Masalah yang kerap dihadapi oleh seller Ebay yang guna software Zik Analytic untuk buat kajian produk ialah terbeban dengan pelbagai ilmu strategi buat kajian produk hasil dari pembelajaran dari kelas-kelas online atau video-video di Youtube.

Overload dengan ilmu. Sampaikan bila log in jer ke akaun Zik Analytic tu, tenung dashboard lama-lama sebab tak tahu nak mula dari mana…”Rasa macam dah banyak belajar dah, tapi tak tau nak start dengan strategi yang mana satu ni”.

Tambahan lagi dengan pelbagai fungsi kajian produk yang ada dalam Zik Analytic tu. Competitor Research, Category research dan Product Research. Kalau yang ambil plan Standard atau Enterprise tu? Lagi banyak fungsinya.

Ini memang boleh berlaku tuan puan! Kadang-kadang overload dengan ilmu ni lah yang buatkan kita tak mulakan langsung proses kajian dan listing produk di Ebay. Bila tak mula, jadi bertangguh kononnya nak sambung buat hari esok.

Tup tup…lepas sebulan, bila tengok active listing kat Ebay tak lebih dari 10 produk pun. Bila sales sikit, merungut….”kenapa sales aku sikit jer ni? Orang lain boleh pulak dapat banyak”. Aik, padehal diri sendiri yang tak nak cari masa untuk majukan diri sendiri. Active listing pun berapa kerat jer, macam mana nak dapat sales banyak!

Jadi, dalam artikel ni saya nak kongsikan cara malas ataupun cara paling mudah dan cepat nak cari produk hot guna software Zik Analytic. Jom cari produk sama-sama!

Cara Malas Cari Produk Hot Guna Software Zik Analytic!

Sebelum kita mulakan, pastikan anda dah install extensionZik Booster pada Chrome Browser anda. Extension ini akan bantu kita tunjukkan Shipping Location dan sumber supplier sesuatu produk dalam proses kajian produk ni nanti.

Langkah 1: Buat Carian Guna Fungsi Product Research

Log in ke akaun software Zik Analytic anda dan pergi ke fungsi Product Research. Buat carian guna keywordpcs set new. Kenapa saya cadangkan guna keyword ini? Sebab ini adalah keyword umum yang seller Ebay guna bilamana diorang jual sesuatu produk secara bundle atau lot.

Kelebihannya, kita berpeluang untuk dapatkan idea produk yang dijual secara bundle atau lot yang mana harganya boleh dijual dengan lebih tinggi.

Pastikan anda tapis carian untuk platform Ebay dan Shipping Location dari China. Kita nak tengok ada tak produk berkaitan keyword ini yang dijual kat Ebay dan dihantar dari negara China. Sebab kita nak dropship produk dari Aliexpress. Kemudian klik ‘Search’.

Langkah 2: Cari Seller Yang Dropship Produk Dari China

Lepas anda klik Search, software Zik akan keluarkan data senarai produk yang dijual kat Ebay berdasarkan carian anda. Macam mana nak tahu seller yang dropship dari China? Anda kena tengok pada simbol bendera ‘Seller Country’ dan bandingkan dengan ‘Shipping Location’.

Seperti dalam gambar kat atas, seller berasal dari negara Sri Lanka tapi ‘Shipping Location’ dari China. Itu bermaksud seller tu buat bisnes Ebay guna model bisnes dropship. Dan peluang untuk kita jumpa produk yang diorang jual tu kat Aliexpress adalah tinggi. Klik ‘Scan Seller’ untuk spy seller tersebut.

Langkah 3: Scan Produk Yang Dah Terjual Lebih Dari 10 Unit Dalam Tempoh 30 Hari

Apa yang anda perlu buat ialah scan setiap seller yang dropship dari China. Tengok pada senarai produk diorang yang dah terjual lebih dari 10 unit dalam tempoh 30 hari. Penanda aras kami untuk produk hot ialah produk yang dah terjual lebih dari 10 unit dalam masa sebulan.

