Idea perniagaan apa ye yang sedang berlegar-legar di fikiran anda ketika ini bagi memulakan perniagaan? Dah ada idea ke atau masih terpinga-pinga cari idea?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…bertemu kita sekali lagi dalam arena maya ni ye…Apa khabar anda semua? Semoga anda semua sihat-sihat hendaknya ye! Jom hari ni saya nak share dengan anda macam mana anda nak dapatkan IDEA PERNIAGAAN yang HEBAT agar keuntungan yang bakal anda perolehi juga HEBAT!

Pernah tak dalam hidup anda, anda ada idea perniagaan, tetapi anda biarkan je idea tu tanpa anda ambil apa-apa tindakan untuk memulakannya. Tup-tup…beberapa bulan kemudian, anda lihat ada pula orang lain yang melakukan idea perniagaan itu! Mesti anda tension kan! Saya sendiri pun pernah mengalaminya. Padan muka saya berangan je dengan idea tu, last-last ada orang lain pula yang merealisasikan idea itu!

Dan setiap kali terjadi perkara sebegitu, terdetik dalam hati saya “Rasa-rasa aku la kan…tu idea aku…kenapa dia curi idea aku ye!” Betul, memang idea kita, tetapi jika kita tidak melakukan apa-apa, pastinya orang lain yang mendapat idea yang sama akan melakukannya. Jika dia tidak melakukannya, pasti akan ada juga orang lain pula yang tetap akan melakukan juga! Siapa yang akan mengaut keuntungannya adalah, siapa yang “melakukan” idea tersebut. Bukan siapa yang “fikirkan” idea! Berikut adalah 2 cara untuk mendapat idea perniagaan: 

1. Lihat Kepada Masalah Diri Sendiri

Perniagaan adalah penyelesaian kepada masalah. Apa sahaja penyelesaian kepada masalah yang pernah kita hadapi, jika diteliti, boleh menjadi idea perniagaan. 

Suatu ketika dulu, saya memang mencari-cari satu jenis platform perniagaan yang boleh memasarkan produk saya ke peringkat antarabangsa. Dah tak larat jual dengan orang Malaysia dah…hahahaha…eksyen nye kan…hahaha. Apa yang saya lakukan adalah, saya buat survey platfrom mana yang paling mudah bagi saya untuk memulakannya dan apa yang penting platform itu benar-benar dapat tarik trafik yang banyak. So barulah saya dapat ramai pelanggan. Ketika itu, masalah yang saya hadapi adalah mencari platform perniagaan online di arena antarabangsa. Zassss…tiba-tiba saya terjumpa la dengan www.ebay.com ni.

Inilah yang saya maksudkan dengan mencari idea perniagaan dengan melihat kepada masalah diri kita sendiri.

2. Lihat Kepada Masalah Orang Lain

Banyak berfikir dan bertanya pada diri sendiri untuk mencari idea. Minda kita adalah seperti otot. Kalau tak berusaha, ianya tidak akan berkembang. Lihat dan perhatikan di sekeliling anda. Ada tak masalah orang lain yang boleh diselesaikan? 

Ketika saya menziarahi kakak ipar saya di Melaka dulu, saya lihat dia ada banyak kucing. Tapi kucing-kucingnya tu kurus dan ada kurap di bahagian telinga dan leher. Dari situ saya terus terfikir alangkah baiknya kalau ada satu produk yang boleh dimakan oleh kucing-kucing itu dan settle semua masalah kucing kakak ipar saya tu. Maka saya terus mencari-cari produk-produk seumpamanya yang banyak dijual di Facebook.

Begitulah cara kita mencari idea perniagaan dengan melihat di sekeliling kita dan cari masalah yang orang lain hadapi dan kita fikirkan bagaimana kita nak selesaikan masalah mereka di mana kita perkenalkan produk/perkhidmatan tersebut sehingga dapat menyelesaikan masalah mereka dan sudah pasti mereka akan membelinya.

Perniagaan adalah penyelesaian kepada masalah. Fikirkan masalah sendiri, dan juga masalah orang lain. 

Banyak berfikir. Makin banyak kita berfikir, makin kreatif dalam mencari idea perniagaan yang terbaik untuk diri anda! 

.

Ingin tahu cara yang terbaik mencari idea perniagaan secara online? 

Ikuti Bengkel eBay Intelligence ini

Leave a Reply

Your email address will not be published.