Pada 18 Ogos 2021 yang lepas, saya kembali jual produk fizikal secara dropship dari Aliexpress ke Ebay. Buat kajian produk guna software Zik Analytic, listkan produk di Ebay dan tunggu jualan masuk. Itu sahaja proses menjual di Ebay. Simple kan?

Tak ambil masa yang lama untuk saya dapatkan jualan pertama sejak kembali menjual di Ebay. Pada 23 Ogos 2021, saya dapat jualan pertama. Sehingga artikel ni ditulis (19 September 2021), saya dah buat jualan sebanyak RM832.55 hanya dari 10 produk sahaja yang saya sempat listkan di Ebay.

Ternyata teknik kajian produk guna software Zik Analytic yang kami kongsikan di blog ni dan di kelas online Ebay Intelligence masih relevan, huhu. Saya masih gunakan teknik yang sama. Anda boleh baca artikel-artikel yang saya pernah tulis di blog ini.

Kalau anda lihat jumlah produk yang saya sempat listkan di Ebay iaitu hanya 10 produk sahaja dalam masa lebih kurang 30 hari, ia bukanlah satu prestasi yang baik dan produktif. Disebabkan saya banyak luangkan masa untuk kerja freelance dan usahakan bisnes online lain juga.

Cuba bayangkan jika kita boleh bagi masa dan komitmen untuk listkan 5 produk hot sehari di Ebay, guna teknik kajian produk yang masih relevan ini dan konsisten selama 30 hari. Tak mustahil kita boleh buat jualan lebih dari apa yang saya dapat dalam gambar di atas.

>>>Tarikh Kelas Online Ebay Intelligence Yang Terdekat<<<

Ebay Bekerjasama Dengan Payoneer Untuk Sistem Bayaran Yang Baru

Pada 4 Ogos 2021 yang lepas, Ebay dah mewajibkan seller di Asia untuk daftar dan buka akaun dengan Payoneer untuk menggunakan sistem bayaran Ebay yang baru. Bayaran dari buyer akan masuk ke akaun Payoneer kita,setelah semua Ebay Selling Fees ditolak dan bukan lagi ke akaun Paypal.

Pada pandangan saya, sistem bayaran Ebay yang baru ni memudahkan seller di Ebay dari segi laporan transaksi. Senang untuk kita tengok jumlah yang buyer bayar, tax yang dicaj pada buyer, Ebay Selling Fees dan SST yang dikenakan pada seller Ebay dari Malaysia hanya dari satu dashboard di dalam Ebay sahaja.

Apa yang penting ialah, semua fees akan ditolak dulu siap-siap sebelum bayaran di buat ke akaun Payoneer kita. Jadi, tak ada dah isu kita terguna peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk bayar fees dan terkejut bila hujung bulan dapat invoice dari Ebay…ada jumlah tertunggak yang kena bayar, huhu.

>>>Sumber Rujukan Bagaimana Seller Terima Bayaran Untuk Produk Yang Terjual<<<

Memahami Ebay Selling Fees Yang Terlibat Setelah Membuat Jualan

Dalam artikel ni saya akan tunjukkan langkah demi langkah bagaimana kita nak memahami setiap transaksi selepas kita berjaya buat jualan di Ebay supaya kita tak rasa pelik…”kenapa bila dapat emel produk terjual jumlahnya macam banyak tapi bila masuk akaun Payoneer jadi sikit pulak duit tu”.

Setelah membuat jualan, apa yang anda perlu buat ialah pergi ke dashboard Selling Overview melalui link https://www.ebay.com/sh/ovw. Kemudian, pergi ke bahagian Orders dan pilih All Orders. Untuk melihat maklumat terperinci berkaitan sesuatu jualan, klik pada Order Number jualan tersebut seperti gambar di bawah…

Di sini, anda dapat lihat segala maklumat penting yang berkaitan dengan sesuatu jualan seperti tarikh buyer buat bayaran, tarikh anda pos item, jangkaan tempoh penghantaran, berapa jumlah yang buyer bayar, maklumat penghantaran buyer dan sebagainya…

Jika anda scroll sedikit ke bawah di bahagian Item Details pada halaman yang sama tadi, anda dapat lihat berapa jumlah yang buyer perlu bayar ke Ebay termasuk berapa cukai (Sales Tax) yang dikenakan kepada buyer bergantung pada undang-undang setiap negeri di US atau setiap negara lain.