Sebagai contoh, gambar di bawah adalah data untuk seller dari Sri Lanka tadi. Ada 80 active listing dan 45 unit produk terjual. Kita tak perlu ikut list semua produk yang dia jual. Kita hanya perlu listkan produk yang dah terjual lebih dari 10 unit dalam tempoh 30 hari sahaja. Caranya, masukkan ‘Min. 10’ pada ‘30 Days Sales’ dan klik ‘Filter’.

Ada 2 produk yang terjual lebih dari 10 unit dari seller Sri Lanka tadi iaitu Hip Hop Baseball Cap dan Harry Potter Bank Coins. Dalam artikel ni saya akan gunakan Hip Hop Baseball Cap sebagai contoh. Klik pada nama produk tersebut untuk lihat listing di Ebay dan klik pada Item Finder untuk cari sumber supplier produk tersebut di Aliexpress.

Langkah 4: Spy, Follow Dan Improve Cara Competitor Listing Produk

Gambar di bawah adalah listing untuk Hip Hop Baseball Cap tersebut di Ebay. Dah terjual sebanyak 58 unit dan 14 unit daripadanya adalah dalam tempoh 30 hari yang lepas dengan harga $15.50 seunit. Seller ini jugak menawarkan penghantaran secara percuma menggunakan servis Economy Shipping.

Tujuan kita spy listing dari competitor tersebut adalah supaya kita dapat hasilka listing sendiri yang standing dan improve dari segi title, gambar dan description. Saya selalu ingatkan supaya kita Spy, Follow & IMPROVElisting produk dari competitor. Bukan hanya sekadar spy & follow sahaja.

Langkah 5: Cari Supplier Produk Yang Sama Di Aliexpress

Pada halaman yang sama di software Zik Analytic tadi, klik pada Item Finder untuk cari sumber supplier produk tersebut di Aliexpress. Zik akan senaraikan beberapa cadangan produk yang lebih kurang sama dengan produk yang anda pilih. Kat sini, anda boleh pilih supplier yang ada rating yang tinggi dengan jumlah jualan yang banyak.

Saya jumpa Hip Hop Baseball Cap yang sama macam apa yang seller tadi jual…

Kat Aliexpress, harga Hip Hop Baseball cap ni cuma  $2.69 sahaja seunit dengan $4.95 penghantaran ke United States guna Aliexpress Standard Shipping. Dan seller tadi jual produk ini dengan harga $15.50 seunit! Jom kita kira berapa keuntungan yang seller tadi dapat dalam masa satu bulan tu dengan hanya menjual produk ini sahaja…

Langkah 6: Kira Potensi Keuntungan Guna Ebay Fee Calculator

Dengan menggunakan eBay Fee Calculator, kita dapat mengira potensi keuntungan sesuatu produk setelah ditolak dengan kos Ebay Selling fees. Keuntungan yang seller tadi dapat untuk seunit Hip Hop Baseball cap ialah $5.61.

Seller tadi berjaya membuat jualan sebanyak 14 unit dengan potensi keuntungan sebanyak $5.61 x 14 unit = $78.54 bersamaan RM314.16 dalam tempoh satu bulan hasil dari menjual produk ini sahaja!

Kesimpulan Cara Malas Cari Produk Hot Guna Software Zik Analytic!

Tak dinafikan, kadang-kadang bila kita terlalu banyak belajar teknik dan strategi boleh jadikan kita overload dengan ilmu yang akhirnya membantutkan progress kita. Semoga proses kajian produk yang saya kongsikan ni dapat bantu anda konsisten untuk list 1 produk sehari di Ebay seterusnya meningkatkan peluang buat jualan dan keuntungan.

Kalau anda berminat nak belajar lebih mendalam dan lebih serius buat bisnes Ebay bersama Tuan Zul, boleh lah join Kelas Online Ebay Intelligence yang beliau anjurkan setiap bulan melalui link kat bawah ni…

>>>Tarikh Terdekat Kelas Online Ebay Intelligence<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.