Mulai tahun 2021, semua seller dari South East Asia adalah diwajibkan untuk daftar payoneer sebagai new payment gateway di ebay

Jadi artikel kali ini saya nak share dan ingatkan pada semua ebay seller Malaysia jangan lupa register payoneer di akaun ebay anda selewat-lewatnya pada tahun 2021 ni.

Mulai tahun hadapan, semua ebay seller Malaysia akan menggunakan payoneer sebagai medium penerimaan duit.

Anda akan dapat notis di emel untuk segera daftar payoneer di ebay seller hub seperti gambar di bawah

Bagaimana cara nak daftar payoneer?

Langkah 1 :

Log in di ebay malaysia di ebay.com.my seperti gambar di bawah

click di bahagian my ebay > selling

Jika anda belum aktifkan lagi ebay seller hub kena aktifkan dulu seperti di bawah atau click di link ni >>ebay seller hub<<

di bahagian ebay seller hub click di section payment seperti di bawah

Pastikan anda dah semak semua maklumat yang didaftarkan di akaun ebay adalah match dengan dokumen KYC anda

ini bagi mengelakkan masalah akaun delay untuk approval. lebih malang lagi akaun suspend

Ada 4 step yang perlu anda isi seperti gambar di bawah

just follow je apa yg ebay nak. tak susah prosesnya..

so step pertama linkkan dulu akaun payoneer dengan akaun ebay anda

Langkah 2 :

kalau takde akaun payoneer kena create dulu lah satu. pastikan daftar ikut sama match info apa yang anda daftarkan di ebay

Jika anda nak dapatkan USD25 selepas daftar Payoneer pastikan anda daftar melalui link di sini

>>> Daftar Payoneer Dan terima 25 USD<<<

kemudian nanti anda isikan semua maklumat di payoneer seperti contoh di bawah ni

isi je semua info ikut maklumat dokumen anda

step seterusnya adalah isi maklumat akaun bank

Langkah 3 :

Bila dah siap register payoneer anda akan dapat confirmation emel untuk verify payoneer dan verify dokumen payoneer

dah selesai urusan pendaftaran payoneer, sambung sync profile ebay dan payoneer pulak macam step kat bawah ni:

kemudian klik next ke step add kad kredit or debit seperti gambar kat bawah

kalau kad anda declined tak boleh add, jangan risau, biasanya bank block kad tu. So call bank buat semakan dahulu, lepas tu baru add semula. Insha Allah boleh takde masalah

Langkah 4:

Dah selesai masukkan kad, dah boleh submit request untuk accept payment gateway seperti kat bawah ni

lepas submit nanti akan nampak status macam kat bawah ni

Di bahagian ebay seller hub Malaysia pun anda akan nampak status pendaftaran telah berjaya seperti kat bawah ni

Tahniah! sekarang anda dah berjaya buat pendaftaran new payment gateway untuk akaun ebay anda. Alhamdulillah

Selepas itu, anda perlu tunggu info dari Payoneer untuk review akaun pendaftaran anda

setelah berjaya anda akan terima emel seperti di bawah

Selepas selesai proses pendaftaran dan pengesahan dari Pihak Poyeener, akaun ebay anda akan menerima bayaran terus masuk ke Seller hub seperti di bawah

Kita boleh setkan untuk bayaran dari jualan ebay ke akaun payoneer kita setiap hari atau setiap minggu.

ebay akan automatik transfer jualan kita setelah ditolak siap-siap semua ebay fees. Anda boleh semak bayaran di akaun payoneer anda seperti gambar di bawah

itu sahaja prosesnya..

Jika anda nak Belajar bisnes ebay boleh singgah belajar lebih mendalam lagi di link di bawah

>>> Belajar Bisnes ebay<<<

    16 replies to "eBay perkenalkan payoneer sebagai payment gateway"

    • Frieselah

      Untuk daftar seller hub kena jual brg dulu ke? Sbb akaun sy masih baru lg. Bru beli 1 item. Blm listing lg. Bila masuk seller hub, x ada step yg dr ajar dkt atas tu.

      • Dr. Zul Ariffin

        utk aktifkan seller hub tak perlu jual dlu pn xpe..just opt in kan je seller hub features dah bole aktifkan puan

    • yarra

      salam. nak tanya, jadi nya paypal mcmn pula skrg ni? dah tak diperlukan untuk bisnes ebay? cuma terus payoneer je?

      • Dr. Zul Ariffin

        wasalam, paypal hanya digunakan oleh buyer ebay je skrg ni..seller dah tak gunakan paypal lg utk terima payment. lepas ni semua sales akan masuk terus ke ebay seller hub dan ebay akan transferkan jualan ke akaun payoneer secara harian or mingguan

    • aalan

      tuan. yang kena masukkan kad tu..kad kredit atau kad debit bank ?
      Saya dah tersilap masukkan number akaun bank. still pending.macam mana nak selesaikan ye.

      • Dr. Zul Ariffin

        salah satu kad boleh guna tuan yg penting ada logo visa/master/american express dan dah aktifkan dgn bank..klu ada problem tuan boleh submit soalan ke customer support ebay utk mintak betulkan smula info yg salah update

    • Aini

      Mcm mna nk opt in seller hub features tu..blh terangkan x

    • farid.ashaari

      Akaun payoneer kena masukkan nombor akaun bank kita. Kalau kita guna ebay nama lain, payoneer nama kita ada apa-apa masalah tak?

      • Dr. Zul Ariffin

        better pastikan nama daftar di payoneer dan ebay match tuan. untuk elakkan sebarang masalah pada masa akan datang

    • adli

      masa isi maklumat bank.. saya terisi no kad bank pada no akaun bank. macam mana saya nak edit balik?

      • Dr. Zul Ariffin

        tuan boleh contact smula customer support untuk dapatkan bantuan update semula info yg tersalah tuan. boleh click bhgian contact us di payoneer

    • meen

      saya dh cuba tekan ‘start using seller hub’, tapi kenapa dia ckp ‘looks like something went wrong. please try again later’ yaa?

      • Dr. Zul Ariffin

        tuan kena linkkan dlu akaun dengan ebay manage payment using payoneer tuan

    • Aida

      Saya dah email dari ebay untuk register tapi terlupa nak daftar Payoneer. Now dah terlepas due date bulan August, masih boleh link lagi ke ye dengan akaun Ebay sedia ada?

      • Dr. Zul Ariffin

        ya masih boleh lagi puan. log in di ebay sistem dan linkkan dgn payoneer

Leave a Reply

Your email address will not be published.