Sebagai usahawan online dropship yang menjual di eBay, saya ada bookmark beberapa halaman penting untuk seller eBay di Chrome browser. Halaman-halaman ini saya bookmark dan kumpulkan dalam satu bookmark folder supaya mudah untuk saya akses pada bila-bila masa sebab ia adalah halaman yang kerap digunakan oleh seller Ebay.

Halaman-halaman tersebut ialah;

  1. eBay Seller Hub,
  2. eBay Customer Service,
  3. eBay Seller Central,
  4. eBay Seasonal Playbook,
  5. eBay Selling Announcements dan
  6. eBay For Business Podcast.

Dalam artikel ni, saya akan buat tutorial bagaimana anda boleh cari halaman-halaman ini dan terangkan apa manfaat yang anda boleh dapat dari halaman-halaman tersebut sebagai seller eBay.

Ebay Seller Hub – Halaman Penting Untuk Seller Ebay

Saya boleh katakan eBay Seller Hub adalah laman utama untuk setiap seller eBay. Klik ‘My eBay’ di penjuru kanan sebelah atas pada akaun eBay anda dan klik pada ‘Selling’. Anda akan dibawa ke halaman Seller Hub ini…

Ebay Seller Hub memberi anda akses kepada setiap aspek dalam bisnes eBay anda seperti Orders, Listings, Marketing dan Payments. Jika anda scroll ke bawah halaman ini juga, anda dapat lihat ringkasan task yang anda perlu settlekan, jumlah jualan, data listing, seller level dan monthly limit hanya dari satu dashboard.

Dalam artikel sebelum ini, saya pernah tunjukkan bagaimana kita nak semak maklumat penting berkaitan sesuatu jualan dan Ebay Selling Fees yang dikenakan kepada seller untuk setiap jualan tersebut di Seller Hub ini. Anda boleh bookmark halaman Seller Hub ni supaya senang untuk anda akses pada bila-bila masa nanti.

>>>Baca Artikel Memahami Ebay Selling Fees Setelah Membuat Jualan<<<

Ebay Customer Service – Halaman Penting Untuk Seller Ebay

Sebagai seller eBay, kita takkan lari dari masalah berkaitan akaun atau jualan seperti akaun kena restriction ataupun kita nak tingkatkan selling limits. Untuk cuba selesaikan masalah-masalah ini, kita kena contact eBay Customer Service.

Caranya adalah, klik pada ‘Help & Contact’ di sebelah atas akaun eBay anda. Anda akan dibawa ke halaman eBay Customer Service ini. Anda boleh bookmark halaman Customer Service ni supaya senang untuk anda akses pada bila-bila masa nanti.

Untuk bercakap dengan agen eBay, scroll ke bawah halaman ini dan klik ‘Contact Us’. Pilih topik yang spesifik sehingga anda jumpa ‘Chat with our automated assistant…’ di sebelah kiri seperti gambar di bawah…

Klik pada ‘Chat with our automated assistant…’ tersebut, kemudian pop-up chat akan keluar di sebelah kanan. Klik pada ‘Contact an agent’. Anda boleh pilih untuk chat sahaja dengan agen eBay, tak perlu call pun tak apa. Saya pernah naikkan selling limits dengan menggunakan cara ini sahaja.

Ebay Seller Center – Halaman Penting Untuk Seller Ebay

Seterusnya adalah eBay Seller center. Pada halaman eBay Customer Service tadi, anda scroll ke yang paling bawah. Klik pada ‘Seller Center’ seperti gambar di bawah…

Anda akan dibawa ke halaman eBay Seller Center. Seller Center adalah gudang ilmu untuk Seller eBay. Di sini, anda boleh dapatkan bahan bacaan, video, tips, tutorial dan bahan bantuan untuk bisnes eBay. Anda boleh bookmark halaman Seller Center ni supaya senang untuk anda akses pada bila-bila masa nanti.

