Hi, salam sejahtera semua. Beberapa hari yang lepas saya telah kongsikan apakah kelebihannya kalau kita berniaga menggunakan eBay. Hari ini pula saya akan kongsikan apa kelebihannya sekiranya kira melakukan bisnes online. Walaupun sudah jelas boleh nampak kelebihannya, saya boleh pasti masih ramai lagi yang was-was dan takut takut untuk memulakan bisnes online.

Sebenarnya ramai lagi yang masih tidak tahu, teknik bisnes online ini sangat mudah dan senang. Kelebihan yang paling utama ialah anda tidak perlu buat sebarang marketing langsung. Apa yang anda perlu buat hanya meninggalkan iklan tentang produk anda di eBay dan memaparkan butiran dan info yang berkaitan tentang produk anda. Itu sahaja.

Baik. Mesti ada orang yang akan tanya, kan bagus juga sekiranya saya menjual barang melalui cara yang lain seperti di Whatsapp dan Facebook? Whatsapp dan Facebook pun menjual secara online juga betul tak? Ya, memang betul. Tetapi selalunya pelanggan akan tanya banyak soalan dan anda perlu meluangkan masa untuk membalas mesej mereka. Malahan, saban hari anda terpaksa melayan kareneh pelanggan yang macam-macam. Anda juga tidak payah sibuk nak “copy & paste” skrip iklan anda kepada para pelanggan. Sekiranya anda melakukan bisnes online di platform seperti eBay, seperti yang saya sudah terangkan tadi, anda cuma perlu meninggalkan butiran dan info berkaitan tentang produk yang anda ingin jual. Kebiasaannya tiada orang yang akan tanya anda soalan yang macam-macam tentang produk yang anda jual.

Bisnes online ni pun anda boleh buat secara sambilan sahaja pun, kerana memang tidak akan kacau masa anda bekerja pun. Anda hanya perlu tunggu produk yang sudah diiklankan untuk dibeli oleh orang lain. Anda tidak perlu sentiasa sibuk membuka Whatsapp dan Facebook untuk melihat ada orang berminat nak membeli produk anda atau tidak. Tahu-tahu duit masuk macam tu sahaja semasa anda sedang bekerja.

Kepada orang yang baru nak buat bisnes online, mesti anda akan pening memikir apa produk yang patut anda jual? Adakah produk yang anda nak jual mesti gempak dan menarik? Sebenarnya anda tidak perlu pening memikir apa produk nak dijual pun, jual barang runcit seperti Nescafe, Milo, dan Maggi pun dah ok sangat. Sebagai contoh ya, anda beli Nescafe Blend and Brew Original dari Tesco dengan harga RM 9.49. Kemudian anda jual semula di luar negara dengan harga USD 22.99 seperti yang dipaparkan dalam gambar di bawah. USD 22.99 tu cuba ditukar kepada RM, jadi RM 92, untungnya hampir lapan kali ganda (8x)!! Sedangkan anda cuma menjual barang runcit sahaja pun.

Nampak tak? Sangat rugi tahu jika kita tidak mengambil peluang baik macam ni untuk membuat bisnes online. Saya berharap perkongsian ini dapat membuka horizon minda anda semua betapa luasnya peluang membuat bisnes online ni. Sekian sahaja perkongsian saya pada hari ini. Semoga hari anda sentiasa cerah dan indah.

Anda berminat untuk belajar bisnes ebay? Jom belajar dengan Dr. Zul Ariffin di sini:

>>>Belajar Bisnes Ebay : Bengkel Ebay Intelligence<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.