Pasaran antarabangsa kedengaran meremang bulu roma je kan…Dalam Malaysia pun tak larat jual dah..ni nak jual kat pasaran antarabangsa pula. Sudahkah anda bersedia untuk mula menjual secara online di pasaran antarabangsa?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Terima kasih kerana masih setia bersama saya. Artikel kali ni, saya nak bongkarkan kepada anda Top 10 platform e-commerce yang boleh anda gunakan dan dapat memudahkan anda untuk memasarkan produk anda di pasarab antarabangsa! Dan yang lebih ‘excited’ lagi, platform-platform ini sudah tersedia berjuta-juta trafik pengguna yang menunggu-nunggu produk anda untuk anda perkenalkan! Tunggu apa lagi… Jom kita lihat!
Berikut adalah senarai 10 platform antarabangsa di mana masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ia dapat membantu anda membuat keputusan yang mana yang paling baik untuk produk yang ingin anda pasarkan:
1. Amazon
Kalau anda seorang pemilik bisnes online,anda pastinya sudah biasa mendengar tentang Amazon. Amazon merupakan salah satu platform e-commerce yang memiliki lebih 310 juta pengguna aktif dan lebih 44% jualan online di US adalah melalui Amazon. Penganalisa sampai ada yang berkata Amazon adalah syarikat yang berpotensi mencecah nilai jualan 1 trillion USD. Anda boleh memilih pelbagai kategori yang disediakan untuk memasarkan produk anda untuk diakses kepada berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia.
2. eBay
eBay adalah satu laman web lelong dan jual beli online yang melibatkan peniaga dari seluruh dunia. Contoh web lelong yang hampir serupa dengan eBay ialah Lelong.com. Berjuta trafik dan pelawat datang shopping dekat eBay setiap hari. So anda dah tak perlu risau tentang marketing. Anda hanya perlu cari produk hot, kemudian list di eBay. Senang kan?
Kunci untuk berjaya dalam bisnes eBay ni senang je iaitu jual barang yang mempunyai permintaan yang tinggi. So untuk part yang ni, memang kena buat research sikit. Dalam panduan Ebay Inteligence ada diterangkan dengan lengkap.
3. Rakuten
Rakuten merupakan sebuah laman web e-dagang yang terbesar di Jepun dan mempunyai berjuta-juta pelanggan. Kewujudannya memberi peluang kepada peniaga dalam talian untuk menjual pelbagai produk dalam lebih dari 10 kategori di pasaran antarabangsa. Perlu anda ketahui bahawa ada bayaran dikenakan untuk mengekalkan akaun penjual anda.
4. Etsy
Etsy adalah pilihan yang tepat untuk penjual yang kreatif yang mempunyai hasil karya seni dan kraftangan mereka sendiri. Platform ini mempunyai 30 juta pembeli di seluruh dunia dan mempunyai jualan hampir $ 3 bilion. Anda bahkan boleh mendaftar untuk menggunakan Etsy Pattern, yang membolehkan anda membina dan menyesuaikan laman web e-commerce anda sendiri dengan domain yang tersendiri.
5. Shopify
Shopify merupakan satu laman web yang dapat membantu anda membina kedai online anda sendiri dan seterusnya anda dapat menjual produk di dalam dan luar negara. Setelah membuat akaun anda, anda akan mendapat akses ke akaun anda. Ia mudah digunakan dan dapat membantu anda menyusun produk-produk di kedai online anda, mengatur inventori, menerima pembayaran, dan mengesan pesanan pelanggan anda.
6. Zibbet
Zibbet adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin menjual produk dalam kategori yang merangkumi barang buatan tangan, seni rupa, vintaj, rumah & tempat tinggal, perhiasan, dan fotografi. Dengan akaun penjual, anda boleh merekabentuk ciptaan anda sendiri dan menyertai komuniti lebih daripada 50,000 pengumpul dan seniman vintaj yang memaparkan produk mereka kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia.
7. Fruugo
Fruugo adalah satu lagi platform dalam talian yang popular untuk peniaga yang ingin pergi ke peringkat global. Ia menawarkan berjuta-juta produk dari ribuan jenama dan beratus-ratus peruncit. Anda boleh mula menjual di 32 negara dan dalam 21 matawang dan 17 bahasa, semuanya menggunakan satu sistem pembayaran global. Setelah menyiapkan akaun anda, anda bahkan akan mendapat akses ke bahagian terjemahan, menjadikannya lebih mudah untuk anda menjangkau pelanggan anda di pasaran antarabangsa.
8. Bonanza
Bonanza sering dibandingkan dengan eBay dan Amazon, dan telah diakui sebagai salah satu laman web paling laris dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ia mempunyai pelbagai kategori, merangkumi buku dan barang sukan, hingga fesyen, rumah, kecantikan, dan seni. Jadi anda boleh memilih untuk menjual dalam satu atau lebih kategori dengan mudah. Setelah mendaftar, anda bahkan dapat menyesuaikan kedai web anda untuk lebih menonjol daripada pesaing, dan anda mempunyai pilihan untuk menetapkan penghantaran antarabangsa.
9. Newegg
Newegg adalah salah satu platform dalam talian yang memfokuskan pada teknologi, tetapi anda boleh mendaftar dengan Newegg Global untuk menjual produk anda dalam pelbagai kategori juga. Laman web ini mempunyai lebih daripada 30 juta pelanggan, dan masih berkembang sehingga kini. Anda boleh menyenaraikan produk anda untuk tatapan bakal pelanggan anda di lebih daripada 50 buah negara di seluruh dunia.
10. Alibaba
Alibaba adalah satu platform online di Asia yang terkemuka, dan tujuannya adalah untuk menghubungkan pembekal dengan perniagaan dari pelbagai kategori. Peniaga dapat membuat akaun dengan cepat untuk mula menawarkan produk kepada para pelanggan global. Dan anda boleh menawarkan produk lebih dari 40 kategori yang berbeza, seperti pakaian dan elektronik, dan platform ini boleh mengakses pembeli di lebih dari 190 buah negara di seluruh dunia. Oleh itu, jika anda ingin memasuki e-commerce borong, Alibaba menjadi platform yang sesuai untuk anda.
So, tunggu apa lagi..pilih platform anda dan mulakan penjualan produk anda di pasaran antarabangsa!
Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut tentang bagaimana memulakan perniagaan online di platform eBay, apa kata anda klik link di bawah ni, dan anda dapat mengetahui secara lebih terperinci langkah demi langkah!
Jom Belajar Teknik dan Rahsia Kejayaan Menjual di eBay
.
SELAMAT MENCUBA!
Sekian, wassalam.