Anda scroll ke bawah pada halaman ini sehingga ke bahagian ‘Explore the Seller Center’. Di sini anda boleh dapatkan info dalam pelbagai topik seperti bagaimana nak mulakan bisnes eBay, bagaimana nak buat listing, buat eBay Ads untuk listing dan pelbagai topik lain seperti dalam gambar di bawah…

Ebay Seasonal Playbook – Halaman Penting Untuk Seller Ebay

Seterusnya adalah halaman eBay Seasonal Playbook. Pada halaman eBay Seller center tadi, klik pada ‘Get Started’,kemudian klik pada ‘Your Seasonal Playbook’ seperti dalam gambar di bawah…

Di sini, anda boleh dapatkan info dan tips untuk menjual pada musim-musim tertentu seperti Winter, Spring Summer dan Fall. Halaman Seasonal Playbook banyak membantu saya menjadi lebih strategik dalam membuat kajian produk pada musim-musim tertentu sebelum ini. Anda boleh bookmark halaman Seasonal Playbook ni supaya senang untuk anda akses pada bila-bila masa nanti.

Sebagai contoh, saya pernah menulis artikel bertajuk ‘Strategi Tingkatkan Jualan Ebay Fasa Q4’ sebelum ni. Dalam artikel tersebut, saya ada tunjukkan yang eBay ada sediakan info seperti perayaan atau event apa yang akan berlaku dalam musim Fall. Ebay juga bekalkan info kategori apa yang kita perlu fokuskan untuk tingkatkan jualan pada musim tersebut.

Jadi, daripada berjuta-juta produk yang ada kat Aliexpress.com tu, anda hanya perlu fokus pada produk dalam ketegori tertentu untuk fasa tertentu sahaja berdasarkan data yang dibekalkan eBay pada halaman Seasonal Playbook. Dengan adanya data-data ni, anda jadi lebih strategik dan tak perlu fikir pasal produk-produk dalam kategori yang tak berkaitan.

>>>Baca Artikel Strategi Tingkatkan Jualan Ebay Fasa Q4<<<

Ebay Selling Announcements – Halaman Penting Untuk Seller Ebay

Seterusnya ialah halaman eBay Selling Announcements. Pada halaman eBay Seller center tadi, klik pada ‘Get Started’,kemudian klik pada ‘Announcements’ seperti dalam gambar di bawah…

Ebay Selling Announcement adalah halaman ‘blog dan forum’ untuk platform ebay. Di sini, anda boleh dapatkan info dan tips menjual di eBay dengan membaca artikel-artikel blog terbaru dari ebay. Anda boleh bookmark halaman Seller Announcements ni supaya senang untuk anda akses pada bila-bila masa nanti.

Ebay Business Podcast – Halaman Penting Untuk Seller Ebay

Yang terakhir adalah eBay Business Podcast. Pada halaman eBay Selling Announcements tadi, klik pada ‘eBay for Business Podcast Library’ seperti dalam gambar di bawah…

Kalau anda bosan menimba ilmu dengan cara membaca artikel, anda masih boleh kekalkan produktiviti dengan menggunakan halaman Ebay Business Podcast ni. Di sini, anda boleh dapatkan info dan tips menjual di eBay dengan mendengar sesi podcast dari ebay berkaitan topik-topik tertentu.

Pilih topik yang anda berminat nak dengar, kemudian pilih aplikasi yang anda nak gunakan untuk mendengar podcast tersebut. Cara paling mudah adalah dengan menggunakan Google Podcast sebab ia mudah di akses dari Chrome browser kita.

Kesimpulan Tutorial Bookmark Halaman Penting Untuk Seller Ebay

Dalam artikel ni, saya dah tunjukkan kat anda tutorial bagaimana nak cari 6 halaman yang penting untuk seller ebay iaitu eBay Seller Hub, eBay Customer Service, eBay Seller Central, eBay Seasonal Playbook, eBay Selling Announcements dan eBay For Business Podcast.

Halaman tersebut saya kumpulkan dalam satu folder “Bisnes Ebay” di Chrome browser saya untuk memudahkan saya akses pada bila-bila masa tanpamencari satu per satu. Kalau anda berminat nak belajar lebih mendalam buat bisnes Ebay bersama Tuan Zul, boleh lah join Kelas Online Ebay Intelligence yang beliau anjurkan setiap bulan melalui link kat bawah ni…

>>>Tarikh Terdekat Kelas Online Ebay Intelligence<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.