Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar semua? Saya harap semua dalam keadaan baik dan berbahagia bersama insan-insan yang tersayang.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mengikut siri artikel saya dan kepada yang baru mula mengikuti, saya ucapkan selamat datang dan selamat membaca .
Baiklah seperti kebiasaannya, saya akan membongkar satu lagi produk yang mana ia boleh memberikan kita keuntungan yang berlipat kali ganda dengan berniaga di ebay.
Produk yang saya akan bongkarkan pada hari ini ialah Flip Straw Drinking Sport Water Plastic Bottle.
Botol ini Nampak mcm biasa dan mudah untuk kita dapat dipasaraya pasaraya di sekeliling kita.
Baiklah, saya mulakan analisis saya dengan menunjukkan trend pencarian berkaitan produk ini di google melalui google trend.
Berdasarkan trend di atas, kita dapat lihat bahawa pencarian berkaitan produk ini sangat aktif dalam 30 hari kebelakangan ini. Ini menunjukkan bahawa produk ini semakin hari semakin hangat dikatakan di seluruh dunia. Ini merupakan satu peluang yang baik pada kita untuk menjana pendapatan daripada produk ini.
Baiklah seterusnya saya akan menunjukkan analisis saya menggunakan zik analytic.
Berdasarkan gambar di atas, kita dapat lihat bawah sell through untuk produk ini ialah 91.3% dalam masa 30 hari ini. Jumlah ini terhasil daripada sebanyak 42 item terjual daripada 46 listing yang dibuat di ebay berkaitan produk ini. Jumlah keseluruhan hasil jualan produk ini dalam masa 30 hari ialah USD138.75 atau bersamaan dengan RM555.
Mungkin ada diantara sahabat-sahabat fkir yang hasil jualan tidak sampai RM1,000 pon tetapi kenapa saya cakap produk ini terbaik.
Baiklah dalam salah satu rule yang ditetapkan oleh mentor ebay saya, cari produk yang mana terjual dalam masa sebulan sekurang-kurangnya 10. Jadi produk ini sangat relevan untuk saya katakan terbaik kerana bukan hanya 10 tetapi sebanyak 42 terjual dalam tempoh 30 hari ini.
Baiklah sekarang kita dah jumpa produk yang menarik untuk kita start buat listing.
Saya akan mulakan dengan mecari supplier dulu. Biasanya saya akan mencari produk ini di shopee dan Lazada.
Saya mulakan dengan Shopee.
Hasil pencarian di shopee saya menjumpai produk ini pada harga RM7.50. Seterusnya saya akan cari di Lazada pula.
Hasil pencarian di Lazada saya telah jumpa satu seller menjual produk yang sama pada harga RM7.20. Okay saya rasa kita dah jumpa supplier kita iaitu seller di Lazada sebab harga jualannya lebih murah berbadinga seller di shopee.
Sekarang kita cuba tengok di ebay, berapa harga yang seller seller di sana letak untuk produk ini.
Dan hasil pencarian saya, seorang seller telah menjual produk ini pada harga USD8.24 atau bersamaan dengan RM32.96.
Jadi tunggu apa lagi sahabat-sahabat sekalian. Ayuhh kita sama-sama mula berniaga di ebay. Banyak produk produk disekeliling kita yang boleh memberikan pulangan yang berlipat kali ganda sekiranya kita ebrniaga di ebay.
Jika tiada ilmu tak mengapa kerana kita ada sediakan kelas dan seminar yang saya percaya dpapat membnatu sahabat sahabat sekalian sama ada yang baru atau yang telah lama menceburi bidang ebay ini.
Sekian dulu dari saya, semoga kita berjumpa di kelas seminar yang seterusnya,
Akhir kalam,
Assalamualaikum wbt