Hi, tahun ni merupakan tahun 2021 dan dukacitanya kita masih lagi diuji dengan ujian covid19.
Jika anda buat bisnes ebay, anda perlu tahu perubahan yang berlaku pada tahun 2021 ni.
Dah banyak perubahan yang berlaku pada tahun 2020 terutamanya terhadap pengurusan atasan, dan juga features ebay itu sendiri
antaranya adalah lantikan baru ebay CEO Mr Jamie lannone pada 27 april 2020 yang merupakan COO walmart dan merupakan CEO samsclub.com sebelum ni.
Tahun lepas juga Pengasas website ebay iaitu Pierre Omidyar telah bersara dari menjadi board director, dan sekarang hanyalah menjadi Director Emiretus sahaja.
Banyak features ebay yang telah dikemaskini pada tahun 2020. antaranya adalah seperti di bawah:
Perubahan ini ada yang memberi kesan pada seller ebay dari Malaysia, dan ada juga yang tidak memberi kesan
antara perubahan yang berlaku pada seller malaysia adalah:
- Ebay seller Hub
Pada 30 Sept 2020 semua seller yang menggunakan ebay selling managing pro akan di automasikan secara automatik menggunakan ebay seller hub.
Apa fungsi seller hub ni? fungsinya mudah, adalah untuk lebih mudah menguruskan sistem jualan dan pengurusan bisnes di ebay marketplace.
Jika ada seller yang masih belum Opt in kan lagi fungsi ebay seller hub ni boleh click di sini untuk aktifkannya.
2. Volume Pricing
Waktu dulu seller tiada kelebihan fungsi untuk menggalakkan buyer membeli lebih banyak item dengan pemberian diskaun secara automatik.
sekarang, dengan adanya fungsi volume pricing, memberi kelebihan kepada seller untuk meningkatkan jualan.
Ianya adalah win-win situation. lebih banyak buyer beli, lebih murah harga buyer dapat. Untuk seller pula, lebih banyak barang terjual, kos shipping juga dapat dijimatkan.
3. Terapeak Account
Pada tahun 2017, ebay telah membeli terapeak software dan kini ianya telah menjadi software di bawah pengurusan ebay sepenuhnya.
Terapeak boleh di akses melalui ebay seller hub sepenuhnya pada tahun 2020.
Bagi pengguna ebay store pakej basic dan ke atas, secara automatik seller akan dapat akaun terapeak secara percuma
Di bawah pengurusan ebay, data research menjadi lebih real time tanpa ada lagging analisis. Ini memberi kelebihan pada seller untuk membuat market research secara real time
Tahun 2020 juga, ebay telah menambah fungsi active listing, promoted listing dan sold listing sehingga 365 hari. Ini memudahkan seller untuk mengkaji dan menganalisa strategi jualan oleh pesaing
4. Missing Zip Code
Pada April 2020, Seller akan mendapat notifikasi automatik jika seller tidak update zip code
Kita juga boleh semak kalau listing kita dah update zip code atau belum di ebay seller hub under section listing seperti di bawah
Kelebihan jika anda menggunakan fungsi zip code ni adalah bagi meningkatkan visibility listing dan memberi kelebihan pada buyer untuk membuat keputusan pembelian.
5. Ebay CBT Dashboard
Apa itu ebay CBT?
ebay CBT adalah khas untuk seller dari Southeast asia sahaja. Tujuan ebay CBT ini adalah untuk kita menganalisa performance shipment tracking, performance account ebay dan lain-lain
Selain itu, kita juga dapat menyemak dengan mudah sama ada listing kita comply dengan policy ebay atau tidak.
Anda boleh tonton video apa itu ebay CBT Dashboard seperti di bawah
6 Ebay Item Specific
Pada tahun 2020 juga ebay telah mewajibkan seller untuk mengisi ebay item specific bagi meningkatkan visibility dan memudahkan buyer untuk membuat pembelian di ebay
untuk lebih mudah faham apa fungsi, kegunaan dan caranya, anda boleh rujuk video di bawah ni
7. ebay SEAPASS 2.0
ebay Southeast asia telah melancarkan ebay SEAPASS 2.0 yang baru. Apa fungsi ebay SEAPASS ni adalah bagi tujuan integrasi antara multiple akaun ebay dengan courier logistic sedia ada.
Anda boleh rujuk video di bawah untuk kefahaman lebih baik tentang ebay SEAPASS
ebay sangat menggalakkan seller untuk menggunakan ebay seapass ni. cumanya sekarang ni sy lihat ebay SEAPASS 1.0 masih tak berjaya integrasi sepenuhnya. Diharap ebay SEAPASS 2.0 akan dapat membantu seller Malaysia dengan lebih baik
Kesimpulan
Ok, itu sahaja update kali ini, saya harap artikel ini dapat membuka minda anda perubahan terkini ebay tahun 2021 ni.
Ada yang tanya saya juga masih relevan lagi ke bisnes ebay ni?
jawapan saya sudah tentu masih relevan!
Dari 1 Jan 2021 sehingga artikel ini ditulis telah berjaya terjual sebanyak 280 unit dalam tempoh 42 hari di tahun 2021 sahaja!
Dengan total jualan sebanyak RM36,461.45 hanya dari 1 akaun ebay sahaja.
Bisnes di ebay adalah sentiasa relevan, apa yang penting, ilmu bisnes kita masih relevankah untuk kita menghadapi tahun 2021 ini?
kalau kita rasa ianya susah, ada kemungkinan ilmu kita kena upgrade untuk kita mempersiapkan diri menghadapi tahun 2021 yang semakin mencabar
Masih belum terlambat lagi untuk kita tajamkan skill bisnes ebay kita pada tahun 2021 ini.
3 replies to "Apa yang anda perlu tahu tentang ebay Update 2020-2021"
Terima kasih atas update ni en zul! saya dari ig @royalwhite.selangor! Dah lama ikuti penulisan en zul sejak tahun 2017, wakru pertama saya terus setup acc paypal dan ebay lepas baca kesemua blog n zul! Sangat membantu! Terima kasih
[…] Jadi anda boleh mula menjual barang yang tak diperlukan di rumah sebelum membeli produk baru untuk dijual. Ketahui lebih lanjut tentang cara menjual di eBay dengan membaca blog post ini[A1] . […]
[…] Jadi anda boleh mula menjual barang yang tak diperlukan di rumah sebelum membeli produk baru untuk dijual. Ketahui lebih lanjut tentang cara menjual di eBay dengan membaca blog post ini[A1] . […]