Idea buat duit online sekarang ni ada banyak sangat. Tapi, pernah tak anda terfikir untuk tahu kaedah terbaik macam mana nak buat duit secara online bagi menampung keperluan yang ada?

Mungkin sebab rasa sesak bila tiba hujung bulan. Atau tengah menyimpan untuk pelaburan atau mungkin anda plan nak cari duit lebih untuk deposit rumah?

Sebenarnya, zaman sekarang ni tak perlu bersusah-payah keluar rumah untuk menjana pendapatan secara sampingan. Hanya dengan smart phone, laptop, dan capaian internet, anda dah boleh buat banyak cara untuk buat duit secara online.

di bawah ni saya kongsikan antara idea cara-cara macam mana anda nak buat duit secara online.

  1. Jual Produk di Platform Beli-belah Online.

Strategi pemasaran agresif di television dan kemudahan penghantaran ke rumah menjadikan ramai pengguna memilih untuk membeli-belah secara online. Banyak juga platform yang ada di luar sana dari dalam dan luar negara.

Oeh itu, gunakan peluang ni untuk anda belajar buat duit secara online.

Menariknya tentang menjual di sini ialah anda dapat pasarkan produk anda kepada berjuta-juta pengguna yang menggunakan platform ini dengan mudah tanpa perlu ada skill menjual.

Anda cuma perlu pilih produk untuk dijual, sertakan keterangan produk yang jelas dan menarik, dan poskan produk anda bila ada pelanggan yang membuat pembelian.

Senang kan?

Bagi platform dalam negara, ada dua yang sangat popular iaitu Shopee dan Lazada.

Jual Produk di Shopee

buat duit online

Anda mungkin sudah ada akaun Shopee dan pernah membeli di sini. Bila anda mendaftar sebagai pengguna, anda terus dapat menjual dengan akaun yang sama.

Jadi, gunakan peluang ni untuk buat duit secara online sebanyak yang mungkin

Setelah mendaftar, anda boleh terus mula berniaga. Pastikan produk yang dijual lengkap dengan gambar, product description, dan harga. Untuk keterangan lanjut tentang cara menjual di Shopee, boleh tekan link ini[A1] .

Kebaikan

Platform Shopee ialah platform yang sangat digemari rakyat Malaysia. Berbanding dengan Lazada, lebih ramai yang suka menggunakan Shopee. Terdapat juga Shopee Guarantee iaitu orang tengah yang akan menyelesaikan masalah antara pembeli dan penjual.

Keburukan

Produk anda hanya mendapat capaian di Malaysia dan negara-negara jiran sahaja.

Jual Produk di Lazada

buat duit secara online

Lazada juga platform yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk buat duit online. Cara untuk mula menjual produk juga sama dengan Shopee. Anda perlu cipta akaun penjual, muat naik produk anda, dan mula menjual. Klik link [A2] ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara meniaga di Lazada.

Kebaikan

Platform yang mudah digunakan bagi ingin mencuba meniaga online. Dipercayai ramai pengguna.

Keburukan

Tiada sistem untuk melindungi anda sebagai penjual.  Platform ini juga tidak sepopular Shopee.

Selain daripada pasaran local, sebenarnya anda juga boleh buat duit secara online terus ke pasaran antarabangsa

Ramai yang takut untuk menjual kepada pasaran antarabangsa.

Tetapi jika anda sudah biasa, pulangannya lebih lumayan kerana pertukaran mata wang, dan dapat jual pada harga yang lebih berlipat kali ganda.

antara pasaran ecommerce yang anda boleh masuk adalah seperti berikut:

Jual Produk di eBay.

buat duit secara online

eBay ialah antara platform yang paling lama ada di dunia dan masih digunakan hingga ke hari ini. Berbeza dengan platform lain, eBay mempunyai niche penjualan barang-barang terpakai yang besar.

Jadi anda boleh mula menjual barang yang tak diperlukan di rumah sebelum membeli produk baru untuk dijual. Ketahui lebih lanjut tentang cara menjual di eBay dengan membaca blog post ini[A1] .

