cara mula bisnes start

Cara mula bisnes mcm mana ye? Nak tahu caranya? Anda tak tahu bagaimana nak bermula, dan anda pun tak tahu nak bisnes apa ? Betul kan ? Inilah juga yang berlaku pada saya dulu-dulu.

Stress tengok senang-senang je orang lain buat bisnes…senang-senang je jual barang…laku dan banyak duit pulak tu.

Maka bermulalah episod TRY apa saja bisnes. Orang jual makanan, saya jual makanan. Orang jual baju, saya jual baju. Orang jual tudung, saya jual tudung. Orang jual taugeh, saya pun jual taugeh. Bak kata hampir semua jenis produk la yang saya cuba jual.

Ada yang saya jual secara direct, ada yang saya pakai agent tolong jualkan produk saya, ada saya buat secara dropship je. Ada juga saya jual secara offline dan ada juga yang saya jual secara online.

Semua ni dah saya lalui. Terlalu banyak pengalaman kalau nak cerita tak abih 7 hari 7 malam…hahaha…

Cukuplah saya membebel ya. Hari ni saya nak kongsi dengan anda beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian sekiranya anda ingin mula buat bisnes. Ini dia….tips cara mula bisnes khas untuk anda!

Cara Mula Bisnes – Jom saya kongsi dengan anda 10 tip untuk anda yang baru nak mulakan bisnes:

cara mula bisnes thinking

1. Tahu tujuan bisnes

Ada orang menjadikan bisnes sebagai pilihan terakhir untuk jana pendapatan dan ada juga yang berbisnes suka-suka, sekadar mencuba sebab ikut trend bisnes sekarang yang ada sistem stokis, ejen dan dropship kerana modal yang rendah. Tapi untuk anda yang serius nak menjadikan bisnes adalah kerjaya dan punca pendapatan utama, anda kena kenal pasti tujuan utama anda berbisnes.

Yang pertama kebanyakan orang berniaga supaya mendapatkan sumber kewangan lebih baik. Dan anda juga kena tahu bagaimana produk anda boleh membantu menyelesaikan masalah orang ramai. Jangan asyik nak mengharapkan keuntungan semata-mata dan mengeluarkan produk yang tidak berkualiti. Jika anda buat begini, pasti bisnes anda tak akan kekal dan anda tidak akan berjaya dalam dunia bisnes.

2. Buat apa yang anda suka

Bila anda suka terhadap sesuatu bisnes, perjalanan anda akan menjadi lebih mudah kerana anda boleh lakukan sepenuh hati. Bila kita suka, kita tetap akan buat walaupun kadangkala hasilnya mengecewakan kita. Itulah bezanya suka dengan tak suka.

Jika anda kurang suka atau buat kerana terpaksa, ia tidak mendorong diri anda untuk lakukan yang terbaik. Malah, anda akan sentiasa dalam keadaan berfikiran negatif dan tahap kesukaran anda akan lebih tinggi. Jika berlaku sedikit kegagalan sahaja, kita akan give-up dan tak mahu teruskan lagi bisnes tu.

Jika anda buat sesuatu yang anda suka, anda akan ada lebih banyak motivasi untuk tambah nilai diri dan bisnes serta boleh bertahan dalam dunia bisnes dengan lebih lama.

3. Sentiasa berada dalam persekitaran yang positif

Cara mula bisnes ni untuk permulaan anda mungkin berasa kekok dan tidak selesa. Tetapi apabila anda mempunyai orang sekeliling yang positif, ia secara tidak langsung membuatkan anda belajar sesuatu yang baru, memperbetulkan kesilapan sebelum ini dan boleh juga menjadi faktor penolak untuk anda lakukan sesuatu dengan lebih baik. Jadi jangan buang masa dengan orang yang merendah-rendahkan kemampuan anda untuk berbisnes.

Anda perlu berada di kalangan orang-orang yang dah berjaya ataupun dengan orang-orang yang ingin berjaya bersama anda. Orang-orang inilah yang akan beri kekuatan dan semangat untuk terus berjuang mencapat matlamat yang diingini.

4. Sentiasa belajar

Jika anda rasa anda sudah ada banyak pengalaman berbisnes, mendapat kelulusan berkaitan bisnes atau sudah tahu selok-belok bisnes, fikirkan semula. Ramai orang sebenarnya ada keinginan untuk belajar tetapi tidak mampu merendah ego sendiri untuk belajar. Untuk anda yang baru nak memulakan bisnes, jangan terlalu cepat untuk berpuas hati kerana perjalanan anda masih panjang. Sentiasa tambah ilmu supaya boleh meningkatkan potensi diri dan bisnes anda. Ilmu tak akan pernah habis sehingga hari kiamat.

