Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Saya harap anda semua dalam keadaan baik dan sejahtera.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang mengikuti artikel saya dalam pembongkaran produk-produk yang “meletop” di pasaran ebay yang mampu kita ambil peluang.

Kepada yang baru mula mengikut artikel-artikel saya, selamat datang saya ucapkan. Semoga dengan artikel saya yang tidak seberapa ini mampu membantu sahabat semua dalam menjana pendapatan untuk diri dan keluarga tersayang.

Baiklah pada hari ini, saya ingin membongkarkan satu produk yang boleh memberikan peratus keuntungan melebihi daripada 100% dengan berniaga di platform niaga ebay.

Produk yang saya maksudkan ialah Multi-Function Tension Rope. Produk ini ialah satu produk untuk aktiviti kecergasan yang boleh digunakan bukan sahaja di gim malah juga sangat sesuai untuk buat senaman di rumah sahaja. Alatan ini direka untuk senaman yang membantu menguatkan perut, pinggang, kaki dan peha.

Multi-Function Tension Rope

Baiklah seperti kebiasaanya saya akan memulakan pencarian dengan menggunakan Zik Analytic.

Zik Analytic

Dengan menggunakan kata kunci Premium 2019 Multi-function Tension Rope, saya mendapati bahawa terdapat 84 listing yang ada dalam pasaran ebay ketika ini. Daripada kesemua 84 listing itu, dalam masa 30 hari kebelakangan ini, sebanyak 25% daripadanya telah berjaya membuat jualan sekurang-kurangnya 1 unit.

Berdasarkan gambar di atas, kita dapat lihat bahawa dalam masa 30 hari sebelum ini, sell through bagi produk ini adalah sebanyak 250%…!!! Wahhhh menariknya. Angka ini terhasil adalah daripada jumlah hasil yang terjual diperatuskan kepada jumlah listing yang ada. Daripada 84 listing yang ada, sebanyak 210 unit telah terjual dalam masa 30 hari ini. Jumlah hasil pendapatan daripada keseluruhan hasil jualan ini adalah sebanyak USD1,652.06 atau bersamaan dengan RM6,608.24.

Banyak tak sahabat-sahabat sekalian? Dalam sebulan boleh dapat lebih daripada RM6,000 dan ini baru 1 produk tu. Kalau lebih dari satu mcm mana?

Baiklah kita teruskan analisis dengan melihat trend bagi produk ini. Saya menggunakan google trend untuk mencari trend terkini antarabangsa berkaitan produk ini.

Google Trends

Berdasarkan trend ini, kita dapat lihat bahawa, dalam masa 3bulan ini, trend ini semakin menaik dengan sangat drastik. Ini menunjukkan bahawa produk ini tengah viral dan hangat di seluruh dunia.

Sekarang kita kembali pada analisis kita di zik analytic. Selain daripada apa yang saya tunjukkan di atas, zik analytic juga dapat menunjukkan kita beberapa seller yang terbaik yang berjaya menjual produk ini dalam tempoh 30 hari kebelakangan ini.

Zik Analytic

Berdasarkan graf yang ditunjukkan, seller terbaik adalah bernama “dunnwright” yang mana prestasi beliau adalah sebanyak 39.05% berbanding keseluruhan seller lain berkaitan produk ini dalam masa 30 hari.

Zik Analytic

Daripada gambar di atas, zik analytic telah menyusun mengikut senarai seller seller mengikut susunan yang terbaik hingga ke yang biasa.

Suka untuk saya tunjukkan bukti yang telah berjaya dilakukan oleh top 3 seller ebay ini. Berikut merupakan top3 seller ebay yang berjaya menjual produk multi-function ini di pasaran ebay dalam masa 30 hari kebelakangan ini.

1) “Dunnwright”

Ebay “Dunnwright”

Seller ini berasal daripada Toronto. Seller ini telah menjual produk ini pada harga USD7.58 dan telah terjual sebanyak 82 hari dalam tempoh 30 hari kebelakangan ini. Jumlah hasil jualan untuk seller ini adalah sebanyak USD621.56 atau bersamaan dengan RM2,486.24.

2) “Wisstech”

Ebay “Wisstech”

Seller ini berasal daripada negara jiran kita iaitu Thailand di daerah Bangkok. Seller ini menjual dengan harga yang lebih murah iaitu USD5.98 iaitu bersamaan dengan RM23.92 untuk setiap unit dan dalam masa 30 hari, seller ini telah berjaya menjual sebanyak 25 unit. Hasil pendapatan seller ini dalam masa sebulan ialah sebanyak USD149.50 @ RM598.

3) “Yyti-65”

Ebay “Yyti-65”

Seller ini berasal daripada Shenzhen, China. Seller ini menjual dengan harga lebih tinggi daripada 2 seller sebelum ini iaitu pada harga USD8.99. Dalam masa sebulan, seller ini telah berjaya menjual sebanyak 27 unit iaitu telah berjaya menghasilkan pendapatan sebanyak USD242.73 atau bersamaan dengan RM970.92.

Baiklah daripada analisis zik analytic dan google trend, kita dapat lihat bahawa produk ini baik dan sangat berkesan dalam platform niaga di ebay. Jadi, kita dah boleh mula mencari supplier yang terbaik sebelum kita membuat listing di ebay.

Kebiasaanya saya akan mencari di platform shopee dan Lazada kerana kedua-dua platform ini adalah sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Lazada

Berdasarkan pencarian saya di Lazada. Saya telah menjumpai satu seller yang menjual produk ini pada harga RM14.54 untuk seunit. Seterusnya saya teruskan pencarian di shopee pula.

Shopee

Hasil daripada shopee, saya telah menjumpai seorang seller telah menjual produk ini pada harga RM11.55 sahaja.

sebenarnya ada banyak produk yang boleh dijual di ebay. Apa yang penting kita kena rajin buat product research untuk mencari potensi barang yang boleh dijual.

semoga artikel ini membuka minda anda untuk memulakan projek bisnes ebay anda dari rumah!

all the best sahabat!

kalau nak belajar bisnes ebay lebih lanjut boleh join program ni

>>>Belajar Bisnes eBay<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.