com

    • Nurul

      Hai. Mcm mana sy contact admin?
      No whatsaap sy 0139915293

    • Ali

      Target cutomer utk ebay ni dalm malaysia ke luar negara? Kalau luar negara mcm mana nk selesaikan isu postage yg mahal

      • Dr. Zul Ariffin

        ebay lebih fokus market luar negara tuan, antara postage yg bole digunakan adalah DHL express, Fedex, Aramex, dhl ecommerce, singpost, janio dan bnyak lgi tuan

Leave a Reply

Your email address will not be published.