DHL sebelum ini sedia terkenal dengan penghantaran antarabangsa, dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran yang berkualiti, pantas, dan selamat. Pada masa kini, DHL eCommerce iaitu salah satu divisi syarikat di bawah DHL telah melancarkan perkhidmatan penghantaran secara domestik, yang kini boleh dinikmati oleh pengguna di Malaysia.

Perkhidmatan eDagang atau eCommerce boleh dikatakan sedia menjadi lumrah bagi rakyat Malaysia, yang kini mencatatkan kira-kira 7 juta pengguna membeli secara atas-talian setiap bulan. Perkara ini amat memberi peningkatan kepada penggunaan perkhidmatan penghantaran, dan DHL turut ingin mengambil peluang dalam perkembangan eDagang pada hari ini.

DHL eCommerce adalah antara alternatif pos Malaysia yang popular kat Malaysia. Dengan memiliki cawangan yang banyak, mereka menyediakan perkhidmatan pos di dalam dan ke luar negara.

DHL Express dan DHL eCommerce adalah dua entiti yang berbeza dengan operasi dan pengurusan yang berasingan.

DHL Express Malaysia hanya menyediakan Penghantaran Ekspres Antarabangsa. Sebarang penghantaran domestik / pos (Shopee / Lazada) adalah milik DHL eCommerce Malaysia.

DHL eCommerce menyediakan penghantaran bungkusan standard antarabangsa dan domestik. Ia memudahkan anda menghantar secara antarabangsa dengan pelbagai perkhidmatan penghantaran rentas sempadan yang meliputi lebih dari 220 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Kos nak pos juga lebih murah berbanding menggunakan DHL express, cumanya tempoh untuk sampai ke customer lebih lambat sikit berbanding DHL express. Berikut saya senaraikan kos pos domestik dan antarabangsa:

DOMESTIK

.

ANTARABANGSA

.

DHL eCommerce price list
DHL eCommerce price list 2
DHL eCommerce Price List 4
DHL eCommerce Price list 3

Jika anda nak menggunakan DHL eCommerce untuk pos barang ke luar negara, lebih baik anda buka akaun dengan mereka.

Caranya boleh isi form di sini ataupun anda boleh juga contact mereka di no di bawah:

Hotline: +603-2779 2300 Monday –Friday (9am -6pm)

Email: cs-ecom.my@dhl.com

FAQs: https://www.dhl.com/my-en/home/our-divisions/ecommerce/customerservice/business-customer-faq.html

Live Chat: https://ecommerceportal.dhl.com/retail/

Parcel Tracking: https://ecommerceportal.dhl.com/track/

Facebook Messenger: https://m.me/DHLeCommerceSolutionsMY

.

Kesimpulan

Belajar sesuatu dari artikel kali ini? Semoga post ini mendapat manfaat untuk anda belajar berjinak-jinak menembusi pasaran antarabangsa bagi memasarkan produk jualan anda.

Jika anda nak belajar cara-cara macam mana nak jadi eBay Seller untuk pasarkan barang anda ke pasaran luar negara, boleh belajar secara intensif di link berikut:

>>>Belajar Bisnes eBay Top Rated Seller<<<  

Leave a Reply

Your email address will not be published.