Dalam 6 bulan pertama di tahun 2021 sahaja, lebih 100,000 rakyat mengalami masalah sosial seperti hilang pekerjaan, hilang punca pendapatan dan hilang tempat bergantung akibat Covid-19. Ini membawa kepada pergaduhan antara ahli keluarga serta masalah rumahtangga seperti pertengkaran, perpisahan, penceraian, penderaan emosi dan fizikal.
Usahawan dan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) juga tak terkecuali terutamanya yang fokus kepada perniagaan offline. Anda search sahaja ‘hilang punca pendapatan’ di Google, banyak lagi situasi orang yang terima ujian yang lagi perit dari kita.
Bantuan kerajaan pun cukup-cukup untuk rolling modal dan bayar hutang sewa tertunggak. Bagaimana pula dengan nasib orang yang menjaga ahli keluarga yang sakit atau OKU? Bagaimana pula dengan orang yang tak ada akses kepada ilmu dan peluang-peluang bisnes online??
Cuba bayangkan kalau kita di tempat diorang, sudah tentu kita juga buntu dan mati akal mencari jalan untuk menjana pendapatan.
Bila fikirkan situasi ini, ternyata saya sendiri tak mampu nak bantu semua orang!
Apa yang saya boleh buat ialah…dengan sedikit pengalaman dalam bisnes online dan model bisnes dropship khususnya, saya akan cuba berkongsi dengan sebaiknya peluang-peluang yang ada melalui penulisan di blog ini.
Tiada Jalan Mudah Dalam Membina Perniagaan!
Dalam hidup ni, kita tak lari daripada melabur masa, tenaga dan ilmu untuk tingkatkan taraf hidup. Bisnes online bukanlah jalan mudah atau jalan shortcut untuk jana pendapatan. Ada beberapa proses yang kita mesti belajar dan praktikkan sebelum menjadi mahir. Dan semua ini perlukan masa.
Setiap model bisnes ada proses dan gerak kerja yang berbeza dari segi persediaan, marketing dan proses jualan. Cabarannya pun berbeza.
Kita perlu banyakkan membaca, belajar daripada orang yang praktikkan ilmu bisnes tersebut, cari guru yang betul untuk minimakan kerugian dan kita sendiri perlu lalui proses bisnes tersebut sebelum buat keputusan samaada bisnes tersebut sesuai dengan kita atau tidak. Tiada jalan mudah!
Persoalannya, kat mana kita boleh cari peluang-peluang mulakan perniagaan secara online ni? Di saat kita semua terkesan dengan Covid-19, ada juga yang proaktif & kreatif dalam berusaha menjana pendapatan.
Dalam artikel ni, saya akan kongsikan 4 cara cari peluang jana pendapatan secara online dan bagaimana pihak kami, Mamabaryani.com boleh bantu anda dalam memulakan perniagaan online.
Follow Usahawan-usahawan Di TikTok! – Cara Cari Peluang Jana Pendapatan Secara Online 1
Saya banyak gunakan TikTok berbanding media sosial lain. Jadi, saya letakkan di point nombor 1. TikTok ni best sebab makin banyak kita follow, like dan share akaun usahawan dan content-content berkaitan pasal bisnes online, makin banyak content-content bisnes online akan lalu di ‘For You Page’ TikTok kita. Begitulah algorithmnya.
Apa yang anda perlu buat ialah, buat carian di bahagian ‘Discover’ menggunakan keywords seperti ‘bisnes online’, ‘bisnes dropship’ dan ‘bisnes Shopee’. Anda akan disajikan dengan video-video dari usahawan yang buat sharing pasal bisnes online.
Itulah bestnya TikTok ni tuan-puan, content semua berbentuk video dengan pelbagai background music, jadi lebih menarik kalau kita nak belajar dari pengalaman orang lain dengan cara ni.
Anda boleh tengok satu per satu video untuk dapatkan tips, info dan idea bisnes apa yang diorang buat dan produk apa yang diorang jual. Kadang-kadang ada juga yang buka peluang menjadi agen-agen dropship, buat kelas online dan sebagainya. Kita kena rajin mencari.