Kebaikan

Mempunyai potensi 182 juta pembeli di ebay USA

Sistem order yang tersusun dan stabil

Program Top Rated Seller & Akaun manager

Keburukan

Tiada warehouse fulfillment seperti FBA Amazon

Tiada integrasi seller local untuk akaun logistik antarabangsa

Pesaing yang tinggi di seluruh dunia

Walaupun begitu, Dalam >>>Bengkel ebay Intelligence<<< yang di ajar oleh Dr Zul ariffin, ada modul khas kaedah terbaik untuk anda belajar kaedah terbaik buat duit secara online.

Dalam masa yang sama juga, anda akan diajar bagaimana nak capai level Top Rated Seller, iaitu level tertinggi di ebay dalam tempoh yang singkat.

di bawah saya kongsikan hasil jualan dalam tempoh setahun pada waktu PKP sebagai motivasi

buat duit online

Jual Produk di Amazon.

amazon.com

Amazon ialah satu lagi platform beli-belah online yang terkenal di seluruh dunia. Tapi kurang terkenal di Malaysia kerana banyak penjual yang tidak menghantar produk ke negara ini.

Amazon juga mempunyai reputasi yang tinggi untuk anda cuba sebagai platform buat duit secara online kerana di Amazon, sistem mereka sangat menjaga kepuasan hati pelanggan.

Kebaikan

Anda ada pilihan untuk menjual dengan Amazon FBA, iaitu Fulfilment by Amazon. Dengan cara ini, anda boleh beli barang jualan dan pos ke gudang Amazon. Amazon akan mengendalikan penghantaran produk anda keluar ke pengguna.

Keburukan

Persaingan yang sangat hebat. Anda perlukan kajian pasaran yang mendalam sebelum boleh memilih produk apa untuk dijual. Pengguna pula boleh memulangkan barang yang dibeli bila-bila masa jika tidak berpuas hati dengan produk anda.

2. Menjual Kemahiran di Platform Freelancing.

Jika anda tidak mahu memikirkan tentang pegangan stok dan pengurusan pos, boleh juga cuba menjual kemahiran anda di platform berikut untuk buat duit secara online.

Keuntungan yang dapat daripada menjual servis ini berlipat ganda kerana anda dibayar dalam Dollar Amerika. Modal anda hanyalah masa dan tenaga sahaja.

Jual Perkhidmatan di Fiverr

fiverr.com

Fiverr ialah antara syarikat terawal yang menyediakan platform bagi kerja-kerja freelancing. Sangat banyak servis yang boleh anda jual di sini untuk anda buat duit secara online.

Jika anda belum ada akaun fiverr lagi, Anda boleh register melalui >>link Fiverr di sini <<< untuk mendapatkan diskaun 20% untuk pembelian yang pertama anda

Antara yang banyak mendapat sambutan ialah service design, pemasaran digital, penulisan dan banyak lagi.

Ramai juga seller Malaysia yang dah menjual di platform fiverr. Dan tak kurang juga orang dari Malaysia yang membeli di platform ini.

Kebaikan

Sangat banyak yang boleh anda jual seperti edit gambar, menulis, dan memasukkan data. Anda hanya perlu lengkapkan maklumat dalam gig dan pembeli akan menghubungi anda.

Keburukan

Selepas anda menjual servis, anda hanya boleh mengeluarkan wang selepas 14 hari. Walaupun telah lama menjual, Fiverr mengambil keuntungan 20% daripada harga yang anda tetapkan.

Jual Perkhidmatan di Freelancer.com

freelancer.com

Freelancer.com ialah platform yang semakin mendapat nama dalam industri freelancing. Platform ini juga berpotensi untuk anda gunakan sebagai platform untuk buat duit secara online jika anda ada kemahiran yang tertentu.

Uniknya tentang platfrom ini ialah anda digalakkan untuk melakukan projek jangka masa panjang dengan klien. 

Kebaikan

Anda dapat mencari projek yang sesuai dengan kemahiran anda. Jadi anda tidak perlu runsing jika klien tidak memberikan maklumat penuh selepas memesan perkhidmatan anda.

Keburukan

Anda perlu mencari projek yang bersesuaian. Berbeza dengan Fiverr di mana anda tunggu sahaja pembeli untuk meletakkan pesanan.

Jual Perkhidmatan di Upwork.com

idea buat duit online

Seperti platform freelance yang lain, Upwork mempunyai rangkaian pengguna yang sangat besar. Di sini anda perlu mencipta akaun dan boleh memilih pekerjaan apa yang anda ingin lakukan. Berbeza dengan Fiverr, Upwork menggunakan sistem kontrak antara pembeli dan penjual.

Kebaikan

Selepas pembelian $500 ke atas, Upwork akan mengurangkan keuntungan yang mereka ambil kepada 10%. Jadi anda lebih untung bekerja dengan klien yang sama.

Keburukan

Untuk permulaan, anda perlu mencari projek yang ingin anda lakukan seperti mencari kerja. Servis anda lebih dipercayai setelah mendapatkan review daripada pembeli.

3. Buat Produk Digital seperti online course,software, video dan ebook

Anda mempunyai ilmu yang boleh diajar kepada orang lain? Jangan bazirkan bakat anda. Dokumenkan ilmu anda langkah demi langkah dan kaut keuntungan pasif secara online. Jika anda kekurangan masa untuk menyediakan material, boleh upah sahaja penjual di Fiverr, Freelancer.com, atau Upwork.

Jual di klikjer.com

klikjer.com

Klikjer.com ialah website untuk anda menjana pendapatan sebagai penulis atau affiliate. Sebagai penulis, anda boleh menjual ebook bertemakan sesuatu yang menarik dan berguna. Platform ini akan menerbitkan ebook anda. Imbalannya, anda menikmati royalti sebanyak 50% bagi setiap penjualan ebook.

Kebaikan

Cara yang sangat mudah menjana wang dengan ebook. Anda hanya perlu menulis tanpa perlu mengeluarkan kos tambahan.

Keburukan

Anda berkongsi keuntungan dengan kadar tinggi kepada syarikat ini, iaitu 50%.

Jual Online Courses di Udemy.com

udemy.com

Udemy.com ialah website untuk mendapatkan course ataupun kursus berbayar. Banyak kategori kursus yang disediakan seperti pembinaan web, applikasi telefon dan pemasaran digital. Jika ada berkebolehan dalam apa-apa bidang sekalipun, anda boleh merakam video tutorial dan jual di sini.

Kebaikan

Cara menjana pendapatan pasif. Dengan platform ini, mudah untuk memuat naik video dan mendapatkan pembayaran.

Keburukan

Anda tidak mendapat akses kepada pelajar anda. Oleh itu, anda tidak berpeluang menghantar emel promosi untuk mengembangkan bisnes.

Jual Website di Flippa.com

flippa.com

Alternatif ini ialah bagi mereka yang mahir dalam bidang IT dan arif dengan pembinaan laman web. Pembinaan web memakan masa dan sukar dipelajari. Jadi ramai yang mencari website yang siap sedia terutamanya dengan fungsi pembayaran.

Kebaikan

Anda boleh menetapkan harga yang mahal di flippa.com kerana website ini memberi pilihan untuk bayaran ansuran kepada pembeli.

Keburukan

Pembinaan web mengambil masa yang lama. Rata-rata pembeli mengutamakan website dengan trafik pengguna yang tinggi.

Kesimpulan

Selain menjual barang di platform beli-belah online atau menjual perkhidmatan, banyak lagi cara untuk buat duit secara online sebenarnya. Yang paling penting ialah usaha dan komitmen untuk menjana pendapatan lebih.

Kalau rasa anda tiada kemahiran yang boleh dijual, banyak kursus percuma online untuk tambah ilmu dan kepakaran.

Berminat untuk menjual di eBay, iaitu platform terkemuka dunia dan menjana pendapatan dalam Dollar Amerika?


>>>> Belajar Bisnes Ebay di SINI <<<<


    2 replies to "3 Idea Buat Duit Online waktu musim PKP"

    • […] Setelah mendaftar, anda boleh terus mula berniaga. Pastikan produk yang dijual lengkap dengan gambar, product description, dan harga. Untuk keterangan lanjut tentang cara menjual di Shopee, boleh tekan link ini[A1] . […]

    • […] Setelah mendaftar, anda boleh terus mula berniaga. Pastikan produk yang dijual lengkap dengan gambar, product description, dan harga. Untuk keterangan lanjut tentang cara menjual di Shopee, boleh tekan link ini[A1] . […]

Leave a Reply

Your email address will not be published.