Saya nak mulakan artikel ini dengan membawa kata-kata Tuan Zul dari FB Page beliau…

“Jika kita kata susah, ianya akan jadi susah. Bila kita kata ada solusinya, InshaAllah benda susah pun akhirnya akan berjaya dilalui dengan mudah.…

Analoginya begini, kalau nak buat PhD, kena tanya dengan orang yg pernah lalui jalan tu, kalau tanya orang yg tak pernah buat PhD memang dia akan kata susah.

…Sama juga kalau nak buat bisnes eBay ni, bila kita tanya orang yang tak buat bisnes eBay, dia akan kata eBay ni susah.

…Tapi bagi orang yang dah lalui dan nikmati manisnya, dia dah ada solusinya. So benda susah dah jadi mudah bagi dia.

…Dah tak ada masalah. Semuanya bergantung pada kita melihat masalah itu sebagai peluang atau alasan untuk tinggalkan.” – tuan Zul Ariffin Maarof

Saya nak tanya tuan/puan, kenapa masih ada seller eBay yang memang dah lama bukak akaun eBay tapi lepas 3-4 tahun pun masih tak jumpa rentak menjual secara konsisten? Sebagai contoh, student ni berjaya buat jualan 5 angka di eBay dalam tempoh sebulan…

Akaun eBay dia dah lama, tahun 2017 dulu. tapi waktu tu tak fokus jadikan eBay sebagai bisnes utama. Tahun ni, dia join kelas online dan sesi personal coaching, terus take action dan hasilnya jualan mencanak naik.

Kenapa pada tahun 2017 beliau tak berjaya dalam eBay tapi bulan Julai 2021 bila join kelas dan take action terus berjaya buat jualan 5 angka dalam masa sebulan? Apa yang dia tak buat pada tahun 2017, dan apa yang dia buat sekarang yang membuahkan hasil?

Mesti ada kuncinya. Mesti ada gerak kerja yang kita boleh follow. Kalau ikutkan, kami dah banyak buat sharing teknik dan strategi dalam eBook, dalam blog ni dan dalam kelas online.

Yang membezakan seller eBay yang berjaya dan tak berjaya ialah tindakan individu tu sendiri samaada dia  KOMITED dan KONSISTEN tambah listing produk hot setiap hari atau tak!

Matlamat Kami Dalam Komuniti Ebay Intelligence

Matlamat team kami dalam komuniti eBay Intelligence bukan lagi hanya sekadar sediakan modul pembelajaran untuk seller eBay baru nak dapatkan jualan pertama sahaja. Kini, kami mengutamakan modul pembelajaran bagaimana nak pastikan seller eBay baru mampu memahami strategi menjadi Top Rated Seller (TRS).

Untuk merealisasikan matlamat ini, kami menubuhkan eBay Intelligence Academy bagi membangunkan satu ekosistem yang lengkap untuk seller eBay mencapai tahap Top Rated Seller.

Dalam akademi ini, ahli dapat join program dropship di bawah eBay Intelligence Academy yang mana diorang boleh menjual produk-produk secara dropship dari warehouse di US.

Penghantaran produk ke buyer di US menjadil lebih cepat, feedback untuk jualan pun dapat lebih cepat dan listing juga senang dapat visibility dan trafik yang lebih tinggi. Dengan cara,ni, seller eBay boleh tingkatkan peluang mencapai Top Rated Seller dengan lebih cepat.

Matlamat kami adalah untuk pastikan 80% daripada ahli di bawah eBay Intelligence Academy menjadi Top Rated Seller. Oleh sebab program ini masih dalam pembagunan, kami membuka peluang ini kepada student Personal Coaching sahaja buat masa ni.

>>>Tarikh Terdekat Kelas Online & Personal Coaching Ebay Intelligence<<<

Bila program ni dah ada satu pencapaian dan ekosistem yang mantap, kami akan buka peluang pada student ebook dan kelas online pula. Dalam bulan September 2021 sahaja, kami dah dapat beberapa hasil yang memberangsangkan dari student akademi ni.

Pencapaian Student eBay Intelligence Academy September 2021

Berikut adalah beberapa pencapaian student dalam eBay Intelligence Academy….

Yang pertama adalah Tuan Lizam. Beliau adalah salah seorang student personal coaching dan eBay Intelligence Academy. Akaun eBay beliau dah capai Top Rated Seller pada 2 September 2021 dan dapat offer program Managed Seller dari eBay.

Mula-mula belajar dulu banyak yang beliau tak tahu, sekarang ni wasap sikit-sikit jer dah tahu apa nak kena buat. Bila dah ada ilmu dan pengalaman, akaun pun dah semakin matang seiring dengan kemampuan seller.

Pada 21 September 2021, seorang lagi student eBay Intelligence Academy berjaya buat jualan $4,342 bersamaan Rm17,368 dalam masa sebulan. Kalau ikutkan rentak jualan student ni, akaun eBay dia bakal dapat Top Rated Seller.

Jualan pun dah cecah 5 angka sebulan. Jualan seminggu dalam RM4,000. Masih lagi dalam program dropship di bawah eBay Intelligence Academy. Alang-alang buat bisnes eBay biar sampai dapat Top Rated Seller.

Nampaknya dah terbukti ramai yang bukan sekadar berjaya buat jualan sahaja, tapi berjaya capai tahap seller tertinggi di eBay. Salah satu faktornya sebab kita pos barang dari warehouse kat US. Jadi, visibility lebih tinggi dan barang pun lagi cepat sampai dengan kos yang lebih murah.

Pada 27 September 2021, ada seorang lagi student eBay Intelligence Academy dapat Top Rated Seller. Walaupun waktu covid ni cabaran nak berniaga agak mencabar Tapi tak kurang juga dah ramai yang cepat beralih kepada bisnes online.

Student ni dia mula buat bisnes eBay tahun lepas. 100% produk yang dijual adalah dari program dropship dan penghantaran dari warehouse kat US. Jualan sebulan masih lagi 4 angka. Belum berjaya hit 5 angka. Tapi tetap konsisten buat. Akhirnyadah berjaya hadiahkan kejayaan untuk diri sendiri dapat Top Rated Seller di eBay.

Kesimpulan Pencapaian Student Ebay Intelligence Academy September 2021

Jika anda seller yang baru nak berjinak-jinak belajar menjual di eBay, anda akan jatuh dalam kategori eBay Casual Seller. Setelah anda berjaya mencapai Top rated Seller, eBay akan jemput anda untuk join program Managed Seller.

Bila dah dah dapat join program eBay Managed Seller, banyak manfaat yang seller eBay tu akan dapat, antaranya:

1. Dapat subsidi untuk buat eBay Advertising,

2. Dapat subsidi untuk penghantaran ke oversea,

3. Boleh tingkatkan trafik untuk listing, join program marketing yang eBay buat dan banyak lagi.

Jadi, kalau nak buat bisnes eBay ni, kena set minda bahawa bisnes eBay ni adalah bisnes jangka masa panjang. Susun strategi untuk bina empayar, hasil dari segi keuntungan akan menyusul kemudian nanti, InsyaAllah.

Kalau anda nak join personal coaching dan eBay Intelligence Academy, boleh lihat tarikh kelas terdekat melalui link di bawah…

>>>Tarikh Terdekat Kelas Online & Personal Coaching Ebay Intelligence<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.