DHL Express merupakan satu perkhidmatan kurier yang ditawarkan oleh syarikat DHL yang boleh digunakan sebagai salah satu alternatif untuk para penjual online menghantar barang ke luar negara. Cuma harganya yang agak mahal membuatkan ramai penjual online tidak menggunakannya. Namun, barang anda boleh sampai dalam masa yang singkat sahaja kepada pembeli anda. Dah namanya EXPRESS kan…mesti laju gilerr…

Nak saya terangkan tak dengan lebih lanjut? Jom baca artikel ni sampai abis ye…

Apa itu DHL Express?

Ia adalah pilihan penghantaran premium dari DHL yang boleh anda gunakan untuk penghantaran domestik atau antarabangsa.

Dengan rangkaian 220 negara, DHL adalah peneraju pasaran global dalam penghantaran ekspress. Penghantaran ekspress memastikan pakej anda dihantar dalam jangka masa yang cepat dan tepat.

Harga Penghantaran DHL Express

Harga penghantarannya ke luar negara adalah mengikut zon yang tertentu. Terbahagi kepada 5 zon kesemuanya. Iaitu Zon 1 hingga Zon 5. Harga ini adalah harga yang saya dapat pada hari ini, mengikut tarikh artikel ini ditulis.

Harga Pos DHL Ke Luar Negara
This image has an empty alt attribute; its file name is DHL-Types-of-Boxes-2.jpg
Kotak yang disediakan oleh DHL Express

Seeloknya kita menggunakan harga yang berada dari Box 1 sehingga Box 4. Jika lebih dari itu, mungkin pembeli tidak sanggup untuk membayar harga kos penghantaran.

Apa-apa pun boleh berbincang dengan pembeli anda dahulu sebelum menghantar barang. Pastikan anda membuat kira-kira yang betul sebelum mula menjual barang secara online sama ada di eBay ,Amazon, Etsy atau Bonanza.

untuk pos service yang lain, anda boleh juga baca artikel di sini

cara pos guna dhl express
Senarai Negara Yang Boleh dihantar menggunakan DHL Express mengikut zon

Seperti di dalam gambar di atas, kita boleh lihat senarai negara mengikut zon masing-masing. Sebagai contoh jika kita ingin menghantar ke USA, ia terletak di dalam zon 3.

Jadi, pastikan harga kos penghantaran di dalam listing mengikut harga yang telah ditetapkan oleh pihak DHL Express.

Kelebihan Hantar Barang ke Luar Negara dengan DHL Express

Perkhidmatan pos DHL express setakat ni adalah yang terbaik di Malaysia untuk pos ke luar negara, tapi bayarannya agak mahal sikit. Penghantaran ini juga sudah termasuk sekali dengan kotak/flyers dan bubble wrap.  Anda cuma perlu bawa barang yang ingin dihantar, kemudian pihak DHL akan memeriksa dan membungkuskan barang anda masuk ke dalam kotak atau flyers.

Penghantaran dari Malaysia ke USA memerlukan masa sehingga 6 hari untuk sampai. Untuk negara lain boleh rujuk pada DHL Express yang berdekatan.

Macam Mana Nak Pos?

Ada 2 cara:

  1. Walk in ke DHL branch / agen terdekat dan dapatkan quotation harga.
  2. Buka akaun DHL, dan DHL akan pick up barang terus dari rumah.

Jika anda nak buka akaun DHL express boleh terus isi di website DHL melalui link ini –> DHL account ataupun boleh juga contact no di bawah:

dhl express

Nanti pihak DHL akan contact anda untuk berikan quotation harga dan rate terkini. Jika anda setuju, pihak DHL akan bantu bukakan akaun dan guide cara macam mana nak menggunakannya untuk pos barang ke luar negara.

So, senang saja kan…

Ok…setakat ni saja ye…nanti saya kongsi lagi cara pos barang guna DHL eCommerce pulak ye!

Jom Belajar Cara Pasarkan Produk Anda ke Luar Negara…

Leave a Reply

Your email address will not be published.