Tambahan lagi, anda dapat kenal usahawan-usahawan ini dengan lebih dekat dan menilai sendiri samaada mereka orang yang betul yang boleh bantu anda untuk mulakan bisnes online. Follow usahawan-usahawan tersebut dan jika ada soalan, anda boleh terus tanya diorang kat bahagian komen!
Buat Carian Di Facebook! – Cara Cari Peluang Jana Pendapatan Secara Online 2
Cara kedua ni lebih kurang sama sahaja dengan cara pertama tadi, cumanya kali ni kita gunakan media sosial Facebook. Walaupun cara kedua ni lebih formal (atau bosan sedikit, hehe) berbanding Tiktok, tapi cara ni masih lagi relevan. Yang bagusnya kat FB ni usahawan lebih profesional dan serius buka peluang-peluang jana pendapatan.
Anda boleh buat carian di bahagian ‘FB Search’ menggunakan keywords seperti ‘bisnes online’, ‘bisnes dropship’ dan ‘bisnes Shopee’. Kemudian, tengok satu per satu posting yang berkaitan dan cari peluang-peluang yang ada.
Tengok salah satu contoh yang saya jumpa ni. Akak ni mencari agen dropship jual ayam goreng, sushi dan produk AEON. Hmmm…produk makanan AEON Mall ke? Tak sangka pulak AEON pun ambil agen dropship sekarang. Macam-macam peluang sekarang ni ye.
Ada juga usahawan yang buat kelas online ajar buat bisnes online. Contoh macam gambar kat bawah ni. Dia buat kelas online percuma ajar buat bisnes dropship kat Shopee…
Banyak peluang yang ada kalau kita teruskan mencari. Apa-apa pun kita kena banyakkan survey dan bertanya.
Join Kelas Online Basic Ebay & Hot Research Intelligence! – Cara Cari Peluang Jana Pendapatan Secara Online 3
Kami di Mamabaryani.com juga berkongsi pengalaman menjual produk fizikal di marketplace Ebay (USA) menggunakan dua model bisnes. Samaada menjual secara dropship dari China ke Ebay atau dropship dari Shopee ke Ebay.
Nak jual produk sendiri pun boleh, apa yang penting adalah ilmu cara nak pasarkan produk ke luar negara (Ebay) tersebut. Tenaga pengajar di Mamabaryani.com iaitu Tuan Zul Ariffin Maarof mengutamakan modul pembelajaran bagaimana nak pastikan newbie Ebay mampu memahami strategi menjadi Top Rated Seller.
>>>Follow Akaun Facebook Tuan Zul Ariffin Di Sini<<<
Ada beberapa cara anda boleh dapatkan manfaat dari pihak kami. Anda boleh membaca artikel-artikel di blog ini dan tengok perkongsian di channel Youtube ‘Zul Ariffin Maarof’. Kebanyakannya berkaitan dengan bisnes Ebay.
Cara terbaik adalah belajar dengan Tuan Zul melalui Ebook dan Kelas Online Basic Ebay & Hot Research Intelligence. Belajar terus dengan orang yang betul yang boleh batu anda dalam memulakan bisnes Ebay.
Selain belajar dari Ebook, Tuan Zul mengadakan kelas online melalui Google Meet hampir setiap minggu! Tarikh kelas adalah berdasarkan pakej kelas online yang anda pilih dan kelas online yang terdekat adalah pada 11-13 September 2021 nanti. Jika anda berminat nak tahu lebih lajut berkaitan pakej kelas yang ada, klik pada link di bawah…
>>>Kelas Online Basic Ebay & Hot Research Intelligence<<<
Kesimpulan Cara Cari Peluang Jana Pendapatan Secara Online
Seperti yang telah saya katakan, bisnes online bukanlah jalan mudah atau jalan shortcut untuk jana pendapatan. Ada beberapa proses yang kita mesti belajar dan praktikkan sebelum menjadi mahir. Dan semua ini perlukan masa.
Dengan 3 cara cari peluang jana pendapatan online yang saya kongsikan di atas, mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat membantu tuan puan buka minda, dapatkan idea bagaimana orang lain berusaha menjana pendapatan dan dapat meluaskan lagi ilmu dan kemahiran tuan puan, InsyaAllah.