Hi, bagi peniaga online yang mendapat pelanggan dari luar negara, mesti akan pening kepala tak tahu cara nak pos barang ke luar negara waktu covid 19 ni.

Ada beberapa alternatif yang boleh digunakan untuk pos ke luar negara.

berikut saya kongsikan antara perkhidmatan pos yang boleh digunakan oleh seller dari Malaysia iaitu

Perkhidmatan Pos Express

Perkhidmatan Pos Ekonomi

Saya kongsikan secara ringkas macam mana anda nak menggunakan service yang saya nyatakan di atas untuk membolehkan anda dapat pos barang ke luar negara

Jika anda adalah ebay seller, etsy seller dan sebagainya, artikel ini sangat bermanfaat untuk anda.

kalau anda tak tahu macam mana nak jadi ebay seller boleh rujuk artikel ini untuk belajar cara nak buka akaun ebay.

DHL Express

Perkhidmatan Pos DHL express setakat ni adalah yang terbaik di Malaysia untuk pos ke luar negara, tapi bayarannya agak mahal sikit.

macam mana nak pos?

ada 2 cara:

  1. Walk in ke DHL branch/ agen terdekat dan dapatkan quotation harga
  2. Buka akaun DHL, dan DHL akan pick up barang terus dari rumah

Jika anda nak buka akaun DHL express boleh terus isi di website DHL melalui link ini –> DHL account

ataupun boleh juga contact no di bawah

cara pos barang guna pos laju

nanti pihak DHL akan contact anda untuk berikan quotation harga dan rate terkini. Jika anda setuju, pihak DHL akan bantu bukakan akaun dan guide cara macam mana nak guna DHL express untuk pos barang ke luar negara.

Fedex

Perkhidmatan pos express kedua yang anda boleh guna untuk pos barang ke luar negara adalah Fedex.

Anda boleh buka akaun Fedex dengan cara request terus di website >>di sini<<

ataupun anda boleh juga contact pihak fedex seperti no di bawah

cara pos barang ke luar negara

sama juga, pihak fedex akan hubungi anda untuk proses pembukaan akaun dengan mereka.

selepas akaun berjaya di buka, anda akan dibantu oleh fedex cara pos barang ke luar negara menggunakan perkhidmatan mereka.

Aramex

Perkhidmatan express pos ke luar negara yang ketiga adalah Aramex. Kebiasaanya jika anda mendapat customer di bahagian middle east seperti negara Arab dan sebagainya, Aramex adalah perkhidmatan yang terbaik

anda boleh buka akaun Aramex dengan cara terus ke laman web mereka dan isi borang pembukaan akaun di sini

cara pos barang ke luar negara

Nationwide

Perkhidmatan ke empat yang anda boleh gunakan untuk pos ke luar negara adalah nationwide. Jika anda nak buka akaun boleh terus contact no di bawah

pos barang ke luar negara

nationwide ni orang jarang guna untuk pos ke luar negara, tapi sebenarnya ratenya juga agak murah bila anda pos barang-barang yang berat.

perkhidmatan mereka juga cemerlang dan jarang ada delay.

Selain dari menggunakan perkhidmatan pos express/laju, anda juga boleh menggunakan pos ekonomi untuk menghantar pos barang ke luar negara.

antaranya adalah seperti berikut

DHL eCommerce

DHL eCommerce adalah antara alternatif pos malaysia yang popular kat Malaysia. Selain daripada mempunyai cawangan yang banyak, perkhidmatan mereka lebih fokus untuk pos barang ke luar negara

Kos nak pos juga lebih murah berbanding menggunakan DHL express, cumanya tempoh untuk sampai ke customer lebih lambat sikit berbanding DHL express

jika anda nak menggunakan DHL ecommerce untuk pos barang ke luar negara, lebih baik anda buka akaun dengan mereka

caranya boleh isi form di sini

ataupun anda boleh juga contact mereka di no di bawah

cara pos barang

Janio Asia

Perkhidmatan pos Janio ni agak baru, asalnya adalah dari company Singapore. Perkhidmatan mereka juga murah dan berpatutan untuk pos menggunakan ekonomi shipping berbanding rate yang diberikan oleh web2ship dan flickpost

Jika anda nak pos ke luar negara, boleh buka akaun dengan Janio Asia di sini

anda perlu isi borang get quotation di link berikut seperti gambar di bawah

janio asia

Selain itu, team akaun manager Janio juga merupakan former ebay customer support, so jika anda ebay seller sangat bagus untuk anda mendapatkan nasihat dan pandangan dari mereka

Ini kerana mereka sangat arif dalam selok belok perniagaan di ebay. So jangan lepaskan peluang untuk buka akaun Janio dan bernetworking dengan mereka!

Singpost

Singpost juga adalah antara perkhidmatan alternatif yang digunakan oleh malaysian seller untuk pos barang ke luar negara.

perkhidmatan mereka boleh cover seluruh semenanjung Malaysia, mereka juga ada cawangan di Malaysia yang dinamakan sebagai Quantium Solution

Jika anda nak pos barang ke luar negara, perkhidmatan singpost boleh digunakan terutamanya barang-barang yang beratnya tak lebih 2 kg

anda boleh buka akaun singpost dengan cara daftar di website mereka di sini

ataupun boleh juga contact mereka di no berikut untuk mendapatkan quotation

singpost quantium solution

Kesimpulan

belajar sesuatu dari artikel kali ini? semoga post ini mendapat manfaat untuk anda belajar berjinak-jinak menembusi pasaran antarabangsa bagi memasarkan produk jualan anda

Jika anda nak belajar cara-cara macam mana nak jadi ebay Seller untuk pasarkan barang anda ke pasaran luar negara, boleh belajar secara intensif di link berikut

>>>Belajar Bisnes eBay Top Rated Seller<<<

    1 Response to "Cara pos barang ke luar negara dari Malaysia"

    • Dira

      Saya dah request masuk facebook group selepas beli ebook, masih belum approve

Leave a Reply

Your email address will not be published.