Justeru itu, jangan jadi sombong, jangan rasa diri kita dah lebih daripada orang lain. Anda perlu sentiasa mempunyai satu sikap yang dahagakan ilmu.

5. Letakkan keutamaan pada pelanggan anda

Walaupun anda berasa bangga dengan kejayaan memiliki perniagaan sendiri, tapi dalam masa yang sama anda perlu mengutamakan keperluan pelanggan atau memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, bukan memfokuskan kemahuan anda sendiri.

Letakkan pelanggan anda dalam setiap keputusan yang anda buat dan perlu sentiasa ingat tujuan utama anda berbisnes kerana setiap masalah yang ada pada orang ramai adalah peluang untuk bisnes anda. Jangan jadi syok sendiri pula. Jual barang syok sendiri tanpa memikirkan apa keperluan atau masalah orang yang perlu anda selesaikan.

6. Rancang dengan teliti

Dalam bisnes, lebih-lebih lagi anda yang baru mula berbisnes, perancangan bukan sahaja sekadar keperluan untuk membantu anda mendapatkan keuntungan tetapi ia boleh bertindak sebagai panduan dan memastikan anda memberi tumpuan kepada apa yang perlu anda lakukan segera.

Jadi, setiap perancangan bisnes mesti dilakukan lebih awal supaya anda tidak membuang masa dan mengelakkan daripada tersilap langkah. Anda boleh mendapatkan seseorang yang lebih berpengalaman untuk membantu anda merancang perjalanan bisnes anda.

7. Sesuaikan diri

Walaupun anda telah membuat persediaan, tetapi ada sesetengah perkara yang tidak boleh diramalkan. Pastikan anda dan bisnes anda cukup bersedia apabila berdepan keadaan-keadaan yang sukar atau di luar jangkaan. Contohnya macam keadaan kita sekarang didatangi pandemik COVID 19 ni sampai hura-hara satu dunia.

Jangan terlalu selesa dan hanya mengikuti langkah dilakukan oleh syarikat lain kerana cabaran dalam setiap jenis perniagaan adalah berbeza. Anda perlu bersedia menghadapi apa jua halangan dan rintangan!

8. Seimbangkan online dan offline

Guna kuasa media sosial untuk membantu menghubungkan anda dengan prospek, rakan kongsi, pelanggan, atau sesiapa sahaja yang boleh mempromosikan produk atau perkhidmatan anda.

Bagaimanapun, anda juga perlu cipta rangkaian hubungan dengan individu lain yang mempunyai pengaruh besar dalam perniagaan. Tambahan lagi, rangkaian secara offline membuatkan prospek atau pelanggan anda lebih yakin berbanding pengantara di laman socmed.

Jadi, online kena tip top offline pun kena tip top ya!

9. Mulakan jualan atau pemasaran

Ini benda yang paling penting dalam bisnes sebab pemasaran (marketing) akan membuatkan orang lebih nampak produk atau bisnes anda. Anda perlu tahu bahawa anda hanya ada 30 saat untuk menarik perhatian prospek anda. Pastikan anda menunjukkan idea yang berpotensi atau berkait dengan masalah prospek anda.

Adalah lebih digalakkan agar anda bina kepercayaan terlebih dahulu dengan bakal pelangggan anda sebelum anda mula memperkenalkan produk/perkhidmatan anda kepada mereka.

10. Jangan cepat berputus asa

Dalam banyak kes, pada awal perniagaan ramai orang masih bersemangat dan tidak mudah mengalah dengan masalah dan cabaran. Kunci orang berjaya adalah mereka tidak mudah berputus asa, konsisten dan terus buat sampai habis walaupun lebih banyak kemungkinan yang akan berlaku sepanjang proses itu.

So, don’t give up! Kalau jatuh, bangun semula…kalau tersungkur pun cuba bangkit semula! Tunjukkan kekuatan anda dan buang jauh-jauh kelemahan anda!

.

Saya rasa cukuplah 10 tips cara mula bisnes ni ya…kalau bagi banyak-banyak lagi mau pening anda. Cuba follow slow-slow dan pastikan jadi ya!

Sekiranya anda perlukan seseorang yang boleh bantu dan didik anda untuk mula bisnes, apa kata anda klik link ni:

Dr Zul Ariffin Maarof

Sekian, wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.