Anda tak perlu pening pasal jumlah Sales Tax yang dikenakan kepada buyer ni sebab Ebay automatik kirakan dan caj buyer setiap cukai berdasarkan setiap undang-undang cukai dan Ebay akan agihkan cukai tersebut kepada badan tertentu setiap negeri di US atau negara lain. Dalam bahasa yang mudah faham, Ebay tolong settlekan part collect cukai dari buyer tersebut.

Dan anda perlu faham bahawa jumlah bayaran yang dibuat oleh buyer tersebut bukanlah jumlah sebenar yang kita akan terima sebab setiap jualan di Ebay, ada caj tertentu yang akan dikenakan kepada kita sebagai seller di Ebay.

Jadi, bagaimana kita nak tahu apa Ebay Fees yang dikenakan kepada seller untuk setiap jualan dan berapa jumlah sebenar yang kita akan terima ke dalam akaun Payoneer kita untuk setiap jualan tersebut?

Caranya, pergi ke dashboard Selling Overview melalui link https://www.ebay.com/sh/ovw. Kemudian, pergi ke bahagian Payments dan pilih All Transaction. Untuk melihat maklumat terperinci berkaitan sesuatu jualan, klik pada butang View untuk transaksi jualan tersebut.

Di sini, anda dapat lihat jumlah bayaran sebenar (Net Order Proceeds) yang akan dimasukkan ke akaun Payoneer anda setelah ditolak dengan Ebay Selling Fees. Anda juga dapat lihat semua Ebay Selling Fees yang dicaj untuk sesuatu jualan tersebut termasuklah cukai SST yang diwajibkan oleh kerajaan Malaysia kepada seller di Ebay.

Ada 3 jenis Ebay Selling Fees iaitu Insertion Fee (setiap kali kita create listing), Final Value Fee (peratusan setiap kali produk terjual, berbeza berdasarkan kategori) dan Fixed Final Value Fee ($0.30 untuk setiap jualan). Kita akan dapat percuma Insertion Fee untuk 250 item pertama yang kita listkan di Ebay setiap bulan.

Kemudian, kita akan dicaj dengan cukai SST yang diwajibkan oleh kerajaan Malaysia. Anda kena faham bahawa 6% cukai SST dicaj dari jumlah Ebay Selling Fees dan bukannya dari jumlah jualan anda. Jadi, jumlah cukai SST ni bukanlah banyak seperti yang disangka.

>>>Baca Lebih Lanjut Berkaitan Ebay Selling Fees<<<

Jika kita ada menggunakan Ebay Ads atau Promoted Listing, transaksi Ad Fees tersebut akan keluar mengikut percentage yang kita setkan. Jumlah Ad Fees ni akan ditolak dari jumlah processing fund sebelum bayaran di masukkan ke akaun payoneer kita.

Kesimpulan Memahami Ebay Selling Fees Yang Terlibat Setelah Membuat Jualan

Sistem bayaran Ebay setelah bekerjasa dengan Payoneer ini memudahkan seller di Ebay untuk memahami setiap transaksi dan segala cukai yang dicaj dengan mudah. Ia juga melancarkan operasi kewangan kita sebagai seller sebab semua fees akan ditolak dulu sebelum dimasukkan ke akaun Payoneer kita.

Jika kita memahami setiap fees yang akan dicaj setiap kali membuat jualan di Ebay, kita dapat merancang berapa nilai atau peratusan keuntungan yang kita perlu mark-up untuk memastikan kita buat untung dan bukannya rugi.

Jika anda berminat nak belajar teknik dan strategi buat kajian produk hot dan jual di Ebay, lihat tarikh kelas online Ebay Intelligence yang terdekat melalui link di bawah…

>>>Kelas Online Basic Ebay & Hot Research Intelligence<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.