Sebagai seorang usahawan online eBay ataupun freelancer yang bekerja dari rumah, kita juga tak lari daripada perasaan stress.

Aik, buat bisnes eBay pun boleh stress ke?

Hmm…maunye tak. Banyak sebenarnya cabaran yang kita kena hadapi dalam proses belajar dan praktikkan buat bisnes eBay ni.

Sesetengah orang ingat bila buat bisnes eBay, diorang boleh cepat jadi kaya, boleh ada duit banyak tanpa perlu buat kerja dan boleh buat duit sambil goyang kaki.

Tapi realitinya, nak buat bisnes eBay ni perlukan kerja keras, kerja lebih masa dan komitmen yang tinggi. Tak dinafikan, buat bisnes eBay boleh berikan kita pendapatan yang cukup atau lebih. Tapi bergantung pada usaha kita.

Semakin banyak kita buat listing produk hot, semakin tinggi peluang untuk buat jualan. Nak tambah listing jadi banyak perlukan masa. Nak buat kajian cari produk hot perlukan masa. Nak mula belajar buat bisnes eBay pun perlukan masa!

Itulah pengorbanan yang perlu dibuat sepertimana orang yang bekerja makan gaji menyara kehidupan.

Beberapa Punca Stress Buat Bisnes Ebay

Banyak sebenarnya cabaran yang kita kena hadapi dalam proses belajar dan praktikkan buat bisnes eBay. Contohnya, nak tunggu dapat jualan pun dah boleh jadikan kita stress. Ye lah, setiap hujung bulan nak kena bayar komitmen, tapi kita masih tak jana keuntungan dari bisnes.

Contoh kedua, kalau anda buat bisnes eBay guna bisnes model dropship, supplier kita kat Aliexpress tu lambat pos barang, handling time jadi lama sangat, dan kita pulak nak kena update tracking number secepat mungkin. Situasi ni jer dah boleh jadikan kita stress.

Contoh ketiga, kena handle refund atau cancel order dari buyer macam yang saya dapat ni. Mula-mula macam dah gembira sebab dapat notificationkacing-kacing!” berjaya buat jualan. Beberapa saat lepas tu dapat notification lagi yang buyer tu mintak cancel order sebab dia tersalah order. Mau tak stress dibuatnya!

Tak kira apa pun punca kita jadi stress, kita tetap perlu sit down, luangkan masa dan terus bagi komitmen untuk majukan bisnes eBay.

Jadi, dalam artikel ni saya nak kongsikan beberapa cara hilangkan stress supaya nanti bila anda rasa stress jer, anda boleh ambil masa untuk relax, tak cepat give up dan tetap terus usahakan bisnes eBay sampai berjaya!

Dapatkan Tidur Yang Cukup! – Cara Hilangkan Stress Buat Bisnes Ebay

Orang yang usahakan bisnes online atau jadi freelancer ni kebanyakannya sebab diorang memang minat. Disebabkan minat ni, mungkin anda suka hadap kerja-kerja online ni sampai lewat malam dan abaikan waktu tidur.

Tak cukup tidur boleh jadi punca anda stress sebab anda kurang tenaga. Pastikan anda dapat tidur yang cukup. Dengan tidur yang cukup, anda dapat mulakan hari seterusnya dalam keadaan yang bertenaga.

Kita perlukan tenaga dan semangat untuk beri 100% komitmen buat kajian produk hot dan tambah listing paling kurang pun 1 produk hot di ebay setiap hari!

Buat Bisnes Ebay Dengan Ilmu! – Cara Hilangkan Stress Buat Bisnes Ebay

Dalam artikel ‘Kepentingan Membuat Kajian Data Ebay’, saya pernah bagitahu bahawa kunci kejayaan bisnes eBay yang perlu kita tekankan ialah buat kajian produk yang ada permintaan tinggi. Ataupun kita panggil produk hot.

Dalam komuniti eBay Intelligence, kami menggunakan software Zik Analytic untuk buat kajian produk hot. Ada beberapa setting, penanda aras dan teknik yang kami guna untuk cari produk hot ni. Kami ada kongsikan di kelas online eBay Intelligence dan di blog ni jugak.

Untuk hilangkan stress disebabkan lama menunggu nak dapatkan jualan di eBay, anda boleh baca artikel-artikel di blog ini atau cara terbaik adalah belajar dengan Tuan Zul melalui Ebook dan Kelas Online Basic Ebay & Hot Research Intelligence.

Belajar terus dengan orang yang betul yang boleh batu anda dalam memulakan bisnes Ebay. Selain belajar dari Ebook, Tuan Zul juga mengadakan kelas online melalui Google Meet hampir setiap minggu.

>>>Tarikh Terdekat Kelas Online Ebay Intelligence<<<

Ambil Masa Untuk Berehat! – Cara Hilangkan Stress Buat Bisnes Ebay

Mungkin anda rasa kalau kena rehat dulu nanti tak produktif pulak sebab banyak lagi kerja lain yang nak diselesaikan. Tapi sebenarnya ambil masa untuk rehat adalah cara berkesan untuk kurangkan stress.

Kalau anda terus bekerja jugak dalam keadaan stress, anda tak dapat nak bagi yang terbaik dan boleh jadi serabut. Dengan berehat, anda ambil masa untuk lupakan kerja sekejap dan lapangkan minda sebelum kembali fokus dan beri yang terbaik pada kerja.

Apa yang nak buat masa rehat tu? Setiap orang ada aktiviti yang berbeza untuk lapangkan minda. Mungkin ada yang minum secawan nescafe sambil melihat pemandangan dari tingkap. Mungkin ada yang keluar jalan-jalan ambil angin naik motor.

Luangkan Masa Untuk Beriadah! – Cara Hilangkan Stress Buat Bisnes Ebay

Jangan abaikan masa yang berkualiti bersama orang di sekeliling anda. Mak ayah, adik beradik dan kawan-kawan. Elakkan bergaul dengan orang yang toxic yang tak percaya pada apa yang anda usahakan.

Luangkan masa untuk keluar beriadah di waktu petang juga. Jangan lah asyik terperap dalam bilik menghadap skrin fon dan skrin laptop jer. Jadi tepu otak tu nanti.

Kesimpulan Cara Hilangkan Stress Buat Bisnes Ebay

Bisnes eBay bukan jalan shortcurt untuk jadi kaya ambil goyang kaki. Ia adalah satu kerjaya yang boleh berikan anda pendapatan yang stabil selagi anda KONSISTEN dan KOMITED praktikkan apa yang dikongsikan dalam kelas online eBay Intelligence.

Apa-apa pun usaha yang perlukan masa dan komitemen, tak lari dari cabaran yang akan buatkan kita stress. Untuk bina sebuah bisnes yang stabil untuk jangka masa panjang, kita pun mestilah berfikir dan bertindak untuk jangka masa panjang. Jangan biarkan stress buat kita give up usahakan bisnes eBay.

Dengan 4 cara hilangkan stress buat bisnes eBay yang saya kongsikan di atas, mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat membantu tuan-puan terus bagi komitmen untuk usahakan bisnes eBay sampai